Saturday, April 7, 2012

Sakit Hati . .

Assalamualaikum . . 


Dendam ? Adakah aku menyimpan dendam ? 

Ermm , susah sebenarnya aku nak describe apa yang sedang aku fikirkan . Hati aku sendiri pun aku tak paham . Bukannya aku nak membenci sesama umat tapi kekadang perkara yang telah pun dilenyapkan akan datang tanpa diundang . Hal yang sedemikian menyebabkan jiwa ini sering diusik dan diulik kenangan yang menyakitkan . Tatkala ini aku perlu seseorang yang mampu membahagiakan aku . Mujurlah aku masih punya teman rapat yang sentiasa mendengar celoteh yang terpacul dari mulut ini . Walau ada ketika mulut ini menyakiti hati mereka dan mengguris perasaan namun mereka tetap ada di samping aku . Begitu banyak sumpah seranah yang terkeluar dari mulut aku . Sehinggakan aku terfikirkan adakah aku masih belum mampu melupakan peristiwa dan kenangan lampau yang telah menyakiti aku atau pun aku menyimpan seribu dendam ke atas perbuatan yang telah dia lakukan terhadap aku . 


Masih adakah perasaan sayang, rindu mahu pun cinta yang terukir dihati hanya padanya ?

Sekali lagi persoalan ini bermain di minda dan membuat aku terdiam sejuta rasa tanpa tahu jawapannya . Yang pasti perasaan sakit, marah dan benci tetap segar dalam diri ini dan mungkin saja tak mampu aku musnahkan dalam masa ini . Sayang atau cinta tak seharusnya memiliki . Itu yang sering kita dengar . Memang aku akui ada yang sanggup berpegang dengan kata-kata itu . Tapi, dalam keadaan aku tika ini sukar untuk aku pastikan jawapan yang pasti . Jangan la ditanya adakah masih ada perasaaan sayang atau tidak . Entah sampai bila aku harus ada perasaan sakit dan benci terhadap perbuatan kau dulu . Sekarang aku punya kehidupan aku sendiri yang lebih bahagia berbanding dulu . Kini aku jua mampu bebas dari sebarang masalah seperti saat aku bersama kau dulu . Tiada lagi yang nak memaksa dan mengongkong kehidupan aku sudah cukup buatkan diri aku terasa sangat indah . Mungkin benar kata teman aku bahawa aku patut bersyukur dilepaskan dengan cara begitu sekurang-kurangnya aku tahu dan kenal erti kesusahan sebelum aku temui sebuah kebahagiaan . 


Tinggalkan kebahagiaan ?

Mungkin itu yang kau pinta dari aku . Tinggalkan kehidupan aku sekarang hanya untuk kau . Okay ! Untuk ini aku ada jawapan yang pasti pada permintaan kau . " I won't leave my happiness just for you ! For sure , I'm never leave him because you ask me back to you " Sorry , aku dah bahagia sekarang dengan kehidupan aku sekarang . So, kenapa aku perlu berpatah semula ke belakang setelah aku membina sebuah jalan dihadapan aku . Biarlah apa pun kau nak cakap tapi hati aku tetap berpegang utuh pada janji aku pada dia, teman dan keluarga aku yang pentingnya . Cukup sekali kau buat aku terluka dan buat ibu aku membenci kau . Aku tak akan benarkan kau melakukannya buat kali kedua . Aku hormat kau sebagai kawan dan jangan terus mendesak aku untuk membunuh rasa hormat itu . 


__________________________________________________________________________________


Pesanan buat dirimu !

Aku tak akan berdendam dengan kau sekiranya kau tak menimbulkan masalah . Kau cakap kita dah kenal lama . Okay ! Kalau kau dah kenal aku lama kenapa kau masih lagi tak tahu apa yang aku inginkan . Kenapa kau sering paksa aku sedangkan yang selayaknya tidak pernah hiraukan . Kenapa pula kau nak marahkan aku dan sakit hati dengan aku bila aku tak balas SMS dan jawab panggilan kau . Siapa kau di hati aku yang patut aku utama kan sedangkan yang perlu aku utamakan itu tak pernah memarahi aku . Aku bengang dengan  sikap kau . Benci . Benci . Benci dan benci . Itu yang ada di hati . Perlu ke kau marah aku bila aku tak ada masa untuk membalas SMS kau . Salahkah bila aku pentingkan pelajaran aku . Belum puas lagi kah kau merosakkan segala impian aku . Kerana kau jugak aku terpaksa menebalkan muka mengulang . Untuk hal itu , aku biarkan je dan biar lah suatu hari nanti balasan setimpal kena ke atas kau dan keluarga kau . Dulu kau dah buat aku gagal tapi sekarang aku tak akan izinkan . Biarlah apa pun kau nak cakap sedikit pun tak menggugat semangat aku . Then , kau boleh juga cakap yang aku tak pandai nak bahagi masa dengan betul dan buat kerja last minute . Sebabnya kau tak tahu apa yang terjadi dan akan terjadi pada kehidupan aku seharian . Hanya yang nampak cara aku bekerja saja yang akan paham . Kau boleh la nak cakap yang aku buat proposal tu last minute sebab aku tahu dulu masa kau buat diberi tempoh yang lama dan ada group member yang membantu sedangkan aku bergerak seorang diri dan cuma punya waktu yang singkat ditambah pula dengan assignment lain serta test dan quiz yang tak pernah putus dalam jadual aku . Kau juga dah bersumpah tak akan pernah ganggu hidup aku . Itu urusan kau dengan Allah ! Andai suatu hari nanti sumpah itu memakan dirikau tanggung sendiri . Okay ! Hope kau paham dengan apa yang aku cuba samapaikan di sini . Last warning ! Jangan nak hina aku kalau diri kau lebih hina dari aku .

sekian !

Sunday, April 1, 2012

Sukan KKK ??

Assalamualaikum . .

Alhamdulillah , for the first time untuk selama 2 tahun aku jadi ahli KKK aku join aktiviti yang KKK handle . KKK?? Apa tu ye . Kelab Kemasiswaan Kimia sebenarnya . Budak kimia la katakan . Hehehe . Last aku join dulu pun masa orientasi kos . Dah lama kan ? Since semester 1 , aku join pun masa tu sebab memang diwajibkan untuk student baru . Lepas dari tu memang aku dah tak ada join apa-apa aktiviti lagi . Melainkan program raya la kan . Itu memang tiap tahun aku join . Sebab boleh makan ketupat ! Hahaha .

Semalam , KKK ada buat sukan so , aku ada jugak la terlibat dalam game . Aku masuk Bola jaring . Nama team aku Metyhl Mercury sebenarnya tapi dalam list tu aku sendiri pun tak tahu kenapa boleh tersalah nama jadi Metal Mercury . Bab salah nama tu biarkan aje . Pengalaman pertama main Netball 3 sebelah . Memang terbaik kot nak main . Selama nie aku main 7 orang satu team . Itu yang biasa la . Tapi , peraturan baru nie 3 sebelah . 1 game 15 minit je . Pergerakan memang kena pantas la kan . Yang paling best bila tengok student lelaki yang main netball . Memang pantas cara dorang main . Even , team aku kalah sekali pun tapi best la sebab boleh juga keluarkan peluh yang dah lama tersimpan nie . Lepas main memang sakit dan lenguh badan aku . Itu pun aku main sekejap je . Kalau ketiga-tiga game aku main agak nya macam mana la rasakan . Mau tak sakit sebabnya semester nie aku memang tak ada turun pergi jogging ke apa . Semester sebelum nie boleh dikatakan hari-hari . Moral story , lepas nie aku kena start turun balik . Amalkan hidup sihat supaya otak cergas . 

Second game , aku masuk congkak . Lepas la sampai final tapi kalah seri dengan Dr. Hafiza . Orang banyak pengalaman la katakan . Hehe . Apa-apa pun best dapat fight dengan lecturer . Bukan senang nak main game dengan lecturer . Masa nie jela aku dapat berfoya-foya dengan lecturer pun . Start game aku fight dengan Diya , my bestfriend . Then , suku akhir aku lawan pula dengan junior . Separuh akhir , aku lawan dengan senior third year . Final fight dengan lecturer pulak . Kiranya complete la aku . Sebab boleh fight dengan semua stage . Haha . Bila dah start main congkak nie teringat zaman kanak-kanak riang ribena dulu . Aktif gila main permainan nie semua . Bila dah semakin besar memang tak sentuh langsung congkak tu . Sekarang pun congkak dengan guli yang berlambak-lambak dekat rumah aku pun dah tak tahu campak kat mana . Zaman sekarang memang kanak-kanak dah tak tahu nak main semua tu . Budak IT la katakan . Tunggu zaman anak cucu aku pula nanti macam mana . Lagi tak tahu lajawabnya . Eh , dah lari dari landasan dah cerita aku . 

Back to story , aku tak tahu dah nak cerita apa . So, bawah nie aku nak share la sedikit gambar yang ada . Tengok la ye . 


After senamrobik ! 

       

My course-mate bertungkus lumus main futsal !


Sesi bergambar . 


Sekian !! Jumpa lagi masa sukan KKK next year okay .









 
© IeykaShahidan