Thursday, January 5, 2017

❤ Chemist Life

Assalamualaikum... 

          Hey yaa! Be a chemist. This part memang banyak cerita pasal pengalaman kerja jela kan. So bertabahlah ye masing2 dengan entry kali ni. And pada junior2 yang tengah struggle tu kot boleh jadi semnagat nak belajar. Ecehhh! 
          2014 tu aku dah grad, Dalam November 2014 macam tu officially graduate in BSc. Analytical Chemistry and Environment. So, sepanjang belajar tu memang banyak jugak subject aku fail. Lebih2 lagi masa semester 2. Sepatutnya sem tu sem yang agak senang la kan kalau nak score. Tapi sebab that time sibuk sangat nak bercinta bagai. Gaduh bagai. Nangis bagai. Down bagai. So fail banyak paper dengan jayanya. Dan memang masuk sem 3 da subject makin susah. Pun sama still tak boleh nak naikkan pointer. So dapat la surat amaran dari dekan. Kalau tak naik jugak pointer masa sem 4 memang jawab dia buang universiti. So kau balik la melepak kat rumah. Sebenarnya dari zaman sekolah lagi aku memang tak minat langsung dengan subjek kimia ni. Tapi tah macam mana boleh melekat pulak sampai zaman kerja tak lari dari kimia. 
          So, masa dah dapat amaran tu memang satu family la kan bising2 dekat aku. Masuk je sem 4 tu jumpa dekan, jumpa mentor bincang macam mana nak buat. So, decide nak extend sem. Ambik subjek yang fail dan baiki balik pointer yang dah macam ayam mati kena lenyek lori tu. Sepatutnya aku grad tahun 2013 lagi. Tapi sebab dah extend so jadila 2014 baru grad. Sistem dekat universiti aku ni plak jenis kalau dah fail subjek masa sem genap nak ambil balik pun masa sem genap. So masa sem 7 tu aku free dari sebarang kelas. Balik duduk kampung 6 bulan lebih jaga Daniyal. Yang masa tu baru 5 bulan lebih. Tolong jaga sampai dia dah boleh berjalan. Umur dah setahun. 
          Dah masuk sem 8. Yang mana sem aku extend tu, aku pun belajar jela macam biasa walaupun dalam hati sakit gila tengok kawan lain dah grad. Paling benci tengok muka exbf yang sama universiti yang sibuk jadi junior university aku. Nasib bukan satu kos. Hoiii mintak simpang! Berbulan2 belajar finally grad jugak. 
          Bila dah grad tu dia punya perasaan lega lain macam. Tak kisah la grad dengan kawan ke tak. Dah habis belajar struggle pulak cari keja sana sini. Macam dalam entry aku yang lepas dah cerita sikit apa yang aku dah buat lepas grad sampai la aku dapat kerja tetap in chemistry. Yes!! Got what I want. 
          Chemist in cosmetic manufacturing company. Kerja pulak dekat Johor. Jauh! So tak pela, dah peluang so kerja jela. Masa jadi chemist dekat Johor tu, aku banyak buat kerja lebih kurang QA la. Buat dokumen. Then check quality product. So kalau apa2 berkaitan GMP aku jugak la yang akan menjawab kalau setiap kali audit. Masa kerja ni, baru la aku tahu sikit2 macam mana nak buat sabun, nak buat shampoo, nak buat skincare dan banyak lagi la. Tu pun semua formula memang dah tersedia. Kalau ada new production pun bos yang akan bagi formula so buat jela sample dalam lab. Memang best dan relax kerja macam ni. 
          Dalam setahun lebih kerja dekat Johor, aku dapat peluang kerja kat Penang pun sama cosmetic manufaturing. Kali ni, memang lagi relax tapi mencabar minda jugak. Mana tak nya nak kena create formula sendiri kalau ada new production. Tanya la google, tanya la supplier macam mana nak buat tu nak buat produk ni. Tak jadi so tukar formula buat balik. Nampak macam senang campur2 dah jadi produk. Tapi nak tahu setiap function dan percentage chemical yang guna tu sangat2 la kena bijak. Buka la buku balik belajar pasal chemical ni. Tapi chemical ni tak la bahaya macam mana masa belajar dan masa praktikal dulu guna. 
          So, moral dia kat sini. Memang orang cakap rezeki aku. Even dah gagal dan pernah extend pun masih lagi ada peluang nak dapat kerja. So junior2, jangan takut kalau korang dapat kos ni. Percayalah. banyak peluang kerja sebenarnya. Kalau tak masuk bidang kosmetik pun banyak lagi company yg hired chemist. Nak lagi best jadi analytical chemist. So enjoy jela apa yang korang dapat. 

1 comment:

Aiman said...

rindu la juga masa fyp duk dalam lab main chemical.

 
© IeykaShahidan