Thursday, September 8, 2011

Kembali Pulang.

Arghhhhh~~~~
Aku tidak sanggup untuk mengemas beg aku untuk pulang ke universiti. Setelah sekian lama cuti akhirnya kini sudah tiba untuk aku pulang semula ke universiti. "mama, akak xm0 balek u boleh?" mengharapkan supaya mama aku bercakap. "boleh, xpyah la balek." Untungla kalau mama aku cakap macam tu kan? Tapi, hakikat sebenar. "galak,jangan nak mengada la..Tiket pun dah beli." Haaa, kan dah kena. Suka atau tidak suka aku terpaksa pulang ke universiti untuk meneruskan baki-baki yang tertinggal di sana. Cuma tinggal dua tahun untuk aku tamat belajar. Dan kemudian entah ke mana destinasi kehidupan sebenar aku. Yang aku cuma harapkan supaya aku sentiasa di murahkan rezeki. AMIN~

Arghhhh~~~~
Pilunya rasa hati ini nak kemas barang-barang. Nak tengok beg pun rasa macam tak sanggup. Macam mana nie? Tolongla kemas barang untuk aku. Rumah kata pergi, Umt kata mari. Aku pula dalam kesedihan ketika ini. Entah di mana la beg aku berada sekarang. Tak ada perasaan langsung untuk aku mencarinya. Masa semakin suntuk untuk aku. Memang akan ada barang-barang yang aku tinggal bila dah aku kemas barang-barang di saat-saat terakhir. 

Eh, macam aku pergi tak nak balik dah je. Padahal lepas ini aku akan balik lagi. Bukan sekejap tapi untuk selamanya. Tak sabar rasa untuk aku menanti saat-saat itu. Mengharapkan masa berjalan dengan pantas. Aku ingin pulang untuk bersama di sisi keluarga aku. Aku benar-benar mengharapkan dua tahun seperti dua hari. Mungkin ini lah masalahnya bila dah cuti lama-lama. Nak balik pun dah naik malas. Nasib la~

BACK TO UNIVERSITY~~~~

Aku akan pulang. Dan kepulangan aku kali ini dengan seribu motif. Masih ada yang perlu aku selesaikan di sana. Doakan kejayaan aku~~~

Tuesday, September 6, 2011

masa itu emas

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca yang disayangi....

Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari. Sungguh singkat masa itu sebenarnya. Dan wajarlah masa itu di ibarat seperti emas kerana seandainya kita terleka walaupun sejenak kita akan terasa kerugiaannya. Janganlah kita anggap masa itu tidak ada nilainya. Seperti yang sedang aku alami sekarang, cuti selama empat bulan cukup singkat kerana tiada satu pun yang mampu aku kecapi di sepanjang empat bulan ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aku tinggalkan rumah dan tinggalkan sebuah cerita di kampung halaman aku ini. Setelah sekian lama aku bertapa di kampung akhirnya masa telah menjemput aku pulang ke tempat untuk aku menuntut ilmu. Di sini masa dulu, kini dan selamanya tetapi di sana kini dan selamanya. 

Bermulanya semester baru membuatkan semangat aku semakin menggunung untuk kembali. Akan aku temui semua sahabat-sahabat yang sentiasa ada bersamaku. Biarpun masa yang aku ada cuma sementara namun, aku akan gunakan masa itu sebaik mungkin. Entah aku masih punya peluang untuk bersama mereka atau tidak. Andai semester baru nanti merupakan saat-saat terakhir aku bersama mereka aku pasrah dan redha. Yang aku ingin cuba sampaikan aku mohon sejuta maaf disepanjang tempoh perkenalan kita. Setahun lebih bersama merupakan saat terindah bersama mereka. Aku tidak akan pernah lupakan mereka walaupun adakala mereka membenci aku.

Bersama-samalah kita kecapi impian dan harapan kita di sana. Di sanalah sebuah kehidupan di masa akan datang. Janganlah kita leka dan asyik dengan sebuah keindahan hidup sebagai seorang remaja. Haruslah kita sedar bahawa kita seorang mahasiswa dan mahasiswi yang tercipta untuk mengorak langkah pada masa hadapan. Di sana sebuah kemenangan yang perlu kita kecapi. Belajar dari sebuah kegagalan memberikan impak kepada remaja yang bergelar seorang pelajar. Ingatlah, gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selamanya. Bangunlah dan terus meniti hari-hari yang mendatang dengan penuh kecekalan. Semoga kita dapat mengecapi sebuah impian yang selama ini membuku di segenap lubuk hati kita.

MASA ITU EMAS...!!!

Jangan lagi kita leka dan alpa dengan kehidupan ini. Haruslah kita belajar dari sebuah kesilapan untuk meraih sebuah kemenangan.......

keajaiban sebuah perpisahan

Perpisahan ini bukan kerelaan aku dan bukan juga permintaan dari aku. Andainya perpisahan ini membuat engkau bahagia aku relakannya. Mungkin sukar bagi diriku melupakanmu namun, akan aku cuba sekuat hatiku melupakanmu. Dan janganlah engkau memberikan seribu alasan bahawa aku yang salah di dalam perpisahan ini kerana aku yakin engkau bahagia. Satu pinta dari aku, izinkan aku terbang bebas di dunia aku sendiri dan jangan lagi engkau risau mengenai diriku. Aku tidak selemah yang engkau sangkakan dan aku punya kehidupan aku sendiri. Aku akui, pada mula memang aku lemah dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan tanpamu di sisi namun, kini aku kembali dengan sebuah kehidupan baru yang penuh dengan kebahgiaan. Walaupun, kekadang aku rindukan keriangan yang ada pada dirimu tapi aku cuba anggap ia cuma sebuah mimpi indah yang tidak mungkin aku kecapi di dunia realiti.

Demi kebahagiaan engkau, aku rela tinggalkan dirimu di sini keseorangan tanpa diriku. Dan aku akan pergi dari hidupmu buat selamanya. Akan aku mulakan sebuah kehidupan baru aku di tempat baru tanpa dirimu. Aku pergi dengan sayap yang patah dan akan aku rawat lukanya keseorangan. Tak perlu lagi bantuan darimu. Aku punya teman yang mampu menemani aku di saat aku terluka mahupun aku riang gembira. Mereka mampu memberikan aku nafas kehidupan yang sangat membahagiakan. Disaat aku terluka engkau menghilang dan aku bersyukur kerana kembalinya persahabatan yang menyepi disaat aku bersamamu. Dan itulah keajaiban dari sebuah perpisahan. 

KEAJAIBAN SEBUAH PERPISAHAN...!!

Siapa sangka disebalik perpisahan terlakar sebuah kebahagiaan yang dulu menyepi dan kini aku bahagia dengan kehidupan aku sendiri........
 
© IeykaShahidan