Tuesday, July 31, 2012

Lelaki Ini .




              Lelaki lebih dikenali dengan ego yang tinggi . Benarkah ? Walaupun egonya tinggi adakalanya terselit juga peribadi yang mampu membuatkan kaun hawa terpikat . Lelaki amat berbeza dengan wanita jika nak dibandingkan . Setiap gerak gerinya sukar untuk kaum hawa meramalkan apa yang bakal terjadi . Lelaki juga tidak mampu untuk meneruskan kehidupannya tanpa kehadiran seorang wanita . Adakah benar ? Jom kita kenali hati lelaki . 



1) Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
2) Lelaki benci kekasih di'ngurat'

3) Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
4) Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
5) "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
6) Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
7) Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
8) Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
9) Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
10) Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
11) Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
12) Lelaki juga boleh menangis!
13) Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
14) Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
15) Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
16) Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
17) Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
18) Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
19) Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
20) Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi.
21) Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
22) Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
23) Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
24) Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
25) Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
26) Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. 
27) Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
28) Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
29) Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
30) Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
31) Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
32) Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
33) Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
34) Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
35) Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
36) Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
37) Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
38) Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
39) Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
40) Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.

Sunday, July 29, 2012

Wanita Insan Teristimewa .



"Wanita adalah insan yang begitu istimewa. Begitu indah dipandang mata. Wanita diciptakan untuk menemani lelaki. Wanita dijadikan dari rusuk lelaki bukan dari kepalanya untuk menjadi atasan dan bukan dari kaki untuk menjadi alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai. Wanita dikaca mata lelaki sungguh istimewa".

Berikut adalah fakta mengenai wanita : 

  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
  4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
  8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
  13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
  14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
  15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
  16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
  18. Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
  19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
  20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
  21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
  22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
  23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
  25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
  26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
  27. Senjata wanita adalah airmata!!
  28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
  29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
  30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Saturday, July 28, 2012

Overdose

               Aishh ! Dah hampir sebulan batuk aku nie belum pulih . uhuk3 ~ Macam mana nak cepat sembuh kalau dah makan ubat tak ikut time . Hehe . Ada sebab kenapa aku malas nak makan ubat . Kalau sebelum nie aku makan ubat tak pernah pulak rasa mengantuk yang sangat kritikal . Last week , memang kritikal juga la . Makan ubat waktu malam effect sampai ke pagi . Aku pergi kerja memang masih mengantuk . Nak je aku tidur tak bangun sampai hilang effect ubat tu . 
               Nak tengok aku tidur awal sila la suruh aku makan ubat . Sah ! Pukul 9 aku dah mengantuk . Then , tak sampai setengah jam aku dah diulit mimpi . Contohnya macam last week la . Aku makan ubat batuk je pun . Then , tengah skype aku boleh tidur . Kebiasaannya , kalau tidur dengan laptop still on aku akan terjaga juga . Kiranya tidur tu kejap jela . Ini tak , memang lama gila aku tidur . Sampaikan si dia mesej aku pun aku tak sedar . Kalau sebelum nie vibrate phone dah boleh buat aku tersedar tapi kali nie memang aku dah tak dengar apa-apa dah . Tidur mati !
               Kesian pulak rasa dekat si dia sebab satu hari tu aku tak layan dia sangat . Yela , siang pergi kerja balik je kerja sibuk prepare makanan untuk berbuka . Lepas berbuka baru la ada masa nak skype itu pun aku tertidur . Ada la kejap aku chat dengan dia sebelum mata aku terpejam dengan rapat . Hehe . Pukul 1.30am baru aku tersedar . Bila dah tersedar tu cepat-cepat aku cari phone aku call si dia . Kononnya lepas call aku nak mesej dengan dia kejap . Mesej setakat satu dua then aku kembali lesap di alam mimpi .
              Bila bangun pagi waktu sahur aku cek phone tengok inbox . Mak aiii ! Apa yang aku melalut . Lawak bila aku baca balik mesej yang aku hantar dekat si dia . Memang lalok gila masa aku mesej . Sampaikan aku boleh hantar mengantuk aggravate ( memburukkan ) Haha . Memang buruk sangat la kan . Esoknya memang aku kena bahan la kan . Tapi tak pulak aku rasa malu . Maybe aku dengan dia dah biasa melalut macam orang gila lebih-lebih lagi dia . Huahaha ! 
               Ubat oh ubat ! Effect kau memang sangat dasyat . Tak nak dah aku makan kau lepas nie . Kecuali bila dipaksa . Nak dijadikan cerita , aku kena paksa pergi ambil ubat sebenarnya . Balik kerja abah aku terus bawa aku pergi klinik . Nak tak nak terpaksa la jugak aku jumpa doktor dan ambil ubat . Tapi tak pe , boleh jumpa doktor handsome . Aishh ! Terpikat ~ 

Friday, July 27, 2012

Apabila Lelaki Jatuh Cinta .





            Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas ,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini , tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya . Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya . Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai . Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah . 
            Ada ketikanya anda perlu memikat si dia supaya si dia suka pada anda. Kadangkala lelaki tidak perasaan akan kehadiran anda dalam hidup mereka. Walaupun anda rasa sayang pada dia, dia tidak perasan kehadiran perasan tersebut di dalam hidupnya. Jika anda berada dalam situasi ini, anda perlu pantas membuatkan lelaki tersebut jatuh cinta pada anda sebelum anda terlepas.

Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur dan ikhlas:
  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa. 
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)





Thursday, July 26, 2012

Angkat ?

            Angkat ? Apa yang angkatnya ni . Sebenarnya nak bercerita pasal tradisi adik angkat , abang angkat , kakak angkat dan segala jenis angkat lagi . Kalau angkat yang diiktiraf tak pe . Ini aku nak cerita pasal tradisi angkat yang tak di iktiraf . Maksud yang aku cuba sampai kan tradisi angkat yang jenis gatal-gatal pergi cakap " saya nak awak jadi adik, abang or kakak angkat saya boleh ?" Alahai ~ Zaman sekolah dulu ramai je yang nak berangkat-angkat nie . Tak paham betul aku ! Kalau setakat sorang je tak pe . Ini tak , kalau tengok yang cun-cun semua nak di jadikan angkat . Kenal sehari dua dah mula nak berangkat-angkat . 
            Sumpah meluat gila kalau yang jenis suka sangat nak berangkat-angkat nie . Menyampah ! Kalau angkat tu beza umur 3 or 4 tahun tak pe . Tak la rasa menyampah sangat kalau dengar yang adik angkat perempuan tu panggil abang dan yang adik angkat laki pulak panggil kakak . Memang tu pun gelaran yang sesuai bila umur beza lebih dari kita . Yang aku menyampahnya bila beza umur setahun je dah sibuk sangat nak berangkat . Eee ~ melungai aku dengar panggil abang . Dah tu siap nak rindu-rindu bagai . Sumbat dengan belacan baru tau . 
            Yang paling menyampahnya bila dah berangkat layannya macam bini . Itu nak jaga ini nak jaga . Cuba kalau dengan adik kandung sendiri ada dia nak jaga sampai macam tu . Sumpah tak la kan . Kalau berangkat semua boleh . Jaga tu aishhh ~ Tak payah cakap la nak pergi toilet pun nak kena mesej "abang , adik nak pergi toilet kejap eh" tak pun " Adik , abang nak keluar kejap eh " . Semua benda nak bagitahu . Kalau dengan adik kandung sendiri "lantak la aku nak pergi mana pun" . Heyyy ! Aku boh penampaq jugak kalau ada yang berangkat-angkat nie . Menyampah kot ! Dah la semua benda nak report . Mesej pulak 24 jam 7hari seminggu . Kira tak lekang la phone tu dengan tangan . Kalau boleh mandi pun nak mesej jugak . 
            Bukannya salah pun kalau nak berangkat-angkat tapi agak-agak la kan . Tak kan la nak berangkat sampai ramai-ramai ? Aku pun ada juga abang angkat . Tapi setakat sorang tu je abang angkat yang aku ada  . Abang angkat yang tak di iktiraf . Kalau abang angkat di iktiraf aku ada sorang . Umur sama baya ! Damn ~ Di iktiraf angkat sebab dengan mak bapak dia sekali di jadi kan angkat . Family dia jadi kan aku nie keluarga angkat dia . Haa , kalau yang jenis ni aku tak kisah . Yang aku kisah angkat yang tak di iktiraf . Aku cukup pantang ! Aku dengan abang angkat aku yang sorang tu tak macam orang lain ok . 
            Bukan aku nak larang berangkat-angkat . Macam aku bagitahu awal-awal tadi , jangan over sangat kalau nak berangkat . Aku dengan abang angkat aku nie berangkat-angkat dah 6 tahun pun since aku form 4 . Dia sorang je abang angkat yang aku ada . Seriously , aku memang jarang contact dengan dia . Jumpa pun tak pernah . Beza umur aku dengan dia 3 tahun . Layak la aku panggil dia abang . Tak la aku rasa geli kan nak panggil abang . Biasa bila tanya orang lain berapa banyak angkat yang kau ada . Puas la dia nak mengira angkat yang dia ada . Yang jenis berangkat-angkat ramai nie memang aku menyampah . Bermasalah kot !
            Bermasalahnya bukan apa . Kalau yang jenis berangkat ramai nie bila dah ada boyfriend or girlfriend mesti akan ada masalah . Mana tak nya nanti nak dilayan angkat lagi nak layan kekasih hati lagi . Angkat tu pula dah la keliling pinggang . Kalau kena yang jenis boleh masuk dengan kekasih hati dan jantung kita tak pe . Yang jenis tak boleh nak masuk tu yang paling aku benci . Dah pandai sangat berangkat-angkat dengan kekasih kita sepatutnya dengan kita pun kena la hormat dan anggap macam kakak or abang dia jugak . Ini tak pakwe or makwe kita dia nak dengan kita buat sombong siput ! Dafuq !

p/s : mana yang jenis berangkat-angkat banyak tu sedar diri la ye . Paham balik konsep angkat tu apa . Jangan tengok comel sikit nak jadikan adik angkat . Tengok handsome nak jadikan abang angkat . Kurang kasih sayang kalau jenis ni . Dari berangkat-angkat tu buat awek or pakwe je senang . Tak pun buat bini lagi ok . Tak la menyampah aku tengok ! 

Sunday, July 22, 2012

Single or Couple ?

"Sometimes we need to be alone and single , sometimes we need to have someone who can accompany us"

          

Single And Alone ?? 

            Di saat hati terluka , sudah pasti hati ini seakan merelakan diri untuk keseorangan . Bukan kerana tak ingin di dampingi atau mendampingi tetapi kerana hati sudah penat memendam rasa . Dan apa yang pasti takut untuk merasa sakit buat kali kedua . Tak mustahil seorang itu memilih untuk keseorangan . Merawat luka sendiri . Tewas dalam percintaan memberikan kesan yang mendalam . Kalau zaman cinta monyet mungkin kita tidak pernah kisah sekiranya ditinggalkan seseorang . Tapi bila sekarang , zaman meningkat dewasa putus cinta tu rasa macam putus nyawa je . Macam mana sakit sekali pun jangan sesekali kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba . Apa pun dugaan yang mendatang teruskan berdoa supaya setiap yang berlaku kita mampu untuk hadapinya dengan hati yang tabah dan rela . Itu yang lebih terbaik . 



Couple ??

             Bila hati dah mula sayang sukar bagi kita untuk melepaskan seseorang itu pergi tanpa sebarang alasan yang kukuh . Lagi sukar sekiranya hubungan yang dibina begitu indah . Dan masa ini , beribu dugaan akan datang . Kesabaran dan kesetiaan yang tinggi perlu di tanam di dalam hati . Jangan sesekali melepaskan orang yang kita sayang hanya kerana mengejar orang yang kita suka . Sesal di kemudian hari begitu menyeksakan . Tak perlu menjadi yang pertama dan cukuplah sekadar tahu bahawa kita hanya insan yang pertama dihatinya . Bukan suatu yang mudah untuk kita membina sebuah hubungan tanpa pertengkaran mahupun pergaduhan . Saling mempercayai mampu mengelak dari sesuatu yang buruk berlaku dalam hubungan . Teruslah berdoa supaya jodoh kita dengan orang yang tersayang berpanjangan sehinggalah ke akhir hayat kita . 



Saturday, July 21, 2012

Kenangan .


" Ya Allah, lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami, dan halaulah keresahan dari jiwa kami"

              Kenangan ? Mampukah kita melupakan sebuah kenangan yang terukir baik yang indah mahupun yang pahit bagi kita . Bukan suatu yang mudah untuk melupakan kenangan dengan sepenuhnya . Mungkin dari luaran kita lihat seorang itu ceria di hari-harinya . Tapi , di dalamnya siapa tahu isi hati dan belenggu yang ditanggung olehnya sendirian . Andai dia meluahkan isi hatinya tapi belum tentu dia mampu untuk melawan gelora hati dalam mengingati sesuatu yang pernah terjadi dalam hidupnya .

               Pelbagai cara telah dicuba untuk lenyapkan apa yang telah terjadi . Tapi satu persatu peristiwa ataupun kenangan berlegar-legar di minda . Segala gambar mahupun barang yang kononnya dulu menjadi peneman setia dinihari tapi setelah kenangan itu bertukar menjadi pahit segalanya terpaksa kita hapuskan . Bukan kerana membenci tapi kerana ingin memberi ruang di hati untuk melupakan kenangan yang terukir .

               Yang sering terjadi pada seorang insan yang bergelar wanita . Almaklum la , hati kaum hawa nie lembut dan mudah tersentuh . Bila dah suatu peristiwa terjadi memang mudah la hati dia tersentuh . Tapi , yang menariknya bila kaum hawa kecewa hanya sementara . Setelah puas kecewa dia akan kembali tabah . Dan masa tu segala kenangan yang ada seolah-olah tiada erti lagi baginya .


               Berbeza pula dengan kaum adam kerana kaum adam dikenali dengan sifat egonya yang terlalu tinggi . Memang mereka gembira disaat mengecewakan kaum hawa tapi percayalah setelah mereka puas berasa gembira mereka akan mula mencari hati yang dikecewakan . Dan masa tu , barulah mereka tahu betapa sakit dan kecewanya kaum hawa bila disakiti . Sesal pun sudah tidak berguna . Kenangan yang dulu dicipta dan dilenyapkan dengan tanpa rela akhirnya memakan diri . Satu persatu datang silih berganti tanpa diundang . 


‎"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati..." ♥

Friday, July 20, 2012

Ramadhan .


            Alhamdulillah , sekali lagi aku di berikan peluang untuk menemui bulan yang penuh keberkatan . Bulan Ramadhan paling dinantikan bagi semua umat Islam . Masa bulan nie la ramai yang nak cari income lebih . Haaa ~ jangan asyik nak cari income je yang lebih . Top up balik semua amalan kita juga masa bulan nie . Mana yang tak cukup tu bagi cukup . Mana yang kurang tu lebihkan . So , teruskan la sampai akhir hayat kita . Okay ! 
              Masa bulan nie juga mesti yang mana tak bertudung tu mula berjinak-jinak nak cari tudung . Eh , hipokrit ! Tapi ada bagus nya juga la kalau dorang nie pakai tudung masa bulan puasa . At least nak juga tutup aurat kan ? Cuma pintu hati belum terbuka lagi nak bertudung sepenuhnya . Tak pe , aku faham . Nak buat sesuatu yang baik nie memang macam-macam dugaan . Syaitan mula nak hasut masa kita nak buat baik nie la . Tapi masa bulan puasa nie syaitan xdak nak hasut sebab tu bulan puasa ramai yang jadi baik . 
               Lepas nie , pagi-pagi kita dah kena bangun bersahur . Bila dah masuk azan maghrib ramai-ramai berkumpul berbuka bersama . Meriahnya rasa ! Untungnya aku kali nie sama macam tahun sebelum nie sebab dapat berpuasa sebulan bersama keluarga . Pernah la merasa berpuasa jauh dari keluarga . Kadang-kadang rindu juga rasa nak berbuka bersama kawan-kawan . Pergi bazar ramadhan dengan kawan-kawan . Best sangat zaman dulu masa berpuasa dengan kawan-kawan . Tak pela , ada rezeki nanti boleh berpuasa dengan kawan-kawan lagi . 

Selamat Berpuasa !

Thursday, July 19, 2012

Mimpi !


Mimpi ! 

            Tolong la jangan terus menghantui aku .  Aku tahu kau datang memberikan satu petanda pada aku supaya aku mengambil iktibar dari apa yang terjadi . Tapi , sebabkan mimpi itu hati aku sakit . Dengan tak sengaja satu persatu igauan lampau turut bermain di minda . Sampai bila eh mimpi nak ganggu tidur aku ? Tak kira siang mahupun di malam hari mimpi tetap akan datang . Kalau mimpi datang di undang aku tak kisah . Ini mimpi datang tanpa diundang . Macam mana aku nak teruskan hidup aku kalau mimpi terus nak menghantui ? Cuba mimpi cerita pada aku apa yang mimpi nak . 

Mimpi !

            Aku sangat sakit bila mimpi datang . Sebab mimpi datang mood aku akan berubah . Kadang-kadang bila mimpi datang aku jadi macam agak tak berapa nak betul . Ada saja benda yang aku fikir nak buat . Tapi , entah macam mana mungkin Allah masih berikan aku kekuatan untuk aku menempuhi hidup ini . Sekejap saja aku fikir benda yang tak sepatutnya . Kemudian kembali pada asalnya . 

Mimpi !
           Mimpi datang tu buat aku sedih dan adakala sakit hati . Mimpi datang berikan aku seribu persoalan . Adakah mimpi akan terus menghantui aku hingga akhir hayat aku . Mungkin ye dan mungkin tidak . Segalanya telah tertulis . Andai hari ini , itu dugaan yang aku perlu tempuhi aku redha . Dan aku cuba menerima dengan hati yang terbuka . Dan demi kebahagiaan aku akan cuba baiki apa yang terkurang . Siapa tahu suatu hari nanti mimpi akan bertukar jadi indah bila aku dah berubah . 

Friday, July 13, 2012

Curang ? Lelaki Ke Perempuan Yang Salah .

 

             Dalam percintaan semestinya kita mengharapkan yang sempurna dan 100% kesetiaan yang ada dalam diri pasangan kita . Kebiasaannya , awal percintaan semuanya indah dan sempurna . Dilayan dengan baik tapi bila dah semakin lama semakin hambar . Baik lelaki mahupun perempuan . Kalau lelaki pulak pantang nampak perempuan cantik mula la nak gatal . Kalau perempuan pantang kena ayat sikit dengan lelaki mula la cair . Jangan kata pasangan couple je yang ada kes curang-curang ini . Pasangan yang dah kahwin pun ada jugak yang lagi dasyat kes curangnya . Banyak dah dalam surat khabar cerita pasal kes isteri curang la suami curang la . Kalau yang kes suami curang tu kurang la sikit nak kecohkan sebabnya dah jadi hak lelaki boleh berkahwin empat . Bila isteri buat perangai mula la kecoh satu dunia . Banyak benda yang kita boleh tengok bila nak tahu sama ada pasangan kita tu curang atau tidak . 

        1. Berubah Sikap 
Perkara pertama yang kita dapat kesan bila si dia mula berubah sikap . Mungkin dulu si dia sangat mesra dengan kita . Bukan susah pun kalau nak kesan sayang dia hambar dengan kita atau tidak . Biasanya orang yang yang kena tu akan rasai semuanya . Tambah pulak kalau dah kenal lama , lagi senang dan cepat kita nak tahu dia berubah atau tidak . Kalau dulu rajin SMS dan cepat bila balas SMS tapi sekarang bukan main susah lagi nak tunggu dia SMS kita . Bila SMS pulak mesti bahasanya dah lain macam mula-mula kenal dulu . Erti kata lain dah tak semesra dulu . Nak kata bosan ke apa entah la kan . Hanya orang tu sendiri je yang tahu .
2. Telefon bimbitnya asyik waiting,tidak berjawab atau terus mati
Kalau dulu kita call mesti laju je dia jawab tapi bila sekarang bukan main susah lagi dia nak jawab panggilan kita . Kadang-kadang tu terus dia matikan je phone dia . Kita nie dah sah-sah la sakit hati kan bila orang yang kita sayang bukan main susah lagi nak jawab phone kita tu . Dah tu , bila jawab pulak gaya bahasa dan gaya cakap dia dengan kita mesti dah lain . Kalau dulu pijak semut pun tak mati  . Lemah lembut dan dan manja je bila cakap dengan kita . Kalau kita dah biasa dengan dia pasti kita boleh perasan setiap perubahan dari gaya bahasa dia mahupun tingkah laku dia sendiri .
3. Marah apabila anda bertanya aktivitinya
Sebagai kekasih mesti kita nak tahu kan apa yang dia buat satu hari tu kan . Tapi bukan bermaksud nak sibuk atau control hidup dia . Kadang-kadang kita cuma nak tahu apa yang dia dah buat . Tak salah pun kalau kita berkongsi cerita . Tapi , kalau dah kita tanya dia marah-marah mesti ada sebab yang tersembunyi kenapa dia perlu marah . Kalau dia kata kita tak ada hak nak tahu so , kita ada hak untuk sangsi dengan dia . Beware !  
4. Menjadikan Isu Kecil Menjadi Masalah Yang Besar
Orang yang ingin beralih arah dalam percintaan biasanya menjadikan isu-isu kecil dalam perhubungan sebagai isu atau masalah yang besar. Kenapa? Mungkin kerana ia ingin menjadikan isu itu kononnya sebagai alasan mengapa dia mahu putuskan hubungan dengan anda, walhal bukanlah sebesar mana permasalahannya.
5. Sering Mencari Alasan
Dia semakin lama semakin banyak bagi alasan . Alasan yang biasa digunakan penat dan perlu kan rehat . Tapi , tak akan la sampai bila cuti pun penat jugak . Nak rehat sampai bila la agaknya ye . Kadang-kadang alasn yang diberikan buat kita rasa macam dia nie saja cari alasan untuk tidak bersama kita . Memang bahaya kalau ada pasangan kita nie selalu cari alasan . Kalau penat time kerja tu lain la masalah nya kan . Ini kalau dah time cuti pun nak penat agaknya apa la yang dia buat eh ? 
6. Alasan Yang Tak Munasabah
Dia mungkin berterus terang, bahawa dia tidak ingin meneruskan hubungan percintaan. Walau apa pun alasannya, biasanya dia tidak akan jujur dengan anda bahawa dia sedang mencintai orang lain. Jika antara alasan yang diberikan agak tidak munasabah seperti “mungkin bukan jodoh kita”, “awak terlalu baik untuk saya”, nasihat saya, berhati-hatilah, anda mungkin ditipu oleh dirinya yang curang!
7. Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

Thursday, July 12, 2012

Poligami ! Nasihat Untuk Si Adam .


"Barangsiapa yang mengahwini dua wanita, sedangkan ia tidak mampu berbuat adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus"


           Poligami ? Erm , bajet macam aku nie dah kahwin la pulak nak buat cerita pasal poligami nie . Jangan salah faham ye . Sebenarnya aku nak kongsi sikit syarat-syarat poligami dalam islam . Kebanyakan orang zaman sekarang fikirkan nafsu je bila nak berpoligami . Bila tengok perempuan lawa je mula la ulat bulu naik daunnn ~ kan ? Jangan fikir poligami tu perkara yang mudah ye wahai kaum adam . Kalau korang mampu dari segi kewangan sekali pun belum pasti lagi korang mampu berikan tanggungjawab dan layanan yang adil lagi saksama dekat isteri-isteri korang tu . 
            Mungkin lelaki zaman sekarang salah faham istilah poligami tu sebenarnya . Bila ditanya kenapa nak poligami katanya ikut sunnah Nabi . Wahh ~ yang wajib pun belum tentu kot korang buat dengan sempurna dah ada hati nak berpoligami . Cuba la korang cukupkan dan sempurnakan yang wajib dulu baru la korang nak ikut segala sunnah Nabi yang ada . Baru la nanti hidup korang berkat . Ye dop? Nak clear lagi sila la fahamkan syarat-syarat di bawah ye .

1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya. 

Syarat ini telah disebutkan oleh Allah (SWT) dengan firman-Nya;

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)

Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu berkahwin tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.

Pembatasan ini juga bertujuan membatasi kaum lelaki yang suka dengan perempuan agar tidak berbuat sesuka hatinya. Di samping itu, dengan pembatasan empat orang isteri, diharapkan jangan sampai ada lelaki yang tidak menemukan isteri atau ada pula wanita yang tidak menemukan suami. Mungkin, kalau Islam membolehkan dua orang isteri saja, maka akan banyak wanita yang tidak menikah. Kalau pula dibolehkan lebih dari empat, mungkin terjadi banyak lelaki tidak memperolehi isteri.

2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya. 

Misalnya, berkahwin dengan kakak dan adik, ibu dan anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik sebelah ayah mahupun ibu.

Tujuan pengharaman ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota keluarga. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

"Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan memutuskan silaturrahim di antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Kemudian dalam hadis berikut, Rasulullah (s.a.w.) juga memperkuatkan larangan ini, maksudnya;

Bahawa Urnmu Habibah (isteri Rasulullah) mengusulkan agar baginda menikahi adiknya. Maka beliau menjawab; "Sesungguhnya dia tidak halal untukku." (Hadis riwayat Bukhari dan Nasa'i)

Seorang sahabat bernama Fairuz Ad-Dailamy setelah memeluk agama Islam, beliau memberitahu kepada Rasulullah bahawa beliau mempunyai isteri yang kakak beradik. Maka Rasulullah menyuruhnya memilih salah seorang di antara mereka dan menceraikan yang satunya lagi. Jadi telah disepakati tentang haramnya mengumpulkan kakak beradik ini di dalam Islam.
3. Disyaratkan pula berlaku adil
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)

Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.

Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil.

b) Adil di antara para isteri.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.

Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)
  •  Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama sebagai isteri.
  •  Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.
  • Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. 

Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya; 
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah ar-Ruum ayat 21) 
Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya. 
Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah.

Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana kecenderungan si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja.

Keadilan juga sangat dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami terpelihara dari sikap curang yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya, diharapkan pula dapat memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta menghindarkan rasa dendam di antara sesama isteri.

Sesungguhnya kalau diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan antara para isteri, nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup menegakkan keadilan itu dengan sewajarnya.

Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadapisteri-isteri, adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk perkara yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam soal kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.

Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi;

"Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang)."

Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;

Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."

Menurut Prof. Dr. Syeikh Mahmoud Syaltout; "Keadilan yang dijadikan syarat diperbolehkan poligami berdasarkan ayat 3 Surah an-Nisak. Kemudian pada ayat 129 Surah an-Nisak pula menyatakan bahawa keadilan itu tidak mungkin dapat dipenuhi atau dilakukan. Sebenamya yang dimaksudkan oleh kedua ayat di atas ialah keadilan yang dikehendaki itu bukanlah keadilan yang menyempitkan dada kamu sehingga kamu merasakan keberatan yang sangat terhadap poligami yang dihalalkan oleh Allah. Hanya saja yang dikehendaki ialah jangan sampai kamu cenderung sepenuh-penuhnya kepada salah seorang sahaja di antara para isteri kamu itu, lalu kamu tinggalkan yang lain seperti tergantung-gantung."

Kemudian Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shidieqy pula menerangkan; "Orang yang boleh beristeri dua ialah yang percaya benar akan dirinya dapat berlaku adil, yang sedikit pun tidak akan ada keraguannya. Jika dia ragu, cukuplah seorang sahaja."

"Adil yang dimaksudkan di sini ialah 'kecondongan hati'. Dan ini tentu amat sulit untuk dilakukan, sehingga poligami adalah suatu hal yang sukar untuk dicapai. Jelasnya, poligami itu diperbolehkan secara darurat bagi orang yang benar-benar percaya dapat berlaku adil."

Selanjutnya beliau menegaskan, jangan sampai si suami membiarkan salah seorang isterinya terkatung-katung, digantung tak bertali. Hendaklah disingkirkan sikap condong kepada salah seorang isteri yang menyebabkan seorang lagi kecewa. Adapun condong yang dimaafkan hanyalah condong yang tidak dapat dilepaskan oleh setiap individu darinya, iaitu condong hati kepada salah seorangnya yang tidak membawa kepada mengurangkan hak yang seorang lagi.

Afif Ab. Fattah Tabbarah dalam bukunya Ruhuddinil Islami mengatakan; "Makna adil di dalam ayat tersebut ialah persamaan; yang dikehendaki ialah persamaan dalam hal pergaulan yang bersifat lahir seperti memberi nafkah, tempat tinggal, tempat tidur, dan layanan yang baik, juga dalam hal menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri."
4. Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak. 
Jadi, suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.
5. Berkuasa menanggung nafkah. 
Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;

"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami. Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.


Sunday, July 8, 2012

Suatu Hari Nanti .

Suatu hari nanti . . 

            Tatkala subuh menjelma yang aku inginkan seorang lelaki yang halal bagiku kejutkan aku . Dan berbisik di telingaku . "Sayang , bangun dah subuh . Kita solat jemaah sama-sama ye ." Eh , jap ! Jangan bisik nanti jadi benda lain pulak . Opss ~ Paham la ye . Pagi-pagi suruh bisik cari mampus . Nak sweet pun tak hanggak ! Haha . Tak kisah la macam mana pun . Yang pasti aku nak sangat si dia kejut aku pagi-pagi untuk solat subuh dan jadi imam ku . Bukan subuh je ye . Aku nak setiap kali solat dia jadi imam aku . Sejuk rumah aku tu nanti . Sekali-sekala dia ajak aku pergi masjid solat jemaah dengan kariah . Mesti bestkan kalau orang yang kita sayang buat macam nie dekat kita . 

P/s : bersiap sedia ok untuk jadi imam disetiap solat saya . :)

Suatu hari nanti . .

            Nanti sah la aku kerja dan dia kerja kan . So , apa yang aku nak lelaki yang halal bagi aku nie hantar dan ambik aku dekat tempat kerja . Err ~ itu pun kalau one way . Kalau dah double triple way terpaksa la pergi asing-asing . Alasan suruh hantar dan ambik bukan sebab apa . Cuma , nak menjimatkan duit minyak . Type berjimat jugak kan aku nie . Ngee ~ Kalau balik kerja pulak andai dia balik awal aku nak makan malam semua dah prepare . Fuhh ~ untung la aku duduk makan je . Macam tu la jgak kalau aku yang balik awal . Dah sah la aku akan ajak dia makan kat luar . Tak larat nak masak . Opss ! No la ~ dah sah la aku akan prepare makan malam untuk dia kan . Kata nak jimat mana boleh makan kat luar .

P/s : Siap la nanti saya buli awak . . :P

Suatu hari nanti . .

            Bila hujung minggu je , nak sangat si dia bawa aku dan anak-anak bersiar-siar . Lepak jela mana pun yang mampu . Depan rumah pun tak pe . Asal kan boleh luang masa sama-sama . Tapi , make sure depan rumah tu macam dekat park mana-mana . Huh ! Demand aku nie . Memang takla kan . Aku tak kisah pun mana dia nak bawa bersiar-siar sebab apa yang aku nak dia boleh luangkan masa bersama dengan family . Walaupun sekdar tengok tv dekat rumah . Motif nye aku nak ada depan mata aku . Tolong cancelkan segala appointment yang tak penting di hujung minggu . 

P/s : bila dah spend time sama-sama barulah boleh manja-manja . ye dop ? Huahaha

Suatu hari nanti . .

            Bila aku tengah masak kat dapur , dia datang peluk dari belakang dan kiss pipi aku . Fuyoo ~ cair aku kalau suami aku buat macam nie . Memang aku suruh dia je yang masak aku tengok je . Haha . Bila dah datang dapur tu jangan la datang just nak peluk-peluk je kang tak makan pulak . Tolong-tolongla sekali ye . Kalau dia yang nak masak semua lauk pun tak pe . Aku boleh goyang kaki sambil makan cekedis kat depan tv . Biar dia sorang-sorang masak kat dapur . Baru best ! Haha . Motif kat sini aku nak dia datang tolong aku je . Tak kira la kerja apa pun aku tengah buat , dia pasti ada untuk meringankan beban aku . Apa yang penting kerjasama ! 

P/s : Nanti awak kena tolong saya ye . . Awak kan rajin ! hehe


Saturday, July 7, 2012

Hanya Aku Cinta Kau Seorang .



bow divider


Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi......

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi.......

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan,

Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan..

Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu......


bow divider

            Sweet sangat lagu nie . Lirik dia penuh makna yang tersendiri . Bila tengok tajuk entry nie mesti korang tahu kan . Ala , cerita super duper lover Hanya Aku Cinta Kau Seorang . Cerita dia a bit boring la . Kurang best sikit . Ending dia agak sedih . Err ~ Sedih ke ? Bagi aku tak berapa nak sedih la . Aku tak puas hati pun dengan ending cerita dia . Huahaha~ Nasib baik aku tak pergi tengok wayang . Kalau tak dah sah-sah rugi besar . Cerita meleret plus entah pape je . Bagi aku la kan . Kalau bagi orang lain tak tahu la pulak macam mana . Mungkin ada yang kata best . Benda paling aku suka sekali dalam cerita ini sebab lagu dia . Lirik kat atas nie la . Slow and sweet ~ 




 
© IeykaShahidan