Saturday, December 31, 2011

Ombak Rindu.

Assalamualaikum.....


"Rinduku umpama ombak yang tak terhenti"
"Kasihmu bagaikan pantai yang sentiasa menanti"






Sinopsis Filem Ombak Rindu 

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?




....................................................................................................................................................................


Hati aku tertanya-tanya. Best sangat ke cerita OMBAK RINDU tu. Sampai ramai yang tergila-gilakan cerita tu. Memang la kan cerit tu adaptasi dari novel. Tapi, aku nie bukannya kaki novel yang nak pulak aku baca novel-novel kan? Aku la manusia paling tak berminat dengan novel. 


Macam sebelum nie aku cakap "alah, apa nak sedihkan sangat..filem je kot". Belagaknya aku kan? Belagak kononnya hati kental. Eceh~ Sekali malam tadi aku tergerak nak tengok cerita tu. Alamak aiii~!! Baru suku jalan cerita aku dah mengalir air mata. Haa, kan dah? Sebelum nie kau belagak sangat kan.

Sekali lagi cerita melayu yang meruntun jiwa aku. Sebelum nie cerita Lagenda Budak Setan. Tapi, kali ini tahap kritikal jugak la kan aku menangis tengok cerita nie. Seakan-akan terkena jugak la dengan kisah kehidupan aku. Memang tak sama tapi hampir sama la kan. 


Terbukti hati perempuan sangat lembut. Mana taknya, hati aku yang sebelum nie keras macam kerikil tiba-tiba boleh cair dengan cerita nie. Sekarang baru aku percaya cakap orang yang cerita nie best dan sedih. Satu lelaki dalam dua hati wanita? Kenapa macan kisah aku je. Betul kata "dia" cerita nie lebih kurang macam masalah yang aku dan dia hadapi.


Cuma yang tak pasti di mana keadaan aku dalam cerita ini. Seperti Mila (Lisa Surihani) atau pun seperti Izah (Maya Karin). Perlu ke aku bersabar dan tabah menghadapi semua ini seperti izah dengan merelakan dirinya di duakan. Atau perlukah aku menjadi seperti Mila dengan melepaskan insan yang dia cintai. Di manakah kesudahan permasalaham aku sekarang ini.


Benar kata-kata Mila dalam cerita ini. "Redha bermaksud ikhlas dan pasrah bermaksud terpaksa". Seringkali aku tengok dia meluahkan yang dia melepaskan orang yang dia sayang untuk aku. Tapi, ikhlas ke? Aku tahu isi hati nya. Susah untuk melepaskan orang yang kita sayang dengan ikhlas. Dulu, aku pernah di duakan dan kini berulang lagi. Memang benar kini orang yang aku sayang tak pindah ke hati yang lain tapi... Entah la kan. Mungkin siapa yang kenal aku dan tahu masalah aku ini, dia akan paham apa yang aku rasa.


Yang aku takut dan risaukan. "Pisang Berbuah Dua Kali". Semakin hari permasalahan yang aku kau dan dia hadapi semakin complicated. Aku tak tahu dari mana datangnya masalah ini. Aku kah punca nya? Aku kah yang create masalah ini? Tapi, bila fikirkan balik sebelum dia tahu tentang kita segala permasalahan tidak timbul. Aku dan kau sangat bahagia. Aku tak pernah menangis dan bersedih kerana kau. Tapi kini....


Aku bukan berniat nak salahkan kau atau dia dalam masalah ini. Kita harus sedar mungkin ini dugaan dan cabaran sebuah kehidupan yang perlu kita selami sejenak melangkah ke alam yang lebih mencabar selepas ini. Tipu la kan kalau aku tidak ada rasa cemburu tatkala melihat kau bermesra dengan dia. Hati mana tak terguris bila melihat kemesraan itu. Mungkin aku kena belajar menerima semua ini. Dan mungkin aku terpaksa merelakan kau untuk terus-terus bermesra dengan nya. Atau mungkin aku terpaksa berpura-pura tabah dengan semua kesedihan yang membakar jiwa aku.






Dalam ombak rindu akhirnya Izah bahagia dengan suaminya. Tapi di mana pulak kesudahan cerita aku, kau dan dia??



I miss you~!!

Assalamualaikum.....

Awak...Tengah study ye sekarang nie? Xpela, awak study elok2 la ye....Gud Luck taw exam nanti~!! 
Saya baru je baca balik semua mesej2 kite dekat fb tadi...sumpah~!! you make me fall in your love...tapi tu semua dulu la kan...sekarang saya tak tahu dah mana hilangnya rasa cinta tu...asyik gaduh je sekarang nie....Start dari mula kita kenal memang sweet sangat...Semakin hari semakin bertambah sayang saya pada awak...Walaupun masa mula tu saya tak admit dekat awak kan? Tapi, satu ayat awak yang betul2 menyentuh perasaan saya....apa?? 

Awak cakap awak nak bagi kasih sayang awak pada saya...dan awak cakap awak nak tengok saya happy je bila dengan awak....Awak jugak cakap awak tak nak biarkan saya sedih lagi....

Tapi, sekarang segalanya macam dah berubah...Hampir setiap hari hati saya terluka kerana awak...Saya dah tak tahu lagi apa yang patut saya buat...Kalau awak rajin cuba la baca balik segala mesej kite dekat FB nie...memang banyak~!! Saya baca benda nie memang sedih bila kenang semula.... Kenapa hubungan kita diuji macam nie ye awak? kite baru je nak mulakan hubungan dah di duga sampai macam nie...

Awak, saya tak nak la selalu je gaduh macam nie? Saya penat sangat...saya nak jugak rasa bahagia macam psangan2 lain...Sweet sangat dorang...Boleh gelak2 boleh same2 lepak....Boleh gurau2..Tapi kenapa kita macam agak terbatas ye....Dulu awak selalu tegur saya dekat Fb chat..Mungkin sekarang nie kita nak exam kot tu yang macam saya rasa kehilangan je... tak pela, saya bersabar je...

Dont make me fall in your love if you cant love me.... 

Awak ingat lagi tak dengan ayat nie? Sebelum kita couple saya dah pernah kan cakap benda nie dekat awak...Then, awak terus luahkan apa yang awak rasa....Saya happy sangat masa tu....Pada mula memang saya tak mengaku yang saya pun dah mula suka awak.....Tapi, bila dah selalu contact memang semakin hari semakin jatuh cinta la jawabnye kan....

Awak, sebelum kita couple lagi pun kita dah create macam2 kenangan kan awak? Serious awak sangat sweet~!! Awak, saya rindu kan awak yang dulu? Saya mencari2 di mana sayang saya yang dulu? Bila awak nak kembali pada saya.....Saya nak awak yang dulu...yang masa mula2 kita kenal....Happy je masa tu...

ARGHHHH~~~!!! Miss you my dear~~!! 

Saya harap sangat segala kekusutan nie akan berakhir...saya dah tak sanggup lagi.. Awak tahu kan yang saya sayang awak...Tolong ye awak.~!! saya merayu pada awak supaya jangan sakiti saya lagi macam sebelum nie...saya tak nak la terus2 marah awak....saya tak suka marah orang yang saya sayang....

Ermmm, awak......pasal pagi tadi tu saya mintak maaf sangat2 ye...Saya hargai sangat pengorbanan awak kat saya...Saya tahu awak sakit tapi awak sanggup jugak datang ambik saya dekat MBKT....Xsepatotnye saya marah2 kan awak kan...Tapi, apa boleh buat..SAYA CEMBURU~!! cemburu kan tandanya sayang..betul kan? Saya memang sayangkan awak...tak nak tengok awak dapat kat perempuan lain.....Terima kasih ye awak sebab sanggup berkorban untuk saya....Tak tahu nak cakap apa dah..nanti saya belanja awak makan ye....hehehe

sorry sangat2 dah marah2 awak~!! Saya marah bersebab ye awak...huhu Tapi macam mana marah sekali pun saya tetap sayang awak....Tapi, ingat ye~!! jangan sakiti saya lagi~~



Friday, December 30, 2011

Going To Die~!!!

Feel Like im going to die~



KEEP BLEEDING~!!!

how should it happen again~!!  


Sorry im not feeling well for this moment~!!!
This situation make me down~!!!

SUCK~!!

HEADACHE + STOMACH ACHE + BLEEDING + HEART BROKEN = DEATH 

Kau Bunuh aku~!!

Perlu ke stalker semuanye??

Kau tanya aku soalan tu eh?? bagus kan kau? aku nie sape dekat hati kau sampai kau nak cakap macam tu dekat aku? If aku tak stalk kau ase nye sampai kiamat aku tak tahu yang kau tipu aku kan? Ke kau nak aku jadi hackers?? Dari elok2 aku percayakan kau..Terus hilang semua tu gara2 perangai kau....Dalam satu hari nie dah brape kali kau sakitkan hati aku?? Pagi tadi kau janji apa dengan aku?? kau dah lupe eh....Bgus kan kalau kau dah lupa....

Okay la....Aku dah tak nak ambik tahu pape lagi...kau nak buat apa pun kau buat jela....xperlu lagi kau nak buka n baca blog aku nie...Dekat FB tu plak kau boleh je UNSUBSCRIBE aku.....So, apa2 yang aku update kau tak akn tahu....dan aku pun akan buat macam tu jugak..FAIR kan? Aku akan UNSUBSCRIBE kau punya FB tu....Aku tak layak pun kan nak ambik tahu pasal kau? Aku nie cuma tempat persinggahan je pun kat hati kau tu....

ARGGGHHHH~!!!!!! SERABUT AKU~!!!


Boleh plak kan kau tanya aku tak sayang kau lagi ke? WHAT THE HELL~!!! persoalan sekarang sape yang xsayang sape? aku ke kau haaa~~ aku ada tak sakitkan hati kau?? ada tak aku sembunyi pape dari kau... Kau pikir jela sendiri... Setiap benda yang aku buat rasanya aku ada je bagitahu kau...Sape je yang mesej aku pun aku bagitahu je...Kalau aku tak sayang kau aku dah lama tipu kau....Ex aku mesej aku tunjuk je dekat kau...Laki lain mesej aku xlayan pun..Sebab aku ingat kau~!! aku jaga hati kau..Tapi kau~!!

Perghhhh~!!! dekat aku bukan main lagi kau cakap kau xcontact dia...padahal kat TWITTER tu...macam sueyyy je aku tengok....~!! Aku sebenarnya tak pernah pun nak halang kau contact dia tapi kenapa kau xcakap dekat aku...aku rasa tertipu sangat~!! sebab sebelum nie kau janji nak bagitahu aku...Tapi, hakikat sebenar apa kau buat?? Bila aku dapat tahu kau boleh plak tanya aku perlu ke stalker semua...Soalan tempah maut nampak~!!

Kau nak mesej ke nak jumpe ke nak wat ke dengan dia...wat la~!! aku xkesah~!! yang aku kisah nye sekarang nie KAU TIPU AKU~!! tu yang aku marah dan bengang sangat sekarang nie....Sampai bila agaknye ye aku nak kena makan hati macam nie.....

BETTER AKU MATI JE KAN??? 

Stuck At Here~!!!

Assalamualaikum....
Hye peeps~~~

Stuck at here?? at where?? and why?? 
Mesti semua macam pelik je kan baca tajuk entry aku kali nie...
Asal plak tetibe aku stuck kat sini....Plik kan??

Sebenarnya aku nak bagitahu yang aku dah stuck in study mood at here.....
Pagi-pagi tadi sesudah sampai kat UMT mood aku memang clear punye untuk study.....
Belum sempat mandi aku terus on laptop dan terus buka NOTA-NOTA yang ada.....

Rajin kan??

Tetibe roomate aku ajak g library..Aku terus mandi dan siap2 ke library...

Then bila dah sampai nye kat library macam biasa study...study dan study....
Tapi, segalanya bermula apabila mata aku dah tak mampu nak bertahan tengok SLIDE LECTURER NOTE kat skrin laptop aku....
Tangan aku pun mula la gatai KLIK blog dan terus ke laman yang xsepatutnya.....

Baca punye baca....
Finally air mata aku berjujuran jugak...
My roomate perasan bila im cried.....
OH SHIT~!!! why must im crying at here??
Ini semua gara2 aku gatai g baca blog dia.....

Lepas je aku baca blog dia memang aku dah STUCK abis....
Aku dah tak mampu lagi nak study...
Dari tadi asyik dekat slide tu je....
Bila nak bertukar pun entah la kan....

Bertambah STUCK bila si dia lalu depan aku....
OH MY~~!!! kenapa sekarang....
Di mana aku nak sembunyi nie.....
Damn~!!! 
Bertambah hilang mood study aku.....


...................................................................................................................................................................

IEYKA~!!!wake up darl~~ your final is around here....jangan main2..ingat semua pesanan mama dan abah kat kampung tu....kau tak sayang dorang ke?? penat2 dorang hantar kau jauh2 lepas tu kau nak main2 lagi ke....Please IEYKA wake up~!! jangan sebabkan benda tu kau nak down macam nie...Kau mampu hadapi semua nie...Kau buktikan yang kau tak lemah...Bangkitkan semangat kau tu....Selama nie kau kuat kan? Kenapa sekarang kau lemah.....Tenang2 kan fikiran kau dan terus study...JANGAN PATAH SEMANGAT LAGI~!!!

Haruskah Aku Pergi~!!


Assalamualaikum...


Kau dan dia dah lama kenal.... Dan dah lama berkawan tapi sejak hadirnya aku.. Kau dan dia seolah-olah jauh.. Mungkin kerna aku.. Aku jugak tahu yang dia sayangkan kau.. Dan dia tak sanggup untuk kehilangan kau... Aku tahu dan paham isi hatinya.. Aku juga perempuan seperti dia... Sebelum aku hadir dalam hidup kau, dia sangat rapat dengan kau... Aku juga dapat rasa kan kau juga punyai perasaan yang sama dengan dia... Cuma kau tak nak kecewakan aku dan kau terpaksa untuk meneruskan hubungan ini...Aku tertipu~!! Aku menderita~!! tapi lagi menderita andainya aku merampas kau dari dia... Aku tak sanggup untuk bertahan lagi... Aku tahu dia sangat memerlukan kau... Tapi, aku sedar aku juga memerlukan kau... wajarkah aku melepaskan kau untuk dia? Aku sudah tak mampu menahan sebak di dada setiap kali aku terbaca luahan hatinya...Aku tahu dia kecewa..Dia sengsara..


Ya Allah, apa yang telah aku lakukan?


Kenapa sebelum aku mengenali kau..Dia tak pernah untuk meluahkan rasa di hati...Dan kenapa sekarang setelah kita bersama dia begitu? Aku tak tahu bagaimana untuk meneruskan hubungan ini... Bersalahnya aku kerana merampas hak dia... Berdosanya aku kerana melukai hatinya...Saat ini aku terbayang bagaimana seandainya suatu hari nanti benda ini terjadi pada aku... Memang sebelum ini aku pernah merasainya, tapi...aku sudah tak sanggup lagi untuk merasainya...Pedih~!! Sakit~!! 


Aku dapat merasakan yang dia kini menganggap aku 
perampas~!! oh no~!! i didnt meant its...~!! Aku tak tahu dia punyai hati pada kau... Seandainya aku tahu, sebolehnya aku tidak akan mendekatinya... Aku tak suka di anggap perampas... Aku tak suka untuk bergaduh... Dan aku sedar aku patut menghormatinya kerana usia dia lebih tua dari aku...Dan aku setaraf adiknya...Kenapa aku sanggup melukai hati kakak aku sendiri? 


Haruskah aku pergi..!!!

Sedang aku mengarang sambil melayan lagu you tube tetibe aku terpaut dengar lagu ini....seakan2 kena dengan situasi aku kini.....


AKU YANG AKAN PERGI....

perih hati menjalani 
sedih yang tak pernah berhenti
letih terus kau sakiti
perasaan ini kau bodohi
dimana dirimu yang mencintai 
aku sepenuh hati
aku yang akan pergi
bila kau enggan memilih
cintaku ini bukan seperti
tempat persinggahanmu
letih terus kau sakiti
perasaan ini kau bodohi


Okay, Aku dah tak tahu apa yang perlu aku lakukan saat ini....
Benarkah ini jalan yang terbaik.....
Aku cuma ingin melihat dia bahagia.....
Walaupun aku terluka~!!

Ya Allah, tunjukkan aku jalanmu~!!


p/s:: aku sayang kau tapi dia juga sayang kau....aku rela untuk melepaskanmu sekiranya kau lebih bahagia disamping dia.... 

Thursday, December 29, 2011

Hati Aku Menangis Lagi...


Perlu ke aku cemburu?
Perlu ke aku larang?

Awak, ini cuma luahan hati saya je okay....
Tak perlu la awak nak ambik serious sangat dengan benda nie....

Sebelum nie awak ada tanya saya kan boleh ke awak nak terus berkawan dengan that girl....
Masa tu saya jawab boleh kan?

Okay, sekarang ini saya nak bagitahu perkara sebenar....
Saya xkisah sebenarnya awak nak berkawan dengan sape pun....
Sebab bukan hak saya untuk halang awak berkawan dengan sape2 pun....
Lagipun awak pun tak pernah nak halang untuk saya berkawan....

Cuma bila awak bagitahu yang ada masa awak perlu berjumpa dengan dia....
itu je yang buat hati saya terluka seketika.....
Mungkin kerana saya cemburu.....
Lebih2 lagi that girl ada hati dengan awak....
Awak plak kalau berjumpa dengan dia cuma awak dan dia...
Means berdua~!!!
Hati mana yang sanggup tengok orang yang dia sayang keluar dengan perempuan lain berdua.....

Then, if saya pun keluar dengan laki lain berdua je...
Apa pulak yang awak rasa?
Tipu la sangat kan kalau awak cakap awak tak de rasa pape....
Memang tak dinafikan....
Before saya kenal awak memang saya selalu keluar malam dengan my friend...
Of coz la laki kan...And berdua..
Tapi, sekarang tak lagi since saya kenal awak......
Ini saya buat sebab saya hormat awak....
Saya tak nak lukakan hati awak....
Sebab saya tahu tanggungjawab saya....

Saya tak bermaksud nak awak buat macam tu jugak dekat saya....
Saya tak harapkan balasan pape dari awak....
Cukuplah sekadar awak jaga hati saya...
Jangan biarkan hati saya terluka lagi........

ermmmmm,,,
Saya cakap semua nie bukan bermaksud saya melarang awak....
Saya cuma nak meluahkan apa yang saya rasa....
Kalau saya cemburu pun saya tak de la nak marah2 tak tentu pasal...
so, awak tak perlu risau....
Awak boleh terus berkawan dengan dia......
Yang penting saya harap awak jujur dengan saya......
Jangan pernah nak tipu saya apa2 sekali pun.....



p/s:: baru ada niat nak post entry nie...kalau tak terperap je kat draft~!!



Mimpi~!!!

Assalamualaikum.....

Lately, aku sering mendapat mimpi yang pelik dan mengerikan..
Mengerikan bukan bermaksud aku bermimpi jumpa hantu or what...
But mimpi something bad happens to my lover.....
Before this aku sering mimpi yang my dad meninggal....
Kata orang kalau mimpi macam tu umor orang tu akan panjang....
im really hope so~!!
Aku tak sanggup kehilangan my dad...he's everything for me...
Dont know what happen to my life and my future without him....
Then dua tiga hari yang lepas pun aku ada jugak mimpi sal kematian nie...
Memang dalam mimpi tu tak nampak yang my dad meninggal...
Tapi, mimpi tu seolah2 bagitahu aku petanda....

Korang pernah kan dengar pasal Tanda 100 hari sebelum Kematian??
haaa, dalam mimpi tu ada tunjuk pasal tu la...

Aku tak pernah nak cerita dekat my family aku pasal benda nie....
Aku sangat risau sekarang nie...
Really hope tak kan terjadi pape to my dad....
Memang my dad sakit tapi, aku tahu my dad masih kuat dan mampu bertahan....
I love my dad damn much~!!!

Selain dari tu, aku sekarang selalu jugak mimpi about my only one....who? ermm, biar aku je tahu...
Masa hari isnin yang lepas aku mimpi dia excident.....
Aku call dia banyak kali tapi tak angkat....
Aku dah mula panik..
Then, aku call lagi his mom yang angkat and bagitahu dia ada dekat hospital....
because he involve in excident masa balik dari hantar aku.....
Kebetulan malam before aku mimpi nie aku balik kampung dan dia hantar ke terminal...
lepas tu aku dengan dia mesej macam biasa...
tetibe dia tak balas...aku fikir dia tido..
dan hari isnin sebelum aku mimpi aku ada call dia.....
tapi tak angkat...sampai masuk jugak dalam mimpi aku....
ini sebab aku terlalu risaukan dia...
Dan sekarang mimpi aku nie memang jadi kenyataan...
Tapi, nasib la xteruk...Syukur la kan~~!!

Lepas aku mimpi dia excident aku ada mimpi yang kitorang bergaduh....
bergaduh sebab kan pompuan lain....who?? dia tahu sape pompuan tu.....huhu
kisah dia mula bila aku tengah lepak2 dengan dia....
tetibe datang that girl dekat kitorang...
dengan senang2 nye dia abaikan aku dan lebih kan that girl....
terus kitorang bergaduh...
dan dia ambik keputusan putus dengan aku dan pergi kat that girl....
lepas dari tu aku dah tak tahu apa jadi...
mimpi aku terganggu....

Aku tahu mimpi tu permainan tido..
tapi sometimes mimpi tu bawa petanda jugak...
Tapi, apa2 pun aku harap sangat mimpi2 aku nie tak akan jadi kenyataan....
Walaupun ada certain mimpi tu dah jadi kenyataan.....
Aku harap tak akan jadi teruk.....
Aku sayang mereka...~!!!!

Wednesday, December 28, 2011

Sample Layout (Polka Dots)

Assalamualaikum.....

Sebelum nie saya ada buat Sample layout untuk stripe kan...??
apa tak tahu?? cuba korang tengok DEKAT SINI

okay~!!
dah tengok kan....
cantek kan??puji diri sendiri lak eh..hehe

dah2....
tengok kat bawah nie....
Sample Layout untuk polka dots plak...
boleh la ambik kalau nak......
tengok tutorial KAT SINI kalau nak tahu macam mana nak buat.....









Sample Layout (stripe)

Assalamualaikum.....
Ini sample layout yang saya dah sediakan untuk korang....
boleh la ambik yang mana korang nak....
nak tahu macam mana nak tukar layout korang boleh tengok dekat tutorial yang saya dah sediakan....

KLIK DI SINI untuk tutorial cara tukar layout sendiri....










Jom Klik...


Korang nampak kan ada benda nie dalam blog saya...
s0, apa korang tunggu lagi....
jom la kite main klik ramai2....
macam2info korang akan dapat untuk setiap gambar yang korang klik tu.....
serious, memang berguna info2 tu....
kalau korang peminat Yuna korang boleh klik kat gamba dia...
and tolong vote untuk lagu2 dia.....
Then, kalau korang nie jenis yang suka bersenam cuba korang klik dekat gambar Cara Hidup Sihat...
korang juga boleh check berat ideal korang kat sini.....
if korang perlukan ubat plak korang boleh tengok dekat Tiger Balm tu...
korang boleh tengok sendiri info2 tu kat sana...
dengan syarat korang kena Klik dulu la baru boleh tahu kan apa information yang ada....
selamat berklik ye.....

Promotion~!!



Assalamualaikum.....

Kat atas nie ada Pashmina Tones Shawl untuk di grab....
Kain lembut, panjang dan lebar....
Sesuai untuk muslimah....
Sangat selesa dipakai dan tidak panas....


Ready stock!!

Sehelai RM10 termasuk dengan postage (semenanjung)...
Sehelai RM15 termasuk postage (sabah/sarawak)....
Postage yang digunakan hanyalah Pos Laju...


Selain itu, pembelian 3 helai dan ke atas juga akan mendapat Inner Neck percuma...

Stock yang masih ada...

p01
p03
p05
p07
p11
p15
p16
p19



Untuk membuat tempahan sila tinggalkan komen di ruang komen dan tinggalkan link Facebook sekali ye.
Untuk memudahkan saya PM anda. Atau pun untuk memudahkan kerja korang SMS ke nombor 0134253615. SMS nama , alamat , kod Pashmina .


Tuesday, December 27, 2011

Penat!!

"Haishhh~!!! Pilih jela benda apa pun yang kamu nak...den dah penat nie nak berjalan..."

banyak kali jugak la aku merungut benda nie dekat adik aku malam tadi masa kitorang keluar beli barang dekat Tesko Mergong sana tu. Nak pilih hadiah pun lama gila. Suruh beli tu tak nak nie tak nak. Bungkus katak jela bagi dekat dia. Mahu aku tak merungutnye, aku keluar pakai heels kot malam tadi. Sandal aku xbawak balik. Nak tak nak memang kena pakai heels jugak la. Aduh, seksa kot berjalan pusing satu tesko pakai heels. Tambah pulak aku dah lama tak pakai heels. Selalu aku pakai wedges je. Kalau pakai wedges tak de la sakit sangat macam pakai heels. 

Nasib baik la adik aku. Kalau orang lain memang aku dah suruh je dia pergi beli sendiri. Tak nak la aku berteman2. Nak beli hadiah kat awek sendiri2 la kan. Untung la adik aku lau bukan adik sorry dan selamat jalan ye. 

Masa tengah pilih2 barang semua mata asyik memandang je. Kenapa fikir kitorang as lover ke? Sebab dah rupa macam pakwe nak belikan something untuk awek dia je kan. Mana tak nye masuk kedai semua pompuan je. Laki mana sanggup masuk kedai yang banyak pompuan melainkan kalau dia nak beli something untuk awek dia. Aku tak kisah la apa korang nak fikir sal aku dengan adik aku. Ada bagus jugak kalau koramg fikir macam tu. 

Jalan punya jalan, last2 my abang suggest beli diary. So, aku dengan adik aku pun terus ke Popular. Last2 novel jugak yang dia pilih. Tak de benda lain ke nak beli. Tahun lepas pun beli novel jugak. Tak pe la. Asal kan korang bahagia sudah. Bercinta2 jugak study jangan lupa ye. Tahun depan nak SPM. Good luck ye~!!

Makan...Makan dan Makan Lagi..


Hye there....

Aku dah berada kat rumah sekarang nie. Bahagia gila aku rasa hari ini. Aku sampai rumah dalam pukul 6 lebih pagi. Macam biasa la kan dah penat naik bas berjam-jam aku pun apa lagi bila dah jumpa katil. Teruskan tido yang panjang. Bangun plak dah pukul 9 lebih rasanya. Tu pun sebab aku tersedar lepas aku mesti sesuatu yang aku tak ingini. Mimpi apa? Next entry aku akan ceritakan okay. Aku bangun je pagi tu tengok my mom tengah makan-makan dengan my sis and my brother in law. Sedapnya tengok nasi lemak yang my mom buat. Nak makan macam tak agak la kan sebab mandi pun belum. 

Pukul 11 lebih baru aku mandi. Mesti korang pelik kan apa aku buat sebelum tu. Ermm, apa lagi dah bangun pukul 9. First things yang aku cari my cat. Miss Stokin Bucuk aku tu la. Malangnye dia tak de kat rumah. Then, aku terus on My Lappy and update my blog. Aktiviti harian aku la kata kan. Tanpa blog hidup aku macam tak lengkap je. Huhuhu

Dah pukul 11 lebih aku mandi semua. Hampir pukul 12 baru la aku menjamu selera nasi lemak. Perghhh~~ sedap gila!! Memang aku dah aim lama dah nasi lemak nie. Kat Terengganu nak dapat yang macam my mom buat memang tak kan jumpa la kan. Selalu jumpa nasi lemak pun yang nasi putih biasa je, tak de lemak pun. Tak sedap kan? Puas rasa bila dah dapat makan.

Bila tengahari my mom buat Mee Rebus. Fuh, makan besar aku hari nie ye. Tapi, tengahari tu aku tak makan sebab perut aku dah full dengan nasi lemak. Petang dalam pukul 6 lebih baru la aku makan Mee Rebus. Kaw~!! Kuah dia memang sedap. Pedas dan menepati citarasa aku. 

Malam pulak aku keluar with my mom, my bro and my lil bro. Kitorang keluar pergi beli barang dan teman my lil bro beli barang untuk his....?? Siapa eh? Next entry nanti aku cerita. Penat kot teman dia. Then, dah selesai membeli dan membelah kitorang pun terus ke kedai Iman Char Kuey Teow. Kedai yang famous kat Alor Star. Kitorang makan Kuey Teow Kerang je kat situ. Sedap la jugak kan. Tapi, tetap tak boleh lawan Kuey Teow Kerang yang dekat Jitra lagi la.

Then, dekat pukul 12 bru kitorang sampai rumah. Dah sampai rumah aku makan lagi. Kali ini memang aku makan favorite food aku. Apa lagi kalau bukan Big Apple. Fulamak~!! Sedap gila kot. Kenyang suda perut aku untuk hari ini.

Kesimpulannya, hari ini memangaku makan dengan banyak sekali. Yela kan baru sampai rumah. My mom masak sedap pulak tu. Mana boleh tahan aku tengok. Makan jela kerja aku.

Monday, December 26, 2011

Tutorial Untuk Layout Sendiri....


Haa, korang nak tahu tak macam mana nak buat layout sendiri. Senang je. Mesti ada kan yang tahu nak buat.
Kepada yang belum lagi tahu meh sini Misz Ieyka nak ajar korang. Dengan syarat korang follow je step nie. Kalau tak follow macam mana nak jadi kan. Ready?? Ok baca step-step kat bawah nie ye...

First:: Korang kena buka Dashboard > Design > Edit HTML

Second:: Korang kena cari code yang kat bawah nie

body {
Korang nak cari code nie korang kena tekan Shift+F

Haa, dah jumpa kan code yang korang cari tu......follow step ketiga plak..

Third:: Korang copy code yang kat bawah nie..lepas tu paste kat bawah code yang korang cari mula2 tadi tu k....

background:url(url background);background-attachment: fixed;background-repeat: repeat;}

Tulisan yang warna merah tu korang boleh tukar dengan apa saja URL gambar yang korang cari.....Ambik Direct Link je okay....

korang boleh dapatkan URL gambar kat sini jugak ye....
KLIK DISINI
nie contoh saja.....

Sebelum korang save korang kena la preview dulu...kalau dah jadi baru la korang save...
S0, dah jadi kan...Siap la layout baru korang tu...

Aku Nak Dia!!!






ELMO...!!!!

Nie salah satu favorite bear aku. Memang aku dah aim benda nie dah lama. Aku dah cari benda alah nie merata tempat dah. Tapi, tak jumpa lagi. Susah kot nak cari benda nie. Limited betul~!!

Ada tak sape2yang baik hati dan bermurah hati nak hadiahkan aku benda nie sempena tahun baru. =D Melampau la kan nak masuk tahun baru pun nak hadiah. If ada yang sudi bagi memang aku suruh dia masuk minang terus. Tak de banyak soal dah. (ye2 je kan?) Memang nak pulak aku kan kahwin awal2 nie. Tak ready lagi aku nak pikul tanggungjawab.

Arghhhh~!!!!
Aku nak ELMO. Tolong carikan elmo untuk aku. Aku nak bagi dia kawan dengan Mr.F aku tu. Kesian aku tengok Mr.F aku tak de kawan. So korang tolong la carikan elmo untuk Mr.F. Very interested with ELMO. 

Kenapa eh aku suka sangat elmo? Ermmm, entah la. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku suka sangat dengan elmo nie. Mungkin sebab warna dia agak nye yang bagi attraction kat aku. Merah gitu~ Banyak ong maa~~ 

Mengharapkan hadiah birthday aku nanti aku dapat elmo. Mampu ke? hahaha
Untung la kan kalau ada yang sanggup nak bagi aku hadiah elmo nie. Boleh pulak kan aku mintak hadiah birthday. 

Ermm, pape pun one day aku akan beli jugak elmo nie. Macam mana dulu aku gilakan MR.F. Selama dua tahun kot aku gila2 kan Mr.F. Then, finally aku dapat jugak beli Mr.F. Memang aku sayang sangat dekat dia. So, nanti kalau aku dah dapat elmo aku tak kan sia2kan Mr.F. Dua2 aku akan sayang. Dua2 aku akan jaga dengan baik.


Aku Terjatuh Lagi...

Aku jatuh cinta lagi. Belaian mesra dia menawan hati aku. Dulu, aku pernah tewas dalam perjuangan ini tapi kini dia telah membuka hatiku untuk meneruskan perjuangan ini. Aku tak mahu dia pergi. Ya Allah, seandainya dia telah ditakdirkan untuk aku. Kau peliharalah hatinya untuk terus mencintai aku. Dan jangan lah kau biarkan aku tersakiti lagi. Aku dah tak sanggup lagi menanggung kesakitan. Aku harapkan agar kau tidak akan mengecewakan aku. 

Jangan Letih Mencintaiku....

seluruh hati telah kudatangi
hanya hatimu,yang kupilih
seluruh cinta telah kuselami
hanya cintamu,yang kucari

jangan letih mencintaiku
janganlah terhenti
jangan lelah menyayangiku
hingga bumi tak bermentari

tak ada kasih yang sepertimu
yang pernah aku miliki
sungguh tak bisa aku berpaling
menjauh darimu

jangan letih mencintaiku
janganlah terhenti
jangan lelah menyayangiku
hingga bumi tak bermentari


Sunday, December 25, 2011

Oleh Kerana Aku Sibuk....


Lately, kehidupan aku memang agak tak menentu. Semuanya disebabkan symptom final punya pasal. Tambah pulak dengan assignment yang bertimbun-timbun untuk disiapkan sebelum final. Memang tak ada arah sebentar hidup aku kat bilik. Nak study untuk final memang tak la kan. Mana taknya, siang kerja aku online dan bermain-main. Bila malam pulak sibuk "mengopi" assignment. Sorry jela, aku terpaksa copy assignment sebabnya masa dah makin suntuk. Kalau aku buat sendiri mau makan masa yang panjang. Nak tak nak memang kena copy jugak la. 

Disebabkan semua benda ini belum selesai, bilik aku pun bersepah tahap kritikal dah. Lebih-lebih lagi atas katil aku tu. Fulamak, kalau ada mak-mak tengok memang reject terus nak ambik aku jadi menantu. Punya la sepahkan. Nak tidur je aku ambik site tepi-tepi je. Nasib la kan bilik semester nie aku duduk berdua je. Tak ada la crowded sangat. So, kalau dah kata bilik bersepah pun still ada place lagi la untuk aku melepak kan? 

Nie tempat lepak aku. Tempat aku manja-manja dengan Mr.F. Kemas kan? Almaklum la, nie setelah aku kemas. Kalau tak memang xkan nampak rupa katil pun.

Ini meja study aku. Tengok je meja besar tapi aku memang tak kan study atas meja nie. Prefer atas katil je. Kalau aku study kat meja nie pun mungkin paling lama aku boleh bertahan satu jam jela. 


Haa,kemas kan bilik aku?hehe Biasa la ini time aku tengah rajin nak mengemas. Aku tak nak la kan upload gambar time bilik bersepah. Takut jugak korang pengsan nanti dah xsempat nak baca entry aku sampai habis.  Aku boleh mantain kemas ini paling lama pun dalam masa seminggu je. Itu pun kalau hari-hari yang xsibuk la. Kalau sibuk memang serabut gila. Tunggang langgang katil dan meja study aku tu. Tak ada masa nak kemas. 

Untung la kan roomate aku faham keadaan dan situasi aku. Kadang-kadang kalau time pagi aku terlewat bangun pergi kelas memang aku tinggal katil aku bersepah macam tu je. Tak de nye aku nak kemas-kemas. Dan masa tu jugak la roomate aku tolong kemaskan katil aku. Baik kan roomate aku. Sayang sangat kat dia. Bukan senang nak dapat roomate yang sanggup kemaskan katil kita kalau kita tak sempat nak kemas. Aku ada roomate yang baik. Kau ada?? Apa-apa pun thanks to my roomate yang dah banyak tolong aku selama ini. 




Motif:: saja je aku wat entry sal nie..!! hehehe
Credit to my roomate:: Nanie

Saturday, December 24, 2011

Masa Lalu...


ermmm, malam nie hati aku berminat plak nak baca entry2 aku yang dah lama2. Ada entry yang aku suka dan ada yang kalau aku baca aku rasa macam nak nangis je. Tak sangkakan dah hampir dua tahun aku terjebak dengan virus blogger nie. Banyak jugak kan kisah suka duka aku dekat sini. Kalau baca balik semua post2 aku yang dah lama macam best sangat. Kenangankan semua tu. Tanpa kenangan tak de la kehidupan sekarangkan. Korang cube2 la rajinkan diri untuk baca semua entry aku. Banyak benda sangat aku post. Sampaikan aku sendiri pun penat jugak nak baca. Tapi, ada la yang betul2 aku tertarik nak baca. Korang rasa entry berkaitan apa? Tak perlu la kan aku bagitahu entry apa yang aku baca sehingga hati aku sayu. Segalanya masa lalu aku. Masa lalu yang tak mungkin aku dapat ulang lagi. Dan biarkan masa lalu itu berlalu pergi dari hidup aku. 

Masa Lalu

tiada tetesan air mata
ku rasa kini kering sudah
meratapi masa laluku
yang tak berpihak kepadaku

kini engkau ada dimana
ku tak tahu apa kabarmu
mungkinkah nanti ku temui
dirimu yang aku cintai

tertulis kisah cerita kita
begitu indah masa laluku
dia menangis di pelukanku
lalu berkata ”pertahankan aku”

 dimana kini masa laluku
apakah engkau mendengar laguku
yang telah tersaji hanya untukmu
sebagai pelengkap cerita hidupku


Sekarang aku dah punya kehidupan baru. Kehidupan bersama kawan2 yang sentiasa sayang pada aku dan sentiasa bagi sokongan pada aku. Love you all damn much ever~!!




Assalamualaikum untuk post...


Assalamualaikum....
kali ini saya ada buat freebies.....
korang boleh letak untuk setiap post korang....
bru nampak comel cikit.....
semangat je nak baca entry....hehehe :)
spe2 nak bleh la amk kat sini.....
free je pun....xkne bayar pape.....
tapi, kalau dah korang guna tu pandai2 la korang credit to me k.....
inform ye lepas dah amik..
terima kasih~~!!
sayang korang sangat2.....
mmuaahhhh~!!!












Never Say Never...

Assalamualaikum......
Hye bloggers.......

Aku nak cakap pasal SMOKING boleh tak hari ini.......
ermm, ramai girls yang xsuka kan dengan guys yang smoke......
including me~ huhu

a lot of smokers say that its t0o late to stop smoking.....
who say??
its not t0o late~!!
stop smoking before you suffer....
love yourself and care of your healthy.....
you may stop it....
trust me~!!!

korang suka sangat kan hisap rokok???
meh hayati benda kat bawah nie betul2....
kalau korang xsayang nyawa korang sekali pun....
tolong la behave sikit dengan orang lain yang x smoke....
and tolong fikir pasal anak2 korang nanti......


Smoking is an important risk factor for the three diseases that cause most deaths in Australia: heart disease, stroke and lung cancer. It is responsible for around 80% of all lung cancer deaths and 20% of all cancer deaths. Smoking has also been linked to cancers of the mouth, bladder, kidney, stomach and cervix, among others. Smokers are also at increased risk of having reduced lung function from chronic obstructive pulmonary disease. Using tobacco has been linked to a variety of other conditions, such as diabetes, peptic ulcers, some vision problems, and back pain. Smoking in pregnancy can lead to miscarriage, stillbirth or premature birth.



aku tengok gambar nie pun aku dah geli kot..
korang nie xde perasaan ke apa eh??
insaf2 la weh.....


p/s:: dear my future husband, sy xlarang awak nak smoke....tapi, seboleh nye awak jangan la terlalu banyak sngt smoking....kurangkan la ye~!! awak tak nak kan nanti anak kte lahir pra-matang? ksian kat baby nanti....awak mesti sayang anak kite kan?so awak kena belajar kurangkan merokok dari sekarang ye....supaya nanti bila kite dah kawin....xde la saya risau sangat~!! awak kurangkan je...nanti dah lama2 awak akan berhenti terus......saya sayang awak taw~!! tak nak tengok awak sakit....awak jaga diri awak baik2 ye......stop smoking please~!! 















sja nk bagi pngjaran~!!
semoga insaf lepas tengok gambar...
walau pun aku tahu hati korang memang macam batu kerikil.....
xde perasaan....huhuhu










Wajah Baru~!!

Assalamualaikum.....

haaaa, korang ada perasaan tak menu bar blog aku dah lain sekarang....
purple in color gitu....
aku pun sebenarnye dah pelik sekarang....
sejak dua menjak nie aku suka sangat dengan purple....
kenapa eh??
tersangkut dengan rumate agk nye...hahaha


Sebelum nie aku pakai widget je untuk menu bar.....

tapi sekarang aku edit sendiri....
atas pertolongan my Adik...
adik??? my junior lorh masa kat sekolah dulu.....

mula tu aku tanya dia.....
"cmne eh nak center kan menu bar?"
tanpa banyak soal dia pun terus gtaw aku cmne nak wt.....
dia suh aku buang widget dan follow tutorial dia....
korang pun bleh cuba kalau nak......


Dear Azim, 
than yea for helping me....
ur tutorial memang berguna......

sape2 nak tengok tutorial kat blog dia bleh KLIK DISINI ye......


credit to :: adik azim!!
 
© IeykaShahidan