Sunday, December 2, 2012

Jalan-jalan


Batu Pelanduk , Rantau Abang , Terengganu .

First time aku jalan sampai ke rantau abang . Ini pun sebab aku ikut member aku yang datang dari kampung pergi dating . Best betul dapat pakwe macam pakwe member nie . Cakap je nak apa semua dapat . Punya la sporting . Tak de duit pakwe dia bagi duit . Sayang dia sampai macam tu sekali la . Aku boleh berjalan nie pun sebab tak kena keluarkan duit . Fully support from her boyfriend . 

Untung juga la ada member aku dengan pakwe dia . Kalau tak , mungkin sampai bila pun aku tak akan sampai kat tempat nie . Join orang dating jela aku kali nie . Hidup selamanya bujang . Haha ! Hujung minggu aku memang full dengan aktiviti jalan-jalan . Best sangat ! Ikut orang dating memang ada juga la perasaan cemburu tapi its okay . Sebabnya dorang nie sporting . Pakwe dia tak la jenis nak berkepit . So , aku boleh menggila dengan member aku . Hoyehhh !

Sebenarnya tempat nie kitorang tak plan pun nak pergi . Malam sebelumnya kitorang plan nak ke sekayu . Mandi manda di sana . Tapi , disebabkan pagi tu hujan so , terpaksa la kitorang ubah plan .  Sumpah , tak tahu nak g mana . Member aku tanya aku nak ke mana . Jawapan dia senang je jom pergi kuantan . Hehehe ! Aku ajak ke tasik kenyir mula tu tapi bila fikirkan balik tasik kenyir tak menarik so ubah plan lagi .

Dah sampai bandar pakwe dia bawa ke pantai batu buruk mula tu . But then , aku yang lebih-lebih . Bosan dah kot kat batu buruk . Then , drive la dia pergi rantau abang . Sampai sana , aku sangat teruja tengok pantai dia . Cantik !! Tengok air rasa macam nak je aku turun main . One day , aku nak g sana lagi . Jalan jauh2 finally jumpa tempat cantik sumpah tak menyesal ikut . 



Harapan

"Jangan berubah wahai hati, hati ini milikmu." 

Sakit ! Itu yang mampu aku gambarkan pabila aku teringatkan kata-kata yang telah dipost di wall FB aku beberapa hari sebelum aku membuat keputusan untuk deactive facebook. Memang penantian terhadap jawapan yang aku cari selama ini terjawab tapi......

Tidakkah terfikir ia sekadar harapan palsu yang hanya menyejukkan hati aku . Motif? Entah , aku sendiri tak tahu apa sebenarnya motif yang dia cuba sampaikan pada aku . Perlukah aku terus menanti pada sebuah lagi jawapan yang belum tentu menjadi sebuah cerita terindah dalam hidup aku . Pada dia mungkin ini bukan harapan palsu atau mungkin pada dia ia cuba memberikan aku semangat untuk terus menanti . 


"Harapan....Harapan menjadi layu."

Begitu mudah untuk seseorang itu memberikan harapan . Tapi tak semua mampu untuk pastikan harapan itu menjadi realiti . Kalau tak pasti dengan jawapan pada diri sendiri elak dari beri harapan . 

Penat ! Itu yang aku mampu ungkapkan pabila hati aku bertanya apakah jawapan yang perlu aku berikan seandainya di minta untuk menunggu . Ahhh ! Perlukah lagi aku terus menanti ? Sampai bila aku harus menanti sekiranya aku perlu menanti ? Sangat sukar untuk aku berikan jawapan yang pasti .

Dimintanya untuk aku fahami dirinya . Haha ! Satu perkara yang aku rasakan sangat kelakar . Bagaimana aku harus faham jika setiap yang berlaku sebelum ini aku sendiri tidak tahu apa puncanya dan mengapa sebabnya . Hanya dia saja yang tahu dan faham akan situasi yang telah dia corakkan dalam perhubungan ini . Aku bukan tak mampu untuk fahami tapi sejujurnya aku tidak diberi peluang untuk memahami akan situasi yang sedang berlaku .

Sampai bila aku harus menanti dan sampai bila aku perlu bersabar ? Biarlah hati ini saja yang tahu di mana tahap kemampuan sebenar . Jangan lagi persoalkan tentang itu . Aku biarkan masa yang menentukan segalanya . 


 
© IeykaShahidan