Assalamualaikum . .
Entah kenapa persoalan bahagiakah aku berlegar di ruang minda aku dan benak pemikiran aku tika ini . Terlebih dahulu entry aku kali ini mungkin berkait rapat antara hubungan aku dulu dan sekarang . Bila bercinta perkara yang di inginkan oleh setiap individu haruslah perkara seperti yang di bawah ini :
- Saling mempercayai sesama pihak . .
- Sikap jujur yang dipersembahkan oleh setiap pasangan . .
- Kasih Sayang yang tiada bandingnya . .
- Sentiasa ada di saat memerlukan . .
- Saling memahami antara pasangan . .
Semua individu inginkan sesuatu yang indah dalam setiap perhubungan yang di bina . Begitu juga dengan diri aku sendiri . Sebelum ada pihak yang tersalah sangkaan terhadap hubungan aku . Biarlah aku menjelaskan hubungan aku dengan si dia Alhamdulillah tiada sebarang permasalahan yang timbul . Apa yang aku nyatakan di atas sedikit pun tidak ada kaitan dengan hubungan aku . So far , aku memahami kesibukan dia dantak pernah terlintas untuk aku memberontak tentang masa yang dia berikan untuk aku . Even , kekadang dia sendiri yang seakan sesal mengenai masa yang di peruntukan untuk aku .
Mungkin dia menganggap aku seperti perempuan lain . Jauh sekali aku dengan perempuan yang lain . Aku tak akan pernah peduli sekiranya dia tiada masa untuk aku kerana study or kerja yang perlu dia selesaikan terlebih dahulu . Syukurlah , dalam kesibukan dia masih mampu untuk membalas SMS mahupun menjawab panggilan telefon dari aku . Itu pun sudah memadai untuk aku melepaskan rindu yang terpendam di hati .
Distance..
It is just a test of how far love can travel.
Couple jarak jauh boleh bertahan ke ? Itu lah soalan yang sering dipersoalkan dalam kalangan kita . Jawapannya terletak pada hati masing-masing . Pada aku baik dekat mahupun jauh sekiranya tiada hati yang bertaut dan tiada kefahaman antara pihak , perhubungan akan retak juga . Tak dinafikan ramai yang cuba menghasut aku tentang perhubungan jarak jauh yang tak mampu berkekalan . Biarlah apa sekali pun yang mereka katakan asalkan hati aku tetap yakin dan percaya akan cinta yang dia berikan .
Tipu ? ahh ! Kalau berdekatan sekali pun boleh juga pasangan nak menipu . Jangan katakan jauh saja boleh menipu . Pada aku , andai segala kejujuran aku tidak dihargai suatu ketika aku juga turut akan berlaku tidak adil dan tidak jujur padanya . Bukan mahu membalas tapi tiada guna juga sekiranya kita jujur padanya sekiranya dia tidak pernah untuk merubah dirinya supaya bersikap adil dan jujur . "Kau percaya ke pada dia sedangkan kau tak pernah berjumpa dengannya?" . Perlukah hari-hari berjumpa untuk timbulkan rasa percaya itu ? Berfikirlah dengan rasional . Sekiranya dengan cara tidak bertemu boleh membahagiakan aku dan dia why not untuk aku percaya padanya . Jika dibandingkan dengan pasangan yang berhari-hari bertemu tapi setiap masa bergaduh apa gunanya .
Kenapa sering berlaku permasalahan antara pasangan ?
- Tidak pernah percaya dengan pasangan . .
- Berasa ragu-ragu dengan pasangan . .
- Bersikap untuk mengawal pasangan supaya mengikut cara kita walaupun dia tidak suka . .
- Ego yang terlalu tinggi sehinggakan . .
- Sering memperbesarkan masalah yang kecil . .
- Tidak mengaku salah atau sukar untuk meminta maaf sekiranya sedar akan salahnya kita . .
Hal ini yang sering menjadi punca masalah berpanjangan . Jujurlah , aku pun pernah ada rasa curiga dan syak wasangka . Atas dasar sayangkan perhubungan secara telus aku menyelasaikannya dengan mendengar terlebih dahulu apa yang dia ingin perkatakan . Bukannya dengan sikap terus mempercayai apa saja orang lain katakan tentang keburukan pasangan kita itu boleh menyelesaikan masalah malah akan membuat masalah yang mampu diselesaikan dengan mudah menjadi rumit .
Adegan pujuk memujuk sering tidak pernah lari dari pasangan yang bercinta . Jika betul cara kita memujuk maka mudahlah dia dipujuk dan sekiranya cara kita memujuk itu salah maka sukarlah dia di pujuk . Dalam hal ini , bukan persoalan makan pujuk mahupun tidak menjadi punca sukar di pujuk tetapi cara kita sendiri mengawal emosi pasangan kita . Kenal hatinya dan dari cara itu kita tahu cara untuk memujuknya . Perkara yang perlu dijauhkan adalah ego yang menggunung . Perlukah kita meletakkan ego kita yang tinggi di carta yang teratas sehingga menyebabkan permasalahan antara pasangan . Sayang ke tidak ? Kalau sayang kenapa perlu ada ego yang tinggi . Lepaskan ego sekiranya sayangkan hubungan dan pasangan . Bercintalah dengan cara yang bijak bukan seperti zaman cinta monyet kita dahulu .
"Ahhh ! Pandai pula kau berkata-kata sedangkan kau sering menukar pasangan" .
Dan kini . . .
Persepsi aku tentang cinta mungkin berlainan dari dahulu . Aku cuba untuk memberikan seribu kebahagiaan kepada pasangan . Andai dia pinta perpisahan untuk kebahagiaannya aku terpaksa berikan jika hal sedemikian boleh membuat hatinya tenang dan berasa bahagia . Cuma satu yang aku ingin tegaskan . Tidak akan sesekali aku membuka ruang padanya lagi . Dan mungkin di sebabkan itu juga aku sering menukar pasangan . Mencari teman lelaki memang suatu perkara yang amat mudah tetapi untuk mencari teman hidup yang sedia menerima kekurangan dan kelebihan kita terlalu sukar . Pernah aku ungkapkan kepada teman aku , mencintai seseorang bukan kerana kelebihannya tetapi belajarlah mencintai setiap kekurangan dirinya .
"Kau dapat semua yang handsome je , mana pernah kau dapat yang serba kekurangan" .
Haha ! Geli hati mendengar apa yang kawan aku katakan ini sewaktu ketika dulu . Lelaki yang mampu bertahan lebih dari setahun kebanyakannya punyai rupa yang mampu memikat hati ramai gadis . Disebabkan kelebihan yang mereka ada aku sering cemburu . Itu kekurangan yang ada pada aku . Bukan aku nak berbangga kerana pernah didekati dengan lelaki yang menjadi rebutan para gadis . Dan bukan pula aku nak menyanjung bekas-bekas teman lelaki aku . Tapi , cukup sebagai bukti yang aku ingin katakan disetiap kelebihan terselit kekurangan . Tak perlu la untuk aku ceritakan di sini tentang kekurangan mereka . Biarlah aku saja yang mengetahuinya .
Aku mendampingi mereka bukan kerana kelebihan yang Allah kurniakan pada mereka tapi terlebih dahulu aku mengenal tentang kekurangan mereka . Maka dengan itu aku mampu menerima dan mampu bertahan melebihi setahun . Yang mana tak bertahan setahun tu aku sendiri pun tak tahu apa puncanya . Adakah benar apa yang kawan aku katakan aku cuma jadikan mereka tempat untuk persinggahan di kala sunyi . Watdehal ! Sikit pun aku tak pernah punya perasaan sedemikian . Mungkin ada sebab-sebab yang tertentu kenapa aku ditinggalkan atau pun aku meninggalkan mereka . Cukup hati aku dan dia mengetahui punca sebenar .
Pengakhiran kata , jangan pernah melukai hati pasangan kita dengan perkara yang remeh . Sebijaknya kita cuba untuk selesaikan setiap permasalahan yang timbul . Bersedia menerima cinta dan jangan pernah memaksa untuk menerima seseorang itu atas dasar kasihan ataupun kerana kelebihan yang ada pada dirinya . Saling mempercayai setiap hati dan berbincang terlebih dahulu dari hati ke hati tentang masalah sebelum membuat sebarang keputusan . Aku juga tidaklah bijak dalam mengawal hati tapi sedikitnya aku mampu untuk memberi petunjuk supaya kita tidak akan gagal dalam melayari alam percintaan . Walaupun cinta kita sekarang bukan yang pertama tapi jadikanlah dia sebagai yang terakhir yang datang dalam hidup kita .
Sekian !
No comments:
Post a Comment