“ Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji; dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. ”
Al-Quran Surah An-nur ayat 26 : 24
Kita hanya mampu merancang yang akan menentukan segalanya hanyalah ALLAH . Tak perlu mencari seorang yang baik jika diri sendiri pun hanyut entah ke mana hala tujunya . Persiapkanlah diri menjadi yang terbaik supaya kelak dikurniakan insan yang baik . Bila aku fikirkan , layakkah aku untuk mendapat pasangan yang baik . Dan bagaimana pula zuriat aku nanti . Perangai siapakah yang akan mereka warisi . Sangat risau bila fikirkannya .
Lelaki mana yang inginkan seorang isteri yang tidak baik . Tanyalah siapa pun semua nak pasangan yang baik . Baik lelaki mahupun perempuan . Tapi , cukup baikkah kita untuk dapatkan pasangan yang baik itu ? Hurmm , nilailah diri sendiri sejauh mana iman dan sejauh mana pegangan kita . Untuk sesiapa yang yang ingin carikan pasangan dan ingin mengetahui bahawa pasangannya itu baik mahupun tidak cuba baca dan fikirkan apa yang betulnya mengenai ayat di bawah nie .
"Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGI MANA DIA belum bernikah denganmu.Kalau pasangan kita seperti di atas wajar lagikah kita bertahan ? Belum ada ikatan yang sah sudah pandai kan ? Fikir dan renungkan ! Peringatan juga pada diri sendiri .
Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat nasuha."
No comments:
Post a Comment