Saturday, March 15, 2014

❤ Student Life Begin

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..
Wah, selepas dah setengah tahun aku lepak kat rumah finally aku kembali jadi student balik. 16 Februari yang lepas aku dah sampai kat bumi terengganu dan berdaftar sebagai student semula dia bahagian akademik UMT. Dalam setengah jam proses lapor diri dan daftar subjek selesai. Masa daftar tu aku cuma daftar subjek yang wajib ye. 

Yang bertanda YW tu semua subjek yang wajib aku ambil. Yang ULT tu plak saje aku gedik ambik balik coz nak baiki result punya pasal. Aishh, risau jugak kalau nak baiki balik nie. Risaunye result jatuh dari sebelum nie. Huhu ! 

Takpe, sekarang dah sebulan pun dekat UMT, daftar kursus dan minggu tambah dan gugur kursus pun dah tamat. So, memang dah sahkan subjek kat atas tu yang aku akan hadap dalam semester kali nie. Aku dah tak fikir banyak dah. Yang penting dapat grad dan dapat result yang lebih bagus dari sebelum nie. 

Nak menyesal ke apa dah terlambat. Dah tinggal lagi 2 bulan sebelum aku tempuh final exam. Dalam kalendar akademik final exam start 1 Jun. So skg dah pertengahan bulan 3, dah tak lama pun. So bersabar dan keep study to get the excellent result. 

=) Semoga Allah permudahkan urusan aku. Amin! 

Saturday, March 1, 2014

❤ Gigi

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..


Wowww! Cantik ok gigi kat atas nie. Sumpah jelous seumur hidup. Hoho! 23 Feb aritu, after kelas spektro aku terus pergi Pusat Kesihatan UMT. Bukan sebab sakit or nak ambil ubat. Tapi, nak cabut gigi. Cabut gigi ok!

Sepatutnya gigi yang aku nak cabut tu dah dicabut since last year lagi. Doktor dah tanya dah pun nak cabut or tidak. Tapi disebabkan sayang punya pasal aku simpan. Sayang tak lama okay! Sebab hujung tahun lepas gigi susu yang aku simpan tu dah patah separuh. Akibat aku main tolak. Nak longgarkan. Memang masa tu dah pasang niat nak cabut. 

Aku tak expect pulak nak jumpa doktor gigi. Memang masa tu plan dah nak cabut sendiri. Sebab tu gigih main longgar2kan. Sekali, patah separuh daaaa~ Memang buruk seh bila dah patah separuh. Nak senyum nak cakap memang cover2 gila la kan. Haha! Jatuh saham ok. 

So, aku tunggu balik UMT baru nak cabut. Sebab bila cabut kat UMT, for sure la FREE OF CHARGE. Kalau private dental maunye RM80 sebatang gigi cabut. Tapi disebabkan aku dah nak balik UMT so tunggu sampai balik baru la cabut. 

Bagi aku cabut gigi memang takde masalah langsung. Memang aku bukan jenis penakut kalau bab cabut or jumpa doktor gigi. Since aku sekolah rendah lagi kalau bab cabut aku buat relax je. Tapi masa kecik dulu aku takut cabut sendiri. Ingat lagi, masa darjah satu sanggup bagi doktor cabut dari nak cabut sendiri. Bila dah besar sikit baru ada keberanian. Macam2 cara la aku cuba nak cabut kalau gigi dah longgar. Paling thrill aku cabut pakai benang. Hoho! Sape berani cabut pakai benang kita geng ok! 

Masa proses cabut gigi tu aku tak rasa pun gigi tu dah tercabut. Memang kejap gila la doktor tu buat kerja. Rasa macam seronok pulak cabut gigi nie. Haha! Rasa macam tak sampai 5 min pn. Dia cek gigi dan last cabut. Nasib la darah tak banyak. Keluar dari pintu tu terus buang je kapas yang ada. Macam takde pape pn jadi. RELAX ok! 

Tapi malangnya kebas tak hilang. Sampai ke petang ok kebas tu tak hilang. Dah hilang kebas baru aku makan. Memang kebas tu effect sampai hidung. Woahhh! Dah aku tak tau nak menipu apa lagi. Yang pasti gigi aku dah back to normal. Takde cacat lagi. 

One day, aku nak pakai braces. Nak kemaskan gigi aku yang dah berterabur da nie. Oh my teeth! 


 
© IeykaShahidan