Monday, October 22, 2012

Niat Kerana Allah.

          Alhamdulillah, sekali lagi aku diberikan kesempatan dan ruang waktu untuk turut serta mendengar kuliah maghrib di surau hari nie. Ya Allah, sebelum nie dalam diri aku kosong sebenarnya tanpa ilmu. Sedih aku kenangkan nasib dan corak hidup yang telah aku lukiskan sepanjang 21 tahun aku mengenal dunia. Aku bersyukur kerana didalam kejahilan diri aku nie, Allah masih sayangkan aku untuk membuka pintu hati aku untuk mengikuti majlis ilmu yang diadakan di surau. Yela, sebelum nie kalau ada sape2 yang ajak pergi mesti akan ada saja alasan yang aku berikan untuk elak dari pergi. Dalam kuliah tu tadi, penceramah menyampaikan tentang niat. Pelbagai jenis niat kita boleh lakukan. Tapi apa yang pasti niat perlulah kerana Allah supaya hidup sentiasa mendapat keberkatanNya. Aku nak ceritakan semula apa yang disampaikan aku sendiri tak tahu nak karang ayat. So, aku terpaksa minta pertolongan google untuk cari apa itu niat. 


Niat merupakan sesuatu yang penting dalam setiap pekerjaan dan amalan seharian kita..dan lebih-lebih lagi apabila kita ingin menjalankan satu-satu ibadah kerana Allah..di dalam mazhab syafi’i niat amalan ibadah yang dilakukan tanpa niat tidak dikira sebagai ibadah..dengan kata lain..sia-sia sahajalah amalan ibadah kita tersebut apabila kita tidak berniat.. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) ada bersabda : 

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى 
( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )

Di dalam kitab Arbain Nawawiyyah ( Hadis 40 ) dimulakan hadis pertama didalam kitab tersebut dengan hadis yang berkaitan dengan niat ini.. jadi disini dapatlah kita lihat bahawa betapa pentingnya kita berniat dengan niat yang betul dan ikhlas ketika melakukan sesuatu pekerjaan agar kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah subhanahuwata’ala. Niat itu tempatnya dalah dalam hati iaitu dengan kata lain kita tidak perlu menzahirkan niat kita kerana niat pada asalnya tempatnya adalah didalam hati kita.. Tetapi disana ada yang mengatakan bahawa niat itu perlulah kita zahirkan atau ucapkan melalui lisan seperti niat solat, puasa dan sebagainya..tetapi kata-kata seperti ini adalah tidak tepat..kita tidak perlu untuk melafazkan niat itu dengan kuat sedangkan tempat asalnya niat tersebut adalah dalam hati kita..hanya kita dan Allah yang mengetahuinya.. 

Bagaimanakah pula cara untuk kita berniat dengan betul dan sempurna serta ikhlas ketika beribadat dan sebagainya.. Di dalam syarah riyadhus salihin ada menyatakan bagaimanakah kaedah untuk kita mencapai niat yang sempurna..di dalam kitab tersebut disebutkan tiga kaedah yang perlu kita ikuti.. 

pertama. berniat bahawa apa yang kita lakukan itu adalah ibadah ” sebagai contoh.. makan nasi.. kita berniat kita makan itu adalah salah satu ibadah kepada Allah yakni kita makan untuk kita teruskan hidup dengan beribadah kepada Allah. 

Kedua. berniat melakukan sesuatu itu hanya kerana Allah bukan selainnya “. sebagai contoh..kita makan dan kita berniat makan kerana Allah.. 

Ketiga. berniat bahawa kita melakukan sesuatu perkara itu kerana melakukan perintah Allah ” sebagai contoh juga..kita makan dan kita berniat mengikut perintah Allah supaya tidak meletakkan diri kita didalam kebinasaan yakni dengan tidak makan kita mungkin akan jatuh sakit dan sebagainya. 

Apa yang kita dapat lihat disini ialah, untuk mencapai niat yang sempurna ( insyaallah ) adalah dengan mengabungkan ketiga-tiga kaedah ini iaitu "kita berniat melakukan sesuatu itu kerana ibadah kerana Allah dan juga kerana mengikuti suruhanNya". Niat ini juga amat penting kerana setiap perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan niat dan Allah akan menghisab kita pada hari akhirat kelak juga mengikut apa yang telah kita niatkan ketika melakukan sesuatu perkara tersebut. Jika baik dan ikhlas niat kita maka insyaallah amalan kita akan diterima dan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah dan begitulah juga sebaliknya.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati aku  terus mencari keberkatanMu ! 

Sunday, October 21, 2012

Fitrah Cinta


Jodoh...
sedekat mana jua seseorang itu kepada kita
dan betapa kita mengharapkan dia menjadi pasangan kita,
pasti tidak akan terlaksana jika Allah tidak menetapkan dia untuk kita.

Bahkan...
sebanyak mana kita dan dia berbeza dan
sebesar mana asingnya dia pada kita,
jika Allah mengkehendaki pasti dia yang menjadi sang suami/isteri.

kerana...
itulah sifatnya jodoh...begitu rahsia...
kita tidak tahu bila kita akan bertemu,
di mana kita akan bertemu,
bagaimana kita bertemu,
dan SIAPA YANG AKAN KITA TEMUKAN dalam pertemuan sebuah JODOH...

Yang bertandang belum tentu milik kita dan
yang menjauh tidak mustahil dialah gerangannya...

"Jodoh itu rahsia ALLAH"

Cinta. Salahkah ia? Sebenarnya Islam tidak memusuhi cinta. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Semalam, terdetik dihati aku untuk mengikuti forum yang dianjurkan oleh pusat Islam. Sebelum pergi aku memang tak tahu tajuknya. Sampai saja di sana, baru aku tahu tajuk forum tu berkaitan dengan cinta. Ilmu yang disampaikan membuka mata dan minda aku mengenai cinta. Aku tertarik dengan perkongsian yang diberikan oleh ustazah Rodziah dimana dia mengatakan bahawa terdapat enam jenis sifat yang perlu dinilai sebelum mencintai seseorang. 

  1. Cinta seorang hamba pada ALLAH.
  2. Cinta sebagai seorang islam kepada Rasulullah S.A.W
  3. Cinta seorang murid kepada guru.
  4. Cinta sebagai masyarakat kepada pemimpin.
  5. Cinta suami kepada isteri.
  6. Cinta seorang anak kepada ibubapa.

Cinta. Bilakah yang selayaknya untuk bercinta? Dari apa yang aku perolehi semalam, cinta ini tidak boleh dicari. Seandainya diri sudah siap sedia memikul tanggungjawab dan memelihara maruah diri maka bercintalah. Cinta secara islam tidak pernah wujud. Cinta secara islam hanya digunakan untuk menghalalkan cara. Ustaz memberitahu sekiranya cinta itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri maka kita boleh teruskan. Jangan biarkan diri ini terjebak dengan cinta yang tidak mendatangkan faedah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya.

Saturday, October 20, 2012

Tahajjud



"Kita buat solat tahajjud ye pagi nanti". 

Aku mendiam seribu bahasa. Selama nie aku memang tak pernah nak buat solat tahajjud pun. Dan bila ada kawan datang bilik dan ajak untuk buat solat tahajjud aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku tak mengiakan dan tidak untuk katakan tak nak. 

"Korang nak bangun pukul berapa, aku nak set alarm nie".

Dalam pukul 1 lebih aku tanyakan kawan aku untuk set alarm supaya mudah untuk bangun bila tiba masanya. Pukul 4.45am telah aku setkan waktunya di phone aku. Tapi mata aku masih segar menonton cerita yang ada dalam laptop ini. Masa berjalan dengan pantas. Pukul 4 baru aku tidur. 

Pukul 4.45am. Phone aku berdering menandakan masa yang telah disetkan telah tiba. Tapi, aku mengabaikannya seketika. Disebabkan kawan aku beria nak buat tahajjud aku gagahkan diri untuk bangun dan kejutkan dia yang kebetulan tidur di bilik aku. Aku bangun menuju ke toilet dan masuk ke bilik aku terus sambung tidur. Ya Allah, jahilnya diri aku! Aku telah melepaskan peluang yang ada. 

Iman yang ada di hati masih belum kuat untuk melawan nafsu dan hasutan syaitan di pagi hari. Bersalah pula bila aku dah lepaskan peluang yang ada untuk mendekatkan diri padaNYA. Aku dapat rasakan yang kawan aku pasti sedih dengan sikap aku yang tidak menghiraukan ajakan dia untuk bersama-sama membuat tahajjud. Aku lebih utamakan tidur. Jahatnya!  

Ya Allah, ampunkan hambamu ini. Aku bermohon supaya suatu hari aku mampu untuk menjadi seorang muslimah yangs sejati dan patuh dengan arahanmu. Aku akan cuba untuk perbaiki diri aku sedikit demi sedikit kerana kita bukanlah yang TERBAIK. Tapi sekurang-kurangnya kita mencuba untuk jadi yang LEBIH BAIK ;)

Friday, October 19, 2012

Aku Nak Berubah.



Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...



            Umur aku semakin hari semakin meningkat tapi gerak geri, tingkah laku dan pertuturan masih belum mampu aku tingkatkan ke tahap yang lebih matang. Entah kenapa sejak akhir2 nie aku merasakan hidup ini kosong tanpa DIA. Sudah lama terdetik dihati untuk aku berubah ke arah kebaikan tapi ia sekadar niat tapi tidak dari segi perbuatan. Aku sangat perlukan bimbingan dan dorongan untuk menempuh kehidupan yang penuh onak duri ini. Nak berubah nie sumpah bukan suatu perkara yang mudah. Aku pernah cuba untuk berubah sebelum nie tapi hanya sementara. Alhamdulillah. Allah masih sayangkan aku dan membuka ruang di hati untuk aku berubah. 

           "Aku nak berubah". Itulah ayat yang sering aku katakan kepada teman. Adakala aku menangis sendiri mengenang hidup dan masa depan yang akan datang. Telah banyak perkara yang telah aku lakukan sebelum ini. Sedih. Pilu. Banyak kekurangan dan kejahilan terhadap diriku ini. Entah sampai bila aku harus begini. Mungkin aku perlu mematangkan diri dan mencari sebuah ketenangan di dunia dan akhirat. Yela, nak berubah bkan suatu perkara yang mudah. Tapi dengan adanya teman yang sentiasa menyokong dan mendengar isi hati aku disini buatkan aku bersemangat untuk meneruskan niat aku untuk berubah. 



Keputusan . .


Dalam kehidupan ini kita tidak akan lari daripada membuat sesuatu pilihan. Tidak kiralah dalam apa jua aspek sekalipun. Kita sentiasa dilema untuk menentukan sesuatu keputusan itu. Antara yang ini ataupun yang itu. Kita terpaksa berhadapan dengan perkara ini saban hari. Persoalannya, bagaimanakah untuk kita menetapkan sesuatu keputusan itu? Sedikit perkongsian daripada penulis untuk kalam kali ini iaitu beberapa petua ringkas dan praktikal untuk dilakukan ketika membuat sesuatu pilihan.
1.       Solat Istikharah
Sebagai seorang Muslim kita perlu menjadikan solat Istikharah sebagai prioriti dalam membuat sebarang keputusan kerana bukannya setiap perkara yang kita inginkan merupakan sesuatu yang terbaik untuk kita dan tidak pula semua perkara yang kita tidak sukai itu akan membawa mudarat kepada kita. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu akan apa yang terbaik buat kita, sepertimana dalam firmanNya yang bermaksud,
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah 2:216)
2.       Musyawarah
Musyawarah, syura, bermesyuarat, diskusi, atau perbincangan adalah elemen yang kedua yang perlu untuk kita praktikkan dalam membuat sesuatu keputusan itu. Satu akal yang bersuara dalam membuat sesuatu keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat sebuah keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. Oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuwan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibubapa dalam membantu kita membuat sebuah keputusan itu.
3.       Dengar kata hati
Peranan hati dalam membantu kita membuat sebuah keputusan itu tidak dapat kita nafikan tetapi perlu bersyarat. Bukan secara melulu sahaja untuk mendengar kata hati ini kerana takut kata hati itu tidak tepat. Oleh itu, hanya hati yang cintakan Allah dan Rasul sahaja yang layak dipertimbangkan. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardu, solat taubat atau solat Istikharah serta kektika sedang berpuasa.
Inilah sedikit perkongsian untuk kalam kali ini. Tetapi perlu diberikan perhatian bahawa segala petua ini tidak boleh diamalkan dalam membuat sebuah keputusan yang melibatkan soal mematuhi Allah dan menjauhi laranganNya. Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Wallahuaklam.
“Hidup sentiasa memerlukan pilihan. Maka pilihlah sebuah keputusan yang tepat.”


*Aku sendiri tak pasti dengan keputusan yang telah aku ambil. Berkali dia bertanyakan soalan yang sama tapi aku masih keliru dengan jawapan yang berada di hati aku. Sememangnya aku sendiri tidak pernah untuk berkongsi dengan sesiapa mengenai keputusan yang aku ambil ini. Bukan berniat untuk aku merahsiakan sesuatu dari orang-orang yang aku anggap teramatlah penting yang telah banyak berkorban dan bersusah payah untuk aku selama 21 tahun aku mengenal dunia. Tapi, aku masih lagi belum pasti dengan keputusan yang telah aku pilih ini. Biarkan aku pasti sebelum aku memberitahu kepada mereka mengenai keputusan ini. Ketika ini, biar aku sendiri mengenali diri. Sudah pasti aku sudah tak sanggup lagi untuk hidup dalam berjuta masalah. Biarkan yang berlalu itu terus berlalu tanpa aku menoleh ke belakang lagi. Bila aku persoalkan tentang isu ini kepada sahabat aku. Seperti yang dijangka mereka yang sebelum ini ada yang tidak setuju memberikan komen yang positif mengenai isu itu. Ada baiknya dari aku terus terluka. Apa yang pasti ketika ini aku hanya berdoa supaya ALLAH berikan yang terbaik untuk aku.*

Sunday, October 14, 2012

Makan Besar !


Yong Tau Fu with sup . . Sedap weh !! Perut aku memang full gila hari khamis yang lepas . Balik dari pasar malam lepak dengan member ramai2 . Makan sampai maghrib then sambung makan lagi lepas isyak sampai dah tak mampu nak makan . Yong tau fu tu last makanan yang aku beli kat pasar malam . Actullay , tak banyak pun aku beli . Just beli laksam , keropok lekor , tau fu fah and yoang tau fu . Laksam tu ada la sejemput . Keropok lekor pulak ada la 4 batang kan . sikit je pun . Tapi disebabkan makan ramai2 rasa macam bahagia dan kenyang bila dah kongsi2 makan . Nikmat semua tu . Lepas nie bila dah grad tak tahu la bila pulak boleh berkongsi segalanya . Time study nie memang indah sangat . Ada kawan2 . Suka duka semua sama2 . Best sangat dapat berkongsi segalanya . Hope friendship ever after . 

Friday, October 12, 2012

Practical Training : The last step !

Eh , dah lama aku tak update blog nie ye . Last update pasal fb . So , means lepas dari kejadian tu aku busykan diri aku dengan kerja-kerja yang lebih berfaedah . Since dari aku deactive my fb tu ada la hamba Allah yang concern about me . Mesej aku bertanyakan tentang diri aku . Nak katakan masalah berat tu tak juga la . But . not everything is clear . Dah okay dah pun . Aku pun dah online aku punya FB semula . Kejap je aku deactive . Active fb tapi dah harang online sekarang nie . Bukan sebab aku masih lagi ada masalah but aku banyak kerja yang perlu diselesaikan .

So , xperlu la nak fikirkan sangat aku tak update blog sebab aku ada masalah . Sebenarnya minggu lepas aku sangat la busy . Ada quiz , ada test dan banyak kerja lain lagi . Salah satu kerja yang aku perlu ambik berat buat laporan akhir latihan industri . Banyak jugak la masa yang ada aku habiskan untuk buat report tu . Mana tak ambik beratnya . Report nie saja dah 30 % dan report nie jugak last bagi aku dan latihan industri . Lepas nie dah tak ada lagi benda-benda yang berkaitan dengan latihan industri dalam hidup aku . Tunggu dapat result jela hujung semester nie . Hope dapat A !

By the way , aku bangga juga la dengan diri aku sebab boleh siap sebelum last day submit . Kalau nak ikutkan pengalaman sebelum nie setiap assignment aku akan buat last minit . Entah la sebab apa semester nie aku mampu buat kerja dan siapkan a day before due of submitting date .Tu la cara yang aku perlu ubah from day by day . Report LI dan buku log LI aku dah selesai . Dah pun submit . And for the first time aku terpaksa habiskan banyak duit aku untuk report . Berkorban demi markah ! Mau tak mahal . Aku print laser semua . Untungnya abang kat kedai tu baik hati . Print laser sebab nak tunjuk gambar sebenar masa aku buat latihan industri dulu .



Finally ! Its finish . And dah submit on 11 October 2012 ! 


Friday, October 5, 2012

October ?

              Fuhhh ~ Dah bulan oktober pun . So , 2012 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi . But , apa achievement yang aku dapat dalam tahun 2012 nie . Nak ceritakan achievement yang banyak tu tak la kan . Aku bukan macam bijak pandai cerdik merdik yang lain nak dekan segala bagai . Tapi cukup la dengan apa yang aku usahakan selama nie melepasi target yang aku inginkan . 

               Actually , dalam 2012 nie banyak perkara yang dah jadi . Life aku yang sebelum nie down tahap critical point baru je nak di bangunkan . Even belum sampai tahap yang stabil but its okay for me . Bermula dari bawah setelah jatuh . That's good right ? My lecturer act as my family yang always support in what I do . She's good lecturer that i've ever meet . 

               So , now aku sedang berada di minggu ke empat dalam semester 5 . Nak ikutkan semester 5 nie tak banyak pun subjek yang aku ambil . 6 subjek je tapi sibuknya tu mengalah aku ambik 10 subjek masa semester lepas . Baru awal semester dah sibuk dengan test dengan kuiz , assignment lagi . Hope everything is going good . Till now , masih banyak perkara yang belum diselesaikan . 

4/10 : kuiz analisis surih alam sekitar . 

5/10 : test 1 Asas keusahawanan
6/10 : Orientasi course with junior 
7/10 : Submit quiz electrochemistry
7-11/10 : Submit report LI
29/10 : Test sebatian kimia karbonil 
               Ikut planner aku , kuiz analisis surih dan test keusahawanan dah selesai . Alhamdulillah , kuiz analisis surih aku dapat jawab semua soalan dan satu je jawapan yang aku tersalah sebab confuse . So , kira la sendiri berapa percent dah yang aku dah dapat . Untuk test keusahawanan pun baru je habis tadi pukul 10 . So far , okay la soalan dia . apa yang aku baca dan bohong semalam semua naik dan aku mampu jawab . Alhamdulillah ! 

               Esok 6/10 , masa untuk aku bersosial seketika di pantai UMT bersama kawan dan adik-adik junior . InsyaAllah , lepas nie aku update pasal orientasi course tu . Sabar k ! Sekarang nie apa aku nak buat ? Hmmm ~ Hari ini aku nak rehatkan minda seketika dengan mengemas bilik dan nak keluar lepak di pantai . Itu pun kalau petang nie ada member nak melepak dan tak hujan jugak . 

               About kuiz electrochemistry tu aku dah dapat jawapan cuma belum ditulis dengan sebetulnya lagi dalam paper untuk di submit . Report pulak bahagian 1 dah selesai . Sekarang nak edit dan mentranslatekan from bahasa inggeris ke bahasa melayu untuk part 2 dan part 3 . Bab translate tu yang melemahkan semangat ! Kalau standard language mampu lagi la nak translate . Ini dah masuk bahasa sains memang aku dah errrr ~ apa la yang dimerepekkan . Haa ~ tu la yang aku fikir . 

               Test karbonil tu lepas raya haji nanti . So , plan nak study masa raya dan berkemungkinan aku tak balik raya . Kalau aku nak balik pun maybe aku balik rumah mak angkat aku or rumah member aku . Nak balik kedah ? Hmmm ~ fikir panjang juga . But , tak sure lagi la . Depends on the situation after this . 

6/11 : Test 2 Asas keusahawanan

9-17/11 : Mid Sem 
10/11 : Submit assignment spektroskopi molekul
22/11 : Submit assignment electrochemistry 

               Pasal bulan november nie aku letak tepi kejap . Malas lagi nak fikirkan . Aku tahu dah lepas nie mesti ada lagi test la kuiz la assignment lagi . Untungnya semester nie aku tak de lab nak sibukkan diri dengan masuk lab buat experiment buat report bagai . Semester depan memang sakit badan la . Silap2 aku bawa bantal tilam tidur dalam lab sebabnya semester depan aku dah start buat final project . Ohoiii ! Busy ~

End of topic : jom kemas bilik ! then , get enough rest before going out with him/her/them who is my F .

Wednesday, October 3, 2012

Room Sweet Room !

               Ketiadaan roomate aku buatkan aku meroyan seorang diri seketika . Dah la bilik besar duduk sorang pulak . Memang heaven la kan ? Memandangkan semalam kelas aku pukul 8am sampai pukul 9am dan gap sampai pukul 4pm . Buatkan aku hilang arah tujuan seketika . Kalau dulu pantang ada gap sure aku tidur tak sedar diri dah . Tapi semalam lain gila cara aku . Balik dari kelas sampai bilik dalam pukul 9.30am . On laptop online sampai pukul 10.30 lepas tu terus aku basuh baju sampai pukul 11am . Ingat nak rehat ke apa . Boleh pulak aku masuk bilik dan kemas bilik .

               Memang aku tak de arah tujuan seketika semalam . Lepas sesi sapu menyapu aku terus sesi memberus karpet hilangkan habuk . Tak cukup dengan berus aku ketuk karpet aku . Bapak banyak gila habuk ! Habis la bilik aku kena sapu lagi . Kali kedua aku menyapu . Sure la banyak habuk . Dah siap menyapu tetap aku tak puas hati . Terus aku ambil baldi letak sabun sikit dan letak air . Terus aku mop lantai bilik . Mula aku basahkan sikit je . Tapi macam tak puas hati pulak . Apa lagi ! Mop yang basah tu aku dah tak perah terus aku mop je . Perghhh ! Basah macam banjir dah bilik aku . *tak sempat snap gambar untuk bahan bukti* Perkara yang paling tak pernah dibuat orang . Aku mop lantai for second round guna downy . Memang lantai bilik aku lembut macam kain nak letak softener bagai kan ? Gila kan ! Gila-gila pun bilik aku clean dan wangi okay . Kau hado ? Bilik besar macam nie baru la ada selera nak mengemas . Cuba kalau bilik masa aku first year dulu . Confirm sebulan sekali baru nak mengemas . Sekarang boleh dikatakan every week aku kemas dan mop lantai . Clean bilik aku .

               Dan aku jugak dah siapkan border kat dinding bilik aku . Roomate aku mesti suka bila dia balik nanti . Meja study aku pun dah cantik dan tip top sekarang . Dear roomate jangan jeles ye nanti tengok meja study saya yang comel nie . Hehe ! Kalau bilik boleh cat nie mesti lagi best . Memang aku tukar cat jadi warna pink terus . Siap angan2 nak decorate dinding buat wall paper lagi . Tapi apakan daya aku cuba tinggal setahun je nak duduk bilik nie . Dalam setahun nie jugak aku kena nikmati hidup sebagai seorang student unversiti . Tahun depan dah grad ! InsyaAllah !

Here some picture of my room ! sila jangan jeles ~



Meja study yang telah siap deco . .


Ladybird yang menghiasi bilik . . 
 
© IeykaShahidan