Sunday, October 21, 2012

Fitrah Cinta


Jodoh...
sedekat mana jua seseorang itu kepada kita
dan betapa kita mengharapkan dia menjadi pasangan kita,
pasti tidak akan terlaksana jika Allah tidak menetapkan dia untuk kita.

Bahkan...
sebanyak mana kita dan dia berbeza dan
sebesar mana asingnya dia pada kita,
jika Allah mengkehendaki pasti dia yang menjadi sang suami/isteri.

kerana...
itulah sifatnya jodoh...begitu rahsia...
kita tidak tahu bila kita akan bertemu,
di mana kita akan bertemu,
bagaimana kita bertemu,
dan SIAPA YANG AKAN KITA TEMUKAN dalam pertemuan sebuah JODOH...

Yang bertandang belum tentu milik kita dan
yang menjauh tidak mustahil dialah gerangannya...

"Jodoh itu rahsia ALLAH"

Cinta. Salahkah ia? Sebenarnya Islam tidak memusuhi cinta. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Semalam, terdetik dihati aku untuk mengikuti forum yang dianjurkan oleh pusat Islam. Sebelum pergi aku memang tak tahu tajuknya. Sampai saja di sana, baru aku tahu tajuk forum tu berkaitan dengan cinta. Ilmu yang disampaikan membuka mata dan minda aku mengenai cinta. Aku tertarik dengan perkongsian yang diberikan oleh ustazah Rodziah dimana dia mengatakan bahawa terdapat enam jenis sifat yang perlu dinilai sebelum mencintai seseorang. 

  1. Cinta seorang hamba pada ALLAH.
  2. Cinta sebagai seorang islam kepada Rasulullah S.A.W
  3. Cinta seorang murid kepada guru.
  4. Cinta sebagai masyarakat kepada pemimpin.
  5. Cinta suami kepada isteri.
  6. Cinta seorang anak kepada ibubapa.

Cinta. Bilakah yang selayaknya untuk bercinta? Dari apa yang aku perolehi semalam, cinta ini tidak boleh dicari. Seandainya diri sudah siap sedia memikul tanggungjawab dan memelihara maruah diri maka bercintalah. Cinta secara islam tidak pernah wujud. Cinta secara islam hanya digunakan untuk menghalalkan cara. Ustaz memberitahu sekiranya cinta itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri maka kita boleh teruskan. Jangan biarkan diri ini terjebak dengan cinta yang tidak mendatangkan faedah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya.

No comments:

 
© IeykaShahidan