Wednesday, May 30, 2012

" Uhibbuk fillah "

            Sebelum aku bercerita panjang dekat sini meh layan lagu ini dulu . Bernasyid seketika okay ! Phewww ~ Ieyka shahidan layan nasyid jugak ke ? Tolonglah percaya ! Jangan disebabkan diri aku dan cara penampilan aku yang agak menakjubkan pada ketikanya jangan la sampai tak percaya yang aku layan nasyid jugak . *sometimes* hehehe . Okay ! dah pergi pause kan dulu lagu yang dekat sebelah blog ini dan play lagu yang dibawah ! =.=



Musical Note Divider
Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Musical Note Divider

            "Belajarlah mencintai kekurangan yang ada pada diriku sebelum mencintai kelebihan yang ada pada aku" . Sebelum ini , kalau ada lelaki yang cuba nak ngorat aku mesti aku bagi ayat ini . Bajet hot la tu kan ? Okay , sebenarnya ada maksud yang tersendiri yang aku siratkan dalam ayat tu . Sebabnya masa lelaki2 yang nak ngorat aku tu bila aku tanya kenapa nak aku dan dia cakap sebab aku comel , aku baik , aku itu dan aku ini . Semuanya kebaikan aku je la kan . Tertunggu juga aku nak dengar keburukan aku . Normal la kan bila nak dapat kan seseorang tu mesti keluar ayat bunga-bunga cinta . Ye dop ? Tapi , aku ini bukannya jenis nak termakan sangat dengan ayat bunga-bunga nie . Sebelum ini , ramai juga la kena reject macam tu je . *Sebelum terima si dia* . Yang paling kejam sekali aku tipu aku nak tunang . Hahahaha *evil laugh* .
            Sebenarnya , bukan sengaja dan sesuka hati mak jemah je nak reject orang . Tapi , atas sebab yang tertentu juga . Kalau dah hati tak berkenan tak boleh juga nak buat apa kan . Aku tak boleh nak paksa diri aku terima someone kalau hati tak berapa nak berkenan . Jangan la kan ! Aku dah pernah dah buat macam tu . Aku terima sebab aku nak jadikan dia bahan untuk aku lupakan masa lalu . Last-last , aku juga tak bahagia terus tinggal . Kes tu juga la timbul kes penipuan bahawasanya aku nak bertunang . Tettt ~ Kejam !
            
 Okay ! Out of topic ~ huhuhuhu

            Kembali pada topik yang asal . Kalau kita nak terima seseorang tu , kita perlu ikhlas dan yang paling penting terima baik buruknya . Kalau kita boleh terima kebaikkannya kenapa pula kita tak nak terima keburukkannya ? Kata sayang kan ! Kalau dah sayang apa saja pun kita redha jela . Aku sendiri pun bukannya baik sangat pun . Biasalah kan manusia nie mana mampu lari dari kesilapan . 

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) 

Semua orang inginkan pasangan yang baik-baik kan ? Macam tu juga aku . Tapi , kadang-kadang aku sedar juga . Aku ini banyak kekurangan dan keburukan . Jahat kot aku ini . So , macam mana nak dapat suami yang baik ? 



           My mom berpesan " muhasabahlah diri dan renung-renungkanlah, carilah jalan yang terbaik untuk memperbaiki diri" . Aku tahu apa yang mama ingin sampaikan . Dalam firman Allah , sememangnya telah dinyatakan bahawa perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik . Tapi , jika kita ingin mencari pasangan yang baik , perbaikilah diri menjadi lebih baik dahulu sebelum mencari yang baik . Dan mungkin ini yang mama aku ingin sampaikan dalam komen dia . Dan jika ingin berubah biarlah ikhlas dan niat kerana Allah , bukannya kerana si dia . 
             Sudah lama terniat di hati aku untuk berubah menjadi lebih baik . Tapi , entah ~ Aku sendiri pun tak tahu kenapa bila berubahnya kejap je . Lepas tu mula la kembali ke dunia jahiliah . SubhanaAllah ! Siang tadi aku berkesempatan mendengar ceramah dari Ustaz Don Daniyal yang datang ke UMT . So , dengan apa yang aku dengar baru aku tahu kenapa perubahan yang aku ingin lakukan hanya seketika . Apa yang pasti , niat ! Itu yang perlu diperbetulkan . InsyaAllah , aku akan cuba berubah dari semasa ke semasa . Nak melakukan perubahan yang drastik tu susah la kan . Tapi , aku akan cuba juga sikit demi sikit demi mencari redha Ilahi dalam kehidupan ini . 
            
dividers

Andai aku pemilik tulang rusuknya , apa yang aku harapkan dia mampu untuk menjaga dan mendidik aku demi mendapat keredhaan . Janganlah dia mengajari aku dengan perkara yang tak sepatutnya . Kalau dia nak jadi baik , jangan biarkan aku dalam kegelapan . Bimbinglah aku sebaik yang mungkin . Dan aku sangat mengharapkan dia mampu menerima aku seadanya . Terima bukan kerana hati dan perasaan mahupun nafsu semata-mata . Namun terima kerana ikhlas dan ingin memperisterikan aku kerana Allah ." Uhibbuk fillah "






Tuesday, May 29, 2012

Kami dan Kimia Tak Organik !





         Kami dan kimia tak organik ?? Apa tu eh ? Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada assignment untuk kelas kimia tak organik . Dalam assignment kali ini , aku ditugaskan untuk buat assignment secara berkumpulan . Campuran di antara Sains Kimia (SK) dan juga Kimia Analisis dan Persekitaran (KAP) . Dalam group aku ada la sorang senior third year dari KAP . Yang lain second year . Satu group diarahkan untuk 4 orang dan kena campur tak kisah la bangsa , agama atau pun kaum . Markah bonus akan diberikan sekiranya group campur antara KAP dan SK dan juga kena campur senior dan junior . Dalam group aku nie tak ada junior . So , senior jela yang ada . Okay la kan ? Hope dapat la markah bonus tu . 
          

         Dalam Assignment kali ini aku dengan member group kena buat tajuk kami dan kimia tak organik . Dengar tajuk tu macam senang je kan nak buat . Tapi , syarat dia kena la buat sampai 5000 patah perkataan . Haaa ~ Ambik kau ! Memang cemerlang la kalau assignment macam nie nak kena buat sorang . Kitorang yang bahagi part ambik sorang seribu lebih pun dah masing-masing kering idea . Tak tahu kot nak mengarut apa sampai 5000 . So , kalau tengok ayat yang macam hancur lebur dan bunga-bunga yang tak jadi tu paham-paham la kan . Tu sebenarnya nak memanjangkan ayat je nak bagi cukup 5000 patah perkataan punya pasal kan . Hehehe ~ So , korang tengok jela sendiri assignment yang telah berjaya kami siapkan dalam masa beberapa hari saja . Bangga juga la boleh siap dalammasa 2 hari . Kitorang mula buat hari jumaat lepas dan siap sepenuhnya pada hari ahad . Congratz to group members coz berjaya siapkan . They are Umi , Shuhada , dan akak senior (errr~ lupa lak nama dia) .



divider animations


Kami dan kimia tak organik dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dipisahkan. Bak kata ahli kimia, kami dan kimia tak organik ibarat ikatan hydrogen. Selain itu, semua hidupan yang hidup memerlukan udara dan makanan untuk hidup. Kami masih hidup disebabkan oleh keizinan Ilahi yang masih memberi peluang kepada kami untuk bernafas. Kami terfikir, sedarkah mereka yang lain bahawa melalui sistem pernafasan ini, terdapat proses kimia tak organik berlaku. Apabila kami menyedut udara, sudah tentu terdapatnya molekul oksigen dan karbon monoksida yang akan masuk ke dalam sistem pernafasan kami. Apabila molekul oksigen diserap masuk ke dalam badan dan seterusnya menyerap masuk ke dalam hemoglobin yang akan melibatkan proses pengelatan ligan iaitu menjadi 6 ligan. Maka, melalui pembawaan oksigen dalam hemoglobin ini akan menyebabkan penyebaran oksigen di seluruh dalaman badan kami.
            Malah, apabila bangun sahaja dari menikmati mimpi yang indah setelah lena panjang, kami masih lagi bergantung kepada produk yang melibatkan sebatian tak organik iaitu ubat gigi. Bangun pagi sudah tentu kami cari berus gigi dan ubat gigi. Seperti kata budak – budak kecil, “bangun pagi, gosok gigi, gunalah Kodomo Lion, badan sihat tubuh jadi kuat.” Apabila kami pergi membeli belah di pasaraya, kami boleh lihat terdapat pelbagai jenis ubat gigi di pasaran seperti anti-kaviti, ubat gigi pemutihan gigi, gigi sensitif dan banyak lagi. Antara kandungan campuran yang utama dalam ubat gigi ialah fluorida. Mana-mana produk ubat gigi memerlukan Florida sabagai bahan asas pembuatan ubat gigi. Fluoride stannous adalah sebatian yang pertama sekali digunakan dalam pembuatan ubat gigi. Kemudian, ilmu kimia makin maju, maka monofluorophosphate digunakan kerana ia boleh dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti silica, sodium lauryl sulfate dan banyak lagi. Kebiasaannya, ubat gigi berwarna putih legap yang menunjukan keserasian natrium fluoride dalam sebatian dan juga penambahan titanium dioksida yang digunakan untuk membuat pes legap dan putih. Florida boleh bertindak balas dengan lebih baik sekiranya terdapat surfaktan. Sebagai contoh surfaktan ialah sodium lauryl sulfat dan ammonium lauryl sulfate. 
Yang menarik perhatian kami ialah dengan hanya penggunaan silika, ubat gigi boleh berbentuk gel dan pes berjalur - jalur dapat dihasilkan bagi tujuan komersial. Surfaktan juga boleh membantu membersihkan gigi, penghasilan buih yang banyak dan yang paling penting ia mempunyai sifat anti-bakteria yang boleh mengurangkan plak di dalam mulut. Tetapi terdapat juga keburukan surfaktan detergen ini iaitu ia dapat merengsa sel-sel membrane didalam mulut. Oleh itu, dengan penambahan alantoin dapat mengurangkan kerengsaan yang disebabkan oleh detergen, bahan yang beralkali dan juga campuran bahan yang berasid.
Antara bahan yang penting dalam ubat gigi ialah campuran egen tetra sodium pirofostat (TSPP) yang dapar membantu pembuangan kalsium dan magnesium yang ada di dalam air liur. Kalsium dan magnesium boleh menyebabkan plak, oleh itu dengan tetra sodium pirofostat dapat meghalang kalsium dan magnesium daripada berdeposit atau bercantum pada gigi yang dikenali sebagai tartar.
Tetrasodium pirosulfate juga dapat bertindak sebagai ejen pelembutan air, malah ia bersifat alkali yang mempunyai rasa pahit. Tidak menghairankan jika kadang – kadang ketika menggosok gigi, pernah suatu ketika terasa pahit sedikit. Oleh itu, perasa tambahan perlu ditambah bagi menghilangkan rasa pahit ini. Oleh kerana ia beralkali ia boleh menyebabkan mulut menjadi sensitif dan kerengsaan pada mulut. Oleh itu, sodium bikarbonat ditambah sebagai penambah rasa dan ia juga dapat bergabung atau bertindakbalas dengan asid dengan melepaskan gas karbon dioksida pada busa yang dihasilkan semasa memberus gigi. Oleh itu, ia dapat mengurangkan jumlah asid yang terdapat pada bakteria di dalam mulut. Tetapi keberkesanannya hanyalah dapat dirasa apabila mulut masih lagi kekal dalam keadaan beralkali. Bagi tujuan komersial, kebanyakkan ubat gigi yang mempunyai ciri pemutihan telah dihasilkan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pengguna. Oleh itu, kebanyakan ubat gigi mempunyai natrium peroksida sebagai agen pemutih, dimana apabila natrium peroksida bertindak balas, ia akan membebaskan hidrogen peroksida.
Hidrogen peroksida bertindak sebagai peluntur gigi dan juga dapat membunuh kuman. Perasa tambahan seperti pemanis ditambah seperti natrium sakarin, minyak pati iaitu pudina, dan banyak lagi bagi tujuan kormersial. Antara agen anti-bakteria yang paling berkesan ialah triclosan yang dapat membunuh mikrob pembentukan plak.
Walaupun busa mandi kami berlainan jenama namun kesemua busa mandi kami tetap mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membersihkan anggota badan yang kotor. Bahan aktif tak organik yang perlu ada pada setiap busa mandi adalah lye atau lebih dikenali natrium hidroksida yang boleh bertindak balas dengan lemak dan minyak. Minyak yang selalu digunakan ialah minyak zaitun yang bersifat lembut pada kulit. Lemak pula ditambah bagi memastikan natrium hidroksida tidak meninggalkan kesan kepada kulit kerana natrium hidrosida bersifat alkali yang kuat. Untuk tujuan komersial glyseril ditambah sebagai pelembap pada kulit dan ia juga berfungsi sebagai bahan pengawet kepada busa mandi ini.
Polyethylene glycol seperti PEG-6 metil eter juga ditambah sebagai pemekat, surfaktant detergent dan pengelmusi bagi campuran dye dan pewangi. Manakala pentasodium pentetate, tetrasodium etidronate dan tetrasodium EDTA iaitu sebatian tak inorganik ditambah sebagai pelembut kepada air dan melindungi pewarna dan pewangi dari kesan ion logam dalam campuran. Pengawet yang popular digunakan ialah BHT (butylated hydroxytoluene) yang boleh menghindari minyak yang ditambah daripada menjadi rosak atau tengik. Bagi membuat busa mandi ini anti-bakteria, triclosan atau triclocarban ditambah kerana ia adalah agen aktif anti-bakteria.
Shampu rambut amat diperlukan oleh setiap orang tidak kira lelaki mahupun perempuan seperti kami. Sudah tentu rambut memainkan peranan penting dalam menjaga imej kami walaupun rambut kami tertutup rapi dengan pemakaian tudung. Tidak mungkin hanya luaran sahaja yang kami perlu jaga bukan? Kini, di pasaran terdapat pelbagai jenis jenama shampoo yang telah dikomersialkan. Tujuan utama penggunaan shampu adalah untuk membersihkan rambut tetapi perlu diingatkan pada bahagian rambut terdapat minyak semulajadi yang boleh memelihara rambut.
Oleh itu, shampu yang baik adalah shampu yang tidak mengandungi terlalu banyak detergen yang boleh mengganggu minyak semulajadi pada rambut. Mengikut jualan pasaran, shampu yang baik adalah shampu yang boleh menghasilkan banyak buih, berbau wangi dan harga yang murah. Kini, dengan perkembangan ilmu kimia, campuran shampu dapat dipelbagaikan seperti penambahan ekstrak herba, asid amino daripada sumber protein dan susu dari susu kambing. Antara bahan aktif tak organik yang wujud dalam shampu ialah sulfonates alkil benzene. Biasanya industri menggunakan ammonium lauryl sulfate yang merupakan detergen yang baik untuk bertindakbalas dengan air yang mengandungi sedikit kalsium dan magnesium sebagai elemen pengikat kepada detergen dan membuatkan buih tidak mudah untuk terlarut. Selain itu, tetrasodium EDTA juga digunakan bagi mengikat kalsium dan magnesium bagi menghasilkan hasil basuhan yang lebih bersih dan baik. Cocamide DEA pula digunakan sebagai agen penghasilan buih bagi menghasilkan buih yang lebih banyak. Selain itu, surfaktan perlu ada bagi menstabilkan buih dan kelikatan shampu. PEG-5 cocamide adalah detergent penstabilan buih yang juga berfungsi sebagai surfaktan, dan pengemulsi. Manakala detergent betaine cocamidadopropyl pula ditambah kerana ia mempunyai sifat-sifat kimia yang istimewa.
Antaranya, detergen betaine cocamidadopropyl sangat lembut kepada kulit berbanding sulfonates benzin yang merupakan detergen yang kasar kepada kulit. Malah detergent betaine cocamidadadopropyl dapat meghasilkan kelikatan campuran yang sempurna kepada shampu. Selain itu, detergent ini mempunyai sifat anti-statik, dimana rambut tidak akan menjana cas elektrik yang membolehkan rambut melekat pada sikat apabila dikeringkan. Tambahan pula, ia dapat mengelak rambut dari menjadi kering. Salah satu fungsi utama detergent betaine cocamidopropyl ialah ia mempunyai ciri antibiotik yang menghalang shampoo dari rosak. Surfaktan ammonium xylenesulfonate juga ditambah sebagai pemekat dan memelihara beberapa kandungan ramuan yang ditambah sebagai tujuan kormesial pemasaran. Sebagai contoh ramuan tambahan ialah minyak wangi. Lilin glikol distearate ditambah pula bagi menghasilkan shampoo yang legap.
 Lilin glikol distearate adalah berbentuk kepingan-kepingan kecil yang mudah bertindakbalas atau dicampur gaulkan dengan surfaktan dalam campuran shampu. Lilin glikol distearate juga dapat meningkatkan kadar penipisan ricih, dimana ia membantu pengeluaran isi shampu daripada botol dengan mudah apabila dipicit keluar. Sebatian tak inorganik yang paling jelas yang digunakakan dalam campuran shampoo ialah sodium klorida yang digunakan sebagai pemekat campuran jika surfaktan yang digunakan ialah sulfat lauryl natrium. Sebagai contoh apabila surfaktan yang digunakan adalah berasaskan ammonium, maka ammonium klorida akan digunakan. Garam ditambah bagi menghasilkan shampoo yang lebih kasar dan mempunyai kesan sampingan iaitu ia dapat memedihkan mata apabila terkena mata. Oleh itu, pemekat yang mahal digunakan bagi mengekalkan tahap garam yang rendah. Secara kormersialnya, selulosa yang telah diubahsuai sering digunakan bersama-sama dengan pemekat yang bersesuaian dengan surfaktan. Gliserin pula ditambah sebagai agen menyerap kelembapan yang ada pada udara. Bagi meningkatkan tujuan pemasaran, banyak penambahan ramuan ditambah ke dalam shampu. Sebagai contoh, madu dan pengestrakan herba yang dapat menambah kewangian dan tidak memberi kesan kepada kepekatan pada shampu. Manakala, asid amino pula digunakan kerana ia dapat bertindak sebagai pendingin kepada kulit kepala. Kini, industri lebih gemar menggunakan asid amino soya kerana ia lebih mudah didapati berbanding asid amino sutera.
Seterusnya, setelah selesai memanjakan badan kami, tiap - tiap pagi kami akan membuat sarapan bersama – sama sebelum pergi ke kuliah. Kebiasaannya pada waktu makan yang lain seperti makan tengahari ataupun makan malam, kami akan membahagikan giliran antara sesama kami berempat tiap – tiap hari secara adil dan saksama. Oleh kerana sarapan kami hanya sarapan yang senang, cepat dan mudah, jadi kami akan bersama – sama menyediakannya untuk diri masing – masing.
Sarapan kegemaran kami kebiasaannya ialah roti bakar di sapu jem strawberi ataupun nenas bersama – sama telur hancur dan kacang panggang. Kadang – kadang kami gemar bersarapan telur rebus separuh masak bersama kicap.
Kami sebagai pelajar kimia tanpa menyedari akan selalu berbincang sesama sendiri setiap bahan yang kami guna mahupun makan, sehari – hari sama ada ianya berkaitan dengan kimia ataupun tidak. Boleh dikatakan hamper semua rutin harian kami akan dikaitkan sebaik mungkin dengan ilmu yang kami ada. Oleh itu apabila kami sedang menyediakan sarapan, tanpa kami sedari kami telah berbincang mengenai kandungan bahan – bahan kimia yang turut terkandung di dalam makanan – makanan kami. Sebenarnya kandungan di dalam setiap makanan kegemaran kami seperti jem nenas dan jem strawberi kami mempunyai satu bahan kimia tak organik.
Jem nenas mempunyai satu bahan kimia tak organik iaitu ‘sunset yellow’. ‘Sunset yellow’ ini sebenarnya dikenali dengan nama kimianya iaitu disodium 6-hydroxy-5-[(4-sulfophenyl) azo] -2-naphthalenesulfonate. Bahan ini merupakan satu bahan sintetik kuning pewarna azo yang diperbuat daripada hidrokarbon aromatik daripada petroleum. Bahan ini didapati dalam bentuk hablur oren-merah atau serbuk merah.
Pada tahun 1990-an, pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA U.S) meluluskan penggunaan ‘yellow sunset’ di dalam makanan di Negara mereka. Pihak mereka membenarkan penggunaan pewarna kuning tersebut bersama - sama pewarna yang lain. Mengikut pembacaan kami, pihak mereka mendakwa bahawa penggunaan aditif seperti ‘yellow sunset’ akan memberikan warna makanan lebih menarik apabila terjadi kes sesetengah makanan tersebut terdedah kepada udara, cahaya, suhu dan kelembapan menyebabkan berlakunya kehilangan warna semulajadi.
Walaupun terdapat beberapa pewarna semulajadi seperti kunyit dan saffron, namun pewarna – pewarna tersebut memerlukan kos yang lebih tinggi dengan harganya yang agak mahal berbanding pewarna sintetik ‘yellow sunset’.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kesan sampingan apabila pengambilan bahan ini melebihi kadar yang sepatutnya dan terlalu kerap. Antaranya ialah gatal – gatal, hidung berair, kesesakan hidung, hiperaktif, alahan, kanser buah pinggang, sakit perut, muntah dan kerosakan kromosom.
Bagi mereka yang tidak tahan dengan aspirin, mereka kemungkinan akan terkena alergi, menyebabkan pembesaran usus, kehilangan berat badan dan makanan yang mempunyai bahan ini tidak disyorkan dimakan oleh golongan kanak – kanak.
Bila giliran salah seorang daripada kami menyediakan makan tengahari, salah satu bahan yang selalu ditambah sebagai perasa dalam masakan ialah natrium klorida. Jika ditanya kepada nenek – nenek kami, mungkin mereka akan tertanya – tanya apa itu natrium klorida. Natrium klorida lebih dikenali sebagai garam sejenis sebatian ion berformula NaCl. Natrium klorida merupakan bahan utama yang digunakan sebagai perasa dan pengawet makanan. Kami akan selalu berbincang di ceruk dapur sebarang pengetahuan am yang berkaitan dengan diri kami dan kimia tak organik seperti garam ini. Natrium klorida ataupun garam ini diproses melalui penyejatan air laut atau tasik garam. China merupakan pengeluar utama bagi garam di dunia dengan mengeluarkan kira – kira 60 juta metrik tan berbanding negara lain.
Bagi natrium klorida dalam keadaan pepejal, setiap ion dikelilingi oleh ion yang bercaj bertentangan seperti yang dilihat dalam elektrostatik. Ion disekelilingnya terletak di setiap bucu oktahedral di mana ion yang besar seperti klorida diatur di barisan yang padu manakala bagi ion – ion natrium yang kecil mengisi ruang di antara ion – ion lain. Kekuatan daya tarikan di antara ion natrium dan ion klorida di dalam keadaan pepejal sangat kuat di mana hanya pelarut yang sangat tinggi polar seperti air yang boleh melarutkan natrium klorida.
Selain kami menggunakan natrium klorida sebagai perasa dalam makanan, kami juga sangat gemarkan ikan masin dan telur masin di mana turut menggunakan penggunaan natrium klorida bagi proses memasinkan ikan dan telur itik itu.
Kebanyakan mikroorganisma tidak dapat hidup di dalam persekitaran yang terlalu masin apabila air di tarik keluar daripada sel – sel mereka apabila berlakunya proses osmosis. Oleh sebab itu natrium klorida digunakan sebagai pengawet makanan sebagai ikan sekaligus untuk makanan seperti ikan masin.
Sebagai seorang pelajar, kehidupan seharian kami sangat tidak menentu dengan masa kuliah yang kadang – kadang sangat penuh tiap hari, begitu juga dengan masa makan kami. Oleh itu, kami sentiasa membawa bekal roti setiap masa sebagai alas perut ketika lapar. Sesetengah roti sebenarnya mengandungi kalium bromate yang digunakan sebagai aditif makanan terutamanya dalam proses pembuatan roti. Kalium bromated digunakan secra meluas oleh pengeluar dan pembuat roti. Bahan ini membantu doh roti menjadi penuh dan dapat memberikan isipadu doh roti yang lebih banyak dan besar. Namun, tidak semua dapat diserap oleh tubuh badan. Oleh itu, kami yang sering mengambil roti yang berkemungkinan mengandungi kalium bromate berisiko tinggi untuk pelbagai jenis kanser.
Jika mempunyai kelapangan pada waktu tengahari, kami akan menyediakan makan tengahari mengikut giliran yang telah kami tetapkan. Antara masakan yang kami masak ialah gulai ayam, daging masak merah, udang masak mentega serta sayur – sayuran. Namun, sebenarnya jika kami mengambil masakan daging mahupun sosej ketika makan tengahari sebenarnya bukanlah sesuatu yang baik untuk tubuh kami. Hal ini demikian kerana, sesetengah daging yang diimport ialah daging yang diawet dengan natrium nitrat. Natrium nitrat dengan formula NaNo3 merupakan garam yang dikenali sebagai garam Chile atau Peru adalah pepejal putih yang sangat larut dalam air.
Natrium nitrat digunakan sebagai sejenis aditif makanan yang digunakan dalam bahan pengawet untuk memanjangkan hayat daging dan untuk mencegah pertumbuhan bakteria. Seperti yang telah dibaca, natrium nitrat adalah toksik kerana apabila dimakan ia akan membentuk nitrosamine dan sebatian ini merupakan karsinogenik. Sebatian ini mampu menyebabkan kerosakan DNA dan meningkatkan degenerasi sel. Berdasarkan pembacaan kami, mengikut World Cancer Research Fund di United Kingdom, mereka menyatakan bahawa salah satu sebab risiko kanser meningkat ialah kandungan nitrat yang terdapat di dalam makanan. Sebatian N-nitroso (NOC) yang tebentuk apabila nitrat bertindakbalas dengan protein yang terdapat dalam daging yang diawet menggunakan natrium nitrat tersebut. Ada di antara kami yang sangat gemarkan buah – buahan yang dikeringkan seperti mempelam, betik, anggur dan sebagainya sebagai makanan ringan untuk dikunyah sewaktu mentelaah pelajaran.
Tapi tahukah bahawa sebenarnya bahan seperti sulfide digunakan untuk mengawet buah – buahan tersebut bila dikeringkan. Pengawet sulfide digunakan bagi mencegah pembiakan bakteria dan mengekalkan warna buah – buahan tersebut.
Sulfide adalah sebatian yang mengandungi ion sulfit SO32- dan konjugat bagi bisulfit. Sulfide telah digunakan meluas sejak beribu – ribu tahun dahulu untuk menyimpan buah – buahan. Dalam pengetahuan kami, kira – kira pada tahun 1980an, terdapat kematian yang disebabkan oleh penggunaan sulfide yang tidak terkawal. Kebanyakkan orang yang tidak sensitive kepada sulfide tidak akan memberi kesan kepada mereka, namun jika sensitive terhadap sulfide, ini akan menyebabkan kesan asma, alergik dan lain – lain. Bagi ibu – ibu mengandung yang selalu mengambil buah – buahan kering yang mengandungi sulfide ini, ia akan member kesan terhadap bayi. Kandungan sulfide yang tinggi dalam darah dan air kencing bayi boleh menyebabkan kekurangan kofaktor molybdenum yang membawa kepada kerosakan saraf dan kematian melainkan dirawat pada awal tempoh dikesan.
Selepas kami siap bersarapan, menjadi suatu kebiasaanlah sebagai perempuan bersolek sebelum ke kuliah dan tidak dapat dipisahkan. Agak menjadi suatu keharusan supaya tidak kelihatan terlalu selekeh tetapi tidaklah setebal untuk pergi jamuan makan malam. Contohnya, pemakaian deodorant sebelum keluar ke mana - mana oleh kerana jika tidak pakai dikhuatiri bau yang tidak menyenangkan dan menghilangkan keyakinan. Apa orang kata kalau berbau hangit, nanti jatuhlah saham kami sebagai gadis. Lebih – lebih lagi sebagai seorang pelajar, ke hulu ke hilir untuk ke bilik kuliah yang tidak tentu, sudah tentu mengundang peluh khususnya peluh di bawah lengan. Peluh di bawah lengan boleh menyebabkan bau. Bau tersebut adalah disebabkan pertumbuhan bakteria dan seterusnya bagi menghilangkan bau yang dihasilkan anti perspirant atau pencegah peluh yang ada dalam deodorant. Ia akan membunuh pertumbuhan bakteria penyebab bau.
Rupa-rupanya baru kami tahu bahawa produk deodorant terdiri daripada satu matrik organik  antara kira-kira 0.5-20 peratus berat yang mengandungi serbuk kapsul yang terdiri daripada zarah halus  daripada alkali bumi, dan sebatian tak organik contohnya “Anhydrous aluminium zirconium tetrachlorohydrex gly” dipilih kerana mempunyai keupayaan menutup pori - pori dalam kulit dan menghalang pengeluaran peluh.  Bentuk kontang sebatian ini memberi kebolehan tambahan bagi menyerap kelembapan. Kadang-kadang dipanggil AZG , dan mengandungi satu campuran Zr4+ dan Al3+ yang monomer dan  polimerik kompleks-kompleks dengan hidroksida,klorida dan glisina. Bila bercampur dengan peluh, AZG akan mengotori pakaian dengan warna kekuning-kuningan dan kawasan pakaian tersebut akan keras. Patutlah bahagian bawah lengan baju kami terasa keras-keras macam kertas. Namun jangan bimbang kerana kesan-kesan ini boleh disingkirkan dengan penggunaan cuka ataupun peluntur. 



Struktur Anhydrous aluminium zirconium tetrachlorohydrex gly”

“Anhydrous aluminium zirconium tetrachlorohydrex gly” berfungsi dengan menyerap masuk ke kelenjar peluh dan membentuk "colloidal plug" yang mengehadkan aliran peluh pada permukaan kulit. “Colloidal plug” akan terurai dan menghentikan pengeluaran peluh yang normal. Aluminium dalam bentuk biasa tidak berbahaya bagi kulit atau mana-mana lain bahagian badan. Tetapi ionik dan sebatian aluminium, seperti yang terlarut dalam air dan yang sering didapati di dalam “antiperspirants” iaitu aluminium klorida dan “Anhydrous aluminium zirconium tetrachlorohydrex gly” boleh menyebabkan rengsa pada kulit bagi sesetengah orang.  Kesan jangka panjang sebatian ini adalah membawa kepada kerosakan saraf, kerosakan buah pinggang, Alzheimer dan kanser payudara. Betapa bahayanya kesan deodorant kepada manusia namun kami tetap memakainya hari-hari.
 

Contoh deodorant yang biasa kami pakai

Selepas pakai deodorant semestinya nak bagi wangi kat badan dan mengurangkan melekit peluh-peluh, kami pakai bedak banyak-banyak. Apa yang kami tahu, contoh sebatian kimia tak organik dalam bedak adalah talc atau nama kimianya adalah magnesium silikat terhidrat. Talc ialah komponen utama bedak talcum. Bedak talcum adalah dalam bentuk jelas dan berdebu di mana ia adalah lut cahaya atau legap. Bahan - bahan dalam bedak talkum menjadikan kulit kami licin, rata dan berkilau.
Komposisi bedak talkum bergantung kepada syarikat - syarikat produk yang berbeza. Pelbagai jenama produk bedak talcum mempunyai komposisi dan kualiti yang berbeza. Antara sebatian-sebatian kimia tak organik yang didapati dalam bedak talcum adalah silicon dioksida, magnesium oksida, kalsium oksida, ferum (II) oksida, aluminium oksida, zink oksida, benzoin dan kalsium karbonat.
    Bedak talkum boleh membahayakan manusia jika tersedut dalam jumlah yang banyak kerana talc boleh merosakkan paru-paru. Contonya jika disedut oleh bayi akan menyebabkan bayi tercekik dan kelemasan. Talc juga berpotensi menyebabkan keradangan pada paru-paru dan karsinogen. Selain itu, perlu ingat bahawa bukan hanya deodorant sahaja penyebab kanser tetapi talc juga turut menyumbang ke arah penyebab kanser jika dipakai di bahagian bawah lengan dalam jumlah yang banyak contonya kanser ovari untuk wanita apabila zarah-zarah talcum termendap dalam badan semakin bertambah.  Jadi kurangkanlah penggunaan bedak ataupun lebih baik tidak menggunakannya sekalipun.
    Setelah berbedak sekarang mestilah pakai bedak compact di muka sudah semestinya namun jangan biarkan tebal berinci-inci. Cukup sudah dengan lebih menampakkan kami kelihatan kecantikan yang asli. Melalui pembacaan kami, bedak compact mengandungi mineral tak organik semulajadi seperti bismutoxychloride, nitrid boron, mika, talkum, titanium dioksida dan zink oksida. Pemakaian bedak compact disebabkan tekstur lembut disebabkan boron nitride, jagung kanji atau talcum. Warna yang dipakai menyebabkan muka berseri – seri pula disebabkan oleh ferum oksida dan mika. Keupayaan bedak compact untuk melekat adalah dari bismuth oxychloride, nitrik boron dan magnesium stearate dan sifat penyerapan bedak talcum disebabkan oleh ciri-ciri bismuth oxychloride dan tanah liat kaolin. Beberapa formula mineral yang terdiri daripada silicon yang stabil dan sebatian-sebatian kimia yang mengandungi air dengan berat-berat molekul yang tinggi. Contohya, dimetilkon dan trimetilsiloxysilicate sebagai emolien dan pelembab yang melembutkan dan meningkatkan penghidratan.



Pelbagai contoh warna bedak compac

 

Struktur BiOCI

Struktur mengandungi lapisan-lapisan yang terdiri daripada  Cl, Bi3+ dan O2−, dalam susunan Cl-Bi-O-Bi-Cl-Cl-Bi-O-Bi-Cl. Atom bismuth mempunyai struktur “distorted square antiprismatic” dengan empat atom-atom klorin membentuk satu petak dan empat atom oksigen yang membentuk muka segi empat sama yang lain. Ini adalah salah satu contoh sebatian kimia tak organik yang ada dalam bedak compact.
Selepas dah pakai bedak, tibalah masa untuk memakai pelembap bibir bagi mengelakkan bibir kering kerana cuaca UMT sangat panas. Bagi kami sebagai perempuan, pelembap bibir adalah penting dan mesti dibawa ke mana-mana. Terdapat pelbagai jenis dan perisa pelembab bibir yang boleh didapati dengan pelbagai jenama. Kesemua jenama yang ada di pasaran mempunyai komposisi bahan kimia tak organik yang berbeza bergantung kepada produk-prduk mereka. Pelbagai sebatian kimia tak organik yang boleh didapati dalam pelembap bibir. Pelembab bibir yang didapati secara komersial mungkin mempunyai ramuan bahan kimia tak organik dan tiruan yang boleh member kesan kepada bibir contonya pengawet sintetik dan pewarna merah yakni yang diperolehi daripada pewarna serangga. Paraben terutamanya bismuth oxychloride adalah karsinogen di mana terdapat di dalam pelembap bibir diketahui adalah penyebab kanser payu dara dan caramine boleh menyebabkan alahan-alahan kulit dan ruam. Antara sebatian - sebatian kimia tak organik yang boleh diperolehi dalam pelembap bibir adalah mica, dan pewarna seprti ferum oksida dan titanium oksida. Fakta yang menarik caramin yang digunakan untuk menghasilkan warna merah dalam pelembap bibir atau lipstik adalah dibuat daripada serangga - serangga kering yang dididihkan menghasilkan asid carminic dan kemudian dirawat dengan larutan jernih alum. Aluminium akan ditambah bagi membantu pemendakan warna dan bahan-bahan serangga membentuk tasik pigmen. Aluminium seperti Al(OH)3 atau Al2(OH)6 ditambah dalam bagi memberikan kelegapan dan lutcahaya tanpa memberikan warna pada bibir hanya sebagai pelembap. Selain itu, Cr2O3 dan Cr2O3.9H2O juga digunakan dalam pigmen warna contohnya warna biru hijau. 


Pelembab bibir pelbagai perisa yang biasa dipakai.

Seterusnya minyak wangi juga salah satu keperluan wajib dipakai dalam kehidupan seharian kami. Cukuplah untuk mewangikan badan dan tidaklah pula sehinggakan kawan di sebelah terbersin. Banyak bahan kimia tak organik yang didapati dalam minyak wangi contohnya air ataupun lebih dikenali sebagai H2O yang mempunyai dua molekul hydrogen dan satu molekul oksigen. Air adalah dikelaskan dalam kimia tak organik disebabkan air tiada molekul karbon.
Oleh kerana UMT panas kenalah pakai krim UV bagi mengelakkan kulit menjadi hitam. Pelbagai bahan kimia tak organik yang boleh ditemui dalam contonya titanium dioksida yang berfungsi sebagai pemantul sinaran UV sebelum sampai kepada kulit kami. Titanium dioksida atau dikenali sebagai sangat stabil dibawah kebanyakkan keadaan tetapi titanium dioksida mengalami tindakbalas katalitik boleh mencetukan bahaya contonya membebaskan radikal bebas apabila terdedah kepada sinaran matahari. TiO2 akan menghalang cahaya matahari daripada UVA2 dan UVB dalam julat 320nm-340nm. TiO2 selamat digunakan kerana tidak sensitif pada kulit tetapi tidak seperti zink oksida yang digunakan dalam sesetengah produk krim UV yang boleh merengsa pada kulit.

Contoh krim UV yang biasa kami gunakan

Titanium dioksida juga dikenali sebagai titanium oksida(IV) ataupun titania. TiO2 yang biasanya digunakan sebagai pigmen dalam kosmetik selalunya dipanggil titanium putih.Terdapat dalam dua bentuk iaitu “rutile” dan “anatase”. Titanium dioksida juga terjadi secara semulajadi dalam bentuk mineral iaitu “rutile”, “anatase” dan “brokite” . Kestabilan separa fasa “anatase” dan “brokite” bertukar menjadi “rutile” apabila dipanaskan.

Struktur molekul TiO2


Jangan lupa, dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar, kami sememangnya tidak akan lari daripada penggunaan alat tulis seperti pen, pensel, ‘correction pen’ dan dakwat pencetak. Tidak hanya pelajar sekolah rendah yang memerlukan pen – pen yang berwarna – warni, bahkan kami juga sebagai pelajar universiti turut memerlukannya untuk membuat nota. Sudah menjadi kebiasaan kepada pelajar mahasiswi seperti kami untuk membuat nota ynag berwarna-warni kerana pada pendapat kami nota yang berwarna-warni mampu meningkatkan daya ingatan kami terhadap nota yang kami telah tulis. Penggunaan alat tulis sedemikian amat berguna buat kami supaya senang membuat nota ringkas dan menarik minat untuk menelaah pelajaran. Seperti yang kami ketahui di dalam alat tulis terdapat bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan alat – alat tulis yang ada di pasaran sekarang.
Maka dengan itu, kami mencuri sedikit masa ketika waktu melayari internet dengan mencari maklumat  tentang bahan-bahan yang terkandung dalam alat tulis yang sering kami gunakan. Berdasarkan maklumat yang telah kami cari, kami dapat mengetahui bahawa di dalam dakwat pen yang kami gunakan mempunyai beberapa bahan kimia tak organik. Dakwat adalah cecair yang mempunyai pelbagai jenis warna seperti hitam, biru, merah, oren, hijau dan pelbagainya lagi. Bahan kimia yang terdapat dalam dakwat yang berwarna hitam berasal daripada pigmen organik karbon. Namun, bagi dakwat yang berwarna biru, merah, oren, kuning dan hijau pula mempunyai pigmen yang berasal daripada pigmen sebatian tak organik.
Tetapi kebiasaannya dakwat yang berwarna hitam atau biru tua sering digunakan untuk menulis dan dalam bidang pencetakan. Maklumat yang telah kami perolehi tentang dakwat berdasarkan kajian yang dijalankan oleh ahli kimia adalah dakwat merupakan sistem koloid daripada zarah pigmen yang sangat halus. Pigmen dalam dakwat boleh ditemui dalam keadaan organik dan tak organik. Kebanyakkan dakwat yang berwarna merah merupakan larutan cecair pewarna merah eosin.  Manakala bagi dakwat yang berwarna biru pula mengandungi pewarna trifenilmetana berkumpulan pengganti.
Kebiasaannya dakwat bertulis mengandungi bahan kimia seperti ferum sulfat dan gallic asid serta tannic asid. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh para saintis dalam bidang kimia, lebih daripada 90 peratus dalam pencetakan dakwat dihasilkan menggunakan pigmen berbanding pewarna. Hal ini kerana, pigmen mempunyai sifat yang mudah tidak mudah terlarut tetapi bagi pewarna pula mempunyai sifat mudah terlarut. Pewarna adalah bahan yang digunakan untuk memberi warna kepada dakwat. Pewarna merupakan molekul kecil yang bergabung dengan bes yang berasakan air. Pewarna berpigmen mempunyai sifat yang tidak larut kerana pigmen terdiri daripada molekul yang lebih besar sifatnya berbandaing dengan pewarna. Oleh kerana molekul dalam pigmen lebih besar maka dakwat pigmen mampu bertahan lebih lama jika dibandingkan dengan dakwat yang berasaskan pewarna.
Maka, tidak mustahil lagi sekiranya kebanyakan dakwat dihasilkan daripada pigmen dan bukannya daripada pewarna.
Di samping bes kimia dan pewarna, dakwat di dalam pen juga turut mengandungi bahan penambah. Bahan penambah mempunyai ejen penampan dimana berfungsi untuk mengawal tahap pH dakwat, resin untuk daya penahanan dan humectants bagi menghalang penyejatan berlaku. Bahan penambah ini juga berperanan dalam menstabilkan campuran bahan kimia yang terdapat dalam dakwat.
Sejurus kemudian, kami terfikir pula apakah bahan kimia yang telah digunakan untuk membuat dakwt pen. Maka, kami bersepakat untuk mencari mengenai bahan kimia yang ada di dalam dakwat pen. Berdasarkan pembacaan, kami telah menemui beberapa bahan kimia yang telah digunakan di dalam proses membuat dakwat. Di antaranya adalah asid tanik, hablur ferum sulfat, iron gall, gum Arabic dan asid hidroklorik cair.
Asid Tanik adalah tannin atau nama saintifiknya adalah Penta-(m-digalloyl)-glucose yang merupakan bahan semulajadi yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan.  Ia juga turut digunakan sebagai bahan pengawet. Asid tannic adalah polimer glukosa dan asid Gallic kerana ia asid tannic mempunyai astringen, anti-enzim, anti-oksidan dan anti bakteria. Asid tannic adalah bahan yang paling banyak digunakan dalam proses membuat dakwat bewarna hitam. Asid tanik mempunyai sifat seperti serbuk amorfus kuning pucat, berkilat, dan akan beransur - ansur gelap apabila didedahkan kepada udara. Ia tidak berbau dan merupakan 1 terbitan glukosa gula ringkas di mana lima kumpulan hidroksil telah digantikan dengan rantai sisi yang mempunyai kompleks yang besar yang dikenali sebagai kumpulan digalloyl.
Asid tannic diekstrak daripada sumber semula jadi dengan menggunakan prinsip bahawa sebatian ini larut dalam air dan alkohol. Sumber asid tannic secara tradisional bersal daripada nutgall Cina, yang terdiri daripada kira-kira 70 peratus asid tannic, dan nutgall Turki, yang mengandungi kira-kira 50 hingga 60 peratus asid tannic. Nutgall ini dikisar menjadi serbuk dan kemudian dicampur dengan gabungan air atau alkohol dan eter.
Asid tannic dalam serbuk akan mudah terlarut dalam air atau campuran alcohol dan komponen-komponen lain. Air dan alkohol kemudian dibiarkan tersejat untuk mendapatkan asid tannic yang tulen.
Ferum (II) sulfat merupakan sebatian kimia dimana formulanya adalah FeSO4. Ia juga turut dikenali sebagai ferus sulfat, atau pun tembaga. Ferum (II) sulfat biasanya ditemui sebagai heptahydrate biru-hijau apabila ferus sulfat ini berada dalam keadaan atau bentuk kristal kontang dimana ia akan terbentuk di bawah pembentukan piawaian entalpi. Ferum (II) sulfat ini juga digunakan dalam pembuatan dakwat pen kerana ia terhasil daripda tindak balas kimia di antara asid sulfurik dengan ferum. Campuran ferum sulfat dengan air dan asid Gallic akan menghasilkan produk yang bewarna biru kehijauan.


Gambar di atas adalah beberapa contoh gall yang digunakan dalam proses menghasilkan dakwat pada zaman dahulu. Hal ini kerana komposisi kimia daripada galls berbeza dan bergantung kepada ejen pembentukan gall. Gall Aleppo kaya dengan asid tannic dimana peratusannya adalah 65% dan asid Gallic pula mempunyai 2%, Gall Bassorah atau turut dikenali sebagai epal Sodom mengandungi 26% asid tannic dan 1.6% asid Gallic manakala Gall Acorn mengandungi 45-50% asid tannic. Ketiga-tiganya contoh gall ini mengandungi kepekatan asid gallotannic yang sangat tinggi dan sesuai untuk dijadikan sebagai bahan dalam proses pembuatan dakwat.

Gum Arabic adalah sap yang berwarna keemasan yang dihasilkan oleh pokok-pokok Acacia. Ia mempunyai sifat mudah larut dalam air dan biasanya ditemui dalam bentuk serbuk atau pun dalam bentuk cecair. Bahan ini digunakan dalam pembuatan dakwat kerana ia dijadikan sebagai ejen pengikat molekul kerana sifatnya yang mudah melekat. Oleh itu, Gum Arabic berfungsi untuk membolehkan dakwat menjadi pekat supaya dakwat yang dihasilkan boleh mengalir dengan lancar dari pen ke atas kertas. Disebabkan bahan ini juga, pen yang kita gunakan dalam penulisan memberikan dakwat yang baik semasa kita menulis di atas kertas. Bayangkan sekiranya bahan ini tidak digunakan mungkin juga kita tidak akan selesa semasa menulis. Gum Arabic adalah Polisakarida kompleks yang terdiri daripada asid glucuronic, rhamnose, arabinose, protein dan galaktosa. Gum Arabic digunakan bagi mengekalkan kualiti dakwat kerana ia boleh menyimpan pigmen ferum dalam bentuk suspensi dan ia juga dapat mengekalkan penulisan di atas kertas dalam tempoh yang lebih lama.
Daripada apa yang telah kami perolehi, kami terkejut apabila mengetahui bahawa terdapat banyak bahan-bahan kimia yang telah terdedah di dalam kehidupan kami seharian. Sangkaan kami mengenai dedahan bahan kimia hanyalah semasa menjalani amali sangat meleset setelah kami sendiri mencari tentang penggunaan bahan kimia yang telah kami gunakan setiap hari. Maka, kami dan kimia sememangnya tidak akan lari lagi. Ternyata kimia sangat penting dalam setiap pembuatan tak kira dari segi pembuatan barang-barang mandian, makanan dan barangan masakan, alat-alat kosmetik mahupun alat-alat tulis yang sering kami gunakan dalam kehidupan seharian. Kami juga sedar bahawa, kami tidak mampu untuk mengelak dari menggunakan sebarang alat atau barangan yang megandungi bahan kimia kerana di dalam setiap pembuatan bahan kimia wajib digunakan. Tambahan pula, bahan kimia mempunyai sifat dan kriteria tersendiri di dalam setiap pembuatan tetapi pendedahan bahan kimia dalam kehidupan seharian kami tidak membawa kesan sampingan secara meluas.


Nota Kaki : Dr . please give us the highest mark okay !

Monday, May 28, 2012

#







"I miss you, I wonder if you miss me. 
I’m hoping you didn't find a girl better than me, it’s been so long but if anything I love you even more."






Love !

439872zev6untzyt.gif


Love is too difficult to define . .
Where it's come and how it's come keep asking in mind . .
Sometimes it's bring the happiness . .
Sometimes it's bring the sadness . .
Wish the time could stop even for a while . .
Since we fall in love . .
Just like me . .

Ordinary girl are talking about love here . .
A girl who always hurt . .
A girl who always failed in love . .
A girl who cried when she's hurt . .
A girl who waiting for her happiness . .
Where's the real happiness should be with her ?
Where's the true love should accompanied her days ?
She keep thinking about these . .

One day , someone ask her "can i be with you" . .
Her . . 
Her heart . . 
Speechless for a moments . .
But then , 
She thought it's just a joke . .
A joke from her friends who trying to cheer her heart . .
While she's getting a heart broken . .

In a weeks after . .
Her heart are curious with him . .
Without any reasons she have tried to "game" him . .
Unfortunately , 
She got a clear blusher on her cheeks . .
Because she was trapped in her game . .
From that case , she's the one who is very shame . .
Oh no ~ what have she done !

Now ,
no more game . .
They are very happily together . .
Till , she's so worry to lose him . .
Because she in strong heart with him . .
In love . .
Then , what she do ?
She prays to GOD for something good in their love . .

Finally ,
She understands what is love standing for . .
L = loyalty !
O = oblivious !
V = valuable !
E = extraordinary !
Only her knows why she define it . 

439872zev6untzyt.gif


 
© IeykaShahidan