Wednesday, January 4, 2017

❤ Tragedy 30 April 2015

Assalamualaikum... 


          Previous entry ada aku cakap kan pasal accident. Haaa, ni nak sambung cerita la ni. Malangkan baru 3 minggu kerja dah accident. Naik motor masa tu. Pinjam motor bf (dah exbf). Minah scoot aku jadi masa tu. Masa kat Kedah lenjan LC, lenjan KRISS langsung takde effect. Even, penah la sekali tu break mengejut masa hujan tapi boleh lagi la nak control. Kalau terbabas masa tu mati kena marah dengan abang aku. LC dia baru je keluar. Huhu. Then, dah nasib agaknya masa kat Johor ni nak jadi. Langgar lopak yang tepi jalan je pun dah melambung aku ni makan tar. 
          Macam biasa la 5.30pm macam tu aku pun start jela motor nak balik kerja. Kebetulan hari tu dah 30 April (Khamis) esoknya tu 1 Mei. So, Cuti! Aku pun dah plan la dengan akak tempat kerja aku tu nak balik Kedah naik bas malam tu. Tiket semua dah beli dah. Hari tu nak kata excited sangat nak balik kampung pun tak jugak. Tapi sebab masa aku balik tu pun dah gerimis so nak cepat la agaknya. Tak laju pun rasanya 80km/h je rasa masa bawak tu. Macam biasa je. Baru lepas keluar simpang jalan kilang aku plak tu nak speed up lelaju tak boleh lagi la kan. 
          Dalam masa tak sampai 10minit balik kerja dah terbaring tepi jalan tu. Masa accident tu memang aku dah tak sedar apa2. Ada jugak la dengar suara2 orang gaduh pasal jangan bagi aku minum air. Basuh luka aku pun dorang bising2 cakap jangan usik apa2. Lepas tu aku macam sedar tak sedar gitu. Ada satu pasangan ni, kebetulan orang Kedah jugak datang naik Myvi bawak aku pergi Klinik 1 Malaysia. Dekat klinik tu pun dorang dah tak boleh buat apa. Suspect aku punya tengkok patah. So kena la pakai benda apatah. Masa pakai tu memang takde rasa apa lagi pun. Then, dorang cuci sikit2 je luka dan buang darah yang kemain banyak dalam mulut aku. 
          Masa kejadian tu, ada la sorang mamat ni tunggu sampai ke hospital. Dia yang sibuk call sana sini. Call ibu angkat aku bagitahu. Call exbf aku nak bagitahu. Tapi macam biasa la mana dia nak angkat kalau tengok call dari aku. Kejam kan! So, dalam pukul 6 lebih macam tu kot ambulan sampai terus bawak pergi Hospital Sultan Ismail. Mamat tu yang setia follow dari tempat kejadian sampai naik ambulan sama2 terus sampai ke hospital tunggu lagi sampai ibu angkat aku sampai. Then, masa dalam ambulan tu aku ni dah macam orang mabuk tak ingat nama bagai. Aku mengantuk tahap gila dah masa tu memang dorang yg dalam ambulan tu tak bagi aku tidur. Sibuk tanya aku soalan macam2. 
          Dah sampai hospital terus masuk emergency la cerita dia kan. Tapi, takde buat apa lagi pun. Memang masa tu dah tahap sakit sangat2 dah. Aku pun mula rasa sakit dekat bahagian tengkok. Sakit sampai menangis2. Datang mamat tu cuba nak tenangkan aku. Terus panggil nurse. Baru la bagi injection ubat tahan sakit. Cucuk banyak kali tak dapat2 urat. Masa cucuk tu langsung takde rasa sakit apa pun. Sakit luka2 aku lagi azab. Aku pun tak pasti la ibu angkat aku sampai pukul berapa. 
          Bila ibu angkat aku datang baru la mamat yang setia menunggu tu pun balik. Segala handbag, Hanphone, kunci motor semua dia serah kat ibu. So, dalam pukul 11 lebih baru la masuk bilik X-ray. Masa tu memang dah sakit sangat boleh pulak dorang ni lambat2kan. Hadoiiii! Dah lepas X-ray tu kena tunggu lagi. Aku nak tidur masa tu memang tak boleh la. Sebab dah sakit sangat takde rasa pun nak tidur. Dalam pukul 12 lebih macam tu kot rasanya baru la pegi bilik dental. Nak jahit bahagian luka.
          Masa jahit tu baru aku sedar, yang dagu aku pecah. Bibir aku pun pecah. Gigi aku pun banyak patah siap pakej melekat kat atas2 bibir aku. Macam mana boleh sangkut situ jangan tanya. Aku sendiri pun tak tahu. Then, bibir atas aku ni terbelah dua. Terkoyak terus. dari hujung hidung ke hujung hidung tahu. Luar dalam jahit. Aku tak tengok pun masa tu rupa aku tu macam mana. Masa tengah duk jahit2 tu aku boleh tanya doktor "Lama lagi ke?" dah kenapa pulak tanya. Kalau mengantuk tidur la doktor cakap. Aku sebenarnya lapar sebab sehari tak makan. Hadoiii buat kelakar! 
          Pukul 3 pagi baru la masuk ward. Mampus la kan lama betul dari pukul 5.30pm accident sampai pukul 3pagi baru dapat masuk wad. Dah masuk wad tu aku tak sedar pun sape sebelah aku ke depan aku ke. Tak terpikir langsung. Dan aku sendiri pun tak sedar pukul berapa exbf aku tu datang. Dia sepatutnya kerja malam tu, tak tahu la pukul berapa dia sampai hospital tu. Sedar2 dah ada depan mata. Haaa kau! Dah setel masuk wad ibu pun cakap nak balik. Esok dia datang semula. Aku pun takpe la, Rehat and tidur. 
          1 Mei! Sepatutnya aku dah sampai Kedah dah enjoy sakan kat kampung dah masa ni. Sekali ambil kau terlantar kat katil hospital jela. Pagi tu baru la aku try ambil fon and snap gambar nak tengok muka. OMG! Teruknya muka. Habis semua pecah2. Aku memang tak sedar pun masa tu rahang aku patah dan aku tak boleh nak mengunyah makanan langsung. Semua makanan yang sampai tu semua dalam bentuk cecair. Dan masa pagi tu jugak baru sedar wad tu campur laki pompuan dan hujung sekali kanak2. Ada meh macam ni. 
           Masa tu nak makan apa semua memang susah. Nasib ada uncle depan tu yang banyak tolong aku nak makn pun dia datang suapkan. Baik sangat. Dan sampai sekarang aku masih contact uncle tu. Dah aku anggap macam bapak aku dah. Dia pun tak pernah nak lupakan aku. Selalu tanya khabar. Hari tu jugak abang aku dari kl sampai. So, dalam petang macam tu ramai la yang ada. Abang aku bagi jela semangat apa yang ada. Dan dia suggest untuk buat report semua. 
          Masa dalam wad tu ibu angkat aku la yang banyak jaga. Mandi, makan, cuci luka semua la dia yang jaga. Seminggu macam tu jugak la dia jaga. Lepas tu Kak long aku plak ambil alih jaga aku sebab dah nak operation. Sebelum operation tu, memang aku takut sebab aku tak pernah masuk hospital nak buat operation bagai. Menangis jugak masa tu. Dah masa bilik Operation memang aku sendiri tak sedar. Last sedar masa masukkan tiub dalam hidung. Masa tu memang sakit! 
          Pukul 9 pagi masuk bilik operation pkul 3ptg baru keluar masuk wad balik. Lama betul! Dagu dan rahang aku patah masa tu. So operation masukkan plat dekat bahagian rahang dan pakaikan besi guard dekat gigi. Acah2 macam braces gitu. 3 hari lepas operation baru la aku boleh keluar wad. Masa keluar wad tu abang aku datang ambil. So terus balik Kulim rumah dia. Dah sampai kulim abang aku lagi sorang pulak datang ambil balik kampung.
          Masa nak balik dari JB to Kedah tu memang azab! Sejuk2 aku memang sakit. Nak makan apa pun tak boleh. Dah sampai kulim, tengahri tengok je orang makan nasi aku makan bubur. Tu pun bubur blend plak. Dapat MC sebulan lebih jugak la dari HSI. Then, follow up dekat Hospital Sultanah Bahiyah. Dapat lagi MC. Last sekali MC tu aku dah tak nak sambung sebabnya aku nak kerja. Aku takut lama2 nanti kena buang kerja. So dalam bulan 6 aku balik JB start kerja macam biasa. Tapi still follow up dengan hospital. 
          Tu la first time aku accident teruk sampai patah2 bagai. Dan bila dah lepas accident tu memang ramai tegur cakap muka aku lain dari sebelum accident. Lain macam mana tu aku tak tahu la kan. So pada yang banyak dah tolong tu mintak maaf sebab dah susahkan. Dan terima kasih dah banyak tolong. 

No comments:

 
© IeykaShahidan