Assalamualaikum . .
Setelah digali-gali dan dibelek-belek segala kitab lama . Saya terjumpa satu petua baik punyer untuk dikongsi dengan semua pembaca . Nak tahu tak petua apa ? Pejam mata jap . Hehehe . Dah buka mata tu . Baca benda nie . Petua yang saya nak kongsi adalah macam mana cara nak menghilangkan parut atau kesan jerawat di muka . Alahai , parut jerawat nie memang susah kan kalau ada kat muka . Malu je ! So , jangan risau . Macam-macam petua ada boleh hilangkan . Okay ! Dah ready ke nak ikut petua nie . Kalau dah ready moh ler kiter follow petua kat bawah nie .
Bahan-bahan yang diperlukan :
✿ Daun sirih muda (10 helai)
✿ Lesung batu
✿ Air
Cara untuk membuat ramuan :
✿ Mula-mula korang ambil 10 helai daun sirih tadi . Basuh dulu la ye . Takut nanti ada racun ke apa ke . Dah kena effect lain pulak .
✿ Then , korang tumbuk daun sirih tadi tu sehingga hancur / lumat .
✿ Setelah daun sirih tadi hancur , sapukan di tempat parut .
✿ Biarkan sehingga kering . Setelah kering , korang bersihkan muka dengan menggunakan air bersih .
Haa , senang je kan ? Tak perlu pun nak beli produk mahal-mahal . Kadang-kadang produkyang korang beli tu tak sesuai dengan kulit muka korang . Dah jadi benda lain pulak nanti . Dari elok-elok nak hilang makin bertambah teruk pulak . Kan dah susah . Kebiasaannya , petua nenek moyang kita dulu memang berkesan . So, selamat mencuba okay !
P/s : Daun sirih akan menyebabkan pedih sekiranya terkena pada luka . Hati-hati okay !
5 comments:
nice entry ^^
eh knape saya buat muka saya jadi macam justin bieber nie..hahaha~
@Urzain Hussain:: haha~ bagus la kalau macam tu .
thanks foe the info ;)
ingin berkongsi sama:
pil EPO juga baik diamalkan untuk sesiapa yang ada maslah jerawat~
Pil ini mengawal hormon dan jerawat juga berpunca daripada hormon yang tidak stabil. saya amalkan pil ini dan mendapat kesan yang baik.
http://mahligaidea.blogspot.com/2010/05/evening-primrose-oil-epo.html
Post a Comment