Thursday, February 7, 2013

♥ La Tahzan Innallaha Ma'ana ♥

Assalamualaikum . . ♥ 




Sedih ? Hati manusia memang tidak pernah lari dari merasakan kesedihan . Sudah jadi lumrah kehidupan sebagai seorang manusia yang punya perasaan . Bila kita di uji dan di timpa musibah , hati kita lemah dan sedih . Walaupun luarannya nampak segalanya baik dan terukir senyuman yang indah . Namun di hati hanya ALLAH yang tahu betapa sedihnya kita pada saat itu . 

Sebelum ini aku pernah di uji dan terasa perit sangat bila perlu berdepan dengan sebuah kepahitan itu setiap masa dan setiap hari . Ye ! Aku mengaku sebelum nie kalau aku di uji aku memang lemah . Aku hanya mampu menangis dan bersedih . Bukan sekejap tapi berhari-hari . Siapa yang kenal rapat tahu betapa sedihnya aku tika dilanda dugaan hidup sedemikian . Ya Allah ! 

"Menangislah sepuas hati sekiranya menangis itu boleh buat awak kuat , tapi kena ingat lepas nie saya tak nak tengok lagi awak sedih dan menangis macam nie . Saya bagi peluang kali nie je untuk awak menangis " 

Ya Allah ! Lemahnya aku bila di uji . Aku cuba kuat . Aku cuba tabah . Tapi bila perkara yang lepas datang singgah di ingatan aku jadi lemah . 

"Awak belum cukup kuat nie . Awak masih lemah . Jadilah seorang wanita yang kuat dan tabah . Banyak lagi dugaan yang awak kena tempuh selepas nie . Ini baru sikit dugaan awak terima ."

Okay ! Aku kena kuat . Aku tak boleh lemah macam nie lagi . Aku kena bangun dan teruskan kehidupan walaupun di uji pelbagai dugaan . Hidup aku masih panjang. InsyaAllah ! Tak mustahil lepas nia akan ada banyak lagi dugaan dan rintangan perlu aku tempuh . Ye ! AKu kena kuat ! Kena tabah ! Tak boleh menangis bila di timpa masalah .

Bagi sesiapa yang bersedih hati,
Bersabarlah wahai sahabat....
ini semua ujian dari Allah,
mungkin disebalik kepedihan dan kesakitan ini,
ada Rahmat yang terselindung..
siapa tahukan??
... ini semua tanda Allah menyayangi kita...
Allah nak bagi bonus....
''Bonus ASA. Amanah saham akhirat''...
Orang yg ditimpa ujian itu tanda mendapat perhatian daripada Allah,
semakin kita redha dgn pemberianNya,
semakin banyaklah pelaburan kita di sana nanti...

♥ La Tahzan Innallaha Ma'ana ♥ 


Kenapa aku perlu kuat ? Kenapa aku kena tabah hadapi dugaan hidup nie ? Kerana dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk  dan tidak mengira waktu dan juga tak kenal siapa kita . Mcm kita sekarang juga , kita nakkan sesuatu kita kenalah usaha untuk dapatkan apa yang kita mahukan . Berusaha selagi mampu dan berdoa supaya apa yang diusahakan diberkati dan dipermudahkan ALLAH . Bersabarlah , Berdoalah dan bertawakal kepada ALLAH . InsyaAllah mesti ada rahmat dan nikmat yang akan kita perolehi disebaliknya . Ingatlah Allah tidak akan menguji seorang hambanya di luar batasan hambanya .


Wassalam . .♥ 

Monday, February 4, 2013

Hukum Karma ? Wujudkah Dari Sudut Islam .

Assalamualaikum . .  


Hukum karma . Sebelum nie aku ada jugak terdengar hidup kita nie macam karma . Bila aku fikirkan balik sebenarnya karma itu apa . Bila muncul persoalan tu aku pun mula la cari dan selidik serba sedikit mengenai hukum karma nie . Berhari-hari aku baca pelbagai artikel untuk fahamkan apa itu sebenarnya karma . 

Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu . Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan' . Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat , semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini . Cerita Si Tanggang adalah contoh klasik pengaruh Hindu dalam sastera rakyat Melayu pra-Islam .

Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam . Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah . Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita , baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku , bangsawan , drama TV , filem dan lain-lain . Malah , jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam .

Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat , namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan . Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan . Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami , kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga . Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat .

Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu , Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini . Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya . Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa .

Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam . Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan , makanya orang-orang yang baik , malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah . Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma .

Di dalam surah Kahfi diceritakan bahawa Nabi Khaidir membina semula sebuah rumah kepunyaan anak yang hampir roboh . Apabila ditanya oleh Nabi Musa kenapa , Nabi Khaidir menjawab (selepas Nabi Musa malanggar janji untuk tidak bertanya kenapa) bahawa rumah ini kepunyaan anak yatim yang mana di bawahnya ada harta mereka yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang salih . Daripada kisah ini dapat kita simpulkan bahawa jika kita berbuat baik , insyaAllah , kita atau anak kita atau anak kepada anak kita akan menerima kebaikan daripada perbuatan kita dan ini menepati hukum Karma .

Allah juga ada menjelaskan bahawa buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat dalam firman Nya Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Jadi berdasarkan hujah-hujah ini,apakah hukum karma itu memang benar dan wujud di dalam Islam?

 
© IeykaShahidan