Sunday, August 14, 2016

❤ Journey

Assalamualaikum..

Wah, dah 2 tahun tak berblogging. Nak cakap busy tu tak plak. Mungkin dulu masa zaman study banyak masa depan laptop agaknya. Itu yang bole je nak update. Sekarang laptop dah jadi no 10 agaknya dalam hidup. Okay! To make it clear. I will make a simple story about my journey after getting my first degree. 

June 2014. Habis exam dan habis belajar dekat UMT. So balik la kampung apa lagi kan. Sebulan jugak la lepak rumah ternak lemak. Ternak lemak pun tak bole jugak sebab bulan puasa masa aku balik tu. Bulan 7 puasa. Seronok la kan dapat puasa dengan family sebulan full. Lepas raya, kebetulan pergu rumah ustazah masa primary school. Then, she gave me contact number. Kerja apa?

Coolblog! Ok ini la first time aku kerja. Dulu praktikal tak payah kira la kan. Ini kira kerja makan gaji. Yela, dulu langsung tak pernah nak kerja. Masa kerja kat coolblog tu gaji kecik je. RM600 basic. Kerja punya kerja ada sekali tu aku dapat la RM700 lbih campur ot. Tak lama pun sebenarnya. 3 bulan cenggitu. Bulan 9 sampai la awal bulan 12. Berhenti konon2nye nak cari kerja yang related to my studies tak pn dapat kerja yang bole bagi experience. Tapi tak jugak. Hmm, tau la sendiri zaman sekarang everything depends on working experience. Sebulan duduk rumah habiskan gaji. Dah habis cari kerja lain plak.

Guess what? Each a Cup plak. Ini je yg ada. Tapi gaji up sikit kerja kat sini. RM900 basic. Kerja punya kerja dapat jugak RM1000 lebih. Tapi tak dapat jugak nak simpan duit. Hehe! Pun sama 3 bulan lebih je kerja terua fly pergi johor.

April! Bulan birthday aku. Okay. Sempena birthday aku dapat kerja yang betul2 related to my studies. I got hired as chemist. Kerja la sampai sekarang ni. Ini pun bulan depan dah nak blah. Dapat offer dekat penang. Memang suka tersangat2 la sebab memang impian aku pun nak kerja dekat2 family aku. So, senang kalau nak balik kampung. Dekat. InsyaAllah, lepas raya haji aku start kerja dekat penang. Thank you boss. Bagi peluang kerja dekat aku yang bole dikatakan fresh grad. Yela, pengalaman setahun 6 bulan mana la nak cukup sangat. Tapi gaji yang dapat kat penang alhamdulillah, bole terima pakai.

Okay! Sampai sini jela dulu cerita pasal apa yang da aku lalui lepas grad yang sampai senyap je 2 tahun ni. Next, banyak lagi cerita nak dikarangkan. Stay tuned!

Saturday, March 15, 2014

❤ Student Life Begin

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..
Wah, selepas dah setengah tahun aku lepak kat rumah finally aku kembali jadi student balik. 16 Februari yang lepas aku dah sampai kat bumi terengganu dan berdaftar sebagai student semula dia bahagian akademik UMT. Dalam setengah jam proses lapor diri dan daftar subjek selesai. Masa daftar tu aku cuma daftar subjek yang wajib ye. 

Yang bertanda YW tu semua subjek yang wajib aku ambil. Yang ULT tu plak saje aku gedik ambik balik coz nak baiki result punya pasal. Aishh, risau jugak kalau nak baiki balik nie. Risaunye result jatuh dari sebelum nie. Huhu ! 

Takpe, sekarang dah sebulan pun dekat UMT, daftar kursus dan minggu tambah dan gugur kursus pun dah tamat. So, memang dah sahkan subjek kat atas tu yang aku akan hadap dalam semester kali nie. Aku dah tak fikir banyak dah. Yang penting dapat grad dan dapat result yang lebih bagus dari sebelum nie. 

Nak menyesal ke apa dah terlambat. Dah tinggal lagi 2 bulan sebelum aku tempuh final exam. Dalam kalendar akademik final exam start 1 Jun. So skg dah pertengahan bulan 3, dah tak lama pun. So bersabar dan keep study to get the excellent result. 

=) Semoga Allah permudahkan urusan aku. Amin! 
 
© IeykaShahidan