Tuesday, August 28, 2012

Memutihkan Gigi .


Dah lama rasanya tak buat tips dalam blog nie . So, hari nie tercatat la sejarah bulan kemerdekaan saya nak kongsi satu tip yang mungkin berkesan untuk korang semua . Gigi korang kuning tak ? Cube cek depan cermin semua . Tehheee~ Penat guna ubat gigi ? Eh2 , siapa la bagi petua ubat gigi boleh putihkan gigi . Ubat gigi untuk bersihkan je bukan nak bagi putih . Iklan selalunya menipu . Huahaha !

Okay , kat sini saya nak kongsi petua tradisional yang boleh korang cuba sendiri dekat rumah . Kat bawah nie bahan-bahan yang korang perlu .


  • setengah sudu teh Baking soda 
  • air 
  • Berus gigi
Haa~ tu je pun bahan yang korang guna . Korang masuk kan baking soda tu dengan 1 sudu teh air . Lepas tu korang kacau sampai la sebati . Bila dah sebati tu boleh la korang ambik berus gigi korang . Letak baking soda tadi tu dekat berus gigi . Gosok gigi korang tu ye . Tapi jangan pula korang lakukan setiap hari . Sebabnya enamel gigi korang tu lembut nanti kalau dah hari-hari kena baking soda reput pulak gigi korang . Sekali atau dua kali dalam sebulan sudah cukup . InsyaAllah berhasil .

Mama ! Di mana Mama ?



Baby : Mama ! Mama !
Aunty : Mama tak de sayang .
Baby : Mama baby pergi mana ? Baby nak mama . .
Aunty : Aunty xtaw mama baby pergi mana . Aunty tak jumpa mama baby .
Baby : Aunty tipu ! Tadi mama baby bawa baby jalan2 lepas tu mama baby letak baby dekat sini . Mama baby lari lepas letak baby . Baby tengok mama sakit . Kesian mama . Baby nak mama ! Baby nak mama !
Aunty : Aunty kan ada . Aunty boleh jadi mama baby .
Baby : Baby nak mama baby . Baby rindu mama . Baby nak peluk mama .
Aunty : Jangan menangis baby . Aunty ada untuk baby .
Baby : Aunty , mama baby tak sayang baby ke ? Kenapa mama baby biar baby dekat sini . Baby tak nak duduk sini . Tempat nie busuk la aunty .
Aunty : Baby jangan risau ye . Aunty bawa baby balik rumah aunty . Nanti aunty kenalkan baby dekat family aunty .
Baby : Baiknya aunty . Kenapa mama baby tak macam aunty ? Baby lapar la . Baby nak susu .
Aunty : Sabar ye baby . Nanti dah sampai rumah aunty buatkan susu untuk baby .
Baby : Eh , ramainya anak aunty . Semua baik . Semua nak peluk baby . Kenapa ye ?
Aunty : Sebab baby comel . Semua sayang baby . Baby jangan menangis lagi ye . Panggil aunty mama ye baby .
Baby : Ye mama . Baby sayang mama . Mama janji ye tak kan tinggal baby dekat tempat busuk macam mama baby sebelum nie tinggal baby .
Aunty : Mama janji ! Semua keluarga mama sayang baby . Baby tinggal dengan mama ye .
Baby : Okay mama !



Moral value : Kalau dah berani sangat buat . Berani la jugak jaga baby . Kalau tak berani jangan gatai buat . Ada faham ? Kesian baby nie . Dia tak salah taw . Dia tak berdosa . Ingat ye ! Jaga baby kalau dah berani buat .



Sunday, August 26, 2012

Lepaskan . .


Girl : Awak , saya ada satu permintaan dari awak . Boleh tak awak tunaikan ?
Boy : Ye , permintaan apa awak . Cakaplah .
Girl : Awak sayang saya kan ?
Boy : Ye sayang . Saya terlalu menyayangi awak . Kenapa dengan awak nie ? Pelik je tanya .
Girl : Erm , kalau sayang boleh tak awak tinggalkan saya . Biarkan saya jauh dari awak . Boleh tak ?
Boy : Awak ?? Kenapa nie sayang ? Awak dah tak perlukan saya lagi ke ? Saya tak boleh lepaskan awak pergi . 
Girl : Tak ! Bukan saya tak perlukan awak . Saya perlukan awak sangat untuk bersama saya . 
Boy : So ? Kenapa awak nak saya tinggal awak . Tolong explain pada saya !
Girl : Erm , awak sebenarnya memang saya sayangkan awak . Perlukan awak . Tapi sejak kebelakangan nie awak macam dah tak perlukan saya . Awak abaikan saya . Pada masa mula kita kenal awak selalu jaga hati saya . Tapi sekarang . . 
Boy : Sekarang apa sayang ? 
Girl : Tapi sekarang apa saja saya buat mesti salah di mata awak . Awak selalu tipu saya . Di depan mata saya pun sanggup awak tipu . Kalau betul awak sayang saya kenapa awak sakitkan hati saya . Awak sedar tak apa salah awak ? Dengan saya awak cakap sayang dengan orang lain pun awak cakap sayang . Bila jauh dari saya awak keluar dengan orang lain . Macam tu ke awak sayang saya . Awak hanya seksa hidup saya .
Boy : Hmmmm~ Maafkan saya awak .




Dear Ex Boyfriend !

Oh my ex boyfriend ! I'm still love you . In deep of my heart you still here . Hoping that you will be mine and be with me whenever I need you or don't need you ~ Oh my ! This not what I'm thinking about . Err ~ Please !! Intro only okay para-para dan pari-pari sakura sekalian alam . Please jangan cair dulu . Huahahaha *opsss~ kalah setan gelak* . 

The moment bila korang tengah bahagia dengan boyfriend baru tetibe datang pulak makhluk asing yang tidak diundang . Bila tidak dilayannya dikatakan kita nie dah dapat yang baru yang lama dilupakan . If I'm really do that so what ? Haha ! Memang pun aku buat macam tu so tak perlu la kan nak mengat aku macam-macam . Sendiri cari masalah dulu sendiri fikir la . Oh my ! Annoying sangat bila ex- boyfriend datang konon-konon nak berdamai . 

Kalau para-para dan pari-pari sakura sekalian alam hadapi situasi macam nie apa yang korang akan lakukan . Nak ieyka ajar jugak ke . Aishh ~ You all nie ! *Keyel sangat cara aku* . Okay ! Stop mengarut . Kat bawah nie ada la sedikit tips yang boleh dipraktikkan bila korang kena kacau dengan makhluk halus yang bernama ex boyfriend or ex girlfriend . 

1. Pura-pura tak kenal !
Yang nie pasti ramai yang dah pernah buat . Konon-konon tak kenal . Tengok nombor ex naik kat skrin phone terus korang tanya " eh, ini siapa?" . Tapi bila dah korang buat tak kenal jangan pulak esok2 korang sendiri mengaku korang kenal . 

2. Bagi abah korang yang jawab phone !
Yang second nie lagi la cemerlang kalau korang boleh buat . If ex korang call tak reti nak bosan boleh la korang bagi kat abah korang suruh jawab . Tu pun kalau korang boleh kawtimmm dengan abah korang . Kalau tak boleh korang suruh je member2 laki korang menyamar . Buat garang sikit confirm xberani nak kacau .

3. Off phone !
Dah agak2 menyampah sangat korang off je phone tu . Biar dia call masuk voice mail . Duit banyak la katakan nak cakap dengan awek cun . Nanti dah habis kredit dia baru dia tahu berhenti call .  Tak pun korang tukar je no terus . Senang .

3. Block number !
Dah mati akal tak tahu buat apa korang call je center mintak dorang block nombor ex korang tu . Sure tak de gangguan lagi dah lepas tu . Tapi kena keluar modal sikit la kalau nak bahagia .

Okay , tu jela yang mampu aku buat kalau ex aku ganggu . Kalau korang try semua nietak jadi maksudnye korang sendiri la cari penyakit pergi melayan ex korang tu . Hehehe ~ Apa pun kalau dah korang tak suak ex tu korang ignore je dia . Lama-lama bosan la dia nak kacau hidup korang . Kalau korang masih lagi mampu terima ex korang as kawan tak salah pun nak contact . Apa yang aku ajar nie untuk yang tak boleh nak terima ex sebagai kawan .  

Tuesday, August 21, 2012

Hari Raya !

Assalamualaikum . .

Hari ini dah masuk raya ketiga . Tapi aku belum lagi ucap selamat hari raya kat readers blog aku nie kan . Aishh ~ sungguh tak patut ! Okay , sempena hari raya nie aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua readers yang yang singgah mahupun yang follow blog aku nie .


Raya tahun nie bagi aku memang terindah . All my brother and sister berkumpul masa first day raya . Riuh rendah dengan anak sedara aku memang boleh buat rumah aku meletup . Nasib la rumah aku nie agak lapang untuk dorang nie main cak-cak boom boom sesama sendiri . Kalau la rumah aku nie macam jelapang padi sebelah rumah aku nie memang dah runtuh . Haha .
Paling menakjubkan benda yang aku buat tahun nie aku pergi beraya sampai ke alor star . Memang giler la jugak kerja aku buat . Plus dengan lesen tak de . Aku belasah pergi beraya sampai sana . Then , balik dari alor star terus singgah kat gunung keriang tengok orang dating . First time aku jejak kaki kat sana . Aishh~ tak sangka macam tu tempat dia . Apa-apa pun thanx jugak to my friend since sekolah rendah sanggup teman aku .
Raya kedua sesi aku beraya dengan family pulak . Seharian beraya di penang rumah sedara mara . Sampai rumah kat kedah je da dekat pukul 12 malam . Memang letih melampaui batas la . Tapi sampai rumah bukan reti nak tidur . Online sambil mesej dengan buah pinggang aku lagi . Pukul 2 baru tidur . 


Friday, August 17, 2012

Kerana Sayang Maruah Digadai .


“Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey”..
Wah best!.
Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!.
Esok abang nak lagi boleh?.
“No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup”.
Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can.
Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan.
Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit).
Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei).
Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang ).
Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!).
Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan.
2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya.
‘Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!.”..
“One switch at a time”. Apa maksudnya?
Si teman lelaki “……………….”.
Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek.
Apa yang dijawab si teman lelaki? “…..Tut….Tut….Tut…”..Handphone ditutupkan!.
Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki.
Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut
“..Please try later..”. Jeng jeng jeng!!!…hampa nak buat apa time tu?.
Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa huhu). Selama ni badan kecik je.
Oh! rupa2nya dia mengandung!. “Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!.”..
Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Ok lah rumah kawan.
“Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem”?. Tanya si kawan.
Dia menjawab. “I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari.”…
Betapa terkejutnya si kawan.
“Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!.”
Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..
Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke
dalam lubang tandas!.
Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Diabiarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!.
Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!.
Last-last. Hidup dah tertekan.
Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi.
Kemudian, menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?.
OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!.
Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya.
Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat.
Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?.
No way!. U tunggu azab Allah!
info : informasi.myl
Hmm , dunia sekarang nie macam-macam benda dah jadi . Budak-budak sekarang tak kira masih sekolah rendah pun dah pandai segala benda . Tak tahu la nak salahkan siapa . Nak salahkan ibu bapa yang kurang didik pun mungkin tak logik jugak . Kalau dah didik baik pun tetap akan jadi jugak . Kes buang bayi pulak tak payah cakap la memang berlambak sangat dah sekrang nie . Masa akan datang tak tahu la apa pulak akan jadi . Fikir dan renungkan . 

Mission Accomplished .


Mission apa yang accomplished nie ? Haa ~ sebenarnya semalam 16 ogos 2012 secara rasminya aku dah pun tamat menjalani practical training selama 2 bulan di makmal kimia DXN pharmaceutical . Hantar report pukul 4 lepas tu terus busykan diri ambik gambar semua . Tak kisah dah dengan bos . Hahaha .



Finally , dah habis jugak . Alam kerja memang lain sangat dengan alam study . Masa practical nie memang banyak benda yang berubah dalam life aku seharian . Biasanya bangun lewat bila dah kerja seawal pagi dah bangun siap nak pergi kerja . Bila malam pulak biasanya tidur lewat bila dah kerja pukul 9 lebih mata aku dah berat mintak pejam je . Tak sempat nak mukadimah atas katil memang awal-awal mata aku pejam rapat . Sebelum nie bukan main susah lagi nak tidur awal . Itu sangat ajaib ! Nak kata penat sangat masa kerja tak pun . Biasa je .

Kerja yang aku buat sepanjang practical nie mostly test air je . Instrument yang aku guna Ion Chromatography dan Hach Program (Uv Spectrometer). Memang simple je pun kerja aku hari-hari sebagai chemist nie. Hari-hari buat benda yang sama je . Bosan tu tak payah cakap la kan . Memang sangat! Huhu . By the way tu la pengalaman pertama aku bekerja . Jadi chemist pulak tu . 

Sebelum nie aku tak pernah mimpi pun nak jadi chemist . Tambah pulak masa zaman sekolah dulu memang aku tak suka pun dengan chemistry . Mungkin dah ditakdirkan agaknya aku nie sebagai chemist . Macam mana result aku sekali pun tetap berpeluang jugak jadi chemist . Bila ditanya lepas grad nanti nak ke kerja dekat DXN . Err ~ Entah la . Mungkin boleh jugak kot kalau sementara . Apa-apa pun kena tengok jugak my future husband aku tu kerja dekat mana . Aku ikut dia je . Dah tak nak jauh dari dia . Seksa ooo ! 

Next entry aku akan share gambar aku dengan kawan-kawan yang lain dan gambar laboratory tempat aku bekerja sebagai chemist selam 2 bulan . Tunggu !!







Wednesday, August 8, 2012

Dia Jodoh Aku !




Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah iaspontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.


Friday, August 3, 2012

Kahwin Muda Lebih Baik Dari Bercouple !




“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku.” HR. Ibnu ‘Addi.

               Sejak kebelakangan nie ramai juga rasanya yang kahwin muda . Umur baru 20 tahun dah berkahwin . Yang paling muda baru-baru nie umur 14 tahun dan pasangan dia pula 16 tahun . Masih sekolah tu beb ! Masih bawah umur pulak tu . Mula ramai yang pelik macam mana boleh kahwin . Alahai ! nak pelik kenapa ? Pergi je mahkamah minta kebenaran dah lulus boleh kahwin . 
               Kalau sebut kahwin muda ni mesti akan ada yang bangkang . Mula la berhimpun di kedai kopi buka topik hangat . Sana sini kecoh gatalnya budak tu kahwin awal . Gediknya budak tu nak kahwin . Yang lebih sadis lagi ada juga mulut macam longkang cakap eleh , confirm tak lama . Kahwin banyak dugaan orang muda macam dia mana boleh handle . Hai , kakak , abang , pak cik , mak cik dan segala jenis mak atau bapak . Kahwin muda ke kahwin tua ke selagi nama manusia selagi tu juga kita diuji . Dah menjadi tanggungjawab syaitan nak hasut manusia .
                Semestinya ramai yang beranggapan remaja yang berusia kurang daripada 20 tahun ni masih mentah dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai pasangan suami isteri . Ada pula yang anggap baru setahun jagung umur dah nak kahwin . Itu la hakikat manusia zaman sekarang . Bila dunia penuh dengan maksiat cakap dan maki macam-macam . Bila remaja tu sendiri fikir nak kahwin tak nak bagi pula . Macam mana tu ? Kalau zaman dulu boleh je mak-mak or bapak kita kahwin muda . Itu belum masuk zaman nenek moyang lagi . Entah umur berapa la dah kahwin . 
               Biar jela kalau ada anak-anak remaja nak berkahwin muda pun . At least terlepas dari godaan syaitan nak melakukan maksiat . Kes-kes kena tangkap khalwat atau kes buang bayi pun mungkin boleh berkurang bila dah muda mudi kahwin awal . Macam mana dorang nak handle rumah tangga dorang tu biar je dorang sendiri yang fikir dan kita patut doakan kebahagiaan dorang bukannya nak kritik macam-macam . 


“Wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah, Sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu, memelihara kemaluan mu(kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa. Sesungguhnya ia adalah pencegahnya”

 


Hujah yang mengalakkan kahwin segera awal boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:

وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وامائكم ان يكونوا فقراءيغنهم الله من فضله والله واسع عليم

Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”.

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan mereka.

Arahan “kahwinlah” menunujukan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan. Tanggungjawab ini tepikul kepada penjaga sama ada lelaki atau wanita.

Janganlah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yang dipertanggungjawabkan sangup menghalang anak jagaannya daripada berkahwin .Tidak sepatutnya bagi seseorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yang kukuh.

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Jelas baginda menganjurkan kepada penjaga agar kahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunyai agama, akhlak, amanah. Ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahagia. Ada pun meletakkan syarat-syarat tambahan di takuti memberatkan bagi jagaannya mencari jodoh seterusnya mebawa fitnah kerosakan di dalam masyarakat.

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.

Dari fatimah binti Qais , Sesungguhnya Rasulullah saw telah megarahkannya mengahwini Usamah bin Zaid pada ketika itu berusia belum menjangkau 16 tahun. Nikahlah kamu akan Usamah bin Zaid” Maka aku enggan. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda “Nikahlah dengan Usamah bin Zaid”. Maka aku nikahinya. Maka Allah swt telah memberikan kebaikan kelapangan(Riwayat muslim)

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, Janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Jelas pada kita bahawa Nabi telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita. Dan Nabi juga memahami keinginan remaja apatah lagi dengan nafsu yang kuat. Nabi memberi kaedah seperti puasa. Dengan berpuasa dapat menahan dari seseorang dari mengikut hawa nafsu. Seperti pepatah “Nasfu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah maka ia akan mennyibukkan dirimu dengan perkara-perkara batil”. Dengan itu jelas bahawa perkahwinan di usia muda adalah satu rahmat kebaikan dan dapat menyelamatkan seseorang itu dari fitnah dan maksiat. Antara-antara kelebihan-kelebihan perkahwinan awal adalah mendekatkan diri kepada Allah swt dan agama. Adalah ibadat dan sempurna ibadat dengan berkahwin, menjaga dan menyelamatkan hubungan sesorang itu dengan ikatan yang sah dapat melahirkan zuriat dan keturunan yang baik, menjaga dari hilangnya kemanisan perkahwinan itu, masa dengan pasangan adalah lebih dan dapat merancang dengan baik, budaya “ bercouple” ketika kahwin adalah terbaik.






p/s : Kahwin muda lebih baik dari bercouple ! So , jom kahwin . . hehe



 
© IeykaShahidan