Monday, October 31, 2011

dah sem 3 seh~!!!

pejam celik pejam celik....now, aku dah masuk sem 3 bersamaan dengn tahun 2...xlame lagi aku akan grad..skg nie pn ada mse lagi 2 bulan je untuk ak kuliah sebelum tibanya final...tetibe aku rasa cuak seketika...hehehe tapi dalam mase yang singkat nie pn boleh lagi aku berfoya-foya...adeh~~xpham la aku dengan diri aku nie....bila la nak datang keinsafan....bgun la cik ika oii~~~ smpai bila nk tido nie....kau kne kjar apa yang ada kt belum ada kt depan mata...yang di depan mata nie lak jgn lak kau lupakan.teruskan je.... kau jga dia....kau jaga apa yang ada kt depan mata nie mcam kau jaga pkwe je.....

sem 3 nie...hidup aku mmg happening abis.....bhgia sgt dengn ad kwn2 yang otak nye masuk air je.....no couple 4 this sem wat aku lebih tenang dalam kehidupan sebagai seorang pelajar....like my father said, nk bercinta 2 bleh....tp kne la cari org yang bleh membantu..bukan untuk musnahkn kehidupan kte like b4....ermm,xpela...yang penting skg nie aku dah temui kebahagiaan yang sebenar dalam hidup nie..xperlu nak kusut kepala lagi pk sal cinta2 nie....


Saturday, October 29, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian....

First sekali, saya sebagai selaku penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk baca blog yang tidak seberapa ini. Hari ini, saya nak bercerita tentang impian. Sudah semestinya setiap insan punyai impian di dalam hidup ini. Kata orang impian itu mestilah tinggi walaupun di luar kemampuan kita. Tidak mustahil kan kalau kita mampu untuk kecapi impian itu walau sesukar mana sekali pun. Dengan semangat yang teguh dan keyakinan yang tinggi kita pasti mampu kecapinya. Janganlah kita hanya mengimpikannya sahaja tanpa sebarang usaha yang dilakukan. Sebaliknya kita perlulah cuba untuk kecapinya sehingga kita berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pepatah ini bermaksud sekiranya kita ingin kan sesuatu itu pelbagai cara kita akan lakukan untuk mendapatkannya. Biarpun pelbagai dugaan yang kita perlu hadapi untuk mendapatkannya. Kerana keinginan yang tinggi kita mesti akan berusaha dengan gigih untuk mendapatkannya. Namun sekiranya kita tidak menginginkannya kita sendiri tidak akan cuba berusaha untuk mendapatkannya. Segalanya terletak pada pangkal hati kita sendiri. Tepuk dada tanya selera. Sering sahaja kita dengar akan pepatah ini. Maksudnya, segalanya terletak di tangan kita sendiri sama ada mahukannya atau ketepikan sahaja impian kita itu.


Usaha tangga kejayaan

Berusahalah dengan gigih tidak kiralah bagaimana cara sekalipun. Dengan usaha yang gigih InsyaAllah kita akan perolehi kejayaan seperti hendaknya. Kejayaan itu tidak akan datang bergolek sekiranya kita tidak berusaha. 

nikmat makanan~


perghhhhh~~~ alangkah sedapnye kalau dapat makan ayam panggang.....lapar lak perut nie!!
jom sape2 nak blnje saya mkn??



tengok gambar nie teringin lak saya nak mkan dessert yang mcam nie...nak plak kalau ada sumone yang nk melamar saya bw bnda nie bg sy kn? memang on da sport sy time dy...hehehehe

Thursday, October 27, 2011

Wahai Sang Pujangga.

Wahai Sang Pujangga~
Bukan aku sengaja mempermainkan hati dan perasaanmu. Dan bukan jua sengaja menolak cintamu. Kau harus faham akan situasi diri aku. Bukan aku tidak sudi menerimamu. Bukan juga aku tidak mampu menyahut cinta yang tulus dan suci darimu. Kau mungkin menganggap diriku kejam setelah memperlakukan seperti ini terhadapmu. Sejuta kemaafan aku pohon darimu kerana tidak mampu menerima kehadiran dirimu di saat ini.

Wahai Sang Pujangga~
Aku akui kau sangat baik dalam melayani kerenah aku. Aku sedar apa yang sedang terjadi. Memang bayangan dirinya sedang menghantui aku. Kau boleh menganggap diriku bodoh kerana mengingati pada seorang yang pernah mengguris hati aku. Namun, bagaimana aku hendak memadam sejenak kenangan yang telah banyak terukir di sudut yang terdalam di hatiku. 

Wahai Sang Pujangga~
Sekali lagi aku bermohon padamu agar kau dapat memaafkan kekhilafan aku. Yang aku inginkan untuk terus bersama dirimu sebagai seorang teman tatkala aku susah mahupun senang. Andai jodoh kita telah ditetapkan oleh Ilahi, kita akan tetap bersama di suatu hari nanti.

Wahai Sang Pujangga~
Benarlah, kekadang aku memerlukan seseorang untuk menyayangi dan mencintai aku. Aku cuma insan biasa yang punya hati dan perasaan untuk sentiasa di sayangi dan di cintai. Begitu juga dengan kamu yang tidak mampu lari dari perasaan ini. Kekadang juga aku berasa sudah bersedia untuk menyahut cintamu namun hakikat sebenar aku masih di awangan. Adakala memang aku bersamamu dan di samping dirimu namun di hatiku terbayang akan dirinya.

Wahai Sang Pujangga~
Mengapa ini terjadi di saat kita sudah selesa bersama sebagai sahabat. Kau sayang aku dan aku sayang kau tidak lebih dari seorang sahabat yang kasih akan sahabatnya. Dan mengapa kini kau mendiamkan dirimu. Adakah kau terluka dengan keputusan aku? Bukan niat aku untuk kecewakan dirimu namun aku masih belum bersedia memikul tanggungjawab aku sebagai seorang kekasih.

Wahai Sang Pujangga~
Kemana kau menghilang? Mengapa kau pergi begitu saja tanpa sebarang nota yang kau tinggalkan untuk aku? Aku sedang merindui dirimu wahai sang pujangga. Kembalilah. Aku inginkan perhubungan kita seperti dulu. Aku rindu dan memerlukan dirimu disaat ini. 

Tuesday, October 25, 2011

bingkisan hatiku~

masih terbayang di ruangan mata
saat indah bersamamu dulu
masih ku ingat janji manismu
bertakhta di hatiku

"Saat ini dan ketika ini aku akui segala yang terjadi mungkin ada hikmahnya. Namun untuk aku melupakan segala yang telah dijalani setelah sekian lama bersama itu amat sukar bagiku. Bukan aku tidak pernah melupakan segalanya tapi ia amatlah menyakitkan. Telah aku cuba berjuta kali untuk menghiraukan saja setiap jenak perasaan yang pernah hadir tika aku bersendirian dan tika aku kesunyian tanpa cinta. Aku sendiri tidak mengerti kenapa dia begitu mudah untuk melupakan aku dan mencari pengganti diriku. Sedangkan aku di sini keseorangan merindui dirinya. Biarlah aku seorang yang tulus menyintaimu walaupun kini kamu bukan lagi milikku. Hanya satu aku pinta, doakanlah kesejahteraan aku di sana kelak seperti mana aku merelakan dikau pergi memilih hati yang lain. Di saat aku melepaskan dikau pergi terseksa jiwa aku menahannya namun aku terpaksa telan pahitnya kerna ini adalah kehendakmu jua. Tiada gunanya lagi sekiranya kita tetap bersama seandainya kau bukan ditakdirkan untuk aku."

Seringkali ku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapi ku tidak mahu
cinta selain dirimu

"Benarlah akan pepatah patah tumbuh hilang berganti kerana ada cinta lain yang sedang menanti aku. Namun, bukannya mudah aku untuk menerima cintanya sebegitu sahaja di saat hatiku masih terluka. Bukannya aku terlalu memilih mahupun terlalu ego untuk melupakan sejarah silam walhal aku tidak mampu untuk menyerahkan rasa sayang dan cinta setelusnya kepada insan lain. Aku juga takut untuk bercinta lagi. Bayangan si dia masih lagi menghantui diriku. Tidakkah nanti aku hanya menyakitkan jiwa dan perasaannya seandainya dia tahu aku masih merindui insan yang lalu yang pernah bertahta di hatiku. Biarlah luka di hati sembuh sepenuhnya untuk aku meneima kehadiran cinta buat sekian kalinya."

mencintai aku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerana rupa
dalam waktu sedu
dalam waktu hiba
ku harapkan dia rela

"Menerima pengganti dirinya bukannya satu kisah yang mudah seperti mengenali abjab ABC mahupun 123. Kepada insan yang mahu berdamping denganku. Sanggupkah dikau menerimaku seadanya. Di setiap kelebihanku, di setiap kekuranganku dan di setiap kelemahanku? Andai saja dikau mampu menerimaku tanpa sebarang syarat ingin saja aku memaksa diriku melupakan setiap yang terjadi dulu hanya kerna dirimu yang bernama kekasih baru. Sebaliknya dikau seakan-akan tidak mampu atau mungkin dikau hanya inginkan aku di saat kau betul-betul memerlukan aku? Aku hanya mampu mengemukakan berjuta persoalan di segenap pemikiran aku namun untuk menjawabnya aku tidak mampu kerana hanya dirimu yang punyai jawapan di sebalik persoalan ini. Akan aku tunggu jawapan darimu walaupun berjuta tahun terpaksa aku tunggu untuk menerima dirimu wahai calon suamiku. Dan kamu mungkin terkejut mengapa aku sanggup menunggu kehadiranmu disisiku. Ini kerana hanya kamu yang akan membuat diriku bahagia disampingmu."



Monday, October 24, 2011

disebalik kegagalan~

kegagalan itu bukanlah penamat segalanya...malah, kegagalan itulah yang akan mengajar kita erti sebuah kehidupan sebenar....tanpa kegagalan mungkin kita akan terus lalai dan hanyut dengan kehidupan yang penuh dengan onak ranjau....bukannya sukar untuk kita mengubah dari sebuah kegagalan kepada sebuah kejayaan...yakinlah bahawa kejayaan telah tertulis didalam setiap kehidupan ini sekiranya kita punyai tekad kesabaran dan tidak pernah kenal erti penat lelah mahupun putus asa....yang cuma ada hanyalah semangat juang yang tinggi untuk terus cemerlang....

"no one can excel without efforts and self-confidence"

sangat bermaknakan maksud ayat kat atas nie....memang benar, tiada siapa puan yang mampu berjaya dengan sendiri sekiranya dia tidak melakukan sebarang usaha....mampukah seorang itu berjaya seandainya dia hanya duduk dan goyang kaki di rumah? mampukah seorang itu berjaya sekiranya dia hanya mengharapkan bantuan insan lain tanpa dia berusaha terlebih dahulu? yea~ memang dia akan berjaya....tapi cuma sementara....tak perlulah kita terlalu mengharap kepada insan lain untuk berjaya.....sebolehnya cubalah sedaya upaya kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu sehingga kita mendapat hasilnya...sekiranya hasil yang kita perolehi itu mencapai hasrat dan kehendak kita maka, cemerlanglah kita......

"our mind control our body"

minda kita merupakan peranan penting didalam sebuah kehidupan ini.....seandainya kita menganggap sesuatu pekerjaan itu sukar untuk dilakukan maka, sukarlah ia.....berfikiran positif lebih baik untuk seorang yang berjaya....tak kiralah didalam apa jua keadaan sekali pun.....minda kita mampu untuk mengawal setiap perbuatan......seandainya kita didalam keadaan yang sangat lemah, berfikirlah yang tiada apa pun yang mampu menghalang kelemahan kita...
 
© IeykaShahidan