Hukum karma . Sebelum nie aku ada jugak terdengar hidup kita nie macam karma . Bila aku fikirkan balik sebenarnya karma itu apa . Bila muncul persoalan tu aku pun mula la cari dan selidik serba sedikit mengenai hukum karma nie . Berhari-hari aku baca pelbagai artikel untuk fahamkan apa itu sebenarnya karma .
Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam . Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah . Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita , baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku , bangsawan , drama TV , filem dan lain-lain . Malah , jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam .
Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat , namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan . Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan . Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami , kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga . Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat .
Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu , Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini . Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya . Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa .
Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam . Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan , makanya orang-orang yang baik , malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah . Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma .

Allah juga ada menjelaskan bahawa buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat dalam firman Nya Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
No comments:
Post a Comment