Saturday, March 15, 2014

❤ Student Life Begin

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..
Wah, selepas dah setengah tahun aku lepak kat rumah finally aku kembali jadi student balik. 16 Februari yang lepas aku dah sampai kat bumi terengganu dan berdaftar sebagai student semula dia bahagian akademik UMT. Dalam setengah jam proses lapor diri dan daftar subjek selesai. Masa daftar tu aku cuma daftar subjek yang wajib ye. 

Yang bertanda YW tu semua subjek yang wajib aku ambil. Yang ULT tu plak saje aku gedik ambik balik coz nak baiki result punya pasal. Aishh, risau jugak kalau nak baiki balik nie. Risaunye result jatuh dari sebelum nie. Huhu ! 

Takpe, sekarang dah sebulan pun dekat UMT, daftar kursus dan minggu tambah dan gugur kursus pun dah tamat. So, memang dah sahkan subjek kat atas tu yang aku akan hadap dalam semester kali nie. Aku dah tak fikir banyak dah. Yang penting dapat grad dan dapat result yang lebih bagus dari sebelum nie. 

Nak menyesal ke apa dah terlambat. Dah tinggal lagi 2 bulan sebelum aku tempuh final exam. Dalam kalendar akademik final exam start 1 Jun. So skg dah pertengahan bulan 3, dah tak lama pun. So bersabar dan keep study to get the excellent result. 

=) Semoga Allah permudahkan urusan aku. Amin! 

Saturday, March 1, 2014

❤ Gigi

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..


Wowww! Cantik ok gigi kat atas nie. Sumpah jelous seumur hidup. Hoho! 23 Feb aritu, after kelas spektro aku terus pergi Pusat Kesihatan UMT. Bukan sebab sakit or nak ambil ubat. Tapi, nak cabut gigi. Cabut gigi ok!

Sepatutnya gigi yang aku nak cabut tu dah dicabut since last year lagi. Doktor dah tanya dah pun nak cabut or tidak. Tapi disebabkan sayang punya pasal aku simpan. Sayang tak lama okay! Sebab hujung tahun lepas gigi susu yang aku simpan tu dah patah separuh. Akibat aku main tolak. Nak longgarkan. Memang masa tu dah pasang niat nak cabut. 

Aku tak expect pulak nak jumpa doktor gigi. Memang masa tu plan dah nak cabut sendiri. Sebab tu gigih main longgar2kan. Sekali, patah separuh daaaa~ Memang buruk seh bila dah patah separuh. Nak senyum nak cakap memang cover2 gila la kan. Haha! Jatuh saham ok. 

So, aku tunggu balik UMT baru nak cabut. Sebab bila cabut kat UMT, for sure la FREE OF CHARGE. Kalau private dental maunye RM80 sebatang gigi cabut. Tapi disebabkan aku dah nak balik UMT so tunggu sampai balik baru la cabut. 

Bagi aku cabut gigi memang takde masalah langsung. Memang aku bukan jenis penakut kalau bab cabut or jumpa doktor gigi. Since aku sekolah rendah lagi kalau bab cabut aku buat relax je. Tapi masa kecik dulu aku takut cabut sendiri. Ingat lagi, masa darjah satu sanggup bagi doktor cabut dari nak cabut sendiri. Bila dah besar sikit baru ada keberanian. Macam2 cara la aku cuba nak cabut kalau gigi dah longgar. Paling thrill aku cabut pakai benang. Hoho! Sape berani cabut pakai benang kita geng ok! 

Masa proses cabut gigi tu aku tak rasa pun gigi tu dah tercabut. Memang kejap gila la doktor tu buat kerja. Rasa macam seronok pulak cabut gigi nie. Haha! Rasa macam tak sampai 5 min pn. Dia cek gigi dan last cabut. Nasib la darah tak banyak. Keluar dari pintu tu terus buang je kapas yang ada. Macam takde pape pn jadi. RELAX ok! 

Tapi malangnya kebas tak hilang. Sampai ke petang ok kebas tu tak hilang. Dah hilang kebas baru aku makan. Memang kebas tu effect sampai hidung. Woahhh! Dah aku tak tau nak menipu apa lagi. Yang pasti gigi aku dah back to normal. Takde cacat lagi. 

One day, aku nak pakai braces. Nak kemaskan gigi aku yang dah berterabur da nie. Oh my teeth! 


Saturday, February 15, 2014

❤ Sayonara Kedah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..



After almost 8 months dekat rumah tiba la saatnya aku berangkat pulang ke tempat aku tuntut ilmu. Kuala Terengganu, here I come! Sedih rasanya bila nak tinggalkan Kedah. Walaupun hanya sementara. Walau perit rasa terpaksa jugak aku tinggalkan Kedah buat seketika demi menghabiskan Degree aku yang hanya berbaki 4 bulan (1 semester). Sobs3x! Emo jap update entry nie. Nak nangis weh. :( 

Location : Home sweet home . Hj Md Shahidan and Hjh Basiroh's house.

Rumah dimana aku dibesarkan. Sekarang dah tukar warna dah. Gambar nie pun dah lama aku ambil. Tahun 2011 punya gambar. Haha! Okay, macam kali pertama pulak rasa nak tinggalkan rumah nie. Padahal aku dah bertahun study kat Terengganu. Rasa macam pertama kali pulak nak tinggal. Mungkin sebab dah terlalu lama kot stay dekat kampung. 


Tonight! 9.30pm aku dah berangkat pulang. Naik bas Tasik Kenyir. Bas favourite aku since aku semester 2. Kawan dari Palapes aku yang syorkan bas nie. Murah dan sangat selesa. Ini bas baru. Baru tukar tahun lepas dalam bulan 6. Dah cantik dan lagi selesa. Hehe! So apa pun, doakan aku selamat sampai kat MBKT esok pagi ye. Okay, macam mana aku nak balik rumah sewa. Anyone nak pick aku tak. Wink3x! Penuh harapan ada orang pick up. Jimat duit tak nak naik teksi. Haha!

Jangan pelik ye macam mana aku update sedangkan dah nak naik bas. Aku dah update entry nie a week before balik. Then save the date to publish this entry. Haha! Sodih weh nak balik. Berat hati rasanya. 

Friday, February 14, 2014

❤ Girlfriends Outing Day

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..



Woot..woot! First time aku dapat join reunion dengan exschoolmate masa sekolah menengah! Geng asrama, geng kelas segala jenis geng la kan. Ladies je yang dapat join. Sebelum nie, aku stay terengganu tambah pulak banyak sangat halangan so terpaksa abaikan reunion. Haha! So, kali nie aku join dengan jayanya.


Okay, muka suci bersih. Anak-anak dara belaka. Time nie la nak lepak nak enjoy pun. Dah kahwin dah ada family susa sikit la nak melepak macam anak dara. Nak keluar rumah kena mintak izin encik Husband dulu baru boleh keluar. Tapi rasa masa masing2 dah kahwen reunion ajak suami la kot. Haha.

Pukul 9 pagi dah keluar pergi pick up sorang2. Ikutkan aku tak join, almaklumlah aku nie newbie! Lesen baru lagi nak drive or menunggang agak ketakutan. Kalau dekat naik moto insyaAllah aku berani. Ini jauh2 jalan sesak pulak. Fuh! Mintak simpang. Takut aku. 

Fikir punya fikir, last2 mintak izin kat abah aku pinjam kereta. Greenlight terus! Haha. Senang dah sekarang kalau aku nak keluar pergi mana pun. Takde macam dulu lagi. Janji jaga diri jaga maruah sudah cukup. InsyaAllah, maruah diri dan keluarga masih lagi terjaga. Alhamdulillah! 

Pagi2 lepak kat Tasik Darulaman. Gigih betul. Takde orang pun pagi tu melainkan pekerja saja. So boleh la kitorang nak buat mcam tasik tu kitorang yang punya. Haha! Kitorang lepak situ sampai pukul 12 je. Dah lapar terus gerak g makan. Melantak plak dekat Restoran Hamidah beramai2 sampai kul 1 lebih baru gerak g shopping. Shopping la sangat. Berwindow shop je.

Itu saja cerita girlfriends outing last night. InsyaAllah, next reunion coming soon on this raya. Lagi ramai lagi best. Ini pun last minit planning by cik siti. Ada masa nanti aku join lagi. Thanks for invite me. The best moment before going back to Terengganu. Hukhuk!

TILL WE MEET AGAIN!  ❤

Wednesday, February 12, 2014

❤ Suatu Ketika Dahulu di Kampung

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..

Syukur aku dilahirkan di kampung. Dapat jugak aku merasa macam-macam permainan. Tarik upih, teng2, tuju kasut, tuju tin, konda-kondi. Macam lagi la mainan kanak-kanak kampung seawal tahun 90an main dulu. Seronok tu tak payah cakap. Kalau boleh dari pagi tu nak main dengan kawan sampai la ke malam pun takpe. Tapi maunye kena sound setepek kat muka kalau keluar main tengah2 panas. Fuhh, mendidih okay! Zaman kanak-kanak dulu mana la tahu erti panas. Sekarang dah bosau panjang panas sikit dah riuh sekampung dengar. Kanak-kanak sekarang pun dah tak macam dulu. 
Lokasi : Sawah belakang rumah.
Bayangkan ini dalam gambar dah nampak pokok2 hujung sana tu sayup-sayup jauhnye. Seusia 8 tahun, aku dah berjalan kaki ke hujung sana dengan adik aku yang muda 5 tahun dari aku. Amacam? Gigihkan. Haha! Hujung tu ada jalan besar ada rumah orang. Kebiasaannya petang2 kitorang main area rumah je. Entah macam mana satu petang tu aku ajak adik aku jalan pergi tengok apa yang ada. Balik rumah diam-diam je tak bagitahu sesape pun.
Sepakat! Itu penting. Kalau bagitahu mau kena bebel sebab jalan jauh-jauh. Bahaya okay! Walaupun duduk kampung. Nak pulak jalan tu waktu hampir senja. Mau kena sorok nanti kang. Hoho! 
Sumber : Google. Dekat kampung aku dah takde yang main. 
Musim menuai paling seronok. Sawah dah kering mula la ajak geng main dekat sawah. Main wau, layang-layang, aci ligan (bahasa kedah) atau pun nama saintifik main kejar2. Saintifik tu tak boleh blah! Masa time kering tu ada la trek mesin padi. Lepas tu ada la batang pokok padi yang kering. Main aci sembunyi siap. Balik rumah nak tidur malam mau garu separuh nyawa. Gatai miang padi. 
Banyak la kenangan masa zaman kanak-kanak kat kampung. Ada yang patah tangan, ada yang terseliuh sebab jatuh masa main kejar2. Jumpa kulit ular, jumpa lubang ular, jumpa ikan, jumpa belut. Semua kenangan dah sekarang. Budak2 sekarang pun dah tak lagi main. Seronok duduk kampung nie. Banyak benda boleh main. Habis semua di buat mainan. Tak hirau dah bahaya ke apa. Hanya fikir nak main nak seronok je. Dah senja baru tau balik rumah. Indah!
Rindu zaman kanak-kanak..... ❤ Next Entry.

Sunday, February 9, 2014

❤ Cheese Lover

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..

 
Walaweyh!! This is my first time baked a cheese cake. Alhamdulillah memang menjadi. Sebelum siap tu memang terketar-ketar jugak takut tak menjadi. Yela, mane taknye dulu buat kek xpernah menjadi. Kira cheese cake nie 4th trial aku la in baking a cake. Wah gitu! Sepanjang 23 tahun hidup di muka bumi baru 4 kali buat kek. 4 kali tolak 2 kali sebabnya dibantu mama aku. Sumpah pemalas aku nie. So ada yang nak ke buat menantu macam ni. Krik krik! 

Cheese cake nie aku copy resepi dari internet je. Kebetulan masa tu aku keluar beli barang with my parents so, dah on the way tu terus la on tenet jap cari resepi cheese cake. Nak beli bahan katanya. Cari punya cari jumpa la satu resepi paling mudah dan simple macam bawah nie. 
RESEPI CHEESE CAKE
❤ 500g cream cheese (aku guna 400g je)
❤ 100g whip cream yg dah dipukul kembang
❤ 3/4 cawan gula castor
❤ 4 biji telur
❤ esen vanila

First, pukul telur sampai kembang. Masukkan satu persatu ye telur tu.  Then, dah kembang masukkan whip creame yang dah dikembang. Second, pukul pulak cream cheese dengan gula kastor sampai kembang.  Make sure pukul secara berasingan. Dalam resepi yang aku ambil internet tu dia pukul cream cheese then masukkan telur. Dari apa mama aku cakap elok pukul telur dulu. So, last sekali satukan je telur dengan cream cheese tu. Pukul lagi sampai sebati adunan. Dan SIAP! Masukkan dalam loyang je. Aku tapis dulu sebab tak nak ada yang berketul2. Dah selesai masukkan dalam oven untuk dibakar dengan suhu 180 selama 40-45 min. 
Okay, kalau rajin nak buat based. Boleh la try yang nie. 

RESEPI BASED CHEESE CAKE

❤ 10 keping biskut marrie
❤ cornflakes
❤ Madu
❤ Butter

First sekali hancurkan biskut marrie dan cornflakes tu. Then, gaul dengan madu dan butter yang dah dicairkan. Gaul sampai boleh dikepal. Dah siap masukkan dalam loyang dan ratakan. Tekan2 sikit bagi padat. Simpan dalam peti sejuk sementara nak tunggu buat kek. Dah siap kek tuang je dalam loyang yang buat based nie. Baru la bakar. 
Sebenarnya resepi based yang aku cari dari internet tu takde pun madu dengan cornflakes. Yang nie aku try idea abang aku. Sedap! Rasa crunchy dan manis madu sikit. Ala2 biskut raya gitu. Untuk topping dia suka hati la nak pakai apa pun. Aku pakai jem strawberry je. Jimat kos dan senang nak cari kat pasaraya. Haha! 

Semakin dekat nak balik UMT makin rajin aku buat kek. Ini dah kali kedua aku buat cheese cake. Yang gambar atas tu first time buat. Kali kedua tak sempat ambil gambar dah ngap dulu. Aku memang suka benda yang bercheese. Cheese tart, Cheese cake, Cheezy wedges. Memang cheese jela keje aku. Maunye tak gemuk asyik makan benda yang ada cheese. Dah la makan makan bercheese sekali hadap berlambak2 pulak. Gemuk sudah! Terima kasih CHEESE. haha!

Okay dah berjaya buat cheese cake sendiri. So tak payah dah nak habiskan duit pergi secret recipes. After this nak try cari cheese tart punya resepi pulak. Kalau ada nak try buat silakan copy resepi nie. 


Thursday, February 6, 2014

❤ CNY Holiday Day 2

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..

Hari kedua CNY, family plan nak pergi picnic. Lepak2 dan makan2. Memandangkan dah lama sangat tak pergi picnic. So pada 1 Feb kitorang siap2 masak semua terus bertolak ke Perlis. Destinasi Bukit Ayer. Take time dalam 45 min dari rumah kitorang. Dekat je meh dengan rumah. 
Location : Hutan Lipur Bukit Ayer, Perlis
Sampai sana dah tengahari. Perut dah tahap kritikal lapar. Makan dulu lepas tu baru la boleh pergi mandi. Rasanya ini kali pertama picnic paling kejap. Selalu kalau berendam dalam air sampai kecut. Sekarang main2 air kejap je lepas tu naik atas tukar pakaian. Mungkin sebab tempat tu terlalu open dan ramai orang agaknya. Nak mandi lama2 pun tak best. Lagipun kitorang ada plan lain lagi lepas picnic. 
 
Ini kolam. Air takde la dalam sangat. Paras pinggang orang dewasa saje. Kawasan nie memang ramai la yang mandi kat sini. Kawasan paling bawah. Dekat atas aku tak pasti macam mana rupanye sebab tak naik atas pun. Setakat lepak mandi kat bawah nie je. Tapi tak mandi la dekat kolam nie. 
Dekat sini la tempat mandinya. Masa kitorang pergi ada la air yang turun dari celahan batu tu. Nampak la air terjunnya. Tapi tak la banyak sangat. Mungkin sebab musim kering sekarang. Air pun tak banyak. Selesai mandi terus naik atas kemas apa yang patut. Tukar pakaian dan go to next destination.
Location : Padang Besar
Shopping time! Haha. Shopping la sangat kan. Padahal takde beli apa pun. Just pergi cuci mata macam tu je. Ada pun beli periuk kukus saja. Nak shopping benda lain waktu cuti sekolah atau public holiday nie memang parok la. Harga melambung tinggi. 
Waktu yang disyorkan untuk pergi Padang Besar seeloknya pergi la waktu weekdays. Isnin sampai Khamis. Harga waktu nie lebih murah dan boleh tawar menawar. Kalau hari lain dorang akan letak harga tinggi lepas tu nak tawar susah sikit. 
Ini arked padang besar. Tempat shopping gitu. Sape yang tak pernah datang nanti boleh la datang shopping dekat sini. Tapi make sure datang time hari bekerja okay untuk harga yang berbaloi. 
Ini plak suasana kat dalam arked. Time aku pergi tu memang sesak. Ramai orang. Dah musim cuti nama pun sure la ramai. Nak jalan pun main selit2 celah orang je. Okay! Time ramai memang aku masuk kejap then lepak je kat luar. Sesak sangat. Nasib la kan takde nak beli apa. 
Okay! Tamat suda cerita CNY HOLIDAY 2014 with my family. Gambar semua aku copy paste dari google je. Haha! Thank you ye. Next Entry --> CNY Holiday Day 1

❤ CNY Holiday Day 1

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..



Rasanya belum terlambat untuk aku ucap Happy Chinese New Year untuk kawan2 yang berbangsa cina dan seluruh rakyat Malaysia yang berbangsa cina.. Xin nian kuai le! Tahun nie takde limau berkotak dekat rumah aku. Hoho ! Dah tak beli dah. Harapkan orang bagi je. Itu pun tak habis. Xie Xie to tauke kedai kat kampung aku nie coz bagi limau . 

Okay , dah wish so meh ke cerita sebenar . Wink3~ Macam biasa setiap tahun, raya cina pasti ada cuti .So this year , kakak dan abang aku balik ke kampung. For the first day cny aku dah kat hospital. Awesome! Haha. 

Kedah Medical Centre

Yeah, itu la hospital yang aku stay night. For the first time aku stay night kat hospital. Tapi bukan aku yang sakit la. Aku cuma datang temankan kak long aku je. Sakit apa aku pun tak pasti. Punca dari demam dan muntah. Detail aku tak tahu la. Memang mental jugak la nak tido malam tu. Mujurlah ada phone canggih lagi mahal (cehh, xperia U je pun) sedia menemani aku. Main game dan online jela jawabnya. Dengan tahap sejuk yang kritikal memang aku tak tahan. Yang pasti aku tak suka aircond! 

Aku datang mula tu niat nak melawat je. Memang takde la nak prepare apa. Pakai pun biasa je selimut, tilam katil dan bantal memang tak bawa la kan. Okay! melampau betei nak bawa katil sekali. Tidur tak lena la malam tu. Tapi apa pun aku syukur coz my sister stay one night je lepas tu boleh balik. Syukur keadaan dia dah sihat. 


After check out hospital terus pergi makan-makan dekat Pizza Hut! Saje try Pizza baru. Nyum3! Sedap. Tak bleh blah ok keluar wad terus melantak pizza. Dah siap makan terus naik tesco beli barang. Dengan niat nak beli barang untuk buat cheese cake lagi sekali.

*next entry aku cerita pengalaman buat cheese cake.

Dah siap shopping terus balik. Sampai rumah pun dah dekat pukul 9. Seriously, aku dah letih. Dah sampai rumah so boleh la tidur dengan nyenyak. Lega rasa! Haha. Pukul 12.30am aku dah masuk ke alam mimpi dengan jayanya.


Thursday, January 30, 2014

❤ Driving School Dan Lesen Memandu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..

"Umur dah 22 tahun baru nak buat lesen memandu. Lambat la kau nie". Itu la apa yang orang cakap dekat aku bila aku kata nak balik Kedah buat lesen. Ada jugak la yang perli-perli cakap "eh, kau takde lesen memang tak boleh jalan merata kat kampung". Huh! Do I care? Ada lesen ke takde ke bagi aku sama je. Memang dah sejak azali jenis tak suka merayap tanpa tujuan. Kalau keluar pun dengan family gitu. Oh! perempuan melayu terakhir kataku! :P 

Sepanjang nak belajar memandu nie banyak jugak la aku kena tempuh. Lebih2 lagi tahap migrain aku ni. Aishh! Seksa dan azab ok. Awal2 dulu pergi driving school balik je sure migrain. Seharian la kan sakitnya. Dah semakin penghujung dah biasa so ok la. Takde masalah lagi. Plus minus pulak dengan pemakanan dan rehat yang cukup. 

Location : Pusat Latihan Memandu KP SDN.BHD

Haa? kat sini la aku belajar memandu. Dari tak tahu apa langsung sampai dapat lesen. Pengalaman memang best. Cikgu pun okay la kan. Tapi bab cikgu gatal tu normal la. Semua tempat sama je. Tanya la pusat memandu mana sekali pun pasti ada. Depends pada diri kita jela nak melayan tu macam mana. Kalau dah kita pun gedik sama memang tergedik la semuanya. 

Aku daftar lesen dari penghujung bulan oktober 2013. Lepas dapat L aku slumber relax lepak je dekat rumah. 2 minggu lebih jugak la kan lepak kat rumah. Lepas dah 2 minggu puas melepak baru la gigih nak siapkan lesen. Pertengahan bulan 12 baru la aku pergi teruskan untuk lesen P pulak. Dalam seminggu tu non-stop aku pergi driving school. Sebelum Krismas aku dah setel sampai la JPJ.


Masa JPJ test tu tak payah cakap la. Cuak, gelabah semua ada la masa tu. Pukul 9am aku buat test motor dulu. Kena plak orang kedua dan pertama perempuan. Gila kau! Kesilapan yang aku dah buat. Elok sampai penghujung TITI kecik tu kaki right side jatuh. Ngam2 sebelah JPJ pantau. Arghh! Sudah. Dalam hati dah fikir dah. Memang FAIL la aku. Tapi macam mana pun teruskan jela sampai la habis. Dah habis naik pergi dekat JPJ untuk ambik slip result test. Tangan tengah gigil bagai tengok slip. Pergh! rezeki aku. Abang JPJ bagi aku LULUS. Alhamdulillah. Tapi benda tu tetap menghantui fikiran aku sampai sekarang. Malu Hokeyhhh jatuh kaki tu. 


Selesai motor terus aku pergi daftar untuk buat test kereta plak. Ohoii! Dapat giliran orang paling last. Bapak la! Aku pun tak tahu nak relax dulu ke nak apa. Sebab dalam hati dah gelabah fikirkan nasib aku kalau naik bukit. Gambar atas bukan gambar tempat kejadian sebenar ok. Copy from google image je. Hehe! 2x jugak la jawabnya aku naik bukit tu. Then dah lepas bukit terus g parking site. Again! Aku lupa step pusing stereng kat mana. Nasib la masa tu boleh kawal perasaan dan cuba ingat balik. Thanks jugak kat cikgu yang datang tolong ingatkan. Hehe! 


Okay, sesi parking site dah setel terus plak pergi jalan raya. Aku dapat tester perempuan. Orang kata kalau dapat perempuan susah nak lulus. Sebab cerewet. Okay! Aku dah prepare mental dan fizikal. Sebelum masuk kereta tu aku dah siap2 jampi dan doa supaya lembutkan hati. Haha! So, selesai jalan raya dapat la surat cinta. Alhamdulillah LULUS! Now, aku dah ada lesen P. Tapi sayangnya nak drive kereta aku takut lagi. Kena belajar lebih lagi lepas nie. 

Total aku buat lesen RM9++. Aku tak ingat dah jumlah yang tepat. Motor dan kereta complete. Dua2 dah lulus so, tak perlu aku nak melabur duit extra nak ambik test lagi. Alhamdulillah! Allah dah permudahkan urusan aku. :D Orang cakap kalau ada lesen mesti nak je naik moto or kereta g jalan. Aku dapat memang duduk rumah je. Xg jalan mana pun. Tarikh aku dapat lesen ngam2 awal tahun. 2 Januari 2014. Sambut new year dengan lesen baru gitu. 

Wednesday, January 29, 2014

❤ Penang With Love

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..

Entry kali nie about holiday dekat Penang pulak. Berjalan jela kerja aku ye sepanjang melepak kat rumah ni. Penang ni pun percutian 2 hari 2 malam jugak sebenarnya. Cuti-cuti malaysia di hujung minggu. Plus awal tahun katanya. Hehe!

HARI PERTAMA

Map Penang. Credit to google image.

3 Januari yang lepas, hari jumaat yang indah lagi permai. Ehh, agaknya nak buat novel ke hape dengan mukadimah macam tu. Okay, back to story! After solat jumaat, dalam pukul 4.30pm kitorang siap-siap keluar dari rumah dan bertolak pergi Penang. Perjalanan makan masa 2 jam jugak la dari rumah aku. Ngam2 sampai atas jambatan pukul 6pm lebih macam tu. Traffic pun okay lagi. Kalau pukul 7 keatas memang traffic jam la atas jambatan ni sebab penang masih lagi hari bekerja. Time tu la orang nak balik kerja. Sampai je kat Pulau dalam pukul 7pm macam tu. 

Location: Block A Desa Bistari Apartment

Dah sampai pulau terus la cari apartment nie. Yang abg ipar aku dah book. Nie la view dari tingkat 13. Tinggi okay! Gambar dari balkoni. Sape gayat jangan ikut aku nak photoshot kat atas nie. Hoho! Dari sini nampak la Pulau Jerjak. Dah sampai apartment rehat kejap lepas tu keluar semula pergi makan. Dah lapar! 

Location : Idrus Ikan Bakar

Buka foursquare nak check in tengok tip. Ehemm! Telan air liur tengok tip dari pengunjung dah pernah datang sini. Tapi, nak kata apa pun tak boleh la sebab dah standard la makan ikan bakar nama pun. Mana boleh complain2. Malam nie memang makan besar gila kaw2 punya. Adik la tukang habiskan makanan. Aku dah sememangnya tak rela nak gemukkan badan. Haha! Dah makan kenyang so apa lagi. Balik tido la sambil layan movie dekat TV3. 

HARI KEDUA



Bangun pagi siap2 nak berjalan. Dah siap semua buka pintu depan rumah tengok bawah memang cantik permandangannya. Haha! Penang nama pun. Bukan macam tempat lain ada tanah bosau2. So paham la kan. Malam2 tak nampak sangat so dah siang cerah boleh la aku snap gambar permandangan indah nan permai nie. From 13th floor again! :D


Location : Penang Hill (Bukit Bendera)

For the first time, aku jejak kaki kat sini. Sumpah jakun naik keretapi bukit bendera. Haha! To student, dont forget to bring up your student ID card. Untung! Dapat potongan 50% harga. So, student yang ada Matric card nie bayar RM4 only. Murah kan? Hehe! 


Gambar yang first tu keretapi sekarang. Dah moden pun ada aircond dan sumpah laju! Yang gambar second tu sebelum keretapi sekarang la. Yang merah tu still boleh tengok sebab tersadai kat jalan nak naik atas. Sampai saja puncak, kena mendaki la sikit nak naik. Ala, bukan nye daki teruk pun jalan naik atas sikit je. Nak tau macam mana kena pergi sendiri la ye. Hehe!


Sampai ke destinasi so apa lagi breakfast time! Pukul 10 lebih masa itu ye. Makan pagi dah macam makan tengahari je gayanya. Nasi ayam dan ABC fruit. Seriously sedap ABC dia. Nasi ayam kureng la! Tak kena dengan selera aku. 

Location : Penang Butterfly Farm, Teluk Bahang

Next destination is penang butterfly farm. Tengok rama-rama gitu. Masuk sini fee dia RM20 for adult. Kalau bawak student card dapat la less. Berapa aku tak pasti. Tapi memang sure ada less. So, bawak la student card tu ke mana saja ok. 

 

Rama-rama sini sangat friendly. Main hinggap mana yang dia suka. Syarat kena sweet2 dan manis2 sikit ye. Bagi attraction sikit baru la banyak yang nak hinggap. Hehe! Cantik sangat ciptaan ALLAH ni. Subhanallah! 


Selain rama-rama ada jugak haiwan dan binatang lain. Contohnya ular macam atas nie la. Banyak lagi la binatang lain ada. Cuma aku je malas nak snap banyak2. Nak melihat dan nak snap lagi. Hilang tumpuan nanti. Baik jalan dan tengok je. Tak payah snap. Senang cerita nak suruh korang pergi dan alami pengalaman sendiri. Haha! 

Location : Masjid Terapung Tanjung Bungah

Memandangkan dah masuk waktu zuhur jadi kitorang pun singgah la kejap dekat sini dan buat jamak asar sekali sebelum teruskan perjalanan. Masa Tsunami dulu, masjid nie sikit pun tak terjejas. Buktinya gambar bawah nie. 


Tengok! Memang takde jejas apa pun kan. Sedangkan dekat keliling habis musnah kena ombak Tsunami. Allah Maha Kuasa! Allahu Akbar! Walaupun sekeliling kawasan nie musnah tapi masjid nie tetap utuh dan cantik. 


View dari masjid. Cantiknya air laut dan pantai. I fall in love! Dan dekat sini ada kisah yang mana ada sorang mamat nie konon nak usik aku tunjuk la biawak pantai. Dengan slumber bewak aku pun cakap alahh, dah biasa tengok pun. Kat UMT tempat saya belajar dulu dah banyak. Siap lalu depan mata. Nak plak dekat rumah saya sendiri banyak biawak. Besar2 pulak tu. Kataku padanya! Haha. Serot terus dia. Dan2 cover line cakap, biasa perempuan takut. Ini kalau anak saya tengok dah menjerit lari. Katanya padaku! Dalam hati aku dah ketawa terbahak2 dah. Haha! 

Location : Medan Selera Tanjung Bungah

Disebabkan tengahari tak makan so, lepas solat jalan kaki terus menuju ke sini. Cari makan. Tak jauh pun dengan masjid. Itu pasal jalan kaki je. Makan jela apa yang ada ye. Laksa penang yang tak macam laksa penang. Belasah jela! Janji kenyang. Perut dah kenyang. Badan pun dah penat. Kaki pun dah letih. So decide untuk balik je. Tengok jam pun dah lewat petang. Kalau nak jalan lagi pun takut nanti sampai rumah lewat malam pulak. 


Datang ikut jambatan. So, balik naik feri la. Memang kalau datang penang naik feri la saat di nantikan. Hehe! Dah habis jalan dan pusing area penang. Kembali pulang! Balik singgah rumah mak lang dekat Kampung Setol. Kampung abah masa kecik2 dulu. 

Location : Medan Selera Jam Besar Sungai Petani

Malam, lepas maghrib terus bertolak balik ke kedah semula. Tapi sebelum tu singgah sebentar di Medan Selera Jam Besar dekat Sungai Petani. Kat sini sebelum nie memang selalu dah aku lepak makan-makan dengan kawan2. So makanan memang boleh tahan dan sedap kat sini. Gambar atas nie ambil dari google je. Area dekat sini ada satu medan selera. Kalau tak tahu cari nanti ajak aku baru aku tunjuk jalan. Tapi jangan lupa belanja aku makan pulak ye. Hehe! 

Setel makan, dah kenyang terus balik ke rumah di Megat Dewa! Home sweet Home la katakan. Ponat dan lotih berjalan. One more things, aku migrain lepas balik dari Sungai Petani tu. Muntah bagai semua ada. Dengan jayanya aku abaikan semua SMS dan Call yang masuk dan terus ZZzzz TIDO! 

Impian nak bercuti dekat penang dah tercapai. InsyaAllah, ada masa lepas nie aku nak pergi lagi. Sape nak sponsor aku cakap ye. Hehe! 


Tuesday, January 28, 2014

❤ Hatyai With Love

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..

Hatyai with love . Okay , ikutkan entry nie aku publishkan tahun lepas lagi . Tapi, memandangkan tahap kerajinan aku nak berblogging agak slow sebulan lepas maka aku pun simpan la dalam draft tu berkurun dan berabad lamanya. Baru update title lepas tu simpan. Nampak benor malasnya. Haha!

DAY 1

Pada 12 Disember 2013, aku dengan family sesaje ubah angin bercuti overseas! Perghhh, overseas kau! Haha. Macam jauh sangat je perginye padahal langkah sempadan je. Rumah aku dengan Thailand nie kiranya sempadan je. Around 30 to 40 min dah sampai kat sempadan thai tu haa. Dekat je kan? 
Aku dengan family bertolak dari rumah dalam pukul 9.30am gitu. Keluar awal sebab nak buat border pass sempadan dulu. Urusan jadi mudah sebabnya abang aku sendiri imigresen. Wahh ! Tak perlu beratur nak berebut buat border. Huntunggg kan? Hehe. Dah siap border so teruskan jela perjalanan sampai ke CTC Bukit Kayu Hitam untuk tukar duit dan tunggu kak long dekat situ. 

United Fairway Sdn Bhd Money Exchanger
Credit to google image :D
Location : CTC Bukit Kayu Hitam Kedah

Location : Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam

Dalam pukul 11 lebih macam tu sampai kat sini cop border pass dulu. Lepas tu baru boleh masuk siam. Welcome to thailand! Dekat sini boleh lagi nak mesej nak call sesape nak bagitau nak masuk siam. Lepas dari sini jangan harap ada line Maxis, Celcom dan sewaktu dengannya. Nak mesej or call jugak boleh tapi make sure credit anda sangat la banyak. Hoho!


Location : Grand Plaza Hotel Hatyai

Ini la hotel aku dengan family menginap selama satu malam. Murah dan bilik pun bosau. Sangat berpatutan la dekat sini. Dan paling best, malam2 ada Night Market depan hotel ni. Nak shopping nak makan pun senang kat kawasan ni. Sebelah hotel nie ada Les Garden Plaza Hotel. Dekat situ ada la McDonald. Tapi tak tahu la halal ke tidak. 

   
Haa, bilik yang besar dan complete la jugak kemudahan yang ada dalam bilik. Kalau dah pergi Thai takde massage memang tak sah. Mane2 ada saje tempat nak massage. Maunye Shiro pun buat lawak massage. Oh Ajak! Opss~ Sory, ajak dah kahwin. Kalau nak massage dalam bilik saje boleh call panggil dorang urut dalam bilik for ladies la kot ada yang nak kan.  


Dah sampai check in hotel, makan nasi lemak yang ditapau khas dari rumah, mandi dan rehat kejap.Lepas tu pukul 3pm waktu Malaysia (2pm Thai), kitorang teruskan perjalanan. Naik benda dalam gambar atas nie. Tuk Tuk ! Oh Alya jadi model. Boleh naik sampai 10 orang atas nie. 600Bath (RM60) for one trip. Ada 4 places yang dia bawa jalan area Hatyai nie. 

Location : Chang Puak Camp (Kem Gajah)

  
Sudah sampai di sini. Tempat pertama lawatan untuk hari pertama nie. Sebelum masuk pastikan buat tarian gajah ala2 Sin Chan ok. Hoho! Lepak sini kejap je, dah puas tengok gajah makan, gajah kencing so boleh la teruskan perjalanan lagi. Next ! 

Location : Cable Car Hatyai

Nak naik ke cable car nie dengan naik Tuk Tuk agak menyeramkan la. Jalan berliku-liku dan berbukit. Ohoiii! Seram hokeyhh~ Tapi, tak perlu risaukan pun sebabnya Tuk Tuk tu dan pick up baik punya. Kalau tak, tak mungkin pemandu dia berani naik sampai atas sana. Sedikit tip for muslim, kalau pergi sini tak payah la naik cable car. Sebab sampai sana takde apa yang menarik selain kuil buddha sahaja! So nak melawat pun dah rasa tak best. Tak percaya? okay tengok gambar bawah. 

 

Gajah nie ada 3 kepala ok. Dasyat tak? Tapi takpe la, dah kepercayaan agama Buddha. Kitorang as Muslim sampai je kat atas nie memang tak tunggu lama la kan. Naik stay kejap turun semula. Tapi still same. Tempat nie memang banyak patung Buddha sebenarnya. So tak best la kan nak jalan pun. Patung Buddha yang warna emas nie dari bawah dah boleh nampak. Besar! Pernah la tengok dalam cerita Thai tapi tak tahu tajuk. Hehe! 

  
Location : Kedai Makan (Lupa nama kedai) hehe 

Dah penat berjalan perut pun sure la lapar. Dalam pukul 7pm waktu Malaysia (6pm Thai) sampai la kat restoran nie. Makan sampai kenyang. Almaklum la dah balik hotel nanti nak cari kedai makan susah la. So bantal makan sampai kenyang ok. Makanan dia boleh tahan sedapnye. Dalam pukul 8pm waktu Malaysia kitorang pun balik la ke hotel. Kalau ikutkan pemandu pelancong tu dia nak bawa jalan lagi. Tapi dah maghrib balik la hotel solat. 

Location : Night Market in front Grand Plaza Hotel

Pukul 9pm, baru turun bawah pergi Night Market depan hotel. Dekat sini nak makan apa semuanya ada. Kecuali Nasi la kan. Pulut ayam paling femes kat siam nie. First time aku makan pulut ayam. So boleh la kan nak makan. Sedap jugak! Dah turun nampak makanan perut yang kenyang pun jadi lapar. Nak shopping benda lain macam xbest sebab kat Kedah pun banyak je. Harga pun lebih kurang so lepak makan-makan jela. Pukul 11pm (Malaysia time) balik bilik dan Zzzz Tido la kan jawabnya. Memang dalam sejarah la tido awal pukul 11.30pm dah tido. 

DAY 2

Seawal jam 7am dah bangun mandi dan siap nak keluar breakfast. Pukul 8am macam biasa naik Tuk Tuk lagi pergi kedai makan. Pulut ayam lagi di waktu pagi. 


Pulut Ayam

Selesai makan balik ke hotel semula dan siap packing barang untuk check out. Next destination Samila Beach Songkhla. 

Location : Samila Beach Songkhla

Lepak sini ambil angin kejap, lepas tu terus g Masjid for solat Zuhur. Dah pukul 2pm kalau tak silap masa tu. Selesai pegi la makan tengahari area sini jugak. Dah lewat masa tu nak makan tengahari pun dah takde lauk la kan jawabnya. So apa yang ada makan jela. Sedap ke tak makan je janji kenyang. 

Location : Floating Market (Klong Hae)

Perghh ! Memang syurga makanan di sini. Yang menarik dorang jual makanan semua atas bot je. Nak makan apa macam2 ada. Halal ada tak halal pun ada. Cacing, cengkerik goreng pun ada ok kat sini. Kalau nak try boleh la. Haha!

 

Nampak tak? Ais Krim Homemade yang sedap. Paling uniknye dorang jual aiskrim dan air dalam bekas yang buat dari tanah liat. Harga murah pulak tu. Cuba kalau kat Malaysia mau kalah Baskin Robin harganya. 


Tu la bekas-bekas dia. Sangat comel. Macam-macam bentuk ada. Nak hello kitty, doraemon, sampan semua ada la. Harga tak payah berkira sangat. Memang murah. Rugi kalau tak beli. Boleh buat kenangan benda nie. Hehe!

Jalan-jalan dekat khlong hae nie sampai malam. Pukul 10pm terus gerak balik. Nak kena sampai dekat pusat imigresen Thailand sebelum pukul 12pm. Kalau lebih pukul 12pm memang tak dapat keluar la sebab gate dah tutup. Alhamdulillah sebelum pukul 12pm dah sampai dan selamat keluar dari Thailand. Da sampai Changlun, terus pergi makan dulu. Makan lagi? Sebabnya lapar nasi. Haha! Sampai rumah dah hampir pukul 2am pun. Penat dan tido! Eceh~ macam aku pulak yang drive. 

Okay, habis cerita Hatyai With Love. Seriously, rindu nak pergi Hatyai lagi. Haa , lupa nak bagitahu. Selepas seminggu kitorang balik dari Hatyai keluar berita Dannok kena bom. Perghh! Nasib baik. Tapi, sehari sebelum kena bom tu aku dengan family ada pergi Dannok. Hoho! Bahaya woo! Tapi apa pun ada masa aku nak pergi lagi. Maybe! InsyaAllah. 


 
© IeykaShahidan