Assalamualaikum..
Hey! 2017 ni mungkin dah mula rajin rasanya nak update blog. Maybe! haha. Okay, masa last entry 2016 tu aku ada mention nak cerita apa yang aku buat selepas dah grad kan. Tapi pending sampai sekarang. Yela, dah masuk alam kerja ni dia punya mood nak update any entry rasa lain macam sikit malas dia. No! No!. Bukan malas tapi kekangan waktu.
Okay, sebenarnya lepas je grad 2014 tu macam biasa la balik kampung melepak habiskan beras jelakn. Kebetulan masa aku balik kampung tu, cun kena bulan puasa. So, mood nak kerja tu memang takde langsung la sebabnya da puasa kan. So enjoy the moments la sepanjang bulan puasa tu. Tapi dalam masa sama try jela nasib apply dalam jobstreet tu kot2 ada rezeki. Tunggu punya tunggu lansung takde panggilan. So try pulak google mana2 company yg ada vacancy chemist. Try lagi nasib hantar direct email. Pun sama takde jugak panggil. But then, teringat masa pratikal tu ada la bagi list company yang ada kaitan dengan chemistry. So try jela nasib cari email dan hantar. Ada satu company pharmaceutical buat ubat antibiotik kat Sungai Petani ni aku apply. Lagi seminggu nak raya macam tu dorang panggil untuk interview. So, for the first time la masa tu pergi interview. Then, memang tak expect langsung ada test ke apa. Belasah jela. Dan bukan rezeki aku nak kerja lagi. Lepas interview tu dorang tak panggil pun.
So, still searching and waiting. Then, masa raya adik aku ni ajak la pergi jenjalan rumah ustazah dia. Actually, ustazah aku jugak masa kelas fardu ain sekola dlu. Pernah la pergi merayap lepak makan buah kat rumah ustazah tu masa ustazah tu dk kat kampung. Memang rezeki, ustazah tu tanya nak kerja ke tak. So aku pun cakap ada ke kerja kosong. Kalau ada boleh cuba nasib. Tapi dalam masa yang sama pikir jugak nak pergi kerja macam mana semua. Wlaupun dah setahun ambil lesen tapi motor or kereta langsung tak pandai bawak. Sedih! Lepas dah dapat nombor tempat kerja tu aku pun try la call dah call tu terus set appoinment untuk interview. So, memang dapat kerja tu. Ala, kerja dekat Coolblog je. Mesti semua orang tahu la kan. Gaji that time cuma RM600 jela. Takpe la, kerja jela dulu dari duduk rumah saja. Dalam bulan 9 macam tu aku start la kerja situ. Dari kerja situ la aku dapat duit nak bayar yuran konvo masa bulan 11 tu.
Kerja dalam 4 bulan macam tu aku decide nak quit job. Alasan dah dapat kerja. Actually, aku nak cari kerja yang gaji lagi ok. Memang susah beb nak dapat kerja. Dekat sebulan jugak la melepak je kat rumah. Duit pun dah nak habis. So decide la pergi cari kerja kat Jitra Mall tu. Kali Each A Cup plak. Same comcept dgn Coolblog. Tapi gaji dapat basic RM900. Ada ot dan komisen masa kerja kat situ. Pernah cecah 1k lebih gaji masa kerja situ. Punya seronok dapat gaji ok. So enjoy la kan kerja situ dengan akak2 yang sporting and baik. Then, bos pun baik jugak. Tu yg best. Kerja situ pun dalam 4 bulan je. Da confirm aku pulak chau. Bukan chau nak lari ke apa. Kali ni memang dapat kerja.
Masa bulan 3 tu dapat panggilan interview as chemist kat Masai, Johor. Punya la jauh nau! Disebabkan masa tu ada hari pertabalan apa tah kat Johor so rescheduled balik untuk interview bln 4. dalam 8 April 2015 macam tu. Jauh! Tapi disebabkan masa tu bf aku orang JB so plan jela dengan dia macam mana semua. So, dia pergi ambil dekat larkin then bawak pergi interview semua. Interview semua memang dengan Bini Bos. So, memang hari tu jugak confirm dapat kerja. Dia suruh start esok tu jugak. Gila apa? Aku bawak baju pun untuk sehari je kot. So aku mintak la nak start kerja awal May. Sebabnya nak hantar parent aku pergi airport. 19April dorang nak pergi umrah. Tapi tak dapat. So next week dalam 13 April aku start kerja. So memang as birthday gift aku la kan. Sebab 14 April tu birthday aku.
Kerja dalam 3 minggu, aku pulak accident. Saja la kan nak merasa tar dekat JB ni. Masa merempit kat Kedah sampai lewat malam tak plak nak jadi. Dah nasib agaknya. Nasib baik la company aku ni tak buang aku kerja. Aku dapat MC dekat 2 bulan jugak la. Pasal accident ni maybe next entry aku boleh cerita lebih. And aku akan cerita jugak la pengalaman kerja chemist dekat cosmetic company. Kot2 boleh jadi rujukan kat junior2 yang tengah struggle cari kerja.
No comments:
Post a Comment