Wednesday, February 29, 2012

Happy Mood!

Assalamualaikum . .

Sebulan telah berlalu , aku dan dia sangat bahagia ketika ini . Cewahh~ Dalam entry sebelum nie aku ada bagitahu kan yang aku ada kenakan dia . Tapi, tak terhasil pun . Buat malu aku je . Haha ! Kalau tak ingat cerita apa cuba baca entry nie Alamak ! Kantoi sudah ~ . Masa yang aku kenakan dia tu aku memang tak percayakan dia . Harapan untuk aku setia dekat dia memang ZERO ! But , after aku kantoi tu day by day dia cuba untuk kembalikan kepercayaan aku . And now , I'm really love him ! 

He was so sweet and very loving and also caring guy ! Before , I never thought that he will cares about me like he did last night . Semua nye bermula bila aku update status dekat FB . 

"Knpe awk seksa hdup sy? Knpe awk kejam t'hadap sy?Awk phm x sy plu kn rehat utk kelas esok...Tp, knpe awk ganggu sy smpai xbleh tdo dgn aman...Sy benci bla awk dtg dlm hdup sy..T'seksa jiwa raga!Perut oo perut!! Tlong b'hnti dri skit..sy nk tdo..huhu"

Itu la status yang aku update dekat FB . After a few minutes , he text me and ask me either I'm okay or not . Then , I replied him by saying that I'm not okay ! Bla bla bla bla ~ He ask me kenapa aku tak kejutkan dia bangun . Dia cakap dia boleh teman aku . Memang betul dia teman aku pagi tadi even just for an hour . From 5am to 6am . Susah nak dapat someone yang sanggup berjaga untuk his girlfriend walaupun dia sendiri penat . Even though , it is just for a while but I'm really appreciate it . Thanx so much my dear ! For the first time since I'm with him , he shows that he cares of me . Now , I can conclude that he love me too . Yeayyy ! 

Keep smiling until now . Walaupun perut aku still sakit tapi bila teringatkan dia terus lupa sekejap yang aku sakit . Pergi kelas dengan semangatnya . Pagi-pagi lagi aku masuk kelas awal . Record ! Attend the class before the real time ! My class start on 8am but I arrived at my class on 7.50am . Wahh! Satu perubahan yang sangat menakjubkan . SYABAS ! Hahaha . Lepas habis kelas he text me again just nak tanya my condition . Bla bla bla bla . Sampai je aku dekat bilik he ask me to sleep . Dengan menurut perintah aku pun tidur until 12 noon ! Dia kejutkan aku bangun untuk ke kelas pukul 1 . Sweetnye dia !!! 

Bukan hari nie je la kan yang dia kejutkan aku . But for every morning dia akan kejutkan aku bangun subuh dan siap-siap untuk ke kelas . Memang aku impikan seorang lelaki seperti dia . Saat ini aku tak ada sebab untuk tinggalkan dia apatah lagi untuk permainkan hati dia . Now , his friend dah tahu tentang hubungan aku dan dia . Sudah sampai masanya jugak aku pun pecahkan rahsia yang aku simpan selama nie . Nak tahu siapa buka la FB . See at my relationship status . Benda nie dia sendiri yang request dekat aku . Susah jgak kan kalau lelaki yang nak request . Kebiasaannya perempuan je yang nak sangat benda tu . Aku dalam hal ini relax je . Buat apa nak paksa-paksa . Last-last nanti diorang sendiri akan inform kat semua . 

Aku akan jaga dia sebaik mungkin . Semoga Allah memberkati hubungan aku dan dia sehingga ke akhir hayat kami . Aminn~ Sayang kamu selalu ! Thanx for being my lovely boyfriend ! Tak mau nakal2 ye ! Kalau nakal jugak nanti saya serang awak dekat Kedah ! Lalalalala~ 

Sekian ! 
Hari yang ceria !

Tuesday, February 28, 2012

Pencarian Cinta Sejati . .

Assalamualaikum . . .




..Aku ingin mencari CINTA SEJATI yang boleh membawaku ke jalan ILAHI, aku ingin menjadi MAKMUM kepada seorang IMAM..aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang KHALIFAH..aku ingin menjadi seorang PENDENGAR kepada seorang DAIE, aku ingin menjadi seorang  MUJAHIDAH kepada seorang MUJAHID..


Semua orang mesti ada keinginan yang sama macam aku kan ? Nak kan seorang bakal suami yang boleh menjaga kita dengan sebaik yang mungkin . Adik aku pernah cakap dekat aku , "kalau nak kan seorang suami yang baik , kita kena la ubah diri kita jadi baik dulu " . Betul jugak apa yang dia cakap kan tu . Kalau kita baik insyaAllah kita akan dapat seorang suami yang baik . Percayalah , perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan begitu jugak sebaliknya. Jangan pernah impikan seorang yang sempurna kalau diri kita tak layak untuk dia . Apa yang mampu buat berdoa la supaya dipertemukan jodoh kita dengan orang yang layak untuk kita dan dapat terima kekurangan dan kelebihan kita . Yang paling penting dia mampu menjadi pemimpin yang baik untuk keluarga kita . 

Masa zaman jahiliah dulu , selalu berangan nak seorang lelaki yang kacak dan bergaya . Satu penyeksaan sebenarnya kalau kita dapat seorang lelaki yang kacak nie . Sebab , pergi mana je mesti akan ada mata-mata gadis yang memandang . Aku nie kuat jelous kot . Mana tahan kalau dah ada perempuan lain pandang-pandang boyfriend aku . Jelous pun tak ada la sampai aku nak marah-marah kan . Just ignore kan je benda tu . Tapi , sekarang nie aku tak kisah dah pasal rupa paras dia . Yang aku minta supaya dia mampu jaga aku dan bimbing aku ke jalan yang diredhai . 

Dear My Love . . 
Awak , saya minta supaya awak jadi seperti ini . . . 

Tak pernah lupa untuk ingatkan saya tentang solat . . . 

Selalu menjaga dan menasihati supaya tidak tersasar jauh dari jalan kebenaran . . .

Mampu untuk menjadi imam kepada keluarga dan keturunan saya suatu hari nanti . . .

✿ Mendidik saya supaya jadi seorang isteri dan anak yang solehah . . .

Tak akan sesekali biarkan saya terleka dari mengingati Allah . . .

Sering bersama disaat suka dan duka . . .

Boleh memberikan motivasi kepada saya andai saya terjatuh . . . 

Tak akan pernah biarkan saya dalam keadaan kegagalan . . .


Sekian !


P/s: thnx sebab awak jaga saya dengan baik sekrang. hope berkekalan !








Miss You A Lot !!



Assalamualaikum . .

Hari ini aku dengan kawan-kawan makan sama-sama lagi sempena celebrate birthday Miza yang ke 21 . Macam biasa kitorang makan kat tempat yang biasa kitorang makan . Selesai makan kitorang pun masing-masing dengan hala tuju kitorang sendiri . Yang mana stay dekat rumah sewa terus la balik rumah . Yang stay kat hostel nie kitorang on the way balik asrama terus tiba-tiba tergerak hati nak lepak kat pantai . Bab lepak kat pantai next entry aku akan cerita . Sekarang aku nak cerita pasal sesuatu yang aku terjumpa tengah jalan . Sampaikan sekarang nie aku terbayang dan teringat kan dia . Rindu sangat dekat dia . Terfikir jugak untuk call dan cakap-cakap dengan dia . Tapi , benda tu macam gila la pulak kalau aku buat . Mana la dia boleh cakap dengan aku . Tak pe la , hanya Allah je yang tahu betapa rindunya aku pada dia . Balik je bilik aku buka laptop . Then , buka la folder yang penuh dengan gambar dia dan family dia . Cute sangat ! Menitis jugak la air mata aku bila tengok gambar dorang nie . Kalau la aku boleh jumpa dorang . Aku nak peluk dorang . Nak manja-manja dengan dia dan family dia yang lain . 

Ya Allah , aku rindu pada hambamu itu ! Izinkan aku mimpikan dia untuk malam ini . Biar pun aku tak dapat untuk bersua muka dan bercakap dengan hambamu itu . 

Nak tahu tak siapa mereka nie ? Tarik nafas panjang ye ! Tengok je gambar at bawah nie . Jangan terkejut taw . Sebab mereka nie sangat comel ! 

TARAAAA~~~ 


He's my MR. DABBOO !!! Lain dari yang lain because bulu dia sangat panjang tapi tak la gebu macam kucing parsi . Maybe ikut nenek moyang dia dulu kot . Ibu tak pulak bulu panjang . Dia nie bestfren kepada NARNIA . Manja jugak macam narnia . Kucing jantan yang tak macam jantan . Aku panggil dia Pondey ! Sebab macam kucing betina je manja dia . Sangat berat dan gemuk . Kalau bab makan fulamak !! Macam jugak si narnia ! Kuat makan !

My Miss NARNIA aka DAMIA QAISARA (bak kata abg aku la kan) . . Narnia nie anak MISSY (kucing yang aku ambik dekat hospital) Sayangnya lepas je aku balik ke Terengganu . Missy pun membawa diri tinggalkan anaknya . So, Narnia nie sangat special in my family . Dilayan seperti baby (anak orang) . Diberi susu dan makan . Akhirnya dia membesar dengan baik dan sangat manja . Love U Damn Much Narnia . !

Inila aksi yang biasa dilakukan oleh Narnia dan Dabboo~ Pantang jumpa ada je kerja . Bila sekali tengok macam budak kecik je . Kuat main ! Habis barang-barang kat rumah jadi bahan dorang nie . Best tengok gelagat dorang nie main . 

Ini pulak MR.PUTEH ! Ini baru la jantan sebab nya liar betul dia nie . Kalau nak main dengan dia sikit punya susah . Tapi , sekarang dah makin jinak sikit dah . Masa aku mula-mula balik susah jugak la kan nak tangkap dia . Ikut jugak macam mak dia warna putih ! Keturunan asal dia memang putih dan bulu panjang .

Ini pulak namanya MISS COCO . Susah betul nak ambik gambar dia . Pemalu mungkin . So, gambar belakang jela yang aku mampu ambik . Huhuhu

Kalau korang masih ingat dulu aku ada buat post pasal STOKIN . So, ini la dia . Dah tua pun sekarang nie . Dulu kecik-kecik comel je bila dah tua nie muka pun macam mak je . Sikit hari lagi dapat la anak tu . Sekarang pun dah menggatai dah . Dia nie dari kecik sampai tua perangai pelik . Unik sangat ! Whatever it is , till now im still love it !


Pabila Mr. Dabboo bergabung dengan Miss Stokin . Ini la yang jadi . Sebenarnya Stokin tu malas nak melayan dabboo . Paksa rela tu melayan sebab tu la sampai tido ! Dabboo tak de kawan bila Narnia menghilangkan diri . 


Okay ! Mereka nie la yang menyerikan hidup aku kat rumah . Kalau ikutkan hati aku nak je bawah datang Terengganu tapi fikirkan balik nanti susah pulak nak jaga bila aku sibuk dengan kelas . Rindu kot dengan dorang nie . One more thing aku nak bagitahu aku ambik gambar nie masa aku tengah terasa hati dengan Mr.Cat aku tu . Hehehe . Dah jiwa pun tengah kacau masa tu aku pun lepak jela dengan kucing aku . Penyeri hidup la katakan . Alhamdulillah sekarang aku dengan Mr.Cat dah tak ada masalah . Dulu tu aku je fikir bukan-bukan . Tak pe , even aku tak dapat cakap dengan kucing-kucing aku tapi dapat cakap dengan Mr.Cat aku pun dah cukup . Hahaha ! Gatai ! 

Ini jela yang aku nak cerita . Kesimpulan dari cerita nie aku nak simpul kan yang aku nie memang minat gila dengan kucing . Dan sangat sayangkan kucing-kucing aku . Aku akan pastikan kucing aku sentiasa bersih dan sihat . Kotor or busuk sikit pun aku akan bagi mandi biar wangi . Penyayangkan aku . Okay perasan ! Tapi , betul la kan . Kalau korang ada anak mesti korang jaga baik punya kan . So , macam tu jugak aku . Tak kira la dia binatang ke apa ke aku tetap akan jaga baik-baik . Ganjaran pahala yang besar kan ? 

Till end , salam rindu dari jauh untuk kucing2 aku di rumah . See you on this coming april . Boleh celebrate birthday dekat rumah ! Yeayyy!! Sekian ! 

 P/s: Who's Mr.Cat?? Rahsia . .haha 






Saturday, February 25, 2012

Study Is My Highest Priority !


Assalamualaikum . .

Masa semeseter 4 nie baru aku sedar yang selama ini aku banyak sangat main dan buang masa macamtu je . Pantang ada waktu free mesti aku akan keluar dengan kawan-kawan . Sepatutnya masa yang aku ada tu untuk buat assignment tapi tak pulak aku ingat pasal assignment tu bila dah keluar dengan kawan-kawan kan . Kalau keluar pulak bukan nye sekejap je tapi berjam-jam . Kadang keluar pagi malam baru aku ingat nak balik kan . Dasyat betul aku nie . Tapi , sekarang apa yang aku rasa sangat lain . Sebab umur ke eh ? Dah semakin matang dalam memikirkan mana yang baik mahupun buruk mungkin . Baru seminggu aku melangkah masuk ke semester 4 ini . Banyak masa  free yang ada sekarang nie . Kalau ikut macam semester lepas memang aku nie jenis kaki berjalan . Sekarang nie nak keluar beli barang keperluan pun dah malas . Duduk je kat bilik . Agak-agak bosan mengadap laptop aku pun merajinkan diri aku yang sedia maklum malas sebelum nie untuk buka buku . Study la apa yang patut kan . 

Kalau macam sebelum nie aku selalu study sambil mesej or online kan . Tapi , sekarang kalau ada yang mesej aku masa aku study memang aku bengang gila . Nak je aku ketuk-ketuk kepala dia . Kalau yang tak tahu aku tengah study tu tak apa la jugak kan . Ini , kalau aku dah bagitahu awal-awal yang aku tak nak diganggu masa study tapi tetap jugak dia ganggu memang aku rasa macam . "Eh , kau nie memang tak paham bahasa melayu ek or dulu kau punya bahasa melayu fail sampai aku cakap kau tak paham bahasa. " Haaa , tu yang aku akan cakap . (dalam hati jela kan) . 

Sebut pasal kes nie , aku memang tengah bengang dengan seorang nie . Aku dah bagitahu yang aku tak nak diganggu masa study . Aku cakap dah kot jangan kacau aku masa study . Aku nak focus dekat study dan tak nak fikir apa-apa pun . Tapi , dia nie tetap jugak tak paham . Kalau aku tak balas mesej dia buat miscalled . Kalau aku tak layan jugak dia call terus tanya "study lagi ke" . Masa tu memang dah naik tahap marah aku . Kepala hotak betul la . Kalau dah aku tak layan kau tu paham-paham jela kan . Dah tu , bila aku marah cakapa ku nak study boleh pulak dia nak marah aku .  Cakap yang aku nie tak paham hati dia dan tak pernah nak hargai dia . Okay ! Kalau aku paham hati kau dan hargai kau . Siapa pulak nak hargai aku dan paham apa yang aku nak ?

Tak cukup dengan marah-marah aku . Kau boleh pulak ungkit benda lama yang telah berkurun aku benam dalam kubur tu . Kau nak bezakan . Cakap dulu aku boleh je study sambil layan kau . Haa , ye ! memang dulu aku bodoh sebab ikut cakap kau . Aku nak pergi kelas kau marah aku . Aku nak pergi buat assignment dengan group aku pun kau nak marah-marah dan maki aku . Tuduh aku macam-macam . Last-last nak bagi puas hati kau aku duduk je kat bilik . Tak payah buat assignment dan tak payah nak pergi kelas . Bodoh kan ikut cakap kau dulu . So , aku rasa sekarang kau sengaja nak hancurkan masa depan aku . Macam mama aku cakap la kan . Jangan layan kalau ada orang cuba nak control hidup kita . Pentingkan study sebab study lebih penting dari orang means kau la . 

So , sekarang aku dah nekad kalau kau tak nak berkawan dengan aku pun terserah . Sebab aku tak akan rugi kalau aku focus kat study dan abaikan kau . Yang penting sekarang masa depan aku dengan study aku . Masa depan aku dengan kau belum tentu ada . Jodoh di tangan tuhan so tak perlu nak susah-susah kan diri nak jaga aku . Kalau dah tercatat kat luh mahfuz tu nama aku dengan lelaki lain memang itu la nanti akan terjadi . Kita tetap tak mungkin bersama kan ? Kalau jodoh kita tak kan ke mana . Tak perlu nak takut aku dapat kat lelaki lain atau pun apa sekali pun . Kita ikut flow kehidupan sekarang nie . Yang dah lepas tu biarkan je .Buat sakit hati je kalau ingat . 

Yang penting sekarang aku nak study je . Apa pun terjadi aku tak akan peduli lagi . Sekarang aku dah menyesal sebab dulu aku ikut kehendak kau tu . Tak fikir langsung pasal masa depan . Alhamdulillah , aku masih belum terlambat untuk baiki kesilapan yang telah aku buat . Biar lah aku hilang kau sekarang daripada aku hilang masa depan aku nanti . Aku tak nak gagal lagi . Berfikir lah secara matang dan fikir seperti seorang student universiti dan jangan lagi kau nak fikir dulu boleh je , kenapa sekarang tak boleh . Dulu umur aku berapa yang bodoh sangat ikut kau tu . Sekarang aku nak ikut cakap kau lagi memang tak la kan . Jangan pernah mimpi yang kau boleh ganggu hidup aku . Kau nak hancur seorang sudah jangan nak hancurkan pulak masa depan aku nie . Study is my priority so hope you can understand it . 

Fullstop ! Please dont ever trying to disturb me and ruin my life anymore as you did before . Sekian ! Kbai !


Thursday, February 23, 2012

New Life !


Assalamualaikum . .

Sekarang nie aku dah jarang sangat kan nak update blog . Busy ! Baru masuk semester 4 dah busy . Penat turun naik fakulti tu untuk jumpa lecturer . Jumpa ketua jabatan lagi nasib la kan semeseter nie tak perlu nak jumpa dengan Dekan macam semester 2 dulu . Kalau tak lagi banyak kerja . Aku jumpa lecturer semua tu sebab nak bincang dengan lecturer tentang subjek2 yang perlu aku ambik . Almaklum la kan semester lepas catat rekod yang ramai student repeat ! Adehhh ~ Lecturer memang strict kot masa tu . Terpaksa la terima hakikat ! 

So, sekarang aku dah decide berapa banyak paper yang aku perlu ambik . Semua sekali 9 subjek ! Memang banyak la kan . Tapi jam kredit 20 jam je . Tak la banyak sangat kan . Hope semester 4 nie aku boleh la skor . 4 FLAT mungkin ! hahaha . Hopefully la kan . Aminnn~~ 

Segalanya dah hampir selesai . Cuma ada dua tiga benda lagi yang masih belum selesai . InsyaAllah , minggu depan dah boleh selesai semuanya . Lepas tu boleh la aku fikir cara aku nak study pulak kan . Semester baru dengan azam baru . Aku sangat suka semester nie . Sebab aku dah makin rapat dengan lecturer . Almost , setiap hari aku akan berjumpa dengan lecturer . Bukan untuk bodek la kan yang pastinya . Hehehe ! Disebabkan aku selalu berjumpa dengan lecturer baru aku sedar banyak benda yang aku rugi sebelum nie . Dah tiga semester aku buang macam tu je . 

Belajar dari kesilapan ! Sekarang aku dah tahu sepatutnya aku kena jumpa lecturer sebab boleh dapat banyak info . Kalau dulu aku selalu jumpa dengan lecturer mungkin sekarang dah dean list mungkin ! Hahaha Pengharapan betul !

Okay ! sekarang aku dah penat . Need some rest !



Wednesday, February 22, 2012

Money !!!

Bling bling . .  $$$$$ dah nampak duit dah nie . hohoho . Bukan pasal esok duit PT masuk okay . Tapi nie ha pasal benda nie. Cuba tengok kat bawah nie okay !


Dalam masa dua minggu lagi InsyaAllah aku dapat la duit nie . Boleh dah la g shopping . Bajet je macam cukup rm50 nie nak shopping . Macam la tak tahu kan aku nie sekali shopping habis berapa banyak . minimum pun rm50 tu pun kalau beli stok makanan jela kan . Tak macam tak best lak . Aku cash out pun sebab nak cuba dulu . Tengok berapa lama aku boleh dapat duit . Aku dah cash out Rm50 sekarang balance ada lagi Rm 80 . Next month aku cash out lagi . Maybe Rm100 lak . Hehehe

Monday, February 20, 2012

Should To Insaf !


Seriously I'm down in the beginning of this semester . Do not know what the next step should I proceed . For the first day I'm quite busy from morning till late night (now) . Waiting for the practical result is pain ! Frustrated when they replied me and told that they do not accept any practical student . In the system ada je ! Panas kan hati . 

After , settled down about practical bermula pulak satu kisah tragis . Meet with Pn. Maisarah for heart to heart session . For the first time I'm cried in front of my lecturer . Tragis right ! My mind is a bit complicated . Boleh gila if keep thinking about all of this . My mom is true ! She said that I'm created all this problem on second semester . Salah aku jugak ! Do not know how to manage and split the problem and studies . On that time , I'm keep thinking about the problem . Till end , fail to studies ! Padan muka kan ?

Arghhhhhhhhh !!!! Apa agak nya akan terjadi to my life , my future if I never learn from that mistake . Susah bila dah jatuh untuk bangun semula . Memang semester 3 aku berjaya naikkan pointer but still not enough ! I swear  on the name of god , never forgive who make me hurt and getting the trouble for before , now on and next . Until he comes and kneeling in front of my family for ask forgiveness . Cruel ? Yes , I am ! So what you mind it . Then , wanna tell you I mind on what you did before . Seriously , I'm hurt and pain ! 


‎"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... "

For this moment , aku perlu berubah ! Should to insaf myself . Dear all my friends , aku minta sangat korang ingat kan aku supaya tidak lagi leka dengan segala masalah . Thanx sebab korang still with me . Honestly , aku sangat beruntung to have like you all . Always be with me and trying to help me ! Always support me . Love you all ! 

Friday, February 17, 2012

Duit Untuk Aku Kahwin !

Assalamualaikum . .

Korang pernah tak dengar Churp-churp atau says.com ? Mesti ada yang tahu kan . Kalau ada yang tak tahu meh sini misz ieyka nank bagitahu . Duk diam-diam noh . Baca nie sampai paham . Churp-churp dengan Says.com nie merupakan Social Share . Apa itu Social Share ? Hmmm~~


1. Apakah itu Social Share?


Social Share memberi pilihan kepada anda untuk memilih kempen yang anda suka dan kongsikannya kepada rakan-rakan anda! Anda akan dapat ganjaran atas setiap klik unik yang anda dapat dari link peribadi anda! Tiada had atas berapa kempen yang anda boleh kongsi!

2. Bagaimanakah saya melaksanakan Social Sharing?

Sungguh mudah! Pilihlah kempen yang mana-mana yang anda suka untuk berkongsi dalam Halaman Utama Churp Churp, karang mesej anda dengan link peribadi anda dan pilih platform-platform yang anda ingin berkongsi dengan! Semakin banyak anda menyebar, semakin tinggi pelung untuk mendapat ganjaran yang lumayan!

3. Bolehkah Churp Churp meyebarkan mesej-mesej Social Share aku secara automatik?

Ya! Anda boleh membenarkan Churp Churp menyebarkan mesej-mesej Social Share secara automatik. Anda boleh pilih frekuensi sebaran yang anda gemari. Mesej-mesej Social Share anda akan dipaparkan ke platform-platform yang anda izinkan.

4. Apakah yang Digalakkan dan Dilarangkan dalam Social Share?

Kami menggalakkan anda untuk mempersonalisasikan mesej-mesej anda semasa berkongsi ke Facebook, Twitter atau sebarang rangkaian platform sosial atau emel dan hanya berkongsi kepada rakan-rakan anda yang mungkin minat. Kami tidak menggalakkan anda menghantar spam ke halaman Facebook pengiklan dan pesaing mereka, berkongsi atas halaman web yang mecurigakan atau servis Pay to Click (PTC) dan meyebar kan dengan mesej yang memesongkan.


Kalau untuk yang Says.com pun konsep dia sama jugak macam yang churp-churp nie . Tapi , earning untuk says.com nie lebih cepat la untuk kita tahu . Sebab setiap sejam dia akan update earning yang kita dapat . Macam aku sendiri sekarang dah ada RM100 lebih . Baru 2 minggu aku main benda nie . Kalau untuk churp-churp pulak sekarang baru ada RM50 lebih . Aku jarang sikit nak buka Churp-churp nie . 

Sebagai bukti cuba tengok gamba yang dekat bawah nie .



Best kan ? So , tunggu apa lagi . Jom la daftar . 
Kalau nak daftar churp-churp klik kat sini : CHURP-CHURP MALAYSIA 
Untuk Says.com pulak korang klik dekat sini : SAYS.COM..

SEKIAN !

 

Wednesday, February 15, 2012

No Title !


Sumpah mood aku tak stabil gila VAVITO tahap kritikal ! Arghh ~ !! Wanna scream loud and tell the world apa yang ada inside my heart . Why Ieyka ? Apa yang kau dah buat nie . Tengok aku senyum dan ketawa kan satu hari ini tapi hakikat jiwa aku kosong . Hancur berkecai . Tunggu detik untuk jatuh berderai ke tanah je . 

Ya Allah , mungkin semua nie terjadi atas kecuaian aku . Dan mungkin atas segala dosa-dosa kecil mahupun besar yang aku pernah buat . Tu balasan yang aku dapat lepas apa yang aku dah buat selama nie . Masih ada ruang untuk aku ke ek ? Pintu taubat masih terbuka ke untuk aku . Arghhh !! Cakap parent sikit pun aku tak nak dengar dulu . Bila dah jadi baru sekarang aku sedar . Its too late ! Ya Allah , berikan aku kesempatan untuk aku tebus segalanya . Kembali kan kehidupan aku seperti zaman kegemilangan aku dulu . 

Mama , Abah . . . 
Im sorry for lying you . Akak tak nak buat mama dengan abah sedih lagi . Cukup la tahun lepas akak dah buat mama menangis . Derhaka kan anak mama nie ? Degil tersangat2 . Akak sayang mama dengan abah . Tapi , akak dah tak tahu macam mana lagi nak buat . Dah tak mampu lagi dah . Anak mama dengan abah yang sorang nie dah give up ! Dah tak ada semangat lagi untuk teruskan kehidupan yang sementara nie . Berdosa kan akak bila melawan cakap mama dengan abah . Ada je akak buat mama dengan abah terluka . Ampun kan akak ye mama , abah . Sumpah ! Akak sangat sayang mama dengan abah sampai akhir hayat akak . Akak terpaksa berpura-pura happy depan mama dengan abah . Tapi , mungkin mama dengan abah dapat tahu kan kenapa hari ini akak diam je . Banyak menyendiri . 

Mama , Abah . . .
Akak tak boleh buat mama dengan abah bangga dengan akak macam anak2 mama yang lain . Akak banyak buat dosa kan ? Betul la pepatah melayu "Nasi sudah menjadi bubur" . Begitu jugak dengan kehidupan anak mama dengan abah yang sorang nie . Segalanya dah hancur ! Tak tahu la masih ada kesempatan untuk anak mama dengan abah atau tak . Harap masih ada . 

Mama , Abah . . 
Akak mintak ampun mintak maaf sangat2 dekat mama dengan abah . Akak tahu walaupun akak banyak buat salah banyak sakitkan hati tapi mama dengan abah tak pernah berhentikan untuk doakan kesejahteraan hidup anak mama dengan abah nie . Walaupun terluka tapi mama dengan abah tetap sayang kan akak kan ? Okay ! I'll change starting from today . Akak akan cuba jadi anak yang baik dan solehah . Akak patut bersyukur masih ada ruang untuk bernafas dekat muka bumi nie . Dengan masa yang ada nie walau singkat akak akan cuba sehabis baik untuk tebus segala kesilapan yang akak pernah buat selama nie . Akak akan patuh cakap mama dengan abah . Segala nasihat akak akan ikut . I love you mama , abah ! Sorry !


p/s: lepak and snap picture dengan my cats sambil mencari ketenangan .

Sekian !



Hati Perempuan Bukan Untuk Dipermainkan !

Assalamualaikum ...

" Pengalaman mengajar kita erti kehidupan . "

Okay ! Mesti semua pernah dengarkan ayat kat atas nie . Dari sebuah pengalaman tu la kita tahu untuk hadapi dugaan dan cabaran yang datang tanpa kenal erti lelah dalam kehidupan seharian kita . Pengalaman juga mengajar kita untuk lebih dewasa dalam sesuatu perkara . Baik buruk mahupun baik sebuah pengalaman itu , kita terpaksa mengambilnya sebagai iktibar dan pedoman hidup . Yakin lah , setiap ketentuan Ilahi pasti ada hikmahnya . Andai sekarang kita terjatuh mungkin tidak lagi pada hari yang mendatang . 

Dah cukup membebel pasal intro yang entah pape . Ayat skema je kat atas . Back to normal ! Aku nak cerita sikit nie . Korang tahu kan sebelum nie aku dah pernah tewas dengan cinta suci aku tu . Aku je yang cinta suci gila vavito . Dia tak tahu la pulak macam mana . Tak perlu la kan aku mention nama dia dekat sini . Korang sendiri pun tahu sape yang aku sayang sangat-sangat . Sebab dah banyak entry aku dalam nie aku tuju untuk dia je . Bosan?? so what? Do i care .  

Baru-baru nie aku ada la stalk sorang mamat nie . Bukan main lagi dia cakap sayang aku . Siap bagitahu lepas dia habis study dia nak kerja lepas tu ada rezeki dia masuk minang aku . Puii~!! Sumpah aku tak percaya ! Macam nak je aku cakap dekat dia "Pergi mati la kau" . Tapi , aku tak nak la rude sangat dengan dia . Aku just layankan je apa dia nak cakap pun . Even dia cakap esok nak masuk minang pun aku layankan je . Ada pulak aku kisah dia nak masuk minang ke tak . Kalau jadi betul sekali pun tetap aku tak akan percaya sangat . Jadi suami baru aku akan belajar untuk percaya . 

Kalau dulu mungkin la aku nie mudah percaya cakap laki . Tapi , sekarang secara zahir memang la nampak aku nie percaya laki bulat-bulat . Tapi , jangan ingat aku diamkan diri tu tanda aku percaya . Di sebalik nya hanya aku dan Allah saja yang tahu betapa "sopan dan baik"nya aku nie . Serious , dulu masa aku dengan cinta suci aku tu aku tak pulak berperangai macam sekarang . Aku buat semua nie sebab apa eh ? Aku pun tak tahu . Nak balas dendam ke ? 

Senang je kan aku nie nak couple dengan orang . Then , bila dah couple dia nak tinggal aku ke curang sekali pun aku macam cool je . Macam tak ada perasaan je . Orang nak cakap aku nie Playerz sekali pun aku tak kisah dah . Kadang-kadang memang aku mengaku pun aku nie playerz .Tapi ,aku jadi jahat pun dengan orang yang jahat je dengan aku . Prinsip aku senang sangat . "Kau layan aku baik 10x ganda aku layan kau baik dan macam tu jugak sebaliknya" . Pahamkan apa yang aku cuba maksudkan . Kalau paham bagus la . So , lepas nie kalau korang nak dekat dengan aku jaga tingkah laku dan perangai okay . Kalau korang jadi playboy aku pun boleh jugak buat macam tu . Kira fair and lovely la kan .

Jangan pernah nak tipu aku kalau tak kenal siapa aku sepenuhnya . Baru dua tiga kali jumpa korang dah boleh cakap korang suka aku sayang aku . Watdefake! Palsu je semua tu ? Sekali korang tipu aku mungkin seumur hidup aku tak akan pernah percaya korang dah . Hati aku memang macam nie. Kalau aku cakap A maka A jugak la sampai akhir hayat . Tapi , kalau di izinkan Allah hati aku berubah mungkin aku lebih senang di buat bincang .

Aku sebenarnya kesian dengan kaum aku . Sering dipermainkan lelaki . Sering menangis kerna cinta palsu yang dibuat olah buaya darat . Cukup la aku tengok penderitaan sahabat baik aku . Terseksa hidup dia berpanjangan sehingga kini . Aku juga macam dia . Tapi , aku nie jenis yang pendendam ! Sebuah pengakuan dari aku . Takut kan nak dekat dengan aku ? Don't worry actually aku tak seteruk yang disangka . Tak caya tanya la ex aku . Dia dah kenal selok belok kehidupan aku sejak 6 tahun yang lalu . Tapi , kalau dia tipu padan muka la . Aku sure dia tak kan tipu . Pergi la tanya ! Serious la aku cakap aku tak baik sangat . Tapi , certain time aku boleh jadi baik . Depends on your attitude la .

Kalau ada yang nak dekat dengan aku tu ingat je prinsip hidup aku . Dan semat word nie dalam jiwa korang . " What you gives, you get it back" ! Ingat tau ! Supaya bila suatu ketika bila korang nak berkawan dengan aku korang tak tersalah dan tersasar dari apa yang aku nak . Aku tak mintak banyak pun . Aku mintak untuk setia je dengan aku . Tak susah kan ? Good Luck !

Sekian !




Tuesday, February 14, 2012

Tanggung Dosa Sendiri !

Assalamualaikum . .

Perlu ke jadi Playboy or Playgirl ? Wajib ke semua tu . Tak ke nanti korang je akan tanggung dosa . Mainkan hati orang nie korang ingat baik ke ? Ingat ye , dunia ini berbentuk sfera dan sentiasa bergerak di atas paksinya dan sentiasa berputar seperti roda . Andai suatu hari keajaiban berlaku . Sesuatu yang korang pernah buat sebelum nie akan kembali terkena pada batang hidung korang sendiri . Dan disaat itu mungkin korang akan kesal dan sedar betapa deritanya insan yang korang permainkan dulu . Memberi harapan palsu pada hati manusia sangat kejam bagi aku . Tapi , tak pe . Allah maha berkuasa . Biarlah DIA tunjukkan kekuasaanNYA terhadap makhluk yang paling kejam ini . 

Bercinta sudah sememangnya begitu mungkin . Bila kita sayang dia permainkan dan bila kita hanya main-main dianggapnya serious . Last-last lingkup kedua-duanya . Susah sangat ke nak setia ? Bila dah putus korang boleh pulak cakap bukan jodoh korang . Watdebengong ! Korang tak pula fikir yang korang tu sendiri bengong . Elok-elok couple korang curang . Korang tak puas dengan sorang . Korang tambah lagi supaya korang nampak yang korang nie hebat . Lepas tu bangga korang ada ramai kekasih . Hey ! buang masa jela semua tu . Buang duit . Buang tenaga . Segala-galanya rugi . Nanti korang dah kahwin nanti korang sedar la betapa ruginya usia muda korang dulu . 

Allah temukan kita dengan orang yang salah sebelum dia menemukan kita dengan orang yang selayaknya . Sebelum kita temui yang selayaknya tu mungkin berjuta kali jugak kita akan tersungkur dan merangkak semula untuk bangun dan berjalan seperti sediakala . Mungkin , sekarang nie Playerz kat luar sana sedang bersuka ria dengan kehidupan masing-masing . Yang sentiasa menabur janji tapi hakikat cuma ingin mempermainkan . Itu hakikat yang perlu kita telan walaupun pahit seperti hempedu . What goes around comes around . Okay fine ! One day korang kan kena balik apa yang korang dh buat . Korang cuma perlu tunggu dan terus menunggu sehingga tibanya waktu itu . Pabila sudah tiba saat itu , korang sendiri akan tahu betapa sakit dan kecewanya  . Bukan satu doa tapi satu realiti sebuah kehidupan . 

Bagi aku ,kalau aku temui orang seperti ini . Aku akan layan dia sehabis baik yang mungkin sehingga dia tahu betapa baiknya hati kita . Tapi , dalam masa yang sama aku tak akan berharap lagi padanya dan berusaha untuk mencari cinta sejati yang lain . Bila sudah temui cinta itu aku akan segera lepaskan . Andai dia tersungkur aku akan tersenyum . Kerana itu balasan yang selayaknya dia dapat setelah banyak hati yang dia pernah sakiti . Sekiranya dia meninggalkan aku juga akan turut tersenyum mesra kerana dia sudah tak perlu lagi menanggung dosa akibat penipuannya terhadap aku . Sebelum aku menyerahkan sepenuh hati aku sebolehnya aku akan cuba untuk mencari bukti dan selidik terlebih dahulu tentang dirinya . Bagi aku , selagi belum menjadi milik aku spenuhnya selagi tu aku tak akan pernah percaya . 

Nasihat aku dekat sini . Jangan mudah percaya dengan setiap omongan lelaki . Kadangkala disebalik kelembutan dan kemanisan ayat yang dituturkan terselit satu kepahitan yang suatu ketika akan menyebabkan kita terjatuh dan tersungkur dalam api cinta . Biarlah dia melamar kita sebagai suri hatinya dan setelah itu baru lah kita percaya yang dia memang ditakdirkan untuk kita . Seandainya tidak , jangan pernah mengharap dia akan menjadi milik kita . Sekian !



Sunday, February 12, 2012

Header For Them . .

Assalamualaikum . . 

Kebosanan telah melanda bila cuti semester kali nie . So , untuk menghilangkan tahap kebosanan yang kian parah nie aku pun mula kan kerja aku . Berblogging sepenuh masa . Dapat jugak hilang segala masalah bila aku mengadap blog aku yang makin cute macam tuan dia . Opsss ! Koya je kan ? Koya?? Apa tu . Koya tu maksud dia perasaan . Bahasa kelantan tu . Almaklum la aku duduk pantai timur dah hampir dua tahun . Cakap pun hampir fasih kalau aku speaking in Kelate . Pelik ! 

Okay ! Enough ! Bukan pasal bahsa yang aku nak cerita kan disini . Tapi , aku nak bagitahu yang aku ada create header untuk kawan-kawan aku . Best ! Dah boleh suruh dorang belanja aku nie . Hehehe ! Okay , korang tengok la sendiri header yang aku dah buat nie . Simple je . Sebabnya dorang nie nak kan sesuatu yang simple . Then, aku pn create la something yang look simple but nice . 



Nie first header yang aku buat untuk Farix . Simple sangat-sangatkan ? Masa nie aku tak ada idea nak buat header . Tapi , atas permintaan farix nie terpaksa aku tunaikan jugak . Seriously aku tak suka header nie .



Second header for Farix . Ini , look nice . Sesuai dengan dia yang sukakan Putih, Hitam dan Merah . Dia jugak mintak yang simple je . Ini la hasilnya .


Ini pulak header untuk Diya . Aku saja buat ikut kesukaan dia . Katanya nak yang skema je . Amekkaww ! Skema la sangat kan ? Dia suka bintang so aku bagi je bintang kat dia . Biar hari-hari dia tengok bintang . Purple because favourite colour dia . Menepati cita rasa kau tak diya ?



Nie Tasya punya . Dia nie lebih kurang macam aku jugak . Apa yang aku suka dia pun okay je . Macam kembar . Simple je . Serious aku suka header nie . Something different kalau kau letak kat blog kau .

Okay ! semua header yang aku publish simple je kan . Kalau korang nak suruh aku buat boleh je . Korang boleh tempah dekat aku je . Korang boleh tweet aku or email je dekat aku . Korang cuma perlu gitau aku je korang nak yang macam mana . Aku ikut citarasa korang . Harga pulak aku xde la nak ambil mahal-mahal sangat pun . Antara RM5 ke RM10 je . Itu pun ikut macam mana taste korang la . Kalau simple nie biasa RM5 je . Header simple untuk blog lebih menarikkan orang . Dari yang serabut bermacam-macam rupa ada . Terpulang la dekat korang macam mana . Macam aku suka kan yang simple je . Biar nampak kemas . 

Sekian !



Saturday, February 11, 2012

Hukum potong kuku dan rambut ketika haid .

Assalamualaikum . . .


Korang semua pernah dengar tak pasal potong kuku atau rambut ketika haid tu tak boleh . Bila dah potong kena mandi wajib sekali dengan rambut dan kuku tu . Aku dulu masa zaman sekolah pernah la ada kawan aku bagitahu tak boleh nak potong kuku masa haid . Kalau sikat rambut pulak ada yang gugur tu kena kutip . Simpan lepas tu nanti bila dah habis haid kena mandi wajib sekali dengan rambut yang gugur tu dan kuku yang kita dah potong masa haid tu . 

Tapi , aku sekali pun tak pernah nak simpan kuku tu kalau dah potong masa haid . Sebabnya aku fikir tak salah kalau kita jaga kebersihan . Tak kan la kalau dah haid nak biar je kuku kita tu panjang kan ? Jijik kan ! Dah la panjang lepas tu nanti makan nasi segala kuman-kuman masuk dalam perut kita . Eeeii ~ memang ternak kuman pulak dalam perut tu . Nak jadi penternak yang berjaya la tu . Bila dah sakit diri sendiri jugak yang susah . Betul tak ? 

Pernah je aku potong kuku aku masa haid depan kawan-kawan . Sampai dorang tegur cakap tak boleh . Tapi , aku buat tak tahu je dengan apa yang dorang cakap . Tak ada salahnya kalau nak jaga kebersihan . Betul tak . Tapi , sekarang bila dah meningkat umur makin matang sikit . Bertambah pulak aku terbaca satu persoalan nie . Memang terbaik sangat la . So , segala persoalan yang selama nie bermain kat fikiran aku akhirnya terjawab . 

Okay ! Korang tengok la sendiri gambar yang aku sediakan untuk korang semua nie . Kenyataannya ! Tengok dan baca okay ! 





Haa , dah terjawab kan ? Kiranya selama nie aku buat semua tu tak ada salahnya la kan . Nasib la aku nie tak ikut je cakap orang . Kalau tak dhaif yang aku dapat . Huhu . Tapi , kadang-kadang cakap orang pun ada benarnya jugak . Terpulang dekat kita sendiri untuk menilai sebuah kebenaran tu . Semoga kita semua bijak dalam mencari sebuah kebenaran . Jangan mudah percaya cakap orang tanpa tahu kebenarannya . Selamat beramal . Sekian !



Friday, February 10, 2012

Fenomena Korea . .

Assalamualaikum . . 


Korang minat korea tak ? Mesti minat kan ? Mesti ada yang sampai tahap kritikal . Kemana saja ada je korea dia . Dari percakapan sehinggalah ke cara berpakaian . Tak habis-habis korea dia . Aku sendiri pun naik pelik . Apa yang sampai semuanya nak korea . Tak salah kalau nak minat tengok cerita korea ataupun suka dengar cerita korea . Tapi , sampai dah fanatik tu aku sendiri pun hairan . Mereka tu pun manusia jugak macam kita . Tak ada yang special pun dekat dorang tu semua . Sama je ! 

Budak-budak muda sekarang kalau sebut je pasal korea semua dorang tahu . Kenal semuanya . Boleh pulak dorang cerita itu cerita ini pasal artis korea . Sanggup habiskan ratusan ringgit demi artis yang dorang minat . Kan bagus kalau duit tu belanja aku makan . Tak pulak habis beratus kalau belanja aku makan . Paling kuat pun bawah RM50 je . Kan dapat pahala tu . Hehehe .

Aku bukan nak kutuk ke apa . Terpulang la dekat korang untuk menilainya sendiri . Adakah benar atau tidak apa yang aku katakan di sini . Korang tengok gambar yang aku paparkan kat bawah nie . So , korang paham-paham jela sendiri ye . 




Tak kisah la artiskorea ke melayu ke apa ke . Asal nama artis je tak perlu la sampai korang taksub sangat . Setakat nak tengok cerita tu berkali-kali ataupun nak dengar lagu nyanyian dorang sampai muntah hijau sekali pun terpulang la . Tapi , rasanya tak perlu la kot korang nak lebih-lebih . Sampai nak nama pun bertukar . Gambar artis penuh kat dinding . Alangkah bagusnya kalau korang tampal je gambar mak bapak korang sampai penuh satu bilik tu . At least korang takut sikit nak buat jahat kan bila duduk dalam bilik tu . Yela , nak buat tu ini alih-alih nampak muka mak bapak . Terus terbantut niat jahat korang . 

Korang mesti nak cakap aku pun sama kan ? Ikut la korang nak cakap apa pun . Yang mana kenal aku tu tahu la sama ada aku nie jenis taksub dengan artis ke tak . Pasal korea bagi aku is zero . Aku memang tak minat dengan korea nie . Setakat nak tengok macam tu je boleh . Kalau nak lebih-lebih pada aku macam tak ada makna apa pun . Sorry kalau entry aku nie ada buat sesape terasa . Aku cuma nak berkongsi dan mengingat kan . Selamat Beramal . Sekian !




Jakun !!

Jakun seketika . Haha . Zaman dah canggih . Masing-masing semua ada telefon bimbit sendiri . Budak kecik pun sekarang dah ada telefon bimbit . Bukan main canggih lagi dorang punye handphone . Kalah aku . Biasa la kan dunia sekarang dah makin maju sampai kan yang lama-lama pun dah tak tahu . 

Contoh nya aku sendiri la . Asyikguna handphone je . Semalam terkantoi jugak akhirnya yang aku tak tahu nak guna telefon rumah . Adeh ! Malu nye . Tapi , tak pe . Still boleh buat muka slumber lagi . Telefon rumah aku tu baru tukar je . Sebelum nie biasa je . Sekarang macam dah lain sikit . Banyak pulak function dia . Sebabtuaku dah tak tahu nak guna . Cuba banyak kali tapi tak jugak boleh . Haishh ! Macam mana nie . Sampai dua hari aku cuba . Finally , I can make a phone call . Hoyehhh ! Bangga sekejap walaupun hakikat aku jakun gila . 

Eleh , korang ketawa aku ye . Kalau aku suruh korang guna telefon rumah aku pun mesti korang pun pening-pening lalat jugak nak guna . So , tak perlu la kan nak ketawa sangat dekat aku . =P 

Okay ! Stop it . Memang itu hakikat dia kan . Bila dah makin bertambah maju yang lama kita makin lupakan . Nanti bila zaman anak cucu kita tak tahu la pulak macam mana dan rupa bentuk telefon . Sekarang pun dah bermacam-macam gadget ada . Iphone la Ipd la . Pening sudah ! Agaknya nanti zaman anak cucu kita tu dorang masih tahu lagi tak telefon rumah tu macam mana . Mungkin tahu mungkin jugak tak kan . Tak pe , kita tunggu dan lihat je apa nak jadi zaman akan datang . Tu pun kalau panjang umur la . 

Moral : bila ada yang baru yang lama jangan dilupakan . Kalau tak jadi macam aku . Tak tahu nak guna . Kan malu dapat . Haha .

Sekian . Kbai !

Thursday, February 9, 2012

Ladies Day !

Assalamualaikum . .

Entry nie sepatutnya aku publish tahun lepas lagi . Tapi , disebabkan masalah-masalah tertentu terpaksa aku postpone dulu . So , sekarang ini boleh dah aku mula cerita pasal Ladies Day ! . Sebenarnya ini cerita pasal aku dan kawan-kawan aku keluar hangout sama-sama before minggu study week bulan 12 yang lepas . Ini first time aku keluar hangout dengan dorang semua . Awal-awal pagi lagi kitorang dah pergi sewa kereta . Semua sekali 3 buah kereta . Orang tak ramai pun . 10 orang je . Hehe . Kila macam biasa la naik kereta dia sendiri . Aku dengan yang lain sewa je kereta . Sewa kereta sampai dua buah . Bajet ramai je .

Yang jadi sampai 3 kereta tu bukan apa . Mula bincang ramai nak follow . Last-last sorang tak jadi nak follow . Kereta dah sewa . So , nak tak nak terpaksa juga la kan . Tak kan la nak pergi hantar balik . Mana boleh kan . Huhu . Apa-apa pun acara tetap dijalankan . Kitorang gerak pergi Pizza dekat Giant ! Pizza tu . Aku pun tak tahu la celebrate apa benda . Mungkin sebab semester 3 dah habis kot . Kejap je kan rasa .

By the way , aku memang beruntung sebab ada kawan-kawan macam dorang nie . Happening habis . Kat mana saja ada kitorang tetap slumber . Bising nye tak payah cakap la kan . Selalu kalau kitorang lepak mesti pilih tempat yang jauh sikit dari orang ramai . Ye la , kitorang nie kaki bising . 10 orang kan ? Memang bising la . Mana tak nya masing-masing punya cerita sendiri . Asyik ketawa je bila kitorang lepak sama . Best kan ada kawan macam nie .

Okay la ! Aku dah kering idea nak menaip . Biar gambar-gambar kat bawah nie je yang ceritakan segalanya . Tengok baik-baik ye .



Me , Tasya , Miza , Diya , Zeera , Almas , Jannah , Kila , Fika and the last one is Fizah . 


Pantang jumpa camera !


Nie pizza yang kitorang makan . 2 large pizza . Sedap !


The Best Moments Is Begin Here ! Love them much ever ! Friendship Last Forever !



Wednesday, February 8, 2012

Download :: YOU'RE MY PETS




Plot:
Eun-Yi (Kim Ha-Neul) works as an editor for a fashion magazine. She keeps failing in relationships with men, but doesn’t get along with her colleagues. In-Ho (Jang Keun-Suk) was a promising ballet dancer. Two years ago he lifted a female dancer, but dropped her on accident. Because of this accident the woman was unable to dance any further and, now, In-Ho won’t dance with women anymore. In-Ho now hopes to become a musical choreographer. Unfortunately for In-Ho, he doesn’t have a place to stay. He goes to a bar where his friend Eun-Soo (Choi Jong-Hoon) works. Later that night, Eun-Soo takes In-Ho over to his older sister’s house (fashion magazine editor Eun-Yi). When Eun-Yi arrives at her home, she walks into the bathroom and sees someone brushing her teeth. As she walks by she pats him on his rear end, assuming the guy is her younger brother Eun-Soo. When the guy turns around she’s shocked that it is a complete stranger. Eun-Soo then asks his older sister Eun-Yi if In-Ho can stay at her place temporarily, telling her that he’s really good with household chores. Eun-Yi disapproves of the idea, but that night Eun-Soo accepts money from In-Ho to stay at her sister’s place.
Genre: Melodrama, Romance
Language: Korean
Format: MKV

Download :

Download :: BIAR MIMPI SAMPAI BINTANG





Sinopsis

Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.

Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.

Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta.

Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.

Pelakon
Randy Pangalila (Indonesia), Elfira Loy, Nurul Sakinah, Shahrifah Shahora, Ezzrin Loy, Mahmud Ali Basha, Hanez Suraya, Didie Alias.

Download :

Tuesday, February 7, 2012

Kacau Bilau ! Punoh !

Assalamualaikum . .

Badly thinking about him ! But , he's belong to her . Before , I've promise to dear myself won't disturb him anymore . Even , just for one stop ! One stop ? What's meaning by that word . (Ayat aku . Suka hati la !) Hehe . One stop tu maksud dia saja-saja contact dia la . Sending him just wishes sms or make a miscalled to his phone . Get it ? That's great if you all get what I meant . Sorry , if entry aku nie bercampur aduk bahasanya . Rojak kan ? Well , I sound singing when I speak in Malay . (Bie , borrow your word okay !) Haha . Funny !

Actually , aku nak bagitahu yang aku tiba-tiba teringat kt dia . Someone yang aku pernah serahkan hati aku even just for moments . Her status make me hurt ! Her words make me sad ! Damn ! Before , you said you love me and waiting for me . But , bila aku uji kau cakap aku nak tunang kau terus declare with her . Why ? Nampak kan selama nie you not deeply love me . That's so faster ! Everything happen like a speed of light . Tapi , xpe . Aku boleh terima semua nie . Because everything happen is my fault . Aku yang buat keputusan macam tu . So, aku terima dengan redha . 

Redha ? Yes , I am ! Memang aku redha not pasrah just like her when we're together . Gila ! Nampak macam kau je playboy dalam kes nie . Dulu , kau dengan dia . Lepas tu dengan aku . Sekarang kau patah balik dekat dia setelah kau kecewa bila aku nak tunang . (Tipu jer nak tunang .) Hah ! Nasib la . Mungkin tu yang semua akan fikirkan bila tahu . Tapi , it's okay for me . Because the truth is out there . And I knew it from the beginning . No need to worry ! 

Mende la aku merepek nie . I have no words ! Wanna stop here ! Going to eat . Nasi Goreng and Kentang Goreng . Sedap ! Jom . 

(Jangan nak pening2 fikir apa yang aku tulis nie . Because aku sendiri tak paham dengan jiwa aku . That's why jadi macam nie .) LOL ! =P

Download :: CHRONICLE . .



Plot:
Three high school friends gain superpowers after making an incredible discovery. Soon, though, they find their lives spinning out of control and their bond tested as they embrace their darker sides.

Download :: SESUATU YANG TERTINGGAL . .


Plot:
"The movie revolves around Arshad, Mona, Zakiah, Ashraf, Daud and Murni who are orphans in an orphanage undergoing an experience that has haunted them since they moved in to a new house. As the orphans were cleaning the house, they come across an antique cupboard and decide to move it to another room. Arshad found a mysterious mirror and gives it to Mona but doesn't know that there is something special the mirror. People in the school begin to suspect that Mona is possessed. The orphans must now plan something to capture the force that is dwelling in Mona - but they must first find out what is the significance of the mirror and the cupboard.."


Monday, February 6, 2012

Hilangkan Parut Jerawat .

Assalamualaikum . .

Setelah digali-gali dan dibelek-belek segala kitab lama . Saya terjumpa satu petua baik punyer untuk dikongsi dengan semua pembaca . Nak tahu tak petua apa ? Pejam mata jap . Hehehe . Dah buka mata tu . Baca benda nie . Petua yang saya nak kongsi adalah macam mana cara nak menghilangkan parut atau kesan jerawat di muka . Alahai , parut jerawat nie memang susah kan kalau ada kat muka . Malu je ! So , jangan risau . Macam-macam petua ada boleh hilangkan . Okay ! Dah ready ke nak ikut petua nie . Kalau dah ready moh ler kiter follow petua kat bawah nie . 

Bahan-bahan yang diperlukan :
✿ Daun sirih muda (10 helai)
✿ Lesung batu 
✿ Air

Cara untuk membuat ramuan :
✿ Mula-mula korang ambil 10 helai daun sirih tadi . Basuh dulu la ye . Takut nanti ada racun ke apa ke . Dah kena effect lain pulak .
✿ Then , korang tumbuk daun sirih tadi tu sehingga hancur / lumat .
✿ Setelah daun sirih tadi hancur , sapukan di tempat parut .
✿ Biarkan sehingga kering . Setelah kering , korang bersihkan muka dengan menggunakan air bersih .

Haa , senang je kan ? Tak perlu pun nak beli produk mahal-mahal . Kadang-kadang produkyang korang beli tu tak sesuai dengan kulit muka korang . Dah jadi benda lain pulak nanti . Dari elok-elok nak hilang makin bertambah teruk pulak . Kan dah susah . Kebiasaannya , petua nenek moyang kita dulu memang berkesan . So, selamat mencuba okay ! 

P/s : Daun sirih akan menyebabkan pedih sekiranya terkena pada luka . Hati-hati okay !


Sunday, February 5, 2012

My Mr.Right !

Assalamualaikum . .

Okay ! Mood aku untuk bercinta dalam nie sudah kembali . Hari ini banyak cerita yang aku nak berkongsi dengan semua . Tapi one by one ye sayang . Sekarang aku nak berkongsi cerita dengan siapa aku boleh jatuh cinta . Apa ciri-ciri calon suami aku suatu hari nanti . Waiting for my dreams future husband . Even , tak semua ciri yang ada tapi cukup la sekadar menarik hati aku . Aku tak nak bermukadimah panjang-panjang . Lets go to the story mory .

Pertama : No smoking ! 
Ini aku letak no pertama dalam kategori calon suami aku nanti . Aku memang pantang sikit dengan orang yang merokok nie . Aku ada masalah bila terhidu asap rokok . Bila dah bau je asap rokok kepala aku pun mula la macam corrupted sikit . Terus jam ! Memang aku tak tahan . Tak semua perempuan suka boyfriend dia smoking . Memang la susah nak berhenti kan ? Tapi kalau niat memang nak berhenti semua boleh jalan la beb . Sama ada nak dengan tak nak je . So , kalau mana-mana laki yang tahu dia smoking dan cuba nak dekat dengan aku tu sila-sila la berubah . Demi kebaikan kamu juga . Kalau tak nak juga berubah sila la jangan smoking depan aku . Paham kan sayang . Heeee~

Kedua : Bergaya !
Okay ! Bergaya yang aku cuba maksud kan smart sebenarnya . Tak kisah la dia tu ikut fashion macam mana sekali pun . Yang penting depan aku nampak smart . Jangan pulak keluar dengan aku selekeh je . Memang aku pandang atas bawah jela kan . Dah tu , pakai pulak selipar yang korang bawah masuk jamban tu . Eee~ tak ada selipar lain ke nak pakai . Agak la kan . Aku bukan nak sangat si dia nie bergaya dengan pakai pakaian mahal or branded . Aku tak pandang pun semua tu . Kalau dia pakai baju bundle sekali pun aku tak pernah kisah asalkan tahu nak kenakan gaya biar nampak smart and handsome boy ye sayang . Alah , korang pun mesti tak suke jugak kan bila tengok perempuan selekeh kan ? So , deal la . 

Ketiga : Wangi ! 
Hello . Korang semua cuba bayangkan kalau korang keluar dengan pasangan korang bau badan dia macam bau belacan goreng je . Errr ~ Tak selera aku nak dekat la . Korang nak keluar date tu pakai la deodorant ke  perfume ke dulu . Kan sedap sikit bau . Pakai perfume tu pakai yang sweet-sweet je bau dia okay . Aku tak suka bau yang kuat sangat . Nanti aku pening kepala pulak bau dah xleh nak dekat dengan korang . Nak bagitahu la sikit kan . Aku suka bau perfume Dunhill Blue . Kalau ada mana-mana laki yang pakai perfume nie lalu depan aku . Perghh ! Terpikat . Aku pernah bagi dekat ex aku dulu hadiah perfume Dunhill Blue nie sempena anniversary kitorang dulu . Pakai la pape perfume pun asalkan bau dia lembut je dan sweet .

Keempat : Rambut !
Haaa , ini satu lagi masalah . Korang boleh tak jangan nak buat rambut macam kera sangat . Ala , yang pacak tengah-tengah tu . Kalau kena gaya dengan muka tu tak jadi masalah . Nie tak , macam mat rempit je . Sebab tu aku tak suka . Kalau panjang pun aku tak suka jugak okay ! Korang nak jadi perempuan ke apa nak simpan rambut panjang-panjang . Biar la pendek dan kemas . Kalau rambut korang straight lagi aku suka . Pakai gel rambut . Fuh ! semat beb ! Suke i you~ 

Kelima : Layanan !
Yang ini penting sangat-sangat bagi aku . Sebab aku nie jenis yang agak kuat cemburu la . Huhuhu . Aku tak suka kalau si dia nak mengada-ngada dengan perempuan lain . Nak mesej setiap masa dengan perempuan lain . Dah tu bersayang-sayang segala bagai . Please la ! Hate it damn much ! Then , aku nak dia ingat aku sentiasa . Aku tak nak dia lebihkan kawan-kawan perempuan dia dari aku .

Keenam : Mesej ! Call !
Aku nie jenis ikut mood kalau nak mesej . Kalau aku rasa nak mesej aku mesej la . Kalau tak aku call je . Then , aku nie jenis yang tak suka mesej pendek-pendek sebab membazir je kredit nak hantar mesej macam tu . Bila tanya sepatah . Sepatah jugak dia jawab balik . Kalau setakat nak hantar mesej "Ok" baik tak payah hantar la . Dah tu ada jugak hantar "K" . Sakit hati aku . Mesej macam tu aku anggap mesej pemati je . (Mesej last) . Sebab tu aku tak balas kalau dapat mesej macam tu . Aku tak boleh kalau satu hari tu dia tak mesej aku langsung . At least satu atau dua mesej cukup la . Sebagai tanda dia memang ingat aku . Tapi , kalau dia busy sangat sampai nak mesej aku pun tak sempat . Rajin-rajin la curi masa sikit call aku dan cakap apa-apa pun . Bukan aku harap sangat nak mesej 24 jam 7 hari seminggu . Dan bukan jugak aku nak dia call aku bergayut lama-lama . Even , dia call cakap yang dia rindu aku pun dah cukup puas hati aku . 

Ketujuh : Dating !
Part ini aku agak malas sikit nak cerita . Adoii ~ Aku nak si dia nie paham aku nie jenis yang macam mana . Awal-awal aku akan cakap aku tak suka tempat yang crowded like pasar malam . Kalau nak ajak aku keluar   teman pergi tengok concert ke lepak tempat-tempat yang memang penuh dengan orang ramai yang sampai nak kena asak-asak tu tolong ok lupakan niat korang . Kalau pasar malam aku boleh terima lagi sebab tempat nak beli barang . Aku paham ! Kadang-kadang aku pun nak jugak beli something . Kalau nak jalan-jalan cuci mata je boleh la pergi tempat-tempat ramai orang . Kalau nak stay dalam tempoh yang lama better don't do that ! Pergi tengok wayang pun aku tak suka jugak . Bawa aku pergi tempat yang family lepak . Contoh taman bunga ke ? Muzium . Zoo . Tempat-tempat pengunjung la katakan . Lagi best kalau bawa aku pergi tempaat yang bersejarah . Dalam dating-dating tu boleh juga timba ilmu kan ? Pelikkan aku ?

Kelapan : Keputusan !
Lagi satu masalah . Sila lah buat keputusan sendiri . Korang tu lelaki . Tunjukkan sikit kepimpinan korang tu . Tak kan la nak buat sesuatu pilihan tu nak kena tunggu aku . Kalau nak minta pendapat tak jadi masalah nie tak nak tanya makan kat mana pun kena tunggu keputusan aku . Beb , kalau aku cakap tempat yang aku nak makan nanti memang slim dompet korang tu . High taste aku nie sebenarnya . Hahaha ~ Tak ada la ! Its not me . Kalau korang bawa aku pergi makan kat warung tepi jalan tu pun aku on je . Aku tak kisah . Bawa je ke mana pun aku follow je . Lagi satu , korang ajak aku keluar then korang tanya pulak aku nak pergi mana . Memang kau tempah penampar aku kan ? Kalau dah korang ajak keluar korang fikir la sendiri mana nak pergi . Lain la kalau aku ajak keluar memang aku la kena cakap nak ke mana . Paham kan ?


Memang tak semua benda yang kat atas nie akan kita dapat . Manusia tak sempurna . Ada kelemahan dan kebaikkan dia . Tapi , aku nak dia cuba paham je apa yang aku suka dan tak suka . At least , dia boleh ubah ke arah yang aku nak . Aku pun sedia berubah ke arah yang dia nak kalau itu yang buat dia bahagia . Asalkan tak ada benda yang dia nak ubah aku tu bertentangan dengan ajaran Islam sudah . Contoh , dia nak aku pakai seksi . Free hair . Memang korang nak mampus agak nya . Okay la ! Aku tak ada idea dah untuk entry nie . Aku nak tamatkan story aku dekat sini je okay . Kbai !

! Entah !

Kenapa pulak dengan hati aku nie .  Masalah tak pernah sudah . Tak pernah nak tenang . Ada saja masalah atau benda-benda yang dah lepas datang singgah di pemikiran aku nie . Arghh ! Aku terseksa bila hidup macam nie . Aku memang tak layak untuk bahagia ke ? Bila aku baru nak bahagia ada je benda yang aku fikir kan . Tertekan hidup macam nie . Aku nak sangat life aku yang dulu . Sentiasa happy . Sentiasa senyum . Sentiasa bahagia walaupun ada masalah . Aku seorang yang kuat dan tabah . Tapi , kini aku semakin lemah . Semakin jatuh . 

"Apa yang buat awak down sampai macam nie ? "

Ermm , thanx sebab kau concern pasal aku . Aku sendiri pun tak tahu la kenapa aku jadi macam nie dan apa punca sebenar sampai aku down tahap kritikal macam sekarang nie . Makin di diamkan makin tertekan . Makin dilayan pulak aku tak tenang . Macam mana ? Aku sendiri tak paham dengan diri aku .

"Awak pun tak paham diri awak macam mana saya nak tolong "

Betul la tu apa kau cakap kan pada aku . Memang aku tak paham diri aku pun . Aku tak tahu macam mana nak tolong diri aku sendiri . Makin tak betul je aku rasa sekarang nie . Aku keliru dengan hidup aku . Siapa aku sebenarnya ? Entah ! Itu jawapan yang aku berikan . Dan kau pula selalu tanya "awak nie kenapa ?" Jawapan yang sama aku berikan . Entah !

Entah ! Entah ! Entah !
Itu je rasa jawapan yang aku selalu berikan bila disoalkan tentang hati . Kalau korang tanya aku 1 tambah 1 berapa pun agak nya aku jawab entah jugak tu korang lempang je muka aku . Memang dah tak betul agak nya si ieyka nie . Aishh~ Apa la nasib aku sekarang nie ye . 

Bila aku tak boleh tidur ke ada masalah pape aku mesti call kau . Kau buat aku lupa kejap apa yang aku fikir . Sedangkan kau sendiri tak tahu apa masalah aku . Kau cuba jugak ceriakan aku . Thanx okay ! Aku suka kawan dengan kau . Kau baik sangat ! Sorry tau kalau aku selalu ganggu masa-masa tidur kau . Contoh macam malam tadi . Pukul 3 pagi aku call kau . Memang no manner jugak la . Tapi , nasib la kau belum tidur . Kira aku tak la rasa bersalah sangat sebab ganggu tidur kau .

Kau macam ex aku dulu . Sentiasa ada dengan aku walaupun kau sibuk . Kau tetap layan aku walaupun kau penat . Kau paham aku . Kau tahu dimana manjanya aku dan di mana kasarnya aku . Apa je aku cakap semua kau dengar . Kau tak pernah sekali pun cakap tak nak dengar apa aku cakap . Bila aku sms kau cepat je kau balas . Serius ! Macam ex aku .

Okay ! Fine ! Cukup la luahan perasaan aku takat nie je . Aku tak nak fikir sangat even benda tu memang tak pernah lelah kacau pemikiran aku . Aku akan cuba cari kekuatan diri aku untuk melawan masalah yang datang dalam diri aku . Enough ! Aku nak g siap dulu . Nak g Penang ! Daa~

Dear Real Mr.F : Thanx for being my friend .


 
© IeykaShahidan