Wednesday, January 4, 2017

❤ After Graduation

Assalamualaikum.. 


          Hey! 2017 ni mungkin dah mula rajin rasanya nak update blog. Maybe! haha. Okay, masa last entry 2016 tu aku ada mention nak cerita apa yang aku buat selepas dah grad kan. Tapi pending sampai sekarang. Yela, dah masuk alam kerja ni dia punya mood nak update any entry rasa lain macam sikit malas dia. No! No!. Bukan malas tapi kekangan waktu. 
          Okay, sebenarnya lepas je grad 2014 tu macam biasa la balik kampung melepak habiskan beras jelakn. Kebetulan masa aku balik kampung tu, cun kena bulan puasa. So, mood nak kerja tu memang takde langsung la sebabnya da puasa kan. So enjoy the moments la sepanjang bulan puasa tu. Tapi dalam masa sama try jela nasib apply dalam jobstreet tu kot2 ada rezeki. Tunggu punya tunggu lansung takde panggilan. So try pulak google mana2 company yg ada vacancy chemist. Try lagi nasib hantar direct email. Pun sama takde jugak panggil. But then, teringat masa pratikal tu ada la bagi list company yang ada kaitan dengan chemistry. So try jela nasib cari email dan hantar. Ada satu company pharmaceutical buat ubat antibiotik kat Sungai Petani ni aku apply. Lagi seminggu nak raya macam tu dorang panggil untuk interview. So, for the first time la masa tu pergi interview. Then, memang tak expect langsung ada test ke apa. Belasah jela. Dan bukan rezeki aku nak kerja lagi. Lepas interview tu dorang tak panggil pun. 
          So, still searching and waiting. Then, masa raya adik aku ni ajak la pergi jenjalan rumah ustazah dia. Actually, ustazah aku jugak masa kelas fardu ain sekola dlu. Pernah la pergi merayap lepak makan buah kat rumah ustazah tu masa ustazah tu dk kat kampung. Memang rezeki, ustazah tu tanya nak kerja ke tak. So aku pun cakap ada ke kerja kosong. Kalau ada boleh cuba nasib. Tapi dalam masa yang sama pikir jugak nak pergi kerja macam mana semua. Wlaupun dah setahun ambil lesen tapi motor or kereta langsung tak pandai bawak. Sedih! Lepas dah dapat nombor tempat kerja tu aku pun try la call dah call tu terus set appoinment untuk interview. So, memang dapat kerja tu. Ala, kerja dekat Coolblog je. Mesti semua orang tahu la kan. Gaji that time cuma RM600 jela. Takpe la, kerja jela dulu dari duduk rumah saja. Dalam bulan 9 macam tu aku start la kerja situ. Dari kerja situ la aku dapat duit nak bayar yuran konvo masa bulan 11 tu. 
          Kerja dalam 4 bulan macam tu aku decide nak quit job. Alasan dah dapat kerja. Actually, aku nak cari kerja yang gaji lagi ok. Memang susah beb nak dapat kerja. Dekat sebulan jugak la melepak je kat rumah. Duit pun dah nak habis. So decide la pergi cari kerja kat Jitra Mall tu. Kali Each A Cup plak. Same comcept dgn Coolblog. Tapi gaji dapat basic RM900. Ada ot dan komisen masa kerja kat situ. Pernah cecah 1k lebih gaji masa kerja situ. Punya seronok dapat gaji ok. So enjoy la kan kerja situ dengan akak2 yang sporting and baik. Then, bos pun baik jugak. Tu yg best. Kerja situ pun dalam 4 bulan je. Da confirm aku pulak chau. Bukan chau nak lari ke apa. Kali ni memang dapat kerja.
          Masa bulan 3 tu dapat panggilan interview as chemist kat Masai, Johor. Punya la jauh nau! Disebabkan masa tu ada hari pertabalan apa tah kat Johor so rescheduled balik untuk interview bln 4. dalam 8 April 2015 macam tu. Jauh! Tapi disebabkan masa tu bf aku orang JB so plan jela dengan dia macam mana semua. So, dia pergi ambil dekat larkin then bawak pergi interview semua. Interview semua memang dengan Bini Bos. So, memang hari tu jugak confirm dapat kerja. Dia suruh start esok tu jugak. Gila apa? Aku bawak baju pun untuk sehari je kot. So aku mintak la nak start kerja awal May. Sebabnya nak hantar parent aku pergi airport. 19April dorang nak pergi umrah. Tapi tak dapat. So next week dalam 13 April aku start kerja. So memang as birthday gift aku la kan. Sebab 14 April tu birthday aku. 
          Kerja dalam 3 minggu, aku pulak accident. Saja la kan nak merasa tar dekat JB ni. Masa merempit kat Kedah sampai lewat malam tak plak nak jadi. Dah nasib agaknya. Nasib baik la company aku ni tak buang aku kerja. Aku dapat MC dekat 2 bulan jugak la. Pasal accident ni maybe next entry aku boleh cerita lebih. And aku akan cerita jugak la pengalaman kerja chemist dekat cosmetic company. Kot2 boleh jadi rujukan kat junior2 yang tengah struggle cari kerja. 



Tuesday, January 3, 2017

❤ 2017

"Happy New Year" 

Cepatnya masa berjalan. Sedar tak sedar dah masuk 2017. Means here, dah 26 years la aku hidup dekat bumi ni. Apa yang masih sama. "Im still single" Satu perkara yang perlu hadam bila orang yang sama batch dulu masing2 da berkeluarga sendiri. Keluarga sendiri hokeyhhh! Tapi takpe la, bukan kisah yang nak kena hadam ni yang nak ceritakan. Its all about 2017.

Btw, dah masuk tahun baru ni. Memasing sibuk la nak pasang azam baru bagai. So, aku ni sebenarnya takde pn azam apa2. Cuma yang ada wishlist macam yang tahun2 sebelum ni aku buat. So far wishlist dari tahun 2014 nak grad then capai. 2015 nak kerja pun tercapai. Siap pakej dapat beli kereta sendiri. Actually, kereta ni wishlist bila masuk 2016. Means masa 25 tahun nak ada kereta sendiri. Even my dream car tak dapat beli tapi bersyukur la kereta sekarang cukup mantap untuk aku bawak ke mana2. Mana taknya, dari JB to Kedah. JB to Kelantan. Kelantan to Kedah. Dah habis pusing semenanjung dah kereta tu. Cukup puas! Then, wishlist 2016 tu takde pun. Tapi start situ try jela searching job kosong area Penang. Kononnya nak masukkan wishlist 2017 ni la. Sekali belum sempat habis tahun bulan 9 cenggitu dah start kerja baru kat Penang. Gaji ok la up lg dari dk JB.

2017? Wishlist.. Ehem2.. Of kos! Nak saving duit banyak2. Kalau ada jodoh kawen. Takde jodoh lagi kita travel. Yeahhhh! 2017 tahun nak kaya mungkin. Tak nak da sesak2 hujung bulan pkir mana mau cari duit lebih. Penat hokeyhhh! Mungkin 2017 ni dah boleh start stabilkan hidup.

So, itu jela kot pembukaan untuk 2017.


 
© IeykaShahidan