Tuesday, March 27, 2012

The Experiences Are Created !





 Lalalalalala ~ vocal class? Not so ! But , this picture taken during practice of choir . Every night in a week I've practice class for choir .



Now ! This is the answer why I'm practiced choir before . I've performance at Pantai Batu Buruk on 23 March ago . The best experience i did at there . Never forget it . These my first performance with Voice of Harmony club


We arrived there at 4 pm . 4pm?? Not really sure with this arrived time . Heee~ 




Eat together with my friends . My roommate also there . Yeahhh ! When singers breakfast+lunch+tea with the actors and actress . All of us are ARTIS ! Kau ada ? 


Starting of the event from Persada Tari ! Best sangat . They're remind me for my performance during secondary school when I'm involve in Tarian Zapin .  



We !! Singers from Voice of Harmony !

                                

Yeahhh ! That's us again ! 


Three of us ! BFF . Tasya and Diya . Kau ada ? 


My course-mate ! Amirul .  Actor from Layar Opera . 





Motif ?? Look at my face . Like before and after from right . Comparison of with make up and do not make up . However it is , that only simplest make up from me . Don't ask me to make up when attend to class . Hate it ! Hahaha .


Okay ! Have you see all my picture above ? Dalam masa seminggu I've create a new experience . After performance at Pantai Batu Buruk . On morning of 24 March , I need to attend Inorganic Chemistry's Test . Amazing !! Macam tak percaya pula aku boleh manage my time dengan jayanya . Then , on night of 24 March I've performance again . This time only at UMT . That's why I do not make up for these performance . Neutral beauty gitu !! That's my story for last week . Keep it as my best moment during studying at UMT . 

SEKIAN !!  









Monday, March 26, 2012

Terseksa Jiwa Raga!

 

I wish that I could hold you now...
 I wish that I could touch you now... 
I wish that I could talk to you...
 be with you somehow.

Really miss him for this moment ! Aku tahu mesti ramai yang tengah rindu-rindu dekat insan tersayang kan ? Nak pulak kalau yang tak contact sekian lamanya . Lagi la parah rasa dalam hati tu . Kekadang rasa rindu seseorang tu buat hati kita makin terseksa . Bertambah terseksa bila kita merindui seseorang yang sudah tiada . Biar pun rindu itu menggunung tinggi padanya tapi jangan pulak kita lupa terhadap Maha Pencipta ! Ingat tanpa Dia kita tak mampu untuk bertahan di muka bumi ini . Kepadanya kita perlu memohon . Tak salah jika kita berdoa supaya insan yang dirindui itu berada dalam keadaan selamat dan sejahtera . Bagi yang sudah lama tak contact jangan risau . Biarlah doa yang sentiasa mengiringi hari-harinya . Memohon supaya Allah sentiasa menjaga dan melindungi si dia yang kita rindui . 

P/s: Really really really miss my Mr.Cat ! Semoga Mr.Cat sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria selalu . Buat kerja baik-baik ye Mr.Cat . Jaga kesihatan juga ye mucuk ! A thousand love sending to you this night via my dream . Hahaha ! 












Sunday, March 25, 2012

Ohhh WIFI !!

Assalamualaikum . .


Bengang betul aku dengan pengurusan dekat UMT nie . Segala benda tak boleh nak buka . Sejak ada WIFI dekat setiap bilik nie macam-macam masalah dan complain yang aku dengar . Bagi aku kalau dah nak block GOOGLE and website yang lain baik tak payah nak pasang wifi tu . Suruh je pihak pengurusan tu buang terus wifi tu . Alang-alang nak susah biar susah terus . Daif gila ! Malu je dekat universiti lain . Universiti yang terceruk dalam hutan pun wifi laju . Semester lepas sebelum wujudnya wifi dekat bilik tak pulak aku dengar masalah macam-macam . Tak dengar pulak kes block google ke mynemo xleh buka and so on . Tapi , lately bermacam masalah timbul . Aku sendiri pun sakit hati . Tak akan la nak tunggu pelancaran dulu baru nak ubah sistem . Prasarana dekat UMT memang tahap kritikal jugak la . Bukan je wifi je tapi asrama pun jadi masalah jugak kekadang tu .Aku bukan nya nak complain or kutuk universiti aku sendiri . Cuma sometimes rasa bengang jugak dengan prasarana dan infrastuktur yang ada dekat UMT nie . Bila kawan-kawan aku dari universiti lain cerita pasal universiti dorang aku akan terdiam dan malu nak bercerita pasal universiti sendiri . Sepatutnya sebagai student aku kena bangga bila nak cerita pasal universiti sendiri tapi kalau dah selalu masalah timbul macam mana aku nak bangga . Baru nak bangga sikit pasal benda lain tapi kalau sebut pasal kemudahan dekat UMT memang nampak sangat UMT nie jauh ketinggalan di belakang . Macam nak je aku saran dekat semua yang bakal sambung degree supaya jangan apply UMT . Jahatkan aku ? Tapi , jahat tak jugak la demi kebahagiaan semua yang bakal masuk UMT nanti . Supaya dorang tak terima nasib macam aku . Kekadang rasa menyesal sangat aku apply UMT . Kalau dari dulu aku tahu yang UMT nie tak complete dalam prasarana memang sampai sudah aku tak apply . 

Memang aku emo sikit malam nie sebabnya assignment aku masih bertimbun tak siap . Kalau ikutkan memang la due date seminggu lagi . Nak siapkan pun masih sempat tapi tak kan la nak siapkan last minute kan . Aku banyak lagi kerja nak buat . Tapi , datang mood nak buat assignment tiba-tiba nak cari info tak dapat terus hilang melayang mood aku . Nak study or buat benda lain pun dah tak ada mood . Aku rasa kalau orang lain kat tempat aku pun mesti tertekan jugak bila tengok planner dekat board yang full untuk minggu nie dan minggu seterusnya . Tambah tertekan lagi bila nak buat assignment tak boleh bila tak dapat access internet . Jangan kata google je . Portal UMT sendiri pun tak boleh nak masuk . Tak ke namanya kejam ! Tak tahu la sampai bila student dekat UMT akan terima nasib macam nie . Segalanya tak complete . Kalau wifi tu slow boleh lagi la tahan dan bersabar . Tapi kalau dah memang tak boleh nak access langsung apa nak buat . Bengang kan ? So , sape2 yang simpan niat nak masuk UMT better dont la ! Korang sakit hati je nanti . 

SEKIAN !!

Wednesday, March 21, 2012

Da Iman Fil Qolbi !

Assalamualaikum . .


 

I may not get to see you as often as I like .
I may not get to hold you in my arms all through the night .
But deep in my heart I truly know .
You're the one that I love .
And I can't let you go .

Jika dibandingkan umur aku mesti ramai akan beranggapan yang aku belum tahu menilai apa itu erti cinta yang sebenar secara matang . Namun , pengalaman yang selama ini telah terukir dalam diri membuatkan aku tahu menilai sebuah cinta itu dengan sewajarnya . Cinta memang indah jika kita laluinya dengan masa-masa yang indah tapi akan berubah . Untuk mengekalkan masa yang indah bersama , tak kira lelaki mahupun perempuan harus punya rasa tanggungjawab , setia , jujur dan saling mempercayai . Aku bukannya pakar dalam cinta tapi untuk berkongsi pengalaman itu sangat mudah pada diri aku supaya sebuah cinta yang dijalin semakin mekar seperti pokok yang dijaga dan dibaja dengan baik . Dan hasilnya kita dapat bunga yang indah dan cantik . Begitu juga yang kita inginkan dalam sebuah cinta . 

 

However far away , I will always love you .
However long I stay , I will always love you .
Whatever words I say , I will always love you .
Love doesn't die because of the distance .
It dies because of doubt .

Jarak bukan pengukur untuk sebuah cinta itu dijalinkan . Benarlah seperti yang diperkatakan setengah orang . Cinta jarak jauh kekadang menyeksakan dimana pabila kita perlukan si dia tatkala kita susah dia tiada di sisi . Namun , itu bukan satu penghalang pada masa kini . Mungkin ada juga di antara kita yang beranggapan mungkin sukar untuk mempercayai cinta jarak jauh . Apabila curiga dan sangsi menguasai diri tak mustahil apabila pasangan tidak berlaku jujur . Pada dasarnya , kepercayaan dan kejujuran amat penting dalam sebuah perhubungan tak kira seberapa jauh pun jarak sebuah hubungan itu . Dulu aku juga punya rasa yang sama . Tidak percaya dengan perhubungan jarak jauh dan akhirnya aku sendiri yang menimbulkan masalah . Tapi , setelah semakin meningkat dewasa aku semakin sedar bahawa tiada batas dalam percintaan malah perhubungan jarak jauh itu lebih indah dari yang berhubungan secara dekat . Masing-masing menyimpan maksud dan tafsiran sendiri tentang cinta jarak jauh begitu juga dengan aku . Kebahagiaan sebuah perhubungan bukan terletak pada jarak tapi terletak pada kejujuran dan kepercayaan .


Sunday, March 18, 2012

Antara Pilihan Hati .

Assalamualaikum . .



 

Kenapa masa yang lalu harus diingatkan andai perkara itu menyakitkan hati kita . Kenapa perlu diungkit sebuah kisah yang telah pun kita kunci rapat dalam kotak hati kita setelah kunci itu kita campak jauh ke dasar laut . Walaupun kita tahu itu menyeksakan hati kita . Tapi tetap saja perkara itu akan datang tanpa kita sedari . Sejauh mana pun kita cuba lari tapi tak akan juga kita mampu lenyapkan terus dari membelenggu ingatan kita . Aku faham kenapa kekadang ada kisah yang terungkit semula . Kita cuma manusia biasa yang punya hati dan perasaan . Disebabkan hati kita yang lemah dan mudah dihasut tak mustahil sekiranya kita akan terkenangkan peristiwa lalu . Like I said before , PAST IS PAST ! Seandainya aku terkenang sekali pun aku akan cuba untuk tidak melayannya . Makin dilayan makin kita sakit so let it go . Bukannya aku nak cakap yang aku bijak tangani masalah . Kekadang aku pun tewas juga tapi sekurangnya cuba jangan dilayan  bila perasaan itu datang . Hati yang lemah akan jadi kuat bila kita ingat ALLAH . InsyaAllah !


The problem never ends instead it becomes who we are . It never leave and never remains silent . It always persists in coming out.


Adakah benar masalah itu tidak akan pernah berakhir . Pada aku setiap masalah yang datang pasti ada konklusinya . Segalanya terletak pada pangkal hati kita sama ada kita berani untuk berdepan dengan masalah itu atau tidak . Sebagai umat Islam juga aku yakin dan percaya bahawa tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan . Sekiranya kita ada masalah dengan manusia dengan manusia juga la kita cuba untuk selesaikannya . Berhadapan dengan masalah akan membuatkan diri kita lebih matang dalam meniti hari yang penuh corak ini . Apa guna hidup seandainya tiada masalah yang dihadapi . Ia seolah tiada corak yang mewarnai sebuah kehidupan . Selain itu , kita juga tak akan belajar sesuatu yang berguna dari masalah yang dihadapi . Jangan sesekali kita berfikiran masalah tak akan pernah berakhir . Seolah-olah kita tak yakin bahawa Allah mampu menyelesaikan masalah kita bila kita bermohon petunjuk dan jalan dariNya . 

 

Sometimes its better to keep silent than to tell others what you feel .

Ada baiknya juga sekiranya kita mendiamkan diri dari menceritakan segala masalah kita pada semua orang . Aku seorang active blogger and sometimes memang aku ada luahkan apa saja yang aku rasakan di sini . Begitu juga blogger lain . Sebenarnya perkara itu tidak baik dan akan mendatangkan keburukkan pada diri sendiri . Pada mulanya memang niat untuk luahkan isi hati yang terpendam tapi sekiranya post yang kita buat tu seolah-olah menghina , mengherdik atau pun memburukkan orang lain tak ke semua akan rasa menyampah . Its annoying ! Lagi buruknya perangai bila kita menjadikan blog ini sebagai medium untuk berbahas . Aku pun ada juga la buat macam tu tapi semua tahu kan cara aku . If orang tak mulakan aku pun tak akan mulakan . Fikirkan sendiri jela . Memang la blog ini kita punya sendiri dan suka hati kita jela apa pun nak buat tapi kena ingat blog ini public , tak kira datang dari pelusuk mana sekali pun boleh baca dan follow . Kalau dah kata certain issue yang agak-agak boleh menyakitkan hati blogger lain better dont post it here . Tulis kat atas kertas dan campak dalam laut . 

 

What we must do here is change attitude and be matured .

Untuk berubah serta merta memang suatu perkara yang kadangkala menyukarkan kita . Bagaimana sekali pun kita harus memilih jalan yang mana harus kita pilih . Jangan terus berada di takuk lama . Berusahalah untuk berubah . Jika sebelum ini , kita sering berpewatakan seakan anak kecil berubah lah menjadi seorang yang lebih dewasa dalam menentukan pilihan hidup sendiri tanpa mengabaikan nasihat Ibu Bapa dan seruan Allah . Paling penting sekiranya sesuatu terjadi jangan pernah untuk salahkan orang lain . Berfikirlah dengan waras sebelum kita menuding jari menyalah orang lain . Seterusnya , jangan menilai individu itu dari luarannya saja sebelum kita kenal hati budinya . Tak semestinya dia berpewatakan kasar hatinya pun keras dan begitu juga sekiranya seorang itu berpewatakan ayu hatinya selembut tuannya . Kenal dulu sebelum menilai .

SEKIAN !


Focus !!

Assalamualaikum . .


Lately , aku hanya biarkan diari hati ini dibiarkan kosong sekosong hati ini . Yeke kosong ? Not so la~ Actually , bukan sengaja aku biarkan kosong tapi kesibukan membataskan aku mengisi ruang diari hati ini . Lagi pula , hati aku tidak mengizinkan aku untuk conteng di diari hati ini . Bukan aku punya masalah namun , demi kebaikkan semua pihak biarlah aku kosongkan diari hati ini buat seketika . Masa yang aku ada cukup terbatas ini merupakan satu kelebihan untuk aku biarkan diari hati ini kosoang . Hujung minggu yang sangat padat dengan aktiviti . 

Baru-baru ini aku diberi tugas untuk membuat skrip sketsa untuk persembahan pada annual dinner Kelab Kemahasiswaan Kimia nanti . Alhamdulillah , skrip berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang agak singkat . Lebih menggembirakan aku apabila skrip aku diterima oleh AJK Dinner yang lain . Cerita asal , aku buat berdasarkan kisah benar yang terjadi pada aku semasa semester lepas .Tapi , atas sebab-sebab yang tertentu aku ubah semua jalan cerita supaya tiada hati yang akan terguris pada malam itu nanti . Idea jahat untuk aku perli seseorang pada malam itu terus aku lupakan dan kembali ke pangkal jalan . Nasib la aku masih lagi ada sifat yang agak baik ini . Kalau tak mesti tersentap hati dia dengan kisah aku nie . Dah tersentap lepas tu mesti mengadu dekat si jantung hati tersayang cakap aku itu dan ini lagi . Hahhh ! Okay ! Stop and enough .


 

Malam ini , bermula la latihan untuk sketsa tu . Tak sabar pulak aku nak tengok adik-adik aku berlakon . Bangga seketika bila nama penulis skrip dan pembantu directornya aku . Lagi bangga la bila aku tunjuk skrip dengan budak Layar Opera then expression dia memang aku buat kerja yang terbaik . Alhamdulillah ! Tapi , nak bangga sangat tu tak boleh la . Apa pun kena tunggu dulu la persembahannya nanti . Malam nie je aku boleh turun dan tunjuk ajar junior aku tentang plot cerita . Malam esok sampai la hujung minggu ini aku memang tak boleh nak join dah . Fokus aku dekat perfomance aku dekat Dataran Syahbandar pada malam hari Jumaat nanti . Perfomance apa tu kena la pergi sana beramai-ramai baru la tahu apa benda yang aku akan buat malam tu . 


 

Busy kan ? Macam mana busy aku sekali pun bab pelajaran tetap aku utama kan . Assignment aku cuba untuk siapkan . Kebetulan hari Sabtu selepas je perfomance aku nanti tu , aku ada first test untuk paper Inorganic Chemistry . Semester ini aku cuba untuk manage jadual aku dengan sehabis baik yang mungkin . Time belajar memang aku belajar betul-betul . Time aku main aku akan main sepuas hati . Buat masa sekarang alhamdulillah tak ada sebarang masalah yang datang lagi . Aku bahagia dengan life aku sekarang ini . Beruntung sangat punya someone yang sangat memahami dan tak pernah untuk make my life trouble . Dia banyak bantu aku . Mungkin kebahagiaan yang sedang aku lalui tika ini membuatkan aku mampu untuk hadapi liku-liku kehidupan ini dengan mudah . Walau sesukar mana sekali pun , dengan hati yang tenang insyaAllah segala urusan akan jadi mudah . 


 

Focus ! Okay , walaupun rintangan datang melanda selepas ini . Aku bermohon pada Ilahi agar tetapkan hati aku supaya untuk terus tumpu kan pada kerja-kerja yang sepatutnya aku lebihkan . Jangan ingatkan aku tentang perkara yang boleh menghancurkan tumpuan aku . Aku akan cuba tetapkan niat aku pada awal semester baru ini untuk lupakan segala benda atau peristiwa yang tak penting bagi kehidupan aku sebagai seorang pelajar . Harap sahabat aku yang lain pun akan terus fokus dengan kerja masing-masing . Kepada syaitan-syaitan tolong jangan ganggu hidup aku mulai pada saat ini . Buang saja kisah yang dah lepas dan fokus untuk masa hadapan saja . 

SEKIAN !


Thursday, March 15, 2012

Bertunang Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa . .


Ehem , kalau korang ada add FB aku mesti korang akan ternampak benda kat atas nie dekat wall aku . Aku memang dah tahu sebenarnya pasal benda nie . Tapi , tadi buka FB my mucuk ada tag aku dekat post dia nie . Actually , dia yang post benda dekat atas nie dekat aku . Maksud tersirat nampaknya yang ada . Hahaha . No need to worry my mucuk ! Coz , this heart is belong to you for this moment . Will wait for you come to my house soon as your plan . Gatai kan ! Hehehehe 

Mudah sebenarnya istilah tunang nie . Kita je yang susahkan dia . Zaman sekarang kalau nak bertunang tak ada hantaran pun jadi masalah . Dah jadi trend dah semua tu . Aku selalu cakap tunang sebenarnya tak perlu duit banyak pun . Yang perlukan banyak duit masa nak kahwin nanti . Duit untuk mas kahwin tu yang penting . Kenapa la zaman sekarang nie orang buat bagi semua nie nampak susah . Masa tunang pun dah nak grand bagai . Siap ada kad undangan segala bagai . Perlu ke ? Buat simple2 sudah . Tunang je pun . 

Hmmm , whatever it is . Simple is better . Tak perlu la nak tunang buat grand2 sangat . Fikirkan masa depan . Kalau masa tunang pun dah grand nanti masa wedding macam mana rupa plak entah la . Jangan membazir ye . Kerana membazir itu amalan syaitan ! 

Sekian !


Dimana Lagi Silap Aku ?

Assalamualaikum . .


Sebelum aku mulakan gerakkan jari jemari aku di sini . Sekali lagi aku dapat tahu tentang luahan hati seseorang yang dulunya pernah ada konflik dengan aku . Siapa dia ? Biarlah aku saja yang tahu tentang kewujudan dirinya itu . Seandainya kau sedang membaca kisah ini diharapkan selepas ini kau faham segala situasi aku dulu dan tika ini . 

Bukan paksaan !

Ye, memang benar . Segala keputusan yang telah aku buat selama ini memang tiada paksaan dari mana-mana pihak . Semuanya atas kerelaan aku sendiri . Aku lakukan semuanya demi kebahagiaan aku , kau dan dia . Cuba bayangkan seandainya aku masih lagi tidak melepaskan dia pergi . Berterusan kau akan tetap bermasam muka dengan aku dan seringkali meluahkan isi hati dan duka lara kau di laman sosial . Sehingga buatkan si dia celaru dan pening memikirkannya . Di saat itu juga aku sendiri tertekan dengan tindakan kau . Akhirnya , sama ada dia rela atau tidak aku terpaksa juga buat keputusan yang mungkin diluar jangkaan dia . Dan sekarang setelah apa yang aku lepaskan aku lebih bahagia . Aku juga turut rasakan yang kau mampu bahagia bila bersamanya . 

Aku seorang hipokrit !

Jangan sesekali kau beranggapan yang aku hipokrit dalam menerima keputusan dia untuk bersama kau . Kerana memang dari dulu , sudah letih mulut ini berbicara tentangnya tapi atas dasar perhubungan aku dan dia yang ketika itu masih baru membuatkan dia sukar untuk membuat pilihan . Tidak pernah terlintas dihati untuk menyimpan sebarang dendam di hati ini setelah tahu akan kisah kau dan dia . Mungkin kau tahu erti rela dan terpaksa kan ? So , pandai-pandai la kau menilai sama ada aku rela atau paksa . If aku terpaksa mungkin sekarang aku masih mengganggu si dia yang kau gilakan sejak dulu tu . 

Meminta maaf tanpa tahu salahnya apa . Salah ke ?

Bagi aku , untuk meminta maaf atau pun memaafkan tak perlu kita tahu apa sebenarnya salahnya . Biarlah , seringkali kita ucap perkataan maaf . Untuk kau maafkan aku atau tidak itu terpulang kepada hati kau sendiri . Mungkin dulu aku meminta maaf kerana aku tahu yang aku telah melakukan suatu kesilapan . Setelah aku pergi jauh dari hidup kau dan dia selayaknya aku memohon maaf . Tak salah kan ? Kau tak perlu lah nak minta maaf atas sebab kau cakap kau yang rampas hak aku . Sikit pun aku tak rasa macam tu . Bukti sekarang aku lepaskan dia pada kau atas kerelaan aku sendiri . Kalau orang lain mungkin belum mampu buat keputusan seperti aku . Sanggup ke lepaskan seorang yang berhari-hari habiskan waktu dengan kita . Jawapan yang pasti disini mungkin rasa cinta masih belum kukuh untuk aku terus bersamanya dulu . Sekarang dia milik kau dan aku tak pernah pun nak ganggu perhubungan kau dan dia . Stop and enough mention about this !

Adakah aku tak puas hati ?

Kenapa aku perlu rasa tak puas hati ? Kau belum kenal aku siapa kau dah boleh menilai aku itu dan ini . Kalau aku terserempak dengan kau sekali pun aku tak senyum satu kesalahan yangs sangat besar ke ? Hebat juga kau bila melihat riaksi dan gerak tubuh aku saja kau dah mampu untuk membaca hati aku . Syabas ! Itu la , dulu bila ajak berjumpa kau elak . Kau cakap belum bersedia . Sebenarnya kau sendiri kan yang tak puas hati dengan aku . Sejak dulu lagi aku tak pernah ada masalah dengan kau . Terpulang la pada kau sama ada kau nak cakap aku ini hipokrit dan tak puas hati dengan kau . Hakikat yang sebenar hanya Allah , aku dan teman rapat aku saja yang tahu . Menilai seseorang itu bukan dari luarannya tapi kenal la hati budinya dahulu sebelum kau bercakap belakang tentangnya . Itu boleh menimbulkan fitnah !


Till end , aku harap sangat lepas nie kau dah tak cakap belakang lagi pasal aku . Kalau kau nak tahu apa-apa kau datang sendiri dan berjumpa dengan aku . Aku mampu untuk face to face dengan kau . Dan jangan pernah menyimpan rasa yang aku nie hipokrit dalam menerima keputusan aku . Sejujurnya aku memang rela dan redha . Aku lebih bahagia bila tak bersama dia . Hal itu menyebabkan hati aku rela bila aku lepaskan dia jauh pergi tinggalkan aku . Sorry , kalau aku terserempak kau tak kira la dekat mana sekali pun aku tak pandang muka kau atau pun aku tak senyum pada kau . Semua tu kerana aku tak nak kau tak selesa dengan aku . Aku sangat open dan mampu berkawan baik dengan siapa sekali pun . Atas dasar satu prinsip . Sekali kau layan aku baik sepuluh kali ganda aku layan kau baik . Siapa yang kenal aku tahu cara aku . 

Sekian !

Monday, March 12, 2012

Latihan Industri ! Part 2

Assalamualaikum . . 


Sekali lagi aku bergayut telefon . Best jugak bergayut kali ini . Sebab dapat duit setiap bulan . Hehehe Dia janji akan bagi aku duit setiap bulan . Seronok kan ? Jangan jelous . Haha 

Dah stop fikir bukan-bukan ! Sebenarnya petang tadi after kelas aku sempat jugak la call Kilang DXN yang aku nak pergi buat praktikal masa bulan 6 nanti . Saja nak tanya pasal elaun je . Tapi , pusing punya pusing ayat biar nampak aku tak call semata-mata nak tanya pasal elaun . Bukan apa , kalau kata tak dapat susah jugak la aku nak survive nanti masa praktikal tu . Tak kan la pulak aku nak buat kerja sia-siakan . Wahh , sedap la kalau buat kerja tanpa upah . Ingat buat kerja amal apa . Dari sini nanti la aku akan rasa hasil dari penat lelah aku bila dah bekerja . Tak sabar pulak aku nak rasa alam pekerjaan . Hope , nanti bila aku dah masuk praktikal situ ada la kerja-kerja yang aku kena buat based on apa yang aku dah belajar la .

Even , elaun yang aku dapat tu tak seberapa but at least aku dapat jugak compare to member lain yang dapat tempat praktikal yang tak diberikan apa-apa kemudahan langsung . Lagi susah kan . Kira aku nie beruntung jugak la . Dah la dekat sangat dengn rumah . Makan minum semua nanti dah terselamat sebab dah duduk dekat rumah sendiri kan . Kira elaun yang aku dapat tu nanti aku boleh save untuk masa depan aku nanti . Tak nak dah boros-boros . Memang aku boleh save sangat nanti . Pergi kerja nanti confirm la aku boleh pergi dnegan abang aku dah alang-alang dia pun pergi kerja kan . Balik pun mungkin jugak boleh balik dengan dia . Selamat sudah duit aku . Hahaha .

Sekarang aku dah boleh proceed terus dah dengan tempat LI yang aku dapat tu . Memang confirm aku terima . Dah malas dah nak apply tempat lain . Apa yang ada aku belasah je . Syukur je dengan apa yang aku dapat . 

Sekian ! 

p/s: jom sambung study dekat SINI


Friday, March 9, 2012

Latihan Industri !


Alhamdulillah , finally aku dapat jawapan yang selama nie aku tunggu . Kalau ikut tu memang betul la bidang yang aku nak . Bahagia makmal . Tapi , yang paroknya kat sini cuti dia hari jumaat je . Bak kata mama aku masa aku call dia tadi . Dia cakap aku tak boleh pergi jalan mana dah . Sebab biasanya family aku akan keluar jalan2 hari sabtu atau ahad . Apa-apa pun aku akan hold dulu offer nie . Next week aku nak call balik dengan kilang nie tanya pasal elaun . If tak ada elaun maybe aku akan apply dekat shah alam . Tempat yang abang aku suggest malam tadi . Sekarang aku dah boleh tarik nafas lega dah . Rezeki aku mungkin ada di mana2 je . Betul jugak kata senior aku malam tadi . Jangan fikirkan pasal pointer ke apa ke . Yang penting kita cuba dulu . Yes , I'll try my best !

Tuesday, March 6, 2012

Sesuatu Yang Ajaib Telah Terjadi !

Assalamualaikum . . 

Take a breath deeply ! Aku dah lega sangat sekarang . Today , I finish up my speech for public speaking class and quiz . Sedikit kecewa la on my speech . Because xsampai sasaran yang aku nak cerita . Masa aku speech kat depan tu ada pulak gangguan lain yang datang . First nampak je muka dia aku terus . Pfffttt~  I'm speechless ! Apa yang aku nak cakap hilang macam tu saja . Then , dah aku kena start balik dari awal . Arghh ! Damn la jugak aku masa tu . Dengan gigil yang teramat sangat buatkan confident level aku hilang . But , aku berjaya habiskan speech dalam masa yang ditetapkan . Tak lebih dan tak kurang . Aku risau kurang je . So far , okay la for my first speech . Hope lepas nie more better than today . Starting from now , I need to practice in front of public to speak in English . Need to improve my English before final ! What ever it is , I need to confident during the speech . That what I learned from speech today . InsyaAllah , I'll try my best after this . Pray for me okay ! 

After public speaking class , aku ada satu lagi peristiwa penting yang perlu aku selesaikan untuk hari ini . Ada quiz pulak ! For the first time , aku rasa sangat bahagia bila belajar dalam kelas hari ini . Apa yang Pn.Mai ajar senang sangat aku nak faham . Sebelum entah la kenapa aku tak faha, . But , for today aku boleh terima apa yang my lecturer teach me . I'm proud with myself ! Hoyeehhhh! Hahaha . Before finish my class , my lecturer bagi soalan quiz . Dan masa yang diberikan satu jam for 3 question . Overall 20 marks ! Banyak tu . Alhamdulillah , dapat soalan yang sangat familiar dengan aku . Sebabnya aku dah pernah jawab soalan tu sebelum nie . Kebetulan malam tadi aku buat study group dengan Diya and Zeera . Finally , aku dapat soalan yang totally sama . Cuma soalan no 2 tu je yang lain sedikit dan aku tak pernah tengok langsung soalan tu . Nak kira sama ada aku dapat full mark or tak kena tengok solan no 2 tu . Soalan tu saja dah 5 markah . A bit worried with that question . 

However it is , aku rasa bangga sebab aku dapat jawab dengan sebaik mungkin . Apa pun markah yang aku akan dapat aku akan terima dengan redha . Itu usaha aku selama ini . Ingat ini baru quiz pertama mungkin lepas nie soalan lebih susah . Who knows right? Apa pun aku harap aku dapat jawab jugak quiz2 yang akan datang sebaik mungkin . Study tu penting . Kalau tak study macam mana nak dapat jawab kan . So , starting from now , aku kena rajinkan diri untuk keep on study . Tak kira la apa pun terjadi . Thanx also to my friends and my lecturer yang sentiasa support aku dari belakang . Without them , maybe aku dah diawang-awangan seorang diri tanpa arah tujuan . Kes aku dengan pendaftaran kursus pun dah selesai . Sekarang aku dah boleh follow jadual aku seperti biasa . Tak perlu lagi fikir pasal pendaftaran kursus lagi . Hope aku dapat grad dengan kawan-kawan aku yang lain ! Amin ~


Sekian ! Always support me okay . THANKS !

Saturday, March 3, 2012

Hate You TIMELINE !!!

Badly no mood using FACEBOOK for this moment . FB aku bertukar wajah menjadi TIMELINE secara tiba-tiba . Tak suka betul tengok ! Serabut~ Memang dah hilang mood nak main dengan facebook nie . Facebook lama lagi cantik dan kemas . Tolong la kembalikan facebook ke wajah yang lama . Mungkin ada yang suka tengok timeling . Tapi bagi aku memang serabut betul .Kalau budak-budak sekolah mungkin dorang suka dengan timeline .

Sakit hati dengan timeline . Rasa macam nak nangis bila buka profile FB . Dah tak ada semangat untuk aku buka  FB lagi . Lepas nie main twitter jela . Motif sangat !
 
© IeykaShahidan