Dalam Assignment kali ini aku dengan member group kena buat tajuk kami dan kimia tak organik . Dengar tajuk tu macam senang je kan nak buat . Tapi , syarat dia kena la buat sampai 5000 patah perkataan . Haaa ~ Ambik kau ! Memang cemerlang la kalau assignment macam nie nak kena buat sorang . Kitorang yang bahagi part ambik sorang seribu lebih pun dah masing-masing kering idea . Tak tahu kot nak mengarut apa sampai 5000 . So , kalau tengok ayat yang macam hancur lebur dan bunga-bunga yang tak jadi tu paham-paham la kan . Tu sebenarnya nak memanjangkan ayat je nak bagi cukup 5000 patah perkataan punya pasal kan . Hehehe ~ So , korang tengok jela sendiri assignment yang telah berjaya kami siapkan dalam masa beberapa hari saja . Bangga juga la boleh siap dalammasa 2 hari . Kitorang mula buat hari jumaat lepas dan siap sepenuhnya pada hari ahad . Congratz to group members coz berjaya siapkan . They are Umi , Shuhada , dan akak senior (errr~ lupa lak nama dia) .
Kami dan kimia tak organik dalam
kehidupan seharian memang tidak dapat dipisahkan. Bak kata ahli kimia, kami dan
kimia tak organik ibarat ikatan hydrogen. Selain itu, semua hidupan yang hidup
memerlukan udara dan makanan untuk hidup. Kami masih hidup disebabkan oleh
keizinan Ilahi yang masih memberi peluang kepada kami untuk bernafas. Kami
terfikir, sedarkah mereka yang lain bahawa melalui sistem pernafasan ini,
terdapat proses kimia tak organik berlaku. Apabila kami menyedut udara, sudah
tentu terdapatnya molekul oksigen dan karbon monoksida yang akan masuk ke dalam
sistem pernafasan kami. Apabila molekul oksigen diserap masuk ke dalam badan
dan seterusnya menyerap masuk ke dalam hemoglobin yang akan melibatkan proses
pengelatan ligan iaitu menjadi 6 ligan. Maka, melalui pembawaan oksigen dalam
hemoglobin ini akan menyebabkan penyebaran oksigen di seluruh dalaman badan
kami.
Malah, apabila bangun sahaja dari menikmati
mimpi yang indah setelah lena panjang, kami masih lagi bergantung kepada produk
yang melibatkan sebatian tak organik iaitu ubat gigi. Bangun pagi sudah tentu
kami cari berus gigi dan ubat gigi. Seperti kata budak – budak kecil, “bangun
pagi, gosok gigi, gunalah Kodomo Lion, badan sihat tubuh jadi kuat.” Apabila
kami pergi membeli belah di pasaraya, kami boleh lihat terdapat pelbagai jenis
ubat gigi di pasaran seperti anti-kaviti, ubat gigi pemutihan gigi, gigi
sensitif dan banyak lagi. Antara kandungan campuran yang utama dalam ubat gigi
ialah fluorida. Mana-mana produk ubat gigi memerlukan Florida sabagai bahan
asas pembuatan ubat gigi. Fluoride stannous adalah sebatian yang pertama sekali
digunakan dalam pembuatan ubat gigi. Kemudian, ilmu kimia makin maju, maka
monofluorophosphate digunakan kerana ia boleh dicampurkan dengan bahan-bahan
lain seperti silica, sodium lauryl sulfate dan banyak lagi. Kebiasaannya, ubat
gigi berwarna putih legap yang menunjukan keserasian natrium fluoride dalam
sebatian dan juga penambahan titanium dioksida yang
digunakan untuk membuat pes legap dan putih. Florida
boleh bertindak balas dengan lebih baik sekiranya terdapat surfaktan. Sebagai
contoh surfaktan ialah sodium lauryl sulfat dan ammonium lauryl sulfate.
Yang menarik perhatian kami ialah
dengan hanya penggunaan silika, ubat gigi boleh berbentuk gel dan pes berjalur -
jalur dapat dihasilkan bagi tujuan komersial. Surfaktan juga boleh membantu
membersihkan gigi, penghasilan buih yang banyak dan yang paling penting ia mempunyai
sifat anti-bakteria yang boleh mengurangkan plak di dalam mulut. Tetapi
terdapat juga keburukan surfaktan detergen ini iaitu ia dapat merengsa sel-sel
membrane didalam mulut. Oleh itu, dengan penambahan alantoin dapat mengurangkan
kerengsaan yang disebabkan oleh detergen, bahan yang beralkali dan juga
campuran bahan yang berasid.
Antara bahan yang penting dalam ubat
gigi ialah campuran egen tetra sodium pirofostat (TSPP) yang dapar membantu
pembuangan kalsium dan magnesium yang ada di dalam air liur. Kalsium dan
magnesium boleh menyebabkan plak, oleh itu dengan tetra sodium pirofostat dapat
meghalang kalsium dan magnesium daripada berdeposit atau bercantum pada gigi
yang dikenali sebagai tartar.
Tetrasodium pirosulfate juga dapat
bertindak sebagai ejen pelembutan air, malah ia bersifat alkali yang mempunyai
rasa pahit. Tidak menghairankan jika kadang – kadang ketika menggosok gigi,
pernah suatu ketika terasa pahit sedikit. Oleh itu, perasa tambahan perlu
ditambah bagi menghilangkan rasa pahit ini. Oleh kerana ia beralkali ia boleh
menyebabkan mulut menjadi sensitif dan kerengsaan pada mulut. Oleh itu, sodium
bikarbonat ditambah sebagai penambah rasa dan ia juga dapat bergabung atau
bertindakbalas dengan asid dengan melepaskan gas karbon dioksida pada busa yang
dihasilkan semasa memberus gigi. Oleh itu, ia dapat mengurangkan jumlah asid
yang terdapat pada bakteria di dalam mulut. Tetapi keberkesanannya hanyalah dapat
dirasa apabila mulut masih lagi kekal dalam keadaan beralkali. Bagi tujuan
komersial, kebanyakkan ubat gigi yang mempunyai ciri pemutihan telah dihasilkan
dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pengguna. Oleh itu, kebanyakan
ubat gigi mempunyai natrium peroksida sebagai agen pemutih, dimana apabila
natrium peroksida bertindak balas, ia akan membebaskan hidrogen peroksida.
Hidrogen peroksida bertindak sebagai
peluntur gigi dan juga dapat membunuh kuman. Perasa tambahan seperti pemanis
ditambah seperti natrium sakarin, minyak pati iaitu pudina, dan banyak lagi
bagi tujuan kormersial. Antara agen anti-bakteria yang paling berkesan ialah
triclosan yang dapat membunuh mikrob pembentukan plak.
Walaupun busa mandi kami berlainan
jenama namun kesemua busa mandi kami tetap mempunyai fungsi yang sama iaitu
untuk membersihkan anggota badan yang kotor. Bahan aktif tak organik yang perlu
ada pada setiap busa mandi adalah lye atau lebih dikenali natrium hidroksida
yang boleh bertindak balas dengan lemak dan minyak. Minyak yang selalu
digunakan ialah minyak zaitun yang bersifat lembut pada kulit. Lemak pula
ditambah bagi memastikan natrium hidroksida tidak meninggalkan kesan kepada
kulit kerana natrium hidrosida bersifat alkali yang kuat. Untuk tujuan
komersial glyseril ditambah sebagai pelembap pada kulit dan ia juga berfungsi
sebagai bahan pengawet kepada busa mandi ini.
Polyethylene glycol seperti PEG-6
metil eter juga ditambah sebagai pemekat, surfaktant detergent dan pengelmusi
bagi campuran dye dan pewangi. Manakala pentasodium pentetate, tetrasodium
etidronate dan tetrasodium EDTA iaitu sebatian tak inorganik ditambah sebagai
pelembut kepada air dan melindungi pewarna dan pewangi dari kesan ion logam
dalam campuran. Pengawet yang popular digunakan ialah BHT (butylated
hydroxytoluene) yang boleh menghindari minyak yang ditambah daripada menjadi
rosak atau tengik. Bagi membuat busa mandi ini anti-bakteria, triclosan atau
triclocarban ditambah kerana ia adalah agen aktif anti-bakteria.
Shampu rambut amat diperlukan oleh
setiap orang tidak kira lelaki mahupun perempuan seperti kami. Sudah tentu rambut
memainkan peranan penting dalam menjaga imej kami walaupun rambut kami tertutup
rapi dengan pemakaian tudung. Tidak mungkin hanya luaran sahaja yang kami perlu
jaga bukan? Kini, di pasaran terdapat pelbagai jenis jenama shampoo yang telah
dikomersialkan. Tujuan utama penggunaan shampu adalah untuk membersihkan rambut
tetapi perlu diingatkan pada bahagian rambut terdapat minyak semulajadi yang
boleh memelihara rambut.
Oleh itu, shampu yang baik adalah shampu
yang tidak mengandungi terlalu banyak detergen yang boleh mengganggu minyak
semulajadi pada rambut. Mengikut jualan pasaran, shampu yang baik adalah shampu
yang boleh menghasilkan banyak buih, berbau wangi dan harga yang murah. Kini,
dengan perkembangan ilmu kimia, campuran shampu dapat dipelbagaikan seperti
penambahan ekstrak herba, asid amino daripada sumber protein dan susu dari susu
kambing. Antara bahan aktif tak organik yang wujud dalam shampu ialah
sulfonates alkil benzene. Biasanya industri menggunakan ammonium lauryl sulfate
yang merupakan detergen yang baik untuk bertindakbalas dengan air yang
mengandungi sedikit kalsium dan magnesium sebagai elemen pengikat kepada
detergen dan membuatkan buih tidak mudah untuk terlarut. Selain itu,
tetrasodium EDTA juga digunakan bagi mengikat kalsium dan magnesium bagi
menghasilkan hasil basuhan yang lebih bersih dan baik. Cocamide DEA pula
digunakan sebagai agen penghasilan buih bagi menghasilkan buih yang lebih banyak.
Selain itu, surfaktan perlu ada bagi menstabilkan buih dan kelikatan shampu.
PEG-5 cocamide adalah detergent penstabilan buih yang juga berfungsi sebagai surfaktan,
dan pengemulsi. Manakala detergent betaine cocamidadopropyl pula ditambah
kerana ia mempunyai sifat-sifat kimia yang istimewa.
Antaranya, detergen betaine
cocamidadopropyl sangat lembut kepada kulit berbanding sulfonates benzin yang
merupakan detergen yang kasar kepada kulit. Malah detergent betaine
cocamidadadopropyl dapat meghasilkan kelikatan campuran yang sempurna kepada
shampu. Selain itu, detergent ini mempunyai sifat anti-statik, dimana rambut
tidak akan menjana cas elektrik yang membolehkan rambut melekat pada sikat
apabila dikeringkan. Tambahan pula, ia dapat mengelak rambut dari menjadi
kering. Salah satu fungsi utama detergent betaine cocamidopropyl ialah ia
mempunyai ciri antibiotik yang menghalang shampoo dari rosak. Surfaktan
ammonium xylenesulfonate juga ditambah sebagai pemekat dan memelihara beberapa
kandungan ramuan yang ditambah sebagai tujuan kormesial pemasaran. Sebagai
contoh ramuan tambahan ialah minyak wangi. Lilin glikol distearate ditambah
pula bagi menghasilkan shampoo yang legap.
Lilin glikol distearate adalah berbentuk
kepingan-kepingan kecil yang mudah bertindakbalas atau dicampur gaulkan dengan
surfaktan dalam campuran shampu. Lilin glikol distearate juga dapat
meningkatkan kadar penipisan ricih, dimana ia membantu pengeluaran isi shampu
daripada botol dengan mudah apabila dipicit keluar. Sebatian tak inorganik yang
paling jelas yang digunakakan dalam campuran shampoo ialah sodium klorida yang
digunakan sebagai pemekat campuran jika surfaktan yang digunakan ialah sulfat
lauryl natrium. Sebagai contoh apabila surfaktan yang digunakan adalah
berasaskan ammonium, maka ammonium klorida akan digunakan. Garam ditambah bagi
menghasilkan shampoo yang lebih kasar dan mempunyai kesan sampingan iaitu ia
dapat memedihkan mata apabila terkena mata. Oleh itu, pemekat yang mahal
digunakan bagi mengekalkan tahap garam yang rendah. Secara kormersialnya,
selulosa yang telah diubahsuai sering digunakan bersama-sama dengan pemekat
yang bersesuaian dengan surfaktan. Gliserin pula ditambah sebagai agen
menyerap kelembapan yang ada pada udara. Bagi meningkatkan tujuan pemasaran,
banyak penambahan ramuan ditambah ke dalam shampu. Sebagai contoh, madu dan
pengestrakan herba yang dapat menambah kewangian dan tidak memberi kesan kepada
kepekatan pada shampu. Manakala, asid amino pula digunakan kerana ia dapat
bertindak sebagai pendingin kepada kulit kepala. Kini, industri lebih gemar
menggunakan asid amino soya kerana ia lebih mudah didapati berbanding asid
amino sutera.
Seterusnya, setelah selesai memanjakan badan kami, tiap - tiap pagi
kami akan membuat sarapan bersama – sama sebelum pergi ke kuliah. Kebiasaannya
pada waktu makan yang lain seperti makan tengahari ataupun makan malam, kami
akan membahagikan giliran antara sesama kami berempat tiap – tiap hari secara
adil dan saksama. Oleh kerana sarapan kami hanya sarapan yang senang, cepat dan
mudah, jadi kami akan bersama – sama menyediakannya untuk diri masing – masing.
Sarapan kegemaran kami kebiasaannya ialah roti bakar di sapu jem
strawberi ataupun nenas bersama – sama telur hancur dan kacang panggang. Kadang
– kadang kami gemar bersarapan telur rebus separuh masak bersama kicap.
Kami sebagai pelajar kimia tanpa menyedari akan selalu berbincang
sesama sendiri setiap bahan yang kami guna mahupun makan, sehari – hari sama
ada ianya berkaitan dengan kimia ataupun tidak. Boleh dikatakan hamper semua
rutin harian kami akan dikaitkan sebaik mungkin dengan ilmu yang kami ada. Oleh
itu apabila kami sedang menyediakan sarapan, tanpa kami sedari kami telah
berbincang mengenai kandungan bahan – bahan kimia yang turut terkandung di
dalam makanan – makanan kami. Sebenarnya kandungan di dalam setiap makanan
kegemaran kami seperti jem nenas dan jem strawberi kami mempunyai satu bahan
kimia tak organik.
Jem nenas mempunyai satu bahan kimia tak organik iaitu ‘sunset yellow’.
‘Sunset yellow’ ini sebenarnya dikenali dengan nama kimianya iaitu disodium
6-hydroxy-5-[(4-sulfophenyl) azo] -2-naphthalenesulfonate. Bahan ini merupakan
satu bahan sintetik kuning pewarna azo yang diperbuat daripada hidrokarbon
aromatik daripada petroleum. Bahan ini didapati dalam bentuk hablur oren-merah
atau serbuk merah.
Pada tahun 1990-an, pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika
Syarikat (FDA U.S) meluluskan penggunaan ‘yellow sunset’ di dalam makanan di
Negara mereka. Pihak mereka membenarkan penggunaan pewarna kuning tersebut
bersama - sama pewarna yang lain. Mengikut pembacaan kami, pihak mereka
mendakwa bahawa penggunaan aditif seperti ‘yellow sunset’ akan memberikan warna
makanan lebih menarik apabila terjadi kes sesetengah makanan tersebut terdedah
kepada udara, cahaya, suhu dan kelembapan menyebabkan berlakunya kehilangan
warna semulajadi.
Walaupun terdapat beberapa pewarna semulajadi seperti kunyit dan
saffron, namun pewarna – pewarna tersebut memerlukan kos yang lebih tinggi
dengan harganya yang agak mahal berbanding pewarna sintetik ‘yellow sunset’.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kesan sampingan apabila
pengambilan bahan ini melebihi kadar yang sepatutnya dan terlalu kerap.
Antaranya ialah gatal – gatal, hidung berair, kesesakan hidung, hiperaktif,
alahan, kanser buah pinggang, sakit perut, muntah dan kerosakan kromosom.
Bagi mereka yang tidak tahan dengan aspirin, mereka kemungkinan akan
terkena alergi, menyebabkan pembesaran usus, kehilangan berat badan dan makanan
yang mempunyai bahan ini tidak disyorkan dimakan oleh golongan kanak – kanak.
Bila giliran salah seorang daripada kami menyediakan makan tengahari,
salah satu bahan yang selalu ditambah sebagai perasa dalam masakan ialah
natrium klorida. Jika ditanya kepada nenek – nenek kami, mungkin mereka akan
tertanya – tanya apa itu natrium klorida. Natrium klorida lebih dikenali
sebagai garam sejenis sebatian ion berformula NaCl. Natrium klorida merupakan
bahan utama yang digunakan sebagai perasa dan pengawet makanan. Kami akan
selalu berbincang di ceruk dapur sebarang pengetahuan am yang berkaitan dengan
diri kami dan kimia tak organik seperti garam ini. Natrium klorida ataupun
garam ini diproses melalui penyejatan air laut atau tasik garam. China
merupakan pengeluar utama bagi garam di dunia dengan mengeluarkan kira – kira 60
juta metrik tan berbanding negara lain.
Bagi natrium klorida dalam keadaan pepejal, setiap ion dikelilingi oleh
ion yang bercaj bertentangan seperti yang dilihat dalam elektrostatik. Ion
disekelilingnya terletak di setiap bucu oktahedral di mana ion yang besar
seperti klorida diatur di barisan yang padu manakala bagi ion – ion natrium
yang kecil mengisi ruang di antara ion – ion lain. Kekuatan daya tarikan di
antara ion natrium dan ion klorida di dalam keadaan pepejal sangat kuat di mana
hanya pelarut yang sangat tinggi polar seperti air yang boleh melarutkan natrium
klorida.
Selain kami menggunakan natrium klorida sebagai perasa dalam makanan,
kami juga sangat gemarkan ikan masin dan telur masin di mana turut menggunakan
penggunaan natrium klorida bagi proses memasinkan ikan dan telur itik itu.
Kebanyakan mikroorganisma tidak dapat hidup di dalam persekitaran yang
terlalu masin apabila air di tarik keluar daripada sel – sel mereka apabila
berlakunya proses osmosis. Oleh sebab itu natrium klorida digunakan sebagai
pengawet makanan sebagai ikan sekaligus untuk makanan seperti ikan masin.
Sebagai seorang pelajar, kehidupan seharian kami sangat tidak menentu
dengan masa kuliah yang kadang – kadang sangat penuh tiap hari, begitu juga
dengan masa makan kami. Oleh itu, kami sentiasa membawa bekal roti setiap masa
sebagai alas perut ketika lapar. Sesetengah roti sebenarnya mengandungi kalium
bromate yang digunakan sebagai aditif makanan terutamanya dalam proses
pembuatan roti. Kalium bromated digunakan secra meluas oleh pengeluar dan
pembuat roti. Bahan ini membantu doh roti menjadi penuh dan dapat memberikan
isipadu doh roti yang lebih banyak dan besar. Namun, tidak semua dapat diserap
oleh tubuh badan. Oleh itu, kami yang sering mengambil roti yang berkemungkinan
mengandungi kalium bromate berisiko tinggi untuk pelbagai jenis kanser.
Jika mempunyai kelapangan pada waktu tengahari, kami akan menyediakan
makan tengahari mengikut giliran yang telah kami tetapkan. Antara masakan yang
kami masak ialah gulai ayam, daging masak merah, udang masak mentega serta
sayur – sayuran. Namun, sebenarnya jika kami mengambil masakan daging mahupun
sosej ketika makan tengahari sebenarnya bukanlah sesuatu yang baik untuk tubuh
kami. Hal ini demikian kerana, sesetengah daging yang diimport ialah daging
yang diawet dengan natrium nitrat. Natrium nitrat dengan formula NaNo3
merupakan garam yang dikenali sebagai garam Chile atau Peru adalah pepejal
putih yang sangat larut dalam air.
Natrium nitrat digunakan sebagai sejenis aditif makanan yang digunakan
dalam bahan pengawet untuk memanjangkan hayat daging dan untuk mencegah
pertumbuhan bakteria. Seperti yang telah dibaca, natrium nitrat adalah toksik
kerana apabila dimakan ia akan membentuk nitrosamine dan sebatian ini merupakan
karsinogenik. Sebatian ini mampu menyebabkan kerosakan DNA dan meningkatkan
degenerasi sel. Berdasarkan pembacaan kami, mengikut World Cancer Research Fund
di United Kingdom, mereka menyatakan bahawa salah satu sebab risiko kanser
meningkat ialah kandungan nitrat yang terdapat di dalam makanan. Sebatian
N-nitroso (NOC) yang tebentuk apabila nitrat bertindakbalas dengan protein yang
terdapat dalam daging yang diawet menggunakan natrium nitrat tersebut. Ada di
antara kami yang sangat gemarkan buah – buahan yang dikeringkan seperti
mempelam, betik, anggur dan sebagainya sebagai makanan ringan untuk dikunyah
sewaktu mentelaah pelajaran.
Tapi tahukah bahawa sebenarnya bahan seperti sulfide digunakan untuk
mengawet buah – buahan tersebut bila dikeringkan. Pengawet sulfide digunakan
bagi mencegah pembiakan bakteria dan mengekalkan warna buah – buahan tersebut.
Sulfide adalah sebatian yang mengandungi ion sulfit SO32-
dan konjugat bagi bisulfit. Sulfide telah digunakan meluas sejak beribu –
ribu tahun dahulu untuk menyimpan buah – buahan. Dalam pengetahuan kami, kira –
kira pada tahun 1980an, terdapat kematian yang disebabkan oleh penggunaan
sulfide yang tidak terkawal. Kebanyakkan orang yang tidak sensitive kepada
sulfide tidak akan memberi kesan kepada mereka, namun jika sensitive terhadap
sulfide, ini akan menyebabkan kesan asma, alergik dan lain – lain. Bagi ibu –
ibu mengandung yang selalu mengambil buah – buahan kering yang mengandungi
sulfide ini, ia akan member kesan terhadap bayi. Kandungan sulfide yang tinggi
dalam darah dan air kencing bayi boleh menyebabkan kekurangan kofaktor
molybdenum yang membawa kepada kerosakan saraf dan kematian melainkan dirawat
pada awal tempoh dikesan.
Selepas kami siap bersarapan, menjadi
suatu kebiasaanlah sebagai perempuan bersolek sebelum ke kuliah dan tidak dapat
dipisahkan. Agak menjadi suatu keharusan supaya tidak kelihatan terlalu selekeh
tetapi tidaklah setebal untuk pergi jamuan makan malam. Contohnya, pemakaian
deodorant sebelum keluar ke mana - mana oleh kerana jika tidak pakai dikhuatiri
bau yang tidak menyenangkan dan menghilangkan keyakinan. Apa orang kata kalau
berbau hangit, nanti jatuhlah saham kami sebagai gadis. Lebih – lebih lagi
sebagai seorang pelajar, ke hulu ke hilir untuk ke bilik kuliah yang tidak
tentu, sudah tentu mengundang peluh khususnya peluh di bawah lengan. Peluh di
bawah lengan boleh menyebabkan bau. Bau tersebut adalah disebabkan pertumbuhan bakteria
dan seterusnya bagi menghilangkan bau yang dihasilkan anti perspirant atau
pencegah peluh yang ada dalam deodorant. Ia akan membunuh pertumbuhan bakteria
penyebab bau.
Rupa-rupanya baru kami tahu bahawa produk deodorant
terdiri daripada satu matrik organik antara kira-kira 0.5-20 peratus
berat yang mengandungi serbuk kapsul yang terdiri daripada zarah halus daripada alkali bumi, dan sebatian tak organik
contohnya “Anhydrous aluminium zirconium tetrachlorohydrex gly” dipilih kerana
mempunyai keupayaan menutup pori - pori dalam
kulit dan menghalang pengeluaran peluh. Bentuk kontang sebatian ini memberi
kebolehan tambahan bagi menyerap kelembapan. Kadang-kadang
dipanggil AZG , dan mengandungi satu campuran Zr4+
dan Al3+ yang monomer dan polimerik kompleks-kompleks dengan hidroksida,klorida dan
glisina. Bila bercampur dengan peluh, AZG akan mengotori pakaian dengan warna kekuning-kuningan
dan kawasan pakaian tersebut akan keras. Patutlah bahagian bawah lengan baju
kami terasa keras-keras macam kertas. Namun jangan bimbang kerana kesan-kesan ini boleh
disingkirkan dengan penggunaan cuka ataupun peluntur.
Struktur “Anhydrous
aluminium zirconium tetrachlorohydrex gly”
“Anhydrous aluminium zirconium
tetrachlorohydrex gly” berfungsi dengan menyerap masuk ke kelenjar
peluh dan membentuk "colloidal plug" yang mengehadkan aliran peluh
pada permukaan kulit. “Colloidal plug” akan terurai dan menghentikan
pengeluaran peluh yang normal. Aluminium dalam bentuk biasa tidak berbahaya bagi kulit atau mana-mana
lain bahagian badan. Tetapi ionik dan sebatian aluminium, seperti
yang terlarut dalam air dan yang sering didapati di dalam “antiperspirants”
iaitu aluminium klorida dan “Anhydrous aluminium zirconium tetrachlorohydrex
gly” boleh menyebabkan rengsa pada kulit bagi sesetengah orang. Kesan
jangka panjang sebatian ini adalah membawa kepada kerosakan saraf, kerosakan
buah pinggang, Alzheimer dan kanser payudara. Betapa bahayanya kesan deodorant
kepada manusia namun kami tetap memakainya hari-hari.
Contoh deodorant yang biasa kami pakai
Selepas pakai deodorant semestinya nak
bagi wangi kat badan dan mengurangkan melekit peluh-peluh, kami pakai bedak
banyak-banyak. Apa yang kami tahu, contoh sebatian kimia tak organik dalam
bedak adalah talc atau nama kimianya adalah magnesium silikat terhidrat. Talc ialah komponen
utama bedak talcum. Bedak talcum adalah dalam bentuk jelas dan
berdebu di mana ia adalah lut
cahaya atau legap. Bahan
- bahan dalam bedak talkum menjadikan kulit kami licin, rata dan berkilau.
Komposisi
bedak talkum bergantung kepada syarikat - syarikat produk yang berbeza.
Pelbagai jenama produk bedak talcum mempunyai komposisi dan kualiti yang
berbeza. Antara sebatian-sebatian kimia tak organik yang didapati dalam bedak
talcum adalah silicon dioksida, magnesium oksida, kalsium oksida, ferum (II)
oksida, aluminium oksida, zink oksida, benzoin dan kalsium karbonat.
Bedak talkum boleh
membahayakan manusia jika tersedut dalam jumlah yang banyak kerana talc boleh
merosakkan paru-paru. Contonya jika disedut oleh bayi akan menyebabkan bayi
tercekik dan kelemasan. Talc juga berpotensi menyebabkan keradangan pada
paru-paru dan karsinogen. Selain itu, perlu ingat bahawa bukan hanya deodorant
sahaja penyebab kanser tetapi talc juga turut menyumbang ke arah penyebab
kanser jika dipakai di bahagian bawah lengan dalam jumlah yang banyak contonya
kanser ovari untuk wanita apabila zarah-zarah talcum termendap dalam badan
semakin bertambah. Jadi kurangkanlah
penggunaan bedak ataupun lebih baik tidak menggunakannya sekalipun.
Setelah berbedak sekarang mestilah
pakai bedak compact di muka sudah semestinya namun jangan biarkan tebal
berinci-inci. Cukup sudah dengan lebih menampakkan kami kelihatan kecantikan
yang asli. Melalui pembacaan kami, bedak compact mengandungi mineral tak
organik semulajadi seperti bismutoxychloride,
nitrid boron, mika, talkum, titanium dioksida dan zink oksida. Pemakaian bedak compact disebabkan tekstur lembut
disebabkan boron nitride, jagung kanji atau talcum. Warna yang dipakai
menyebabkan muka berseri – seri pula disebabkan oleh ferum oksida dan mika.
Keupayaan bedak compact untuk melekat adalah dari bismuth oxychloride, nitrik
boron dan magnesium stearate dan sifat penyerapan bedak talcum disebabkan oleh
ciri-ciri bismuth oxychloride dan tanah liat kaolin. Beberapa formula mineral
yang terdiri daripada silicon yang stabil dan sebatian-sebatian kimia yang
mengandungi air dengan berat-berat molekul yang tinggi. Contohya, dimetilkon
dan trimetilsiloxysilicate sebagai emolien dan pelembab yang melembutkan dan
meningkatkan penghidratan.
Pelbagai
contoh warna bedak compac
Struktur
BiOCI
Struktur
mengandungi lapisan-lapisan yang terdiri daripada Cl−, Bi3+
dan O2−, dalam susunan Cl-Bi-O-Bi-Cl-Cl-Bi-O-Bi-Cl. Atom
bismuth mempunyai struktur “distorted square antiprismatic” dengan empat
atom-atom klorin membentuk satu petak dan empat atom oksigen yang membentuk muka
segi empat sama yang lain. Ini adalah salah satu contoh sebatian kimia tak
organik yang ada dalam bedak compact.
Selepas dah pakai bedak, tibalah masa
untuk memakai pelembap bibir bagi mengelakkan bibir kering kerana cuaca UMT
sangat panas. Bagi kami sebagai perempuan, pelembap bibir adalah penting dan
mesti dibawa ke mana-mana. Terdapat pelbagai jenis dan perisa pelembab bibir
yang boleh didapati dengan pelbagai jenama. Kesemua jenama yang ada di pasaran
mempunyai komposisi bahan kimia tak organik yang berbeza bergantung kepada
produk-prduk mereka. Pelbagai sebatian kimia tak organik yang boleh didapati
dalam pelembap bibir. Pelembab bibir yang didapati secara komersial mungkin
mempunyai ramuan bahan kimia tak organik dan tiruan yang boleh member kesan
kepada bibir contonya pengawet sintetik dan pewarna merah yakni yang diperolehi
daripada pewarna serangga. Paraben terutamanya bismuth oxychloride adalah
karsinogen di mana terdapat di dalam pelembap bibir diketahui adalah penyebab
kanser payu dara dan caramine boleh menyebabkan alahan-alahan kulit dan ruam.
Antara sebatian - sebatian kimia tak organik yang boleh diperolehi dalam
pelembap bibir adalah mica, dan pewarna seprti ferum oksida dan titanium
oksida. Fakta yang menarik caramin yang digunakan untuk menghasilkan warna
merah dalam pelembap bibir atau lipstik adalah dibuat daripada serangga - serangga
kering yang dididihkan menghasilkan asid carminic dan kemudian dirawat dengan
larutan jernih alum. Aluminium akan ditambah bagi membantu pemendakan warna dan
bahan-bahan serangga membentuk tasik pigmen. Aluminium seperti Al(OH)3
atau Al2(OH)6 ditambah dalam bagi memberikan kelegapan
dan lutcahaya tanpa memberikan warna pada bibir hanya sebagai pelembap. Selain
itu, Cr2O3 dan Cr2O3.9H2O
juga digunakan dalam pigmen warna contohnya warna biru hijau.
Pelembab
bibir pelbagai perisa yang biasa dipakai.
Seterusnya minyak wangi juga salah
satu keperluan wajib dipakai dalam kehidupan seharian kami. Cukuplah untuk
mewangikan badan dan tidaklah pula sehinggakan kawan di sebelah terbersin. Banyak
bahan kimia tak organik yang didapati dalam minyak wangi contohnya air ataupun
lebih dikenali sebagai H2O yang mempunyai dua molekul hydrogen dan
satu molekul oksigen. Air adalah dikelaskan dalam kimia tak organik disebabkan
air tiada molekul karbon.
Oleh kerana UMT panas kenalah pakai
krim UV bagi mengelakkan kulit menjadi hitam. Pelbagai bahan kimia tak organik
yang boleh ditemui dalam contonya titanium dioksida yang berfungsi sebagai
pemantul sinaran UV sebelum sampai kepada kulit kami. Titanium dioksida atau
dikenali sebagai sangat stabil dibawah kebanyakkan keadaan tetapi titanium
dioksida mengalami tindakbalas katalitik boleh mencetukan bahaya contonya
membebaskan radikal bebas apabila terdedah kepada sinaran matahari. TiO2
akan menghalang cahaya matahari daripada UVA2 dan UVB dalam julat 320nm-340nm.
TiO2 selamat digunakan kerana tidak sensitif pada kulit tetapi tidak
seperti zink oksida yang digunakan dalam sesetengah produk krim UV yang boleh
merengsa pada kulit.
Contoh krim UV yang biasa kami gunakan
Titanium dioksida
juga dikenali sebagai titanium oksida(IV) ataupun titania. TiO2 yang biasanya
digunakan sebagai pigmen dalam kosmetik selalunya dipanggil titanium
putih.Terdapat dalam dua bentuk iaitu “rutile” dan “anatase”. Titanium dioksida
juga terjadi secara semulajadi dalam bentuk mineral iaitu “rutile”, “anatase”
dan “brokite” . Kestabilan separa fasa “anatase” dan “brokite” bertukar menjadi
“rutile” apabila dipanaskan.
Struktur
molekul TiO2
Jangan lupa, dalam kehidupan seharian
sebagai seorang pelajar, kami sememangnya tidak akan lari daripada penggunaan
alat tulis seperti pen, pensel, ‘correction pen’ dan dakwat pencetak. Tidak
hanya pelajar sekolah rendah yang memerlukan pen – pen yang berwarna – warni,
bahkan kami juga sebagai pelajar universiti turut memerlukannya untuk membuat
nota. Sudah menjadi kebiasaan kepada pelajar mahasiswi seperti kami untuk
membuat nota ynag berwarna-warni kerana pada pendapat kami nota yang
berwarna-warni mampu meningkatkan daya ingatan kami terhadap nota yang kami
telah tulis. Penggunaan alat tulis sedemikian amat berguna buat kami supaya
senang membuat nota ringkas dan menarik minat untuk menelaah pelajaran. Seperti
yang kami ketahui di dalam alat tulis terdapat bahan-bahan kimia yang digunakan
dalam pembuatan alat – alat tulis yang ada di pasaran sekarang.
Maka dengan itu, kami mencuri sedikit
masa ketika waktu melayari internet dengan mencari maklumat tentang bahan-bahan yang terkandung dalam
alat tulis yang sering kami gunakan. Berdasarkan maklumat yang telah kami cari,
kami dapat mengetahui bahawa di dalam dakwat pen yang kami gunakan mempunyai
beberapa bahan kimia tak organik. Dakwat adalah cecair yang mempunyai pelbagai
jenis warna seperti hitam, biru, merah, oren, hijau dan pelbagainya lagi. Bahan
kimia yang terdapat dalam dakwat yang berwarna hitam berasal daripada pigmen
organik karbon. Namun, bagi dakwat yang berwarna biru, merah, oren, kuning dan
hijau pula mempunyai pigmen yang berasal daripada pigmen sebatian tak organik.
Tetapi kebiasaannya dakwat yang
berwarna hitam atau biru tua sering digunakan untuk menulis dan dalam bidang
pencetakan. Maklumat yang telah kami perolehi tentang dakwat berdasarkan kajian
yang dijalankan oleh ahli kimia adalah dakwat merupakan sistem koloid daripada
zarah pigmen yang sangat halus. Pigmen dalam dakwat boleh ditemui dalam keadaan
organik dan tak organik. Kebanyakkan dakwat yang berwarna merah merupakan
larutan cecair pewarna merah eosin.
Manakala bagi dakwat yang berwarna biru pula mengandungi pewarna
trifenilmetana berkumpulan pengganti.
Kebiasaannya dakwat bertulis
mengandungi bahan kimia seperti ferum sulfat dan gallic asid serta tannic asid.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh para saintis dalam bidang kimia, lebih
daripada 90 peratus dalam pencetakan dakwat dihasilkan menggunakan pigmen
berbanding pewarna. Hal ini kerana, pigmen mempunyai sifat yang mudah tidak
mudah terlarut tetapi bagi pewarna pula mempunyai sifat mudah terlarut. Pewarna
adalah bahan yang digunakan untuk memberi warna kepada dakwat. Pewarna
merupakan molekul kecil yang bergabung dengan bes yang berasakan air. Pewarna
berpigmen mempunyai sifat yang tidak larut kerana pigmen terdiri daripada
molekul yang lebih besar sifatnya berbandaing dengan pewarna. Oleh kerana
molekul dalam pigmen lebih besar maka dakwat pigmen mampu bertahan lebih lama
jika dibandingkan dengan dakwat yang berasaskan pewarna.
Maka, tidak mustahil lagi sekiranya
kebanyakan dakwat dihasilkan daripada pigmen dan bukannya daripada pewarna.
Di samping bes kimia dan pewarna,
dakwat di dalam pen juga turut mengandungi bahan penambah. Bahan penambah
mempunyai ejen penampan dimana berfungsi untuk mengawal tahap pH dakwat, resin
untuk daya penahanan dan humectants bagi menghalang penyejatan berlaku. Bahan
penambah ini juga berperanan dalam menstabilkan campuran bahan kimia yang
terdapat dalam dakwat.
Sejurus kemudian, kami terfikir pula
apakah bahan kimia yang telah digunakan untuk membuat dakwt pen. Maka, kami
bersepakat untuk mencari mengenai bahan kimia yang ada di dalam dakwat pen.
Berdasarkan pembacaan, kami telah menemui beberapa bahan kimia yang telah
digunakan di dalam proses membuat dakwat. Di antaranya adalah asid tanik,
hablur ferum sulfat, iron gall, gum Arabic dan asid hidroklorik cair.
Asid Tanik adalah tannin atau nama
saintifiknya adalah Penta-(m-digalloyl)-glucose yang merupakan bahan semulajadi
yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan.
Ia juga turut digunakan sebagai bahan pengawet. Asid tannic adalah polimer
glukosa dan asid Gallic kerana ia asid tannic mempunyai astringen, anti-enzim,
anti-oksidan dan anti bakteria. Asid tannic adalah bahan yang paling banyak
digunakan dalam proses membuat dakwat bewarna hitam. Asid tanik mempunyai sifat
seperti serbuk amorfus kuning pucat, berkilat, dan akan beransur - ansur gelap
apabila didedahkan kepada udara. Ia tidak berbau dan merupakan 1 terbitan
glukosa gula ringkas di mana lima kumpulan hidroksil telah digantikan dengan
rantai sisi yang mempunyai kompleks yang besar yang dikenali sebagai kumpulan
digalloyl.
Asid tannic diekstrak daripada sumber
semula jadi dengan menggunakan prinsip bahawa sebatian ini larut dalam air dan
alkohol. Sumber asid tannic secara tradisional bersal daripada nutgall Cina,
yang terdiri daripada kira-kira 70 peratus asid tannic, dan nutgall Turki, yang
mengandungi kira-kira 50 hingga 60 peratus asid tannic. Nutgall ini dikisar
menjadi serbuk dan kemudian dicampur dengan gabungan air atau alkohol dan eter.
Asid tannic dalam serbuk akan mudah terlarut
dalam air atau campuran alcohol dan komponen-komponen lain. Air dan alkohol
kemudian dibiarkan tersejat untuk mendapatkan asid tannic yang tulen.
Ferum (II) sulfat merupakan sebatian
kimia dimana formulanya adalah FeSO4. Ia juga turut dikenali sebagai
ferus sulfat, atau pun tembaga. Ferum (II) sulfat biasanya ditemui sebagai
heptahydrate biru-hijau apabila ferus sulfat ini berada dalam keadaan atau bentuk
kristal kontang dimana ia akan terbentuk di bawah pembentukan piawaian entalpi.
Ferum (II) sulfat ini juga digunakan dalam pembuatan dakwat pen kerana ia
terhasil daripda tindak balas kimia di antara asid sulfurik dengan ferum.
Campuran ferum sulfat dengan air dan asid Gallic akan menghasilkan produk yang
bewarna biru kehijauan.
Gambar di atas adalah beberapa contoh
gall yang digunakan dalam proses menghasilkan dakwat pada zaman dahulu. Hal ini
kerana komposisi kimia daripada galls berbeza dan bergantung kepada ejen
pembentukan gall. Gall Aleppo kaya dengan asid tannic dimana peratusannya
adalah 65% dan asid Gallic pula mempunyai 2%, Gall Bassorah atau turut dikenali
sebagai epal Sodom mengandungi 26% asid tannic dan 1.6% asid Gallic manakala
Gall Acorn mengandungi 45-50% asid tannic. Ketiga-tiganya contoh gall ini mengandungi
kepekatan asid gallotannic yang sangat tinggi dan sesuai untuk dijadikan
sebagai bahan dalam proses pembuatan dakwat.
Gum Arabic adalah sap yang berwarna
keemasan yang dihasilkan oleh pokok-pokok Acacia. Ia mempunyai sifat mudah larut
dalam air dan biasanya ditemui dalam bentuk serbuk atau pun dalam bentuk
cecair. Bahan ini digunakan dalam pembuatan dakwat kerana ia dijadikan sebagai
ejen pengikat molekul kerana sifatnya yang mudah melekat. Oleh itu, Gum Arabic
berfungsi untuk membolehkan dakwat menjadi pekat supaya dakwat yang dihasilkan boleh
mengalir dengan lancar dari pen ke atas kertas. Disebabkan bahan ini juga, pen
yang kita gunakan dalam penulisan memberikan dakwat yang baik semasa kita
menulis di atas kertas. Bayangkan sekiranya bahan ini tidak digunakan mungkin
juga kita tidak akan selesa semasa menulis. Gum Arabic adalah Polisakarida
kompleks yang terdiri daripada asid glucuronic, rhamnose, arabinose, protein
dan galaktosa. Gum Arabic digunakan bagi mengekalkan kualiti dakwat kerana ia
boleh menyimpan pigmen ferum dalam bentuk suspensi dan ia juga dapat
mengekalkan penulisan di atas kertas dalam tempoh yang lebih lama.
Daripada apa yang telah kami perolehi,
kami terkejut apabila mengetahui bahawa terdapat banyak bahan-bahan kimia yang
telah terdedah di dalam kehidupan kami seharian. Sangkaan kami mengenai dedahan
bahan kimia hanyalah semasa menjalani amali sangat meleset setelah kami sendiri
mencari tentang penggunaan bahan kimia yang telah kami gunakan setiap hari.
Maka, kami dan kimia sememangnya tidak akan lari lagi. Ternyata kimia sangat
penting dalam setiap pembuatan tak kira dari segi pembuatan barang-barang
mandian, makanan dan barangan masakan, alat-alat kosmetik mahupun alat-alat
tulis yang sering kami gunakan dalam kehidupan seharian. Kami juga sedar
bahawa, kami tidak mampu untuk mengelak dari menggunakan sebarang alat atau
barangan yang megandungi bahan kimia kerana di dalam setiap pembuatan bahan
kimia wajib digunakan. Tambahan pula, bahan kimia mempunyai sifat dan kriteria
tersendiri di dalam setiap pembuatan tetapi pendedahan bahan kimia dalam
kehidupan seharian kami tidak membawa kesan sampingan secara meluas.
Nota Kaki : Dr . please give us the highest mark okay !