Thursday, January 30, 2014

❤ Driving School Dan Lesen Memandu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..

"Umur dah 22 tahun baru nak buat lesen memandu. Lambat la kau nie". Itu la apa yang orang cakap dekat aku bila aku kata nak balik Kedah buat lesen. Ada jugak la yang perli-perli cakap "eh, kau takde lesen memang tak boleh jalan merata kat kampung". Huh! Do I care? Ada lesen ke takde ke bagi aku sama je. Memang dah sejak azali jenis tak suka merayap tanpa tujuan. Kalau keluar pun dengan family gitu. Oh! perempuan melayu terakhir kataku! :P 

Sepanjang nak belajar memandu nie banyak jugak la aku kena tempuh. Lebih2 lagi tahap migrain aku ni. Aishh! Seksa dan azab ok. Awal2 dulu pergi driving school balik je sure migrain. Seharian la kan sakitnya. Dah semakin penghujung dah biasa so ok la. Takde masalah lagi. Plus minus pulak dengan pemakanan dan rehat yang cukup. 

Location : Pusat Latihan Memandu KP SDN.BHD

Haa? kat sini la aku belajar memandu. Dari tak tahu apa langsung sampai dapat lesen. Pengalaman memang best. Cikgu pun okay la kan. Tapi bab cikgu gatal tu normal la. Semua tempat sama je. Tanya la pusat memandu mana sekali pun pasti ada. Depends pada diri kita jela nak melayan tu macam mana. Kalau dah kita pun gedik sama memang tergedik la semuanya. 

Aku daftar lesen dari penghujung bulan oktober 2013. Lepas dapat L aku slumber relax lepak je dekat rumah. 2 minggu lebih jugak la kan lepak kat rumah. Lepas dah 2 minggu puas melepak baru la gigih nak siapkan lesen. Pertengahan bulan 12 baru la aku pergi teruskan untuk lesen P pulak. Dalam seminggu tu non-stop aku pergi driving school. Sebelum Krismas aku dah setel sampai la JPJ.


Masa JPJ test tu tak payah cakap la. Cuak, gelabah semua ada la masa tu. Pukul 9am aku buat test motor dulu. Kena plak orang kedua dan pertama perempuan. Gila kau! Kesilapan yang aku dah buat. Elok sampai penghujung TITI kecik tu kaki right side jatuh. Ngam2 sebelah JPJ pantau. Arghh! Sudah. Dalam hati dah fikir dah. Memang FAIL la aku. Tapi macam mana pun teruskan jela sampai la habis. Dah habis naik pergi dekat JPJ untuk ambik slip result test. Tangan tengah gigil bagai tengok slip. Pergh! rezeki aku. Abang JPJ bagi aku LULUS. Alhamdulillah. Tapi benda tu tetap menghantui fikiran aku sampai sekarang. Malu Hokeyhhh jatuh kaki tu. 


Selesai motor terus aku pergi daftar untuk buat test kereta plak. Ohoii! Dapat giliran orang paling last. Bapak la! Aku pun tak tahu nak relax dulu ke nak apa. Sebab dalam hati dah gelabah fikirkan nasib aku kalau naik bukit. Gambar atas bukan gambar tempat kejadian sebenar ok. Copy from google image je. Hehe! 2x jugak la jawabnya aku naik bukit tu. Then dah lepas bukit terus g parking site. Again! Aku lupa step pusing stereng kat mana. Nasib la masa tu boleh kawal perasaan dan cuba ingat balik. Thanks jugak kat cikgu yang datang tolong ingatkan. Hehe! 


Okay, sesi parking site dah setel terus plak pergi jalan raya. Aku dapat tester perempuan. Orang kata kalau dapat perempuan susah nak lulus. Sebab cerewet. Okay! Aku dah prepare mental dan fizikal. Sebelum masuk kereta tu aku dah siap2 jampi dan doa supaya lembutkan hati. Haha! So, selesai jalan raya dapat la surat cinta. Alhamdulillah LULUS! Now, aku dah ada lesen P. Tapi sayangnya nak drive kereta aku takut lagi. Kena belajar lebih lagi lepas nie. 

Total aku buat lesen RM9++. Aku tak ingat dah jumlah yang tepat. Motor dan kereta complete. Dua2 dah lulus so, tak perlu aku nak melabur duit extra nak ambik test lagi. Alhamdulillah! Allah dah permudahkan urusan aku. :D Orang cakap kalau ada lesen mesti nak je naik moto or kereta g jalan. Aku dapat memang duduk rumah je. Xg jalan mana pun. Tarikh aku dapat lesen ngam2 awal tahun. 2 Januari 2014. Sambut new year dengan lesen baru gitu. 

Wednesday, January 29, 2014

❤ Penang With Love

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..

Entry kali nie about holiday dekat Penang pulak. Berjalan jela kerja aku ye sepanjang melepak kat rumah ni. Penang ni pun percutian 2 hari 2 malam jugak sebenarnya. Cuti-cuti malaysia di hujung minggu. Plus awal tahun katanya. Hehe!

HARI PERTAMA

Map Penang. Credit to google image.

3 Januari yang lepas, hari jumaat yang indah lagi permai. Ehh, agaknya nak buat novel ke hape dengan mukadimah macam tu. Okay, back to story! After solat jumaat, dalam pukul 4.30pm kitorang siap-siap keluar dari rumah dan bertolak pergi Penang. Perjalanan makan masa 2 jam jugak la dari rumah aku. Ngam2 sampai atas jambatan pukul 6pm lebih macam tu. Traffic pun okay lagi. Kalau pukul 7 keatas memang traffic jam la atas jambatan ni sebab penang masih lagi hari bekerja. Time tu la orang nak balik kerja. Sampai je kat Pulau dalam pukul 7pm macam tu. 

Location: Block A Desa Bistari Apartment

Dah sampai pulau terus la cari apartment nie. Yang abg ipar aku dah book. Nie la view dari tingkat 13. Tinggi okay! Gambar dari balkoni. Sape gayat jangan ikut aku nak photoshot kat atas nie. Hoho! Dari sini nampak la Pulau Jerjak. Dah sampai apartment rehat kejap lepas tu keluar semula pergi makan. Dah lapar! 

Location : Idrus Ikan Bakar

Buka foursquare nak check in tengok tip. Ehemm! Telan air liur tengok tip dari pengunjung dah pernah datang sini. Tapi, nak kata apa pun tak boleh la sebab dah standard la makan ikan bakar nama pun. Mana boleh complain2. Malam nie memang makan besar gila kaw2 punya. Adik la tukang habiskan makanan. Aku dah sememangnya tak rela nak gemukkan badan. Haha! Dah makan kenyang so apa lagi. Balik tido la sambil layan movie dekat TV3. 

HARI KEDUA



Bangun pagi siap2 nak berjalan. Dah siap semua buka pintu depan rumah tengok bawah memang cantik permandangannya. Haha! Penang nama pun. Bukan macam tempat lain ada tanah bosau2. So paham la kan. Malam2 tak nampak sangat so dah siang cerah boleh la aku snap gambar permandangan indah nan permai nie. From 13th floor again! :D


Location : Penang Hill (Bukit Bendera)

For the first time, aku jejak kaki kat sini. Sumpah jakun naik keretapi bukit bendera. Haha! To student, dont forget to bring up your student ID card. Untung! Dapat potongan 50% harga. So, student yang ada Matric card nie bayar RM4 only. Murah kan? Hehe! 


Gambar yang first tu keretapi sekarang. Dah moden pun ada aircond dan sumpah laju! Yang gambar second tu sebelum keretapi sekarang la. Yang merah tu still boleh tengok sebab tersadai kat jalan nak naik atas. Sampai saja puncak, kena mendaki la sikit nak naik. Ala, bukan nye daki teruk pun jalan naik atas sikit je. Nak tau macam mana kena pergi sendiri la ye. Hehe!


Sampai ke destinasi so apa lagi breakfast time! Pukul 10 lebih masa itu ye. Makan pagi dah macam makan tengahari je gayanya. Nasi ayam dan ABC fruit. Seriously sedap ABC dia. Nasi ayam kureng la! Tak kena dengan selera aku. 

Location : Penang Butterfly Farm, Teluk Bahang

Next destination is penang butterfly farm. Tengok rama-rama gitu. Masuk sini fee dia RM20 for adult. Kalau bawak student card dapat la less. Berapa aku tak pasti. Tapi memang sure ada less. So, bawak la student card tu ke mana saja ok. 

 

Rama-rama sini sangat friendly. Main hinggap mana yang dia suka. Syarat kena sweet2 dan manis2 sikit ye. Bagi attraction sikit baru la banyak yang nak hinggap. Hehe! Cantik sangat ciptaan ALLAH ni. Subhanallah! 


Selain rama-rama ada jugak haiwan dan binatang lain. Contohnya ular macam atas nie la. Banyak lagi la binatang lain ada. Cuma aku je malas nak snap banyak2. Nak melihat dan nak snap lagi. Hilang tumpuan nanti. Baik jalan dan tengok je. Tak payah snap. Senang cerita nak suruh korang pergi dan alami pengalaman sendiri. Haha! 

Location : Masjid Terapung Tanjung Bungah

Memandangkan dah masuk waktu zuhur jadi kitorang pun singgah la kejap dekat sini dan buat jamak asar sekali sebelum teruskan perjalanan. Masa Tsunami dulu, masjid nie sikit pun tak terjejas. Buktinya gambar bawah nie. 


Tengok! Memang takde jejas apa pun kan. Sedangkan dekat keliling habis musnah kena ombak Tsunami. Allah Maha Kuasa! Allahu Akbar! Walaupun sekeliling kawasan nie musnah tapi masjid nie tetap utuh dan cantik. 


View dari masjid. Cantiknya air laut dan pantai. I fall in love! Dan dekat sini ada kisah yang mana ada sorang mamat nie konon nak usik aku tunjuk la biawak pantai. Dengan slumber bewak aku pun cakap alahh, dah biasa tengok pun. Kat UMT tempat saya belajar dulu dah banyak. Siap lalu depan mata. Nak plak dekat rumah saya sendiri banyak biawak. Besar2 pulak tu. Kataku padanya! Haha. Serot terus dia. Dan2 cover line cakap, biasa perempuan takut. Ini kalau anak saya tengok dah menjerit lari. Katanya padaku! Dalam hati aku dah ketawa terbahak2 dah. Haha! 

Location : Medan Selera Tanjung Bungah

Disebabkan tengahari tak makan so, lepas solat jalan kaki terus menuju ke sini. Cari makan. Tak jauh pun dengan masjid. Itu pasal jalan kaki je. Makan jela apa yang ada ye. Laksa penang yang tak macam laksa penang. Belasah jela! Janji kenyang. Perut dah kenyang. Badan pun dah penat. Kaki pun dah letih. So decide untuk balik je. Tengok jam pun dah lewat petang. Kalau nak jalan lagi pun takut nanti sampai rumah lewat malam pulak. 


Datang ikut jambatan. So, balik naik feri la. Memang kalau datang penang naik feri la saat di nantikan. Hehe! Dah habis jalan dan pusing area penang. Kembali pulang! Balik singgah rumah mak lang dekat Kampung Setol. Kampung abah masa kecik2 dulu. 

Location : Medan Selera Jam Besar Sungai Petani

Malam, lepas maghrib terus bertolak balik ke kedah semula. Tapi sebelum tu singgah sebentar di Medan Selera Jam Besar dekat Sungai Petani. Kat sini sebelum nie memang selalu dah aku lepak makan-makan dengan kawan2. So makanan memang boleh tahan dan sedap kat sini. Gambar atas nie ambil dari google je. Area dekat sini ada satu medan selera. Kalau tak tahu cari nanti ajak aku baru aku tunjuk jalan. Tapi jangan lupa belanja aku makan pulak ye. Hehe! 

Setel makan, dah kenyang terus balik ke rumah di Megat Dewa! Home sweet Home la katakan. Ponat dan lotih berjalan. One more things, aku migrain lepas balik dari Sungai Petani tu. Muntah bagai semua ada. Dengan jayanya aku abaikan semua SMS dan Call yang masuk dan terus ZZzzz TIDO! 

Impian nak bercuti dekat penang dah tercapai. InsyaAllah, ada masa lepas nie aku nak pergi lagi. Sape nak sponsor aku cakap ye. Hehe! 


Tuesday, January 28, 2014

❤ Hatyai With Love

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..

Hatyai with love . Okay , ikutkan entry nie aku publishkan tahun lepas lagi . Tapi, memandangkan tahap kerajinan aku nak berblogging agak slow sebulan lepas maka aku pun simpan la dalam draft tu berkurun dan berabad lamanya. Baru update title lepas tu simpan. Nampak benor malasnya. Haha!

DAY 1

Pada 12 Disember 2013, aku dengan family sesaje ubah angin bercuti overseas! Perghhh, overseas kau! Haha. Macam jauh sangat je perginye padahal langkah sempadan je. Rumah aku dengan Thailand nie kiranya sempadan je. Around 30 to 40 min dah sampai kat sempadan thai tu haa. Dekat je kan? 
Aku dengan family bertolak dari rumah dalam pukul 9.30am gitu. Keluar awal sebab nak buat border pass sempadan dulu. Urusan jadi mudah sebabnya abang aku sendiri imigresen. Wahh ! Tak perlu beratur nak berebut buat border. Huntunggg kan? Hehe. Dah siap border so teruskan jela perjalanan sampai ke CTC Bukit Kayu Hitam untuk tukar duit dan tunggu kak long dekat situ. 

United Fairway Sdn Bhd Money Exchanger
Credit to google image :D
Location : CTC Bukit Kayu Hitam Kedah

Location : Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam

Dalam pukul 11 lebih macam tu sampai kat sini cop border pass dulu. Lepas tu baru boleh masuk siam. Welcome to thailand! Dekat sini boleh lagi nak mesej nak call sesape nak bagitau nak masuk siam. Lepas dari sini jangan harap ada line Maxis, Celcom dan sewaktu dengannya. Nak mesej or call jugak boleh tapi make sure credit anda sangat la banyak. Hoho!


Location : Grand Plaza Hotel Hatyai

Ini la hotel aku dengan family menginap selama satu malam. Murah dan bilik pun bosau. Sangat berpatutan la dekat sini. Dan paling best, malam2 ada Night Market depan hotel ni. Nak shopping nak makan pun senang kat kawasan ni. Sebelah hotel nie ada Les Garden Plaza Hotel. Dekat situ ada la McDonald. Tapi tak tahu la halal ke tidak. 

   
Haa, bilik yang besar dan complete la jugak kemudahan yang ada dalam bilik. Kalau dah pergi Thai takde massage memang tak sah. Mane2 ada saje tempat nak massage. Maunye Shiro pun buat lawak massage. Oh Ajak! Opss~ Sory, ajak dah kahwin. Kalau nak massage dalam bilik saje boleh call panggil dorang urut dalam bilik for ladies la kot ada yang nak kan.  


Dah sampai check in hotel, makan nasi lemak yang ditapau khas dari rumah, mandi dan rehat kejap.Lepas tu pukul 3pm waktu Malaysia (2pm Thai), kitorang teruskan perjalanan. Naik benda dalam gambar atas nie. Tuk Tuk ! Oh Alya jadi model. Boleh naik sampai 10 orang atas nie. 600Bath (RM60) for one trip. Ada 4 places yang dia bawa jalan area Hatyai nie. 

Location : Chang Puak Camp (Kem Gajah)

  
Sudah sampai di sini. Tempat pertama lawatan untuk hari pertama nie. Sebelum masuk pastikan buat tarian gajah ala2 Sin Chan ok. Hoho! Lepak sini kejap je, dah puas tengok gajah makan, gajah kencing so boleh la teruskan perjalanan lagi. Next ! 

Location : Cable Car Hatyai

Nak naik ke cable car nie dengan naik Tuk Tuk agak menyeramkan la. Jalan berliku-liku dan berbukit. Ohoiii! Seram hokeyhh~ Tapi, tak perlu risaukan pun sebabnya Tuk Tuk tu dan pick up baik punya. Kalau tak, tak mungkin pemandu dia berani naik sampai atas sana. Sedikit tip for muslim, kalau pergi sini tak payah la naik cable car. Sebab sampai sana takde apa yang menarik selain kuil buddha sahaja! So nak melawat pun dah rasa tak best. Tak percaya? okay tengok gambar bawah. 

 

Gajah nie ada 3 kepala ok. Dasyat tak? Tapi takpe la, dah kepercayaan agama Buddha. Kitorang as Muslim sampai je kat atas nie memang tak tunggu lama la kan. Naik stay kejap turun semula. Tapi still same. Tempat nie memang banyak patung Buddha sebenarnya. So tak best la kan nak jalan pun. Patung Buddha yang warna emas nie dari bawah dah boleh nampak. Besar! Pernah la tengok dalam cerita Thai tapi tak tahu tajuk. Hehe! 

  
Location : Kedai Makan (Lupa nama kedai) hehe 

Dah penat berjalan perut pun sure la lapar. Dalam pukul 7pm waktu Malaysia (6pm Thai) sampai la kat restoran nie. Makan sampai kenyang. Almaklum la dah balik hotel nanti nak cari kedai makan susah la. So bantal makan sampai kenyang ok. Makanan dia boleh tahan sedapnye. Dalam pukul 8pm waktu Malaysia kitorang pun balik la ke hotel. Kalau ikutkan pemandu pelancong tu dia nak bawa jalan lagi. Tapi dah maghrib balik la hotel solat. 

Location : Night Market in front Grand Plaza Hotel

Pukul 9pm, baru turun bawah pergi Night Market depan hotel. Dekat sini nak makan apa semuanya ada. Kecuali Nasi la kan. Pulut ayam paling femes kat siam nie. First time aku makan pulut ayam. So boleh la kan nak makan. Sedap jugak! Dah turun nampak makanan perut yang kenyang pun jadi lapar. Nak shopping benda lain macam xbest sebab kat Kedah pun banyak je. Harga pun lebih kurang so lepak makan-makan jela. Pukul 11pm (Malaysia time) balik bilik dan Zzzz Tido la kan jawabnya. Memang dalam sejarah la tido awal pukul 11.30pm dah tido. 

DAY 2

Seawal jam 7am dah bangun mandi dan siap nak keluar breakfast. Pukul 8am macam biasa naik Tuk Tuk lagi pergi kedai makan. Pulut ayam lagi di waktu pagi. 


Pulut Ayam

Selesai makan balik ke hotel semula dan siap packing barang untuk check out. Next destination Samila Beach Songkhla. 

Location : Samila Beach Songkhla

Lepak sini ambil angin kejap, lepas tu terus g Masjid for solat Zuhur. Dah pukul 2pm kalau tak silap masa tu. Selesai pegi la makan tengahari area sini jugak. Dah lewat masa tu nak makan tengahari pun dah takde lauk la kan jawabnya. So apa yang ada makan jela. Sedap ke tak makan je janji kenyang. 

Location : Floating Market (Klong Hae)

Perghh ! Memang syurga makanan di sini. Yang menarik dorang jual makanan semua atas bot je. Nak makan apa macam2 ada. Halal ada tak halal pun ada. Cacing, cengkerik goreng pun ada ok kat sini. Kalau nak try boleh la. Haha!

 

Nampak tak? Ais Krim Homemade yang sedap. Paling uniknye dorang jual aiskrim dan air dalam bekas yang buat dari tanah liat. Harga murah pulak tu. Cuba kalau kat Malaysia mau kalah Baskin Robin harganya. 


Tu la bekas-bekas dia. Sangat comel. Macam-macam bentuk ada. Nak hello kitty, doraemon, sampan semua ada la. Harga tak payah berkira sangat. Memang murah. Rugi kalau tak beli. Boleh buat kenangan benda nie. Hehe!

Jalan-jalan dekat khlong hae nie sampai malam. Pukul 10pm terus gerak balik. Nak kena sampai dekat pusat imigresen Thailand sebelum pukul 12pm. Kalau lebih pukul 12pm memang tak dapat keluar la sebab gate dah tutup. Alhamdulillah sebelum pukul 12pm dah sampai dan selamat keluar dari Thailand. Da sampai Changlun, terus pergi makan dulu. Makan lagi? Sebabnya lapar nasi. Haha! Sampai rumah dah hampir pukul 2am pun. Penat dan tido! Eceh~ macam aku pulak yang drive. 

Okay, habis cerita Hatyai With Love. Seriously, rindu nak pergi Hatyai lagi. Haa , lupa nak bagitahu. Selepas seminggu kitorang balik dari Hatyai keluar berita Dannok kena bom. Perghh! Nasib baik. Tapi, sehari sebelum kena bom tu aku dengan family ada pergi Dannok. Hoho! Bahaya woo! Tapi apa pun ada masa aku nak pergi lagi. Maybe! InsyaAllah. 


 
© IeykaShahidan