Friday, June 29, 2012

Chemist . .

            For the first time aku bekerja . Kerja aku sekarang bukan mudah . Hari-hari sample untuk di test masuk . Dalam satu hari tu ada saja sample yang masuk . Satu sample kadang-kadang banyak benda nak test . Analisis air ! Itulah kerja aku . I'm Chemist right now . Everyday , life aku hanya di makmal . Masuk pukul 8.30am sampai la pukul 5.30pm .

           First day at work , memang aku kagum gila dengan instrument yang ada dalam makmal tu . Canggih ! Tengok makmal tu kecik je sekali instrument kat dalam fulamakkk~ Memang excellent ! Biasanya kalau dekat UMT filter pakai corong buchner biasa je . Tapi kat makmal tempat aku kerja memang dasyat corong buchner dia . Aku pun tak tahu nak guna mula tu . First day kerja aku dah mula jatuhkan barang . Aishh~ nasib baik la tak pecah . Kalau pecah mampus la aku nak ganti balik . Satu alat tu bukannya murah . Kadang-kdang sampai beratus ribu riban . Mampu ke nak bayar . Memang tak la kan ?

            Kerja as Chemist ini memang perlukan kesabaran yang tinggi . Macam bidang yang aku kerja nie kaji air . Kadang-kadang satu sample tu nak kena tunggu masa yang lama sebelum kita ambik result dia . Setakat sekarang ini paling lama pun aku kena tunggu dalam 6 jam la sebelum dapat result . Dalam tunggu tu jangan harap la kan nak duduk saja macam dekat makmal masa amali dekat universiti . Dalam sehari tu kadang-kadang 6 kerja aku kena buat . Itu ini . Fuh~ penat ! Dan sebenarnya banyak benda yang aku tak tahu nak guna . Contoh macam Hach Spectrophotometer . Entah apa la kan . Dah biasa guna aku dah makin  cekap la pulak . Yang leceh nya nak kena ingat semua nombor untuk setiap benda yang nak di test . Alat tu macam-macam boleh kaji . Serious menarik !

              Nasib jugak la ada abang-abang yang baik yang incharge kerja aku . Dia la yang ajar aku semua benda kat tempat kerja . Sementara nak tunggu seorang lagi chemist balik dari kursus . Sepatutnya yang in charge kerja aku senior KAP sendiri . Tapi dia pergi kursus so , tunggu jela dia balik . Mungkin minggu depan dia dah masuk kerja . Hope dia baik dan boleh ajar aku semua benda . Best juga bila fikir kan kerja sebagai chemist dan duduk je dalam makmal . Aku dah rasa macam saintis dah sekarang ini . Hari-hari main dengan alat radas dan bahan kimia .

             Seriously , sebelum ini aku tak pernah terfikir pun untuk jadi chemist or saintis . Tapi sekarang aku dah dapat peluang untuk jadi chemist . Masa zaman sekolah dulu aku memang menyampah gila dengan kimia . Nak dapat A untuk subjek kimia dulu jangan harap la . Entah macam mana la aku boleh jadi chemist kan
? Itu lah takdir yang Allah tetap kan untuk aku . Alhamdulillah , aku bersyukur ~ Walaupun kerja as chemist ini sometimes memang busy , memenatkan dan adakala membosankan . Yela , hari-hari nak uji benda yang sama je . Bosan kot ! Bahagiam aku memang dah tetap dah kena kaji air . Kena guna Hach spectrophotometer . Hope bila instructor yang sebenar balik nanti dia ajar aku guna alat lain pulak .

            Jangan fikir jadi chemist ini kerja mudah . Duduk dalam makmal . Dalam tempat Aircond . Hakikat sebenar chemist ini memang berisiko tinggi . Setiap bahan kimia yang ada boleh rosakkan sistem saraf yang ada dalam body . Macam yang semalam , aku kena test phenol dalam sample air . Nak prepare reagent phenol tu aku kena pakai chloroform . Chloroform ini kata en.Chemist yang in charge aku tu , dia kata boleh menyebabkan mandul . Alamak ~ Mampus aku ! Hope tak akan ada apa-apa la dekat aku . Sian suami aku nanti .

          
       
            Ini la tempat kerja aku sekarang . Walaupun penat tapi best la jugak kerja dia . Balik dari kerja memang confirm dah malam aku tidur awal . Sebelum ini belum pernah la pukul 12.30 aku nak tidur . Paling awal biasanya pukul 3am . Sejak jadi Chemist ini pukul 10pm dah mengantuk . Tak pernah aku SMS sampai tertidur . Biasanya dia yang tertidur . Eh , lari topic ! Hehe .
   
            Bila dah mula kerja ini mula la angan aku lagi tinggi menggunung nak kerja sebagai chemist sampai akhir hayat . Tapi , nak belajar tu memang sakit mental sangat la . Kalau ada yang ambik kimia dan dekan setiap semester dia memang best student sangat la . Otak cap apa aku tak tahu . Apa pun , i love to be chemist ! Kalau boleh nak je berhenti belajar terus kerja . Tapi please la jangan bagi aku kerja yang sama . Bosan ! Dan aku sangat awkward di tempat kerja . Tak tahu nak sembang apa . Semuanya laki dalam makmal aku . Aku seorang ke perempuan di situ . Haishhh~


Monday, June 25, 2012

Tutorial : Cara Tingkatkan Earning

            Sebelum nie saya ada buat tutorial untuk daftar akaun Says.com dan Churp Churp kan ? So , hari ini  saya nak buat tutorial macam mana nak tingkatkan earning . Saya nak kongsi la serba sedikit dan seciput macam mana nak share link iklan tu supaya orang ramai tertarik dan terbaboom nak klik link yang kita bagi . Lepas korang ikut macam step yang saya buat ini insyaAllah la lepas ini ramai yang nak je klik . Lepas tu boleh la korang belanja saya . Hehehe~

First method :

Biasanya korang akan klik kan dekat share tak kira la dekat Says.com or Churp Churp . Dua-dua ada button untuk share . Contohnya macam gambar dekat bawah ini .

Ini yang Says.com . Sebelum ada link tu sebenarnya ada dia tulis "create a unique link" kot . Saya pun dah lupa . Masa sekarang ini Says.com tak de iklan baru so , nak tunjuk pun tak boleh la . Sorry ~

Okay , yang ini untuk Churp Churp . Klik je Share now . Nanti ada la link yang dia bagi .

So , kedua-dua ada share kan . Korang klik share tu then nanti korang post je dekat wall Facebook . Pasti kan show to public . Tapi sebelum korang klik post korang kena la buat status yang gempak sikit . Tulis je apa pun yang korang rasa korang boleh attract ramai yang nak klik . Macam saya biasanya akan update status . Then link tu saya delete je . Biarkan orang klik dekat gambar yang korang share tu .

Second Method : 

Cara ini memang agak berkesan la . Korang boleh copy link then korang jadikan satu link yang simple . Korang boleh pergi dekat Bitly untuk simplekan link iklan korang tu . Daftar je akaun Bitly tu . Then nanti korang paste link iklan dia kan jadikan simple link . Contoh macam link dekat bawah ini .


Bila dah dapat link yang simple korang boleh ikut mcam method awal tadi . Share dekat FB tapi kali ini jangan show gambar dia . Show link je dengan update status yang gempak dan classss gitu . 

Third Method :

Korang yang blogger boleh la buat entry pasal iklan tu . Cerita serba sedikit . Contoh kalau iklan tu pasal iPhone . Korang boleh buat entry pasal iPhone . Then , selitkan sekali link tu dekat entry korang . 


           Cukup kot rasanya tiga method ini . Korang cuba la dulu ye . Next time , saya ajar method lain pulak kalau ada la . Hehe . Method ini je yang biasa saya guna untuk tingkatkan earning . Saya dah berjaya tingkatkan earning . So , saya share la pulak dengan korang semua . Sama-sama berjaya kan baik namanya . Sharing is caring kan . Tapi jangan ajak share laki ye ! Memang tak la jawabnye . Ahakkzzz~ Okay , hope tutorial ini membantu korang tingkatkan earning ye . Selamat mencuba ~ 

Sekian !



Sunday, June 24, 2012

Tutorial : Daftar Akaun Churp Churp .


            Alhamdulillah , ini akaun churp churp saya . Tak de la banyak sangat kalau nak banding dengan setengah orang yang dah kumpul beribu riban kan ? Tapi , macam mana pun churp churp ini tetap akan naik earning dia kalau kita rajin . Bukan susah pun sebenarnya nak dapat duit macam saya dapat nie . Churp churp ini pun konsep dia sama la macam Says.com . Sebelum ini kan saya dah buat tutorial macam mana nak daftar akaun Says. Tapi hari ini , saya nak buat tutorial daftar akaun Churp churp pulak .


First :
 Klik dekat link Churp churp dekat bawah ini . 


Second :
Then , bila dah klik link tu korang akan dapat macam gambar kat bawah ini kan . 


So , korang boleh la klik dekat sign up tu . 

Third :
Bila dah klik sign up korang boleh la isi segala form yang ada . Tak susah pun . Ikut je step nie . Bila dah selesai semua baru la korang start mencari duit . Hehehe


Saturday, June 23, 2012

Tutorial : Daftar Akaun Says.com .

            Haa , korang pernah dengar tak pasal Says.com ? Kalau tak tahu korang boleh klik dekat sini ---> Says.com . Sebenarnya Says.com nie macam cara paling mudah la kita nak buat duit . Tak perlu pun nak bayar yuran ke apa ke . Bukan downline okey ! Cara dia sangat mudah . Sebagai bukti yang korang boleh dapat duit korang tengok gambar dekat bawah nie . 


          Banyak kan ? Ini yang latest la untuk bulan June ini . Sebelum ini saya dah 4 kali cash out pun . Fisrt time cash out dulu lepas sebulan saya main Says ini . Masa tu dalam yakin tak yakin jugak . Bila dah capai RM50 saja je saya nak test samada betul or tidak . Ternyata tak sampai sebulan saya dah receive duit . Hoyeahh ! Kali kedua pulak bila 3 bulan main says . Cash out pulak RM100 . Cash out kali ke empat paling banyak saya cash out . RM250 ! Banyak kan ? Duduk saja je dekat rumah sampai mengadap laptop terus dapat duit tiap-tiap bulan . Tak penat pun kan ? 

Macam mana nak daftar ?

            Tak tahu cara nak daftar ? Okay , meh sini saya nak ajar cara nak daftar Say.som ini . Ikut je step dekat bawah ini ye . Senang je . Jangan risau okay ! Hehe .

First :

Klik je dekat Says.com bawah ini .


Then , korang akan dapat macam ini kan ?


Second :

 Korang klik dekat Sign up !


Third :

Lepas korang klik dekat Sign up tu , boleh la korang daftar terus je . Masuk kan je username yang korang nak . Bila dah okay semua baru la korang klik Create my account . 

Fourth :

Dah selesai step-step nak daftar boleh la korang mula kan step promote pulak . 
Next tutorial saya akan cerita pulak macam mana nak dapatkan ramai yang klik iklan tu . Selamat mendaftar ye . 

Sekian !





Friday, June 22, 2012

Super Happy June !


"You cheers up my life , my soul with your love ."


      
            Mood happy pagi ini . Selamat sampai di rumah . Yippi2~ Lagi bertambah happy bila aku baru berterus terang dengan my mom about Syakir . Entah macam mana tergerak hati aku nak bercerita dengan mama aku . Sebelum nie belum sampai lagi tahap keberanian . Haha . Bukannya takut apa . Cuma takut kalau aku cerita mama akan ungkit semua kisah silam aku . But , alhamdulillah tak seperti yang disangkakan .  

"Macam mana aku boleh terfikir pulak ye nak cerita?"

            Cerita dia macam ini , malam tadi akibat bosan sangat dalam bas aku pun tertanya la dekat Syakir , his family tahu ke tak yang dia dah ada GF . Tanpa disangkakan dia cakap memang family dia dah tahu pun . Dan dia siap bagitahu nak masuk minang lagi . Okey , fine ! Sangat mengejutkan aku . But happy !! hehe ~ Dan tiba-tiba aku terberangan nak dia datang masa konvo dan melamar aku . Wahh ~ kerja gila aku ini . Memang tak la kan Syakir nak buat macam tu . Haha . Tak pela , kalau dah jodoh aku dengan dia tak kan ke mana kan ? Cepat atau lambat je . Sekarang biarlah dia kumpul duit dulu . Kalau ikutkan hati aku hari ini jugak aku nak suruh dia datang pinang aku . Gatai kan ? Bukan gatai cuma tak nak nanti ada orang ganggu aku dah . Pergh ! Bajet ramai peminat . Haha ~

            Haaa ~ sebabkan nie la aku berani bagitahu mama aku  pasal Syakir . Mulanya aku cuma bagi hint je . Then , mama tanya siapa? Terus jela aku mulakan cerita . Aku cakap "Mama tunggu and tengok jela nanti" . Unexpected ! Aku boleh cakap macam nie dekat mama aku . Sebelum ini bukan main susah aku nak cakap benda macam nie . Nak bagitahu yang aku ada BF pun takut inikan pulak bagitahu benda yang lebih serious macam nie kan ? Sukanye ~ Mama senyum ! Tunggu jela Syakir sendiri datang rumah aku dan kenal-kenal dengan family aku . Cari restu keluarga dulu  sebelum buat keputusan apa-apa . Itu yang terbaik kan ? So aku dah pun bagitahu mama aku . Means , mama aku kena la batalkan niat dia nak terima je kalau ada mana-mana lelaki yang masuk minang aku kan . Hehe !

            Okay ! Penat dan mengantuk suda . Sampai pagi tadi tak sempat aku nak tidur . Almaklum la , bilik tidurku penuh dengan barang-barang baby . Bahagia sangat bulan nie . Dapat dua kakak ipar baru , dapat anak buah baru dan dapat berterus terang dengan mama about Syakir . Alhamdulillah , semuanya indah ! Now , aku nak pergi tidur dan mimpi yang indah jugak sementara menanti kepulangan baby yang cute balik dari hospital . Baby dah boleh balik . Yeayy ! Nur Iris Fariesya , I wanna see you ! Balik rumah cepat ye . 


New baby born in 20 June ! 

Tamat !


          
          Alhamdulillah , akhirnya tamat sudah aku menjawab 10 subjek ! Secara rasminya juga aku dah pun tamat tahun dua . Buka semester baru nanti aku dh jadi super senior . Dah jadi third year merangkap kepada final year . InsyaAllah , tahun depan aku dah boleh grad . Yeayy !! 

"xpela, dah buat yang terbaik kan, hargai pengorbanan study tu"

            Erm , betul apa yang my dear cakap . Aku dah buat yang terbaik so , apa pun keputusan yang aku dapat nanti insyaAllah aku akan cuba terima dengan redha . Apa yang aku harapkan tiada subjek yang aku sangkut lagi . Perit kot rasa nak kena repeat . Cukup sekali aku rasa . Dah tak nak dah . Huhuhu ~

           




Sunday, June 17, 2012

Aib !!


"Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri"


Kau ada bukti ke apa ke kau tetap tiada "hak" sebarkan mengatakan sesuatu kekejian atau keburukan orang lain.



            Tenang rasa bila baca ayat dekat atas ini . Sebenarnya ini ayat copy pasta je pun . Normal la kan ? Hehehe . Baru-baru ini ada la seorang hamba Allah ini , kononnya nak menyamar . Dan dia guna la Facebook si indon aweknya tu . But the end , kantoi la pulak kan ? Yang peliknya kenapa dia nak busukkan nama aku guna Facebook awek indon dia tu ? Kenapa tak guna je Facebook dia sendiri . Kalau dah berani sangat kan ? Ini tak . Dia gunakan facebook awek indon dia tu untuk maki aku dan cerita satu dunia pasal aku . Kononnya nak menjatuhkan maruah aku dekat satu dunia . Hmm , biar pun hati aku sakit dengan apa yang dia buat tapi aku tak akan delete komen yang dia post dekat facebook tu . Biarlah satu dunia nak pandang hina dan jijik dekat aku pun . For me , Allah sentiasa ada dengan aku . Dan pada Allah juga aku bermohon untuk tabahkan hati aku menempuhi dugaan ini . Aku sendiri tahu Allah tidak akan berikan ujian mahupun dugaan sekiranya makhluk atau hambanya tidak mampu untuk bertahan . Hakikat yang aku nampak dugaan itu juga sebagai tanda Allah masih sayangkan aku dan mahu aku sentiasa tabah dan bersabar .


            Dalam minggu final exam ini , bermacam dugaan yang aku hadapi . Dugaan yang paling mencabar minda pasal kejadian semalam la . Ala , yang pasal hamba Allah sebarkan cerita untuk aibkan aku tu . Kebetulan hari itu aku ada paper . Memang malang juga la setengah jam sebelum exam mula dia sebarkan cerita tu . Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku masa tu . Paling buat aku bertambah sakit hati bila aku dengan hamba Allah nie satu tempat exam . Damn ! Serious menggigil satu badan aku masa nak pergi dewan exam . Nampak pulak si dia nie depan pintu masuk dewan lagi la buat aku pandang dia kecik besar je . Kalau tak ramai orang rasa dah lama aku bagi penampar je . Tapi , alhamdulillah aku masih mampu bersabar . Masuk exam pulak lagi sekali tempat aku direct je terus nampak dia . Kiranya aku dengan dia sebaris je . Pandang tepi memang sah-sah la nampak muka dia .  Adoiii ! Memang mencabar .

            Dalam masa satu jam , aku jawab semua soalan ! Fuhh ~ lega juga rasa bila aku boleh keluar dewan awal sebelum masa tamat . Masa sebenar 2 jam tapi disebabkan hati yang tengah sakit malas pula aku nak tunggu lama-lama dalam dewan tu . Elok siap je terus aku keluar dan balik bilik . Untungnya soalan untuk paper tu memang betul-betul naik apa yang aku baca . Sah-sah la aku boleh jawab . Cuma dua tiga soalan jela kot aku macam ingat-ingat tapi lupa . Ngee ~ Aku rasa macam tak pergi jawab exam je sebab kejap sangat . Roomate aku sendiri pun hairan . Cepatnya dah balik . Hehe ~ Maklum la hati tengah panas jawab dengan penuh yakin dan  laju jela . Tak sempat dah nak berangan macam biasanya aku buat tiap kali exam . Adehhh ! Terkantoi plak . hehe .

            Dengan apa yang dah jadi dekat aku semalam , aku hanya mampu senyum dan berdoa supaya Allah buka pintu hatinya untuk bertaubat . Ini pun kali pertama dia aibkan aku . Tapi dah banyak kali sejak dua tahun yang lepas lagi . Satu persatu dia buat dekat aku . Tapi entahlah kenapa selama ini aku boleh bersabar dengan dia . Mungkin ada hikmahnya kan ? Tak pe , sekarang ini mungkin dia seronok boleh malukan aku suatu hari nanti dapat la balasannya .


Doa orang yang teraniaya
1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah. 
ATAU .......
2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. "Juga mujarab. 
ATAU .....
3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.
         
            Harap orang yang aku maksudkan ini sedarlah apa yang dah dia lakukan pada aku . Hidup nie umpama roda . Sekarang mungkin aku yang kena mana tahu suatu hari nanti dia pulak kan . Aku tak nak la menyumpah bagai . Biar Allah je yang balas setiap perbuatan dia tu . Kononnya dia cakap aku tak berubah . Tapi , aku rasa dia pun sama jugak tak berubahnya . Lagi teruk ada la . Kalau dia ada akal yang waras dan pemikiran yang matang sure dia tak akan buat aku macam ini . Kan ? Dah banyak kali dia buat . Nanti pasti dia akan mintak maaf lepas dia dah puas malukan aku . Tak pe ! Aku maafkan . Tapi nanti dekat akhirat pandai-pandai la menjawab ye .

Sekian !!

            
     


Apa itu cinta ?




"Percaya"
        
            Bila hati dah sayang secara tak langsung mesti kita akan percaya apa yang si dia katakan . Dan ada kalanya kita juga akan rasa sangsi bila sudah terlampau sayang dan takut sesuatu yang buruk terjadi pada hubungan kita . Aku secara zahirnya belum kenal apa itu cinta pada dasarnya . Namun , pengalaman yang selama ini pernah aku alami membuatkan aku tahu dan kenal apa itu cinta . Cinta perlukan kepercayaan yang sangat tinggi . Tapi , jangan pula kalau bila seseorang tu telah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap kita akhirnya kita sendiri yang rosakkan . Aku sendiri pernah merasakannya . Aku meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap seseorang namun akhirnya si dia merosakkan kepercayaan aku . Sehingga kini , aku sudah tidak mampu untuk mempercayainya lagi . Biarlah benar mahupun salah pada aku selagi tiada bukti yang mampu membuatkan aku percaya selagi itulah aku tidak akan pernah mempercayainya . Itulah kesan apabila sering ditipu . Manusia sememang bermulut manis tapi sukar juga bagi mereka terutama kaum adam untuk menepati setiap kata manis yang dijanjikan . 

"Jujur"

            Dalam cinta , perkara paling penting adalah jujur . Di setiap perkara sekali pun kejujuran perlu ada dan diletakkan pada level yang paling teratas . Walau sesuatu perkara yang menyakitkan sekalipun patut kita berterus terang dengan pasangan kita supaya tiada kesangsian yang bermain di fikiran pasangan kita . Mungkin pada kita , sesuatu yang buruk itu sekiranya kita merahsiakan pasti tidak akan terjadi sesuatu yang tidak diingini dalam perhubungan kita . Namun , kita terlupa suatu ketika samada cepat mahupun lambat suatu perkara yang pada awalnya kita rahsia akhirnya diketahui pasangan kita . Dan ketika itu , hilanglah segala kepercayaan dan kasih sayang yang pernah singgah di hati . Berfikirlah terlebih dahulu bagaimana cara untuk kita bersuara sekiranya perkara yang ingin diluahkan itu akan menyakiti pasangan kita . Carilah ruang yang sesuai untuk kita berkongsi cerita supaya pasangan kita mampu menerimanya dengan terbuka dan fikiran yang matang . 

"Setia"

            Sejauh mana pun cinta kita berada haruslah kita simpan rasa kesetian di dalam diri . Lazimnya , ramai yang couple jarak jauh akan putus ditengah jalan . Bila putus , mula lah nak salah kan takdir . Kononnya tiada jodoh ataupun ayat paling biasa di dengar takdir telah menentukan segalanya . Tapi , kalau setia tu ada dalam diri tak akan la kita boleh putus kan ? Ini tak . Yang lelaki pantang nampak perempuan cantik mula la nak test . Yang perempuan pulak pantang kena ayat sikit mula la cair . Bila dah sampai satu tahap lupa habis pasangan kita yang sebelum ini bukan main lagi berkasih sayang . Susah sebenarnya nak jumpa pasangan yang couple jarak jauh tapi tiada sebarang masalah yang berlaku antara hubungan mereka . Gaduh tu perkara biasa tapi jangan sampai terbawa-bawa . Perempuan pula jangan asyik nak merajuk je kerja . Lama-lama pasangan korang tu bosan dengan korang mula la dia nak cari perempuan lain . Yang lelaki jangan nak ego dan sibuk dengan kawan-kawan je . Pandai-pandai la bahagi masa supaya pasangan korang tu tak terfikir untuk cari lelaki lain . 



Friday, June 15, 2012

No Title !

            I have been waiting for a long time to update this story . But , I don't know how to begin my story . It's too hurt ! Okay , sebelum aku mula cerita baik korang baca entry yang dah pernah aku post setahun yang lalu . Kepahitan sebuah kebenaran ! 

            Okay , memang aku dengan dia dah tak de hubungan lagi tapi selama putus aku tetap mencari kebenarannya . Bukan kerana aku tak rela lepaskan atau pun aku tak bahagia dengan apa yang aku ada sekarang . Cuma bila disoalkan tentang hati siapa nak hubungan yang dibina sekian lama berakhir macam tu je . Dan sekarang aku dah pun dapat tahu siapa perempuan yang dah merampas kebahagiaan yang aku ada selama 2 tahun . She is . . .



            Cacat aku punya blog disebabkan gambar indon nie . Damn ! Sebenarnya dia la indon yang selama ini aku dafuq gila . Sebabkan dia habis semua indon aku anti dan ban . Cuba bagitahu hati mana yang tak marah bila ada perempuan lain jadi orang ketiga dalam hubungan kita . Kalau artis yang jadi orang ketiga dalam hubungan artis yang kita minat pun  kita dah maki tahap tahoma inikan pula la kalau ada perempuan yang tiba-tiba muncul dalam hubungan kita . Aku juga perempuan okay . Kena ingat tu ! Lagi bertambah bengang bila indon nie SUBSCRIBE facebook aku . Dafuq nak subscribe fb aku . Tak puas agaknya rampas pakwe orang . Disebabkan dia semua perancangan aku terbantut . Kalau tak maybe aku dan dia sekarang dah tunang . Maybe ! 

            Tapi , kalau bertepuk sebelah tangan tak akan bunyi . Ye dop ? So , dalam hal ini dua-dua pihak aku salah kan . Yang indon sorang nie memang sah la gedik kan . Yang sorang lagi tu plak memang sah gatai . Masa dulu aku tanya sejak bila couple dia cakap after putus dengan aku . Bila aku tanya indon nie sendiri jawapan yang aku dapat memang sangat lain . Dorang ini memang dah couple sebulan sebelum putus lagi . Memang kejam ! Dalam masa tu jugak memang aku dah dapat rasa yang dia nie dah mula berubah . Bila mesej kejap je . Call pun tak nak angkat . Alasannya penat kerja . Penat kerja ke penat layan awek kat tempat kerja . Lepas putus tu memang aku dapat banyak jugak la maklumat pasal dorang ini . Berpegang-pegang tangan kat tempat kerja sampai kena tukar shift . Yang si indon nie keluar sampai lewat malam . Dah balik macam-macam kesan jugak la ada kan . Aishhh ! paham-paham jela kan . 

            Then , baru-baru ini ada jugak la aku jumpa dengan dia . Dan terkantoi la pulak mesej indon tu . Even aku baca sekali imbas tapi part mesej minta gambar naked dengan kisah sampai dan ada dekat hotel tu memang aku tak boleh nak lupa sampai sekarang . Apa yang dorang dah pernah buat itu aku tak tahu la kan . Mungkin aku tersalah baca or tersalah paham part hotel itu . Banyak jugak la dia berubah after clash . Aku sendiri pun dah macam tak kenal siapa dia . Dalam masa jumpa tu ada la dia pujuk aku untuk balik dengan dia . Hey , macam mana aku nak balik dengan dia sedangkan dia still couple dengan indon tu . Dan perangai dia pulak still tak pernah berubah . Still nak marah-marah dan kadang-kadang aku nampak lebih teruk dari apa yang aku kenal bertahun yang dulu . Kalau aku single sekali pun mungkin jugak aku tak akan balik dengan dia kalau perangai dia macam tu  . Sumpah tak rela !

            Disebabkan sakit hati kena tipu punya pasal . Entah datang dari mana keberanian aku patahkan phone yang aku bagi dekat dia dulu . Phone tu memang aku dengan rela hati pun bagi dekat dia . Tak ada niat pun nak mintak balik ke apa . Aku dah pun anggap phone tu sebagai hadiah untuk dia . Tapi , disebabkan jumpa mesej yang bukan-bukan terus hati aku sakit sangat . Kebetulan masa tu aku mintak dekat dia nak tengok . Serius la aku rindu phone tu . Because phone tu simpan banyak memory aku dengan dia . Aku minta pun sebab nak tengok je tapi dia susah sangat nak bagi . Geram tambah dengan sakit hati memang terus aku patahkan . Padan muka dua-dua tak dapat guna dah . 

            Soalan yang paling susah aku nak jawab bila ada yang tanya "kau sayang lagi ke kat dia" . Kalau dulu mungkin aku masih harapkan dia . Masa lepas putus tu hampir setiap malam aku menangis . Biasanya bila malam dia akan mesej or call aku . Dan kadang-kadang kalau free aku dan dia akan bergayut . Maklum la pakai Digi nak bergayut sampai phone meletup pun tak de hal . Free of charge ! Tapi , sejak putus memang phone aku dah tak de lagi call dan mesej dari dia . Selama sebulan jugak la aku menangis . Pernah aku cuba untuk bunuh diri . Alhamdulillah , mama aku datang selamatkan aku . Bodohkan aku sebab dia aku sanggup nak bunuh diri . Dah sayang sangat kan apa pun boleh jadi . 

            Selama sebulan tu memang aku tunggu dan rindukan dia . Yang aku mampu menangis je . Untungnya kawan matrik aku dapat tahu yang aku baru putus . Sepanjang tu jugak dia akan call aku malam-malam . She's Jiha ! Thanx a lot to her because accompanied me every night . Macam-macam benda aku tak boleh nak hadapi dalam sebulan tu . Sebulan aku hilang selera makan . Sebulan jugak aku tak buka facebook . Kalau aku buka je mesti aku menangis . Bila aku nak makan pulak sure aku muntah lepas tu . Memang aku sakit lepas putus . Aku sedih dan kecewa tapi dia seronok melayan awek dekat sana . Puas mama aku paksa makan . Yang paling aku tersentuh bila mama aku cakap " kalau kakak tak makan nanti sakit mama jugak susah" . Nak tak nak terpaksa la jugak aku makan walaupun tekak aku masa tu tak boleh nak terima makanan . 

            Lepas putus tu dengan takdir Allah , dia dapat UMT . Ya Allah , masa tu memang aku dah nekad nak tukar universiti . Dah siap pun apply . Sebelum aku masuk semester 3 aku dah dapat pun offer ke uitm . Kos sains kimia jugak . Tapi , bila sampai je UMT entah kenapa hati aku dah berubah . Padahal semua borang aku dah isi . Kiranya hampir 100% preparation dah siap . Aku memang tak boleh nak berdepan dengan dia masa sem 3 dulu . Masuk sem 4 aku dah okay sikit . Dan sekarang bertambah okay . Hati aku pun dah kosong tambah bila tahu plak yang dia dengan indon tu masih couple . Lagi bertambah keras la hati aku nak berlembut dengan dia . Pernah dia cakap yang aku dah tak macam dulu . Aku dah tak lembut macam dulu . Semuanya sebab dia jugak aku berubah . Pernah ada ketika tu , Mirul call aku . Dan dia dengar . Dia cakap kalau dengan orang lain marah macam mana pun boleh lagi aku gelak2 tapi kalau dengan dia susah nak gelak . Fikirkanlah sendiri kenapa aku jadi macam tu .

            Tiba-tiba malam nie aku update pulak cerita pasal dorang kan ? Pelik tak . Ermm, sebenarnya tadi aku packing barang . Yela , tahun depan dah masuk tahun tiga dan kena pindah bilik . Habis lah semua barang aku selongkar . Tengok yang mana aku tak pakai aku buang . Kebetulan semua barang yang dia pernah bagi aku still simpan . Even plastik yang aku dapat free masa beli Bear dulu pun ada . Aku ingatkan semua barang tu dah hilang . Rupanya tersimpan pulak . Aishh ~ Menggamit memori betul ! Later aku fikirkan sama ada aku nak buang , bakar or campak laut ! Aku dah tak nak ingat semua memori tu lagi . Sakit ! 

            To indon yang dah rosakkan hubungan aku , aku doakan suatu hari nanti Allah akan balas setiap perbuatan yang kau dah buat . Kau dah maki aku . Kau dah hina aku . Dan yang baru kau cakap kau nak rampas pulak Syakir . Ohh ~ silakan kalau kau rasa syakir tu nak pandang kau . Tunggu je sampai masa nanti kau pulak akan kena . Dulu kau kacau hubungan aku suatu hari nanti siapa tahu orang lain pulak akan ganggu hubungan kau . Tunggu je ! 

            To dia yang tak habis2 bagi harapan palsu dekat aku . Hope berhenti la dari terus bagi harapan palsu dekat aku . Better kau buat planning dan simpan duit untuk pergi indon . Nanti senang kau nak pergi hantar rombongan meminang sampai ke indon sana tu . Aku rasa tak perlu dah kot kau nak cakap yang kau sayang aku dan kau nak bertunang then kahwin dengan aku . Sebab kau bukan buat aku bahagia pun tapi kau buat aku lebih menderita . Sorry , aku bukan barang atau pun stock kau ! Bila perlu kau datang dekat aku bila tak nak kau buang aku macam sampah . 

            
            








Thursday, June 14, 2012

The Broken Promise .


Okay ! I'm broken promise for this night . Before this I have make a promises never update any story during my final semester examination until all is finish . For sure , without blogging I felt something missing from my soul .  *sumpah tipu* . Just now , I checked my electrochemisty's carry mark . Unfortunately , it make me down ! So , for that reason I broke my promises . Sorry ! 

I have no one to share my problem . Seriously , I need you ! You ? Who ? Damn ! I'm really don't know who . Who can be my ears ? Mama ? Abah ? They are too busy for this week on my brothers wedding on 16 June . I can't get them for this week . Oh no ! I'm so lonely . And how about friend ? Ah ~ Friend ? Erm , they're in the same boat with me . 

Really need someone ! 
Lend me your shoulder , please !



Tuesday, June 5, 2012

My Last Word !

Assalamualaikum . .



Esok bermula la peperangan sebenar . Final exam untuk semester 4 ! Untuk memberi ruang kepada 10 subjek yang diambil semester ini saya dengan ini membuat perjanjian tidak akan update sebarang story mory di blog ini  mulai esok sehingga la 21 June ini . So , to all readers yang buka blog saya ini tolong la ye doakan saya berjaya dan tenang semasa menjawab semua paper pada semester ini . 



Okay ! Dah tak de pape lagi dah aku nak bercerita di sini . Jom la mula study ! Good bye ~ Jumpa lagi masa 21 June nanti ye . Gonna miss my blog ~ Sekian !



Saturday, June 2, 2012

Exam Fever !







"Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it."

Exam mood ! It's come again . I'll start my paper on 6 june till 21 june 2012 for 10 subject include public speaking . 


That's my paper should i sit on this semester . Banyak kan ? Boleh jadi gila kot . Hampir la kan gilanya . Stress tu tak payah cakap la macam mana kan . Errm , mungkin ada certain paper tu aku dah pernah ambik sebelum ini . Semata-mata nak jaga pointer punya pasal aku dah buat keputusan drop paper baru dan ambik paper lama yang berkemungkinan aku boleh skor . InsyaAllah ~ 

Friday, June 1, 2012

Dah Nikah !

            
Assalamualaikum ~
Dah nikah pun . . 



           Hari ini selamat sudah abang aku menjadi suami yang sah kepada kakak ipar aku . Dua sekali dinikahkan dalam satu hari . fuhh~ Penat kot ! Pagi pergi Jitra . Petang selepas jumaat gerak pergi Perlis pulak . Hari ini dalam sejarah . Nikah dua orang sekali . Pada asalnya abang aku (ami) nikahnya minggu depan tapi last minute dia dapat offer kerja tetap . Then kena pergi lapor diri untuk kursus 3 bulan dekat Port Dickson 3 June nie . So , terpaksa la buat akad nikah hari ini jugak . Kalau tak buat bila lagi . Nak tunggu pulak lagi 3 bulan . Berkemungkinan kenduri nanti dia tak dapat balik . Tapi , doakan jela dia boleh buat rayuan untuk balik untuk kenduri sebelah perempuan 8 June nanti . Abang aku yang no 5 (awan) nikahnya dengan orang perlis . Kendurinya esok . Penatnya ~ 
            Masa aku ikut upacara nikah ami pagi tadi , terjadila pulak satu perbualan diantara geng mak2 . Adoyai ! Salah seorang kawan mama cakap : "lepas nie tinggal dua orang jela lagi yang tak lepas" . Okay ! masa tu aku okay lagi . Sekali mama aku buka mulut "yang nie pun nak bagi nikah dah " . Tok ngah aku pulak tambah lagi " dah ada calon ke? " Errr ~ sentap hati aku dengar soalan tu . Aku dah tak tahu dah nak jawab apa . Sengih aku ! Mama aku pulak boleh dia cakap siapa masuk minang terima je , tak nak simpan dah . Okay ~ terus aku dah tak tahu nak jawab apa . Memang aku tahu sengih jela sampai telinga . Dalam hati aku nie , mama tunggu si dia tu masuk minang ye baru terima . Hehehe ~ 
            Cerita punya cerita , terkeluar pulak kawan sekolah rendah aku dah nak bertunang esok . Adeh ~ lagi jem aku dengar . Biar jela diorang nak tunang or nikah . Aku nak study lagi nie . Dah grad nanti baru fikir bab kahwin mahwin nie . Sekali tak grad aku malas nak fikirkan lagi . Tapi ~ kalau tunang tu mungkin boleh dipertimbangkan la . Kahwin tu mungkin lambat lagi la kan . Aku pun belum ready sebenarnya nak kahwin . Bila dah sampai tahap macam nie mula la aku terfikir , dulu kalau sebut pasal pakwe memang dah kena ketuk . Tapi , sekarang boleh je pulak nak sembang bab kahwin . Mungkin faktor usia mempengaruhi . Huahaha ~ Opss ! Aku muda lagi okay . Nak grad dan nak kerja dulu baru kahwin . 
            Family aku dah almost complete ! Makin bertambah ramai ahlinya . Lepas nie tunggu pulak kelahiran si kecil pertama dari kakak aku yang kahwin tahun lepas . Excited jugak aku nak tunggu ~ Jangan lahir masa kenduri dekat rumah aku nanti sudah . Haa ~ sebut pasal kenduri jemput la datang rumah 16 june nanti . Datang la beramai-ramai ! Aku tak de kat rumah ye masa tu . Tak balik sebab tengah menghadapi final exam untuk semester 4 . 










 
© IeykaShahidan