Malam ini ku lihat bulanTak terjatuh lalu teruraiKu nggak ngerti apa yang harusKu lakukanHari ini aku putuskanUntuk jauh ku langkahkan kakiUntuk pergi dari dirimuBiarkanlah kan kubawaSejuta harapan yang indahYang pernah kita laluiSaat bersamaKu harap kau bisa mengertiCinta kita tak direstuiMalam ini harusRela ku pergiMaafkanlah kekasihKu harus tinggalkanmuMeski ku tahu ini menjadiKau sakit hatiRelakanlah kekasihTutup air matamuSemua ini aku lakukanUntuk kebaikanmuDengarkanlah kekasihKu harus tinggalkanmuMeski ku tahu ini menjadiKau sakit hatiRelakanlah kekasihTutup air matamuSemua ini aku lakukanUntuk kebaikanmu
Sukar untuk digambarkan apa yang dirasakan sekiranya cinta kita bersama si dia harus di putuskan atas dasar cinta kita itu tidak direstui . Dalam sebuah hubungan perkahwinan restu keluarga adalah sangat penting . Kenapa ? Dalam Islam , keredhaan adalah amat penting lebih-lebih lagi redha dan restu dari Ibu dan Bapa yang membesarkan kita sejak kita belum dilahirkan lagi . Semestinya sebelum membuat keputusan mendirikan rumahtangga kita akan menyuarakan hasrat kepada keluarga . Seandainya mereka hanya mendiamkan diri mungkin menandakan mereka tidak bersetuju dengan pilihan kita atau sebaliknya . Kalau dulu , bila si ibu atau ayah bertanya kepada anak gadisnya soal kahwin . Sekiranya diam tandanya setuju tapi bukan bagi dalam isu restu untuk mendirikan masjid . Apa yang pasti mereka hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu melukakan hati kita sekiranya terpaksa menolak keputusan yang kita buat .
Keberkatan dan restu keluarga memberikan kebahagiaan yang berpanjangan dalam sebuah perhubungan . Kita sering terdengar mahupun terbaca tentang isu pergolakan rumah tangga . Hal ini mungkin terjadi kerana tidak mendapat restu dari keluarga pada awal perkahwinan . Jika dibandingkan dengan zaman sebelum aku dilahirkan , rata-rata ibubapa yang menentukan siapa yang layak untuk anak mereka . Tapi , tidak lagi pada zaman sekarang ibubapa sudah memberikan kunci kebebasan kepada anak mereka untuk mencari pasangan masing-masing . Berkahwin atas dasar cinta , cinta akan pudar . Berkahwin atas dorongan seksual , lama-kelamaan ia juga boleh berkurang . Jika berkahwin atas dasar wang ringgit atau harta , ia akan berkurangan . Dalam Islam , Nabi Muhammad S.A.W telah menekankan perkahwinan adalah untuk menyempurnakan Islam . Berkahwin berlandaskan sunnah Nabi menandakan kita betul-betul beragama .
Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak ada nikah kecuali dengan wali.
Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas:Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali).
Jika hadis di atas merujuk kepada anak perempuan, maka hadis berikut merujuk kepada anak lelaki pula.
‘Abd Allah ibn ‘Umar R.A berkata: Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab,yakni ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan. Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi S.A.W dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi S.A.W menjawab (kepada ‘Abd Allah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.”
Dalam sebuah kes yang lain, Abu Darda’ R.A berkata: Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”
No comments:
Post a Comment