Saturday, September 29, 2012

Practical Training Presentation .

               Alhamdulillah , semalam aku dah selesai satu lagi babak . Perkara yang paling aku takut bila sampai part presentation . Sebelum nie kalau ada presentation pun aku tak kan sesekali offer diri nak jadi presenter . Pernah la sekali masa aku sem 3 . Aku dipaksa jadi presenter untuk presentation kimia polimer . First time masa tu aku jadi presenter . Memang kaku lidah aku nak present kat depan . Tambah masa tu ramai pulak kan yang ada . Memang seriously kaku la .

               Tapi semalam , alhamdulillah everything going good masa aku present . Nak kata lancar sangat tu tak la . tapi confident level tu ada la sikit dalam diri . Maybe sebab sem 4 yang lepas aku dah ambik subjek public speaking . So , its advantage to me . Sebelum aku ambik subjek public speaking keyakinan diri nak talk depan orang memang tak de lansung . Tapi , lepas taking that subject last semester alhamdulillah i've an improvement during talk in public . Tak sia-sia jugak air mata aku last semester nangis2 coz risau tak dapat perform well . So , sekarang aku dah ada keyakinan diri nak cakap depan public . 

               Before presentation start , aku memang cuak gila bila dapat tahu yang akan nilai presentation aku tu adalah Dr. Khairul Anuar , Enck Husin dan Dr. Marinah . Risau bila mengenangkan soalan-soalan yang bakal ditanya . Almaklum la masa Dr.KA datang melawat tempat LI aku dulu dia tanya soalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab . Aku hentam je apa yang terlintas . But then , masa presentation tu Dr. Marinah tak de . Maybe dia ada hal . Yang ada Encik Husin dan Dr. KA . 

              Dan . . . . Paling best bila aku present cukup-cukup 5 minit . Soalan yang dia tanya pun sangat-sangat la senang . Tak de yang berkaitan pun dengan apa yang aku present . Hoho ! Sangat gembira . Selesai je presentation aku terus balik bilik makan dan tidur sepanjang hari . Tanda selesainya satu babak . Babak seterusnya menanti dimana aku kena submit report . Oh again !! Sekarang nie report aku entah apa2 je .

Tuesday, September 18, 2012

Riang Ria Raya KKK 2012

16 september yang lepas course aku ada buat program jamuan hari raya . "Riang Ria Raya KKK" . Nama tu mantain ye sejak bertahun lamanya . Hoho ! Jamuan raya nie jamuan raya yang terakhir bagi aku dan kawan-kawan aku yang lain . Sebanya aku dan kawan-kawan yang lain sekarang dah Third Year !! Yeahhh !! Macam sekejap je masa berjalan kan ? Tahun depan sedar2 dah last semester . InsyaAllah , kitorang akan grad tahun depan . 

Jamuan raya tahun nie memang best sebab makanan nya limitless ! Perghh ~ Banyak gila makanan sampai boleh tapau bawa balik . Itu yang aku nak . Tapi aku tak bawa balik pun . Makan je dekat situ . Kenyang balik boleh tidur . Hehe ! Paling aku suka nasi impit . Sedap sangat !! Terasa macam nak lagi je . 

Kat bawah nie ada la sikit gambar yang dapat di culik dan di curi . Silalah menjamu mata dengan hidangan yang disediakan .

Akak2 senior yang comel !

Super senior bergabung dengan adik senior dan adik junior ! Happening !

 Yeay !! dahThird Year !!

Cukup la kot jamu mata . Tak boleh jamu mata lama2 sangat ye . Nanti juling . Apa pun jamuan raya tahun nie memang best . Ramai sangat yang datang . Penuh MK12 dan MK13 . Tahniah to second year yang berjaya anjurkan jamuan raya yang best . 

Sunday, September 16, 2012

Rambut .





Oh no ! Rambut aku dah pendek la . Selama hampir dua tahun aku simpan lastly semalam tamat la riwayat tempoh hidup rambut aku yang panjang tu . Sekarang dah pendek pun . Akak yang potong rambut aku tu ada tanya tak sayang ke nak potong rambut yang panjang nie . Sayang tu memang la tapi aku dah tak mampu lagi simpan rambut panjang .

Bayangkan rambut sepanjang hampir pinggang sekarang dah pendek paras telinga macam tu . Korang rasa macam mana . Mesti sayangkan . Tapi aku tak menyesal pun bila potong rambut . Sebab rambut aku nie dah bermasalah sangat . Gugur banyak sangat kalau panjang . Akak kedai gunting tu pun cakap kalau rambut panjang lagi banyak gugur . Sekarang bila dah pendek tak nampak lagi rambut aku gugur . Tak kira la masa aku sikat rambut or belai rambut aku .

Belai rambut ? Yes , tu memang habit aku pun . Time study , time nak tidur memang aku akan belai rambut aku . So , nanti kalau ada laki yang nak kahwin dengan aku sila la sign perjanjian nak tolong belai rambut aku . Lelaki kan suka ! Hehe . Masalah gatai-gatai kulit kepala pun dah tak ada lagi sejak semalam . I love my new hair . Memang dah lama aku nak rambut macam sekarang nie .



Thursday, September 13, 2012

Semester 5 ( Part II )

Ehem , dah tamat seminggu rupanya aku masuk semester 5 nie . Rasa macam baru semalam daftar untuk semester 5 . Nanti dalam tak sedar dah masuk semester 6 then dah pun habis study . Wah ! Terasa sangat masa berjalan dengan pantas tanpa fikir tentang aku nak still muda . Oh gitu ! Dalam seminggu nie banyak jugak benda yang aku kena settle kan . Subjek semester nie tak la banyak mana pun yang aku ambil .


Haa , ini jela yang aku ambil untuk semester 5 nie . 19 jam kredit je . Kalau sebelum nie haruslah tidak . Tak pernah lagi la kurang dari 20 jam kredit . Ini semester paling best aku rasa . Kelas pun tak banyak . Free je memanjang . Kalau tengok analisis surih tu sebenarnya subjek elektif . Baru start sem nie baru aku mula ambil elektif . Sebelum nie aku xpernah ambil elektif pun . Sedihkan ? *sikit pun tak* 

Sebenarnya hati aku berbelah bagi samada nak buat FYP atau mini projek . FYP ? Apa tu . Act , FYP tu Final Year Project . Then , course aku agak istimewa sebabnya boleh pilih antara FYP or mini project . Apa yang membezakan FYP nie kena bergerak sorang . Kira nak buat apa pun alone . Kalau mini project at least ada la kawan yang akan tolong buat project tu . Concept semuanya sama je macam FYP . So , sampai sekarang aku stil xboleh nak bagi jawapan . Aku daftar je apa yang patut . Huhu !

Kalau ikut tu nak jugak la buat FYP . Teringin nak ada projek sendiri . Memang dulu pernah la jugak ada impian nak ada projek sendiri . Tapi bila tanya lecturer banyak yang dah full . Ada je yang tak full tapi benda yang aku tak minat so tak nak la . Nanti aku jugak yang terbeban . Kalau FYP tak boleh buat nanti mini projek harap aku boleh buat tajuk yang aku nak . 

Dan kalau di ikutkan sem nie aku nak ambil elektif bahasa . Bahasa jepun dan bahasa arab tapi dua-dua subjek nie clash dengan jadual aku . Kecewa jugak la bila lecturer bagitahu dorang memang dah tak boleh nak tukar jadual . Sedih dan sangat kecewa . Teringin kot nak belajar bahasa jepun . Kalau bahasa arab tu aku tak terasa sangat la sebab dulu aku dah pernah belajar bahasa arab . Erm , tak pe la dah tak de rezeki aku nak ambil elektif bahasa . 

Bila tengok jam kredit aku nie macam sikit je kan . So , tadi ada jugak la decide nak ulang balik subjek yang sebelum nie semata-mata nak tingkatkan gred . InsyaAllah , next week aku akan cuba settle kan bahagian ulang-ulang subjek nie . Subjek yang aku nak ulang of course la subjek yang berkaitan dengan course aku . Bila tengok balik rasa macam nak ulang subjek asas masa sem 1 dulu je . Try to get best result for this semester . InsyaAllah ! 

Tuesday, September 11, 2012

Semester 5 ! (Part I)

Assalamualaikum . .

Now aku dah ada dekat UMT . Nak diceritakan masa first day daftar semester 5 aku baru dapat check result aku . Alhamdulillah , aku dapat meneruskan pengajian aku yang berbaki dua semester lagi . Dapat jumpa dan belajar sama-sama dengan kawan-kawan yang happening dan sangat awesome for sometimes la . Ahakkzz ! Jujur tak aku  kawan-kawan ? Hehe !

Okay , sesampai je dekat UMT memang dah sah aku melawat bilik baru aku . Tahun 3 nie aku dapat blok B2 . Dulu B1 tapi sekarang blok B1 dah jadi blok lelaki . Habis la ! Yang paling best tentang bilik baru aku dapat bilik first . Besarrrrr! Tak rugi la bayar mahal-mahal . Selesa sangat dapat bilik sebesar alam semesta nie . One more thing yang paling best satu rumah dengan my BFF , Tasya ! But kesian dekat Diya jauh dari kitorang yang cute nie . Hee ~ 

Dalam pukul 9 baru la aku uruskan segala urusan sebelum ambil slip exam . Masa ambil slip exam tu memang tangan aku sangat la shaking macam dah kena penyakit Parkinson je . Dengan penuh slow motion aku buka . Check-check result semua lepas tengok pointer . Jeng-jeng ! Alhamdulillah , aku syukur lepas target yang aku target masa semester 4 dulu . Macam tak percaya jugak bila ada subjek yang lebih dari apa yang aku target . Betul la kata pepatah "gagal sekali tak bermakna gagal selamanya " . Dan aku belajar dari kesilapan yang aku dah pernah buat selama nie . InsyaAllah semester 5 nie aku akan berusaha lebih lagi untuk naik kan pointer aku . 

Lepas dapat tahu je result terus decide pergi serbu bilik Pn. Maisarah . Lama kitorang lepak dan bergosip sakan . Thanx jugak to Pn . Mai sebab selama nie dia dah banyak bagi semangat untuk aku teruskan belajar . Tak sia-sia aku menangis depan dia dulu . Haha ! Best moment bila lecturer kita sendiri bangga bila dapat jumpa dengan kita lagi . Oh sweet ! Seriously , aku happy bila dapat tahu result . Lepas nie tunggu my mentor , Dr. Marinah balik baru aku nak pergi discuss dengan dia apa yang aku patut buat lagi 2 semester nie . Hope I can grad on time with my friends .






To be continued  ~ 
Next entry , aku akan cerita subjek apa yang aku ambil semester 5 nie . 

Saturday, September 8, 2012

Umt ! Here I Come ~

Eh , dah 8 september ? Menghitung detik nak naik bas malam nie . Oh no ! Tak nak balik umt la . Berat sungguh rasa nak balik umt . Bukan bermaksud aku tak rindu suasana riuh rendah kawan2 tapi hati aku nie lagi berat nak berjauhan dengan orang yang selama nie ceriakan hati aku . Almost sebulan aku rasa dekat dengan dia . Bila dah terlampau rindu senang je nak keluar jumpa . Nantti bila dah balik terengganu dah sah-sah la jarang jumpa . Terpaksa la back to masa mula-mula aku kenal dia dulu .

Dalam hati yang tak berapa nak rela nie gagah jugak la aku packing barang . Kalau sebelum nie denganlaju dan pantas aku dah siap packing tapi sekarang nie memang liat lagi malas aku nak packing . Tak pe la , macam mana pun terpaksa jugak aku balik sambung study aku yang berbaki setahun lagi . Hope setahun tu aku boleh habiskan . Nak cepat grad nak cepat cari kerja nak cepat cari duit kumpul duit then nak cepat kahwin . Motif ! Haha .

Ok ! Lepas nie berkemungkinan blog aku akan dipenuhi dengan post pasal kehidupan sebagai pelajar kembali . Semester 5 akan datang esok nie mungkin agak lain dari sebelum nie. Yela , dah jadi super senior . Dah third year merangkap final year gitu . Banyak benda yang perlu aku selesaikan sebelum mulakan kuliah . Dengan nak ambik elektif lagi dengan nak daftar subjek repeat lagi . Nasibla satu subjek je yang aku sangkut . Oh My Carbonyl !

Kat sini je dulu kot aku mampu update . Memandangkan barang aku yang berselerak dalam bilik nie terpaksa aku stop kat sini dulu . Nanti aku update lagi ye . Hehe ! Last guling-guling atas katil before bertolak ke terengganu malam nie sangat sayukan hati aku . Huhuhu . Bye2 kedah !
 
© IeykaShahidan