Thursday, June 23, 2011

12 Steps Guide To Better Study Habits

Try these! It might work on you :

1 - Don't touch that remote!!!
The far best way of getting time to do homework (day-time that is), is to clear away any distractions. If your habits are anything like mine used to be, you probably turn on the TV as soon as you come home. If you try not using TV for a few weeks you'll find out that your life is not dependent on the box in the living room (or your bedroom or whatever). The same goes for random internet surfing, the chatroom, facebook etc.

2 - Get more self discipline/get more organized
When you get home from school, do most of your homework at once. Don't let anything else distract you (within reason of course, if your house is on fire or your grandfather is dying from cardiac arrest, you might want to postpone your homework a bit). If you get bored turn on some light music in the background (NO TV/ Radio!). It is important that this music isn't too intrusive. Get some food while you're working (you're probably hungry when you come home from school anyway).

3 - Work out more
Physical training gives you more energy on a long-term basis. Thus, giving you more energy to do your homework. Combine with step 4.

4 - Eat healthier
For the same reasons as step 3. Hamburgers and candy bars are NOT the ideal food for a creative and working mind.

5 - Go to bed earlier
Nobody feels fresh and ready for a load of homework if they have slept for 6 hours that night. Try to get at least 8 hours of sleep every night, not fewer than 6-7 hours.

6 - Tell your parents about your bad habits.
Make them nag you until you do your homework. This might seem a bit self-destructive, but at least you'd get some support.

7 - Get anti-social
Try not to exercise a social life until you've finished your homework. You'll get plenty of time to socialize, afterwards.

8 - Don't postpone things.
Don't postpone until tomorrow what you might do today etc etc... . You'll probably end up doing it at an inconvenient time anyway.

9 - Divide and conquer
Don't try to swallow it all at once, divide your homework into bearable segments.

10 - Get good grades
The best motivation there is. Ex: My history teacher gave the top grade on my first test. After that I've had to work like ... . to keep it up. Therefore, I have to do my homework.

11 - Choose interesting subjects
If you're studying the right subjects (ie: subjects that interests you), you'll probably be more motivated.

12 - Don't take too many courses or extracurricular activities.
Ex: Right now I ought to be studying for an English test, but instead I'm hopefully helping you. If you've got bad study habits on top of this, it's just not the right thing to do.

Hope you will study better. :)


really attract t0 this~~ s0, n0w i wanna share with 0thers~~ sharing is caring~~ right?? s0, its means i care ab0ut u all~~ <3 <3

tips pelajar CEMERLANG~!!

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)..
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)


sebagai seorang pelajar sudah pasti kita tak mahu tewas dalam pelajaran kn??s0, aku nk k0ngsi tips pelajar cemerlang nie dgn k0rg~~

dan ketika ini~~!!

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan

  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
  • Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  • Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
  • Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
  • Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
  • Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
  • Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
  • Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
  • Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  • Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
  • Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
  • Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
  • Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
  • Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
  • Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
  • Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
  • Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
  • Terseradung bukannya terjatuh.
  • Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
  • Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  • Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
  • Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
  • Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
  • Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
  • Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
  • Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
  • Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
  • Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
  • Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
  • Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
  • Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
  • Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
  • Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  • Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
  • Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
  • Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
  • Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.


mcm2 kata semangat ada~ tapi belum tentu lagi kata2 semangat yang sering kita dengar dapat meningkatkan semangat kita...mungkin kita cuma sedetik waktu untuk berasa begitu semangat untuk belajar...sedetik waktu yang kemudian, semangat kita akan hilang seperti kita lemparkan sesuatu ke sungai yang arus nya deras...dan arus itu lah yang membawa pergi semangat kita.....DAN KETIKA INI~~!! aku lemah....aku hanya mampu dengar saja kata2 semangat seperti kat atas nie...namun,apa yang aku mampu lakukan lagi di saat aku lemah x bermaya....haruskah aku mulakan segalanya dari awal dan bangun untuk menentang ketewasan dan kegagalan aku ini??? hidup aku sekarang penuh dengan berjuta soalan yang aku tidak mampu jawab....maka,aku pun ingin tinggalkan soalan aku ini di sini.....mungkin, nanti aku akan menjawab nye~~INSYAALAH~!!!

Tuesday, June 21, 2011

realiti sebuah kehidupan~~~

cantik itu adalah satu anugerah dari ALLAH....tapi......janganlah kita sebagai umatNYA bongkak dan sombong dengan kecantikan yang telah di anugerahkan olehNYA......andai suatu hari nanti segala kecantikkan yang ada ditarik olehNYA.......maka......kita mungkin tiada apa lagi......






kekayaan itu pula adalah satu rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH.......tapi........janganlah kita lupakan tentang akhirat........dan janganlah kita kedekut untuk membelanja dan berkongsi kekayaan yang kita ada kpada yang memerlukan........andai suatu hari nanti segala kekayaan yang kita ada dihilangkan dari pandangan dan kehidupan kita......maka.........hilang jugalah kesenangan hidup yang dikecapi dan musnahlah segala impian hidup kita selama ini.........






kegagalan itu adalah satu dugaan dari ALLAH.......tapi......janganlah kita jadikan sebuah kegagalan itu sebagai penamat dalam hidup kita..........andai kita terus berusaha untuk mengubah sebuah kegagalan itu......maka......ALLAH akan kurniakan kita dengan sebuah kejayaan yang kita impikan......cuma dengan satu semangat untuk teruskan berusaha.....dan mengubah sebuah kegagalan kepada sebuah kejayaan......




begitulah hidup di dunia ini...walau apa pun yang kita ada....harus di ingat....andai DIA tidak memberikan segala yang kita ada itu....sudah pasti kita tidak akan dapat segalanya....andai DIA tidak memberikan apa yang kita inginkan.....janganlah kita kecewa dan berputus asa....kerana setiap yang berlaku adalah ujian daripada ILAHI....untuk menguji kesabaran dan kecekalan di hati kita...apa yang perlu, haruslah kita sentiasa ingat kepadaNYA supaya hidup ini mudah dan senang suatu hari nanti.....janganlah kita mengingatiNYA ketika kita susah saja...... dan kita juga perlu mempunyai sifat yang sentiasa bersyukur dengan segala ketentuanNYA.....memang tidak dinafikan sebagai makhlukNYA kadang-kadang kita lupa dan alpa denganNYA.....namun, ALLAH maha PENGAMPUN.......mohon ampun atas segala kelalaian yang pernah kita lakukan adalah jalan terbaik.....semoga ALLAH ampunkan segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan....dan semoga ALLAH titipkan sebuah kehidupan yang penuh dengan kebahagian dan nuraniNYA.......



renungan kita bersama~~~

Friday, June 17, 2011

hidup ini~~!!!

assalamualaikum~~~

frenz~~~
hidup kita ini umpama r0da yang berputar dimana sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah.....hidup ini bukannya statik...adakala kita senang,gembira,sedih,duka,riang,tangis,susah.....dan segalanya ini dapat mematangkan kita dan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar....andai hidup ini statik mungkin kita tidak akan ke mana-mana.....dan tiada indahnya hidup ini jika tiadanya dugaan dan cabaran....hidup ini juga penuh dengan c0rak.....terpulang kepada kita sebagai hamba di muka bumi ciptaan ILAHI ini untuk menentukan ke mana dan di mana hala tuju atau destinasi yang ingin kita pergi.....andai kita bawa r0da ke arah kiri maka ke kiri lah kita....andai kita bawa r0da itu ke arah kanan maka ke kanan jua lah kehidupan kita dan seandainya kita bijak untuk bawa r0da untuk terus menuju ke destinasi tanpa ke kiri mahupun ke kanan memang indah segalanya kerana tiada liku-liku ataupun cabaran dan rintangan sepanjang perjalanan kita menuju ke destinasi...namun, apakan dayanya...kita hanya insan biasa yang mampu merancang segalanya...memang kita selalu merancang sesuatu itu dengan penuh harapan supaya dapat berjalan dengan lancar...hakikat sebenar, kita hanya mampu merancang dan yang akan tentukannya cuma DIA YANG ESA.....andai DIA telah takdirkan sesuatu dugaan sepanjang perjalanan kita maka kita harus terimanya dengan penuh tabah dan sabar.....sesungguhnya kesabaran itu amat penting di dalam kehidupan kita seharian.....andai DIA telah takdirkan apa yang dirancang oleh hambanya itu tidak ada hasilnya maka belajar lah menerima hakikat.....mungkin ada sesuatu yang lebih indah yg telah di takdirkan oleh DIA....ingat~!!! ALLAH itu maha adil.....dan maha bijaksana~!!! DIA menguji kita kerana DIA tahu kita mampu untuk mengharungi segala dugaan yang telah ditentukannya.....mungkin kadang-kadang kita merungut kerana kita sedih apabila setiap yang dirancang tidak mengikut kehendak kita.....

ye,saya tahu kita hanya manusia biasa.....saya juga begitu.....frenz~~~ saya juga selalu diuji dengan pelbagai cabaran..ini mungkin kerana ada kalanya saya alpa dengan kehidupan....saya juga kadangkala lemah untuk menghadapi cabaran....saya hanya mampu menangis sehinggakan saya betul-betul lemah.....saya juga ada kekurangannya....sekiranya saya ada masalah walaupun kecil tapi saya tidak dapat untuk selesaikannya memang mudah untuk saya jatuh sakit....makan saya abaikan...orang sekeliling juga saya abaikan......


 
© IeykaShahidan