Wednesday, November 27, 2013

❤ Miracle Of Love ❤




Miracle Of Love . ❤ 

Cinta? Datang dalam diri tanpa disedari. Memberikan ketenangan dan menjanjikan kebahagiaan. Walau si dia tak sehebat apa yang di impikan. Walau si dia tak setampan seperti bayangan jejaka tampan khayalan yang selalu di mimpikan. Akan tetapi, sang kekasih tetap juga berjaya menakluk hati dan sentiasa tenang di samping si dia. Ajaib kan? 

Hadir sang cinta tatkala hati berduka dan berikan keriangan. Kembalikan senyuman. Walau ramai sahabat cuba hiburkan hati lara. Walau ramai teman cuba kembalikan senyuman. Akan tetapi hadirnya si dia seakan satu sinar baru dalam kehidupan. Memberi kekuatan. Memberikan semangat. Untuk terus tersenyum ceria.

Itulah ajaibnya cinta! Cinta mampu mengubah kehidupan seseorang. Samada baik mahupun tidak. Kita punya akal waras untuk berfikir kemana hala tuju dan corak cinta yang kita bina. Jangan kerana cinta kita alpa dan bodoh. Jangan kerana cinta kita terkorban dan menjadi mangsa sang jejaka sebagai pemuas nafsu. 

Cinta itu fitrah manusia. Cinta itu suci. Perlu dijaga dan disemai supaya cinta terus mekar indah. Jangan sesekali kita khianati cinta. Jangan sesekali kita dustai cinta. Baik dari perbuatan mahupun percakapan. 

p/s: Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama yang ada padamu, maka hilanglah cintaku padamu..  ❤ 



Sunday, November 17, 2013

❤ Online Business ❤



Online bisnes . Bila dengar memang macam mudah je rasa . Duduk depan laptop , ada internet semua kerja jalan . Promote sana promote sini cari customer . Kerja mudah kan ? Sangat la ~ Terrr ! Aku yang menanggung sensorang nie ponat ooo . Tambah pulak , aku buat benda nie dalam masa yang sama aku full time student . Oh my ! Degree belum habis . Satu sem lagi nak mengadap buku2 ilmiah .

Nak jadikan cerita , masa tiga tahun yang lepas . Masa tu baru 19 tahun . Wah ! Remaja gitu . For sure , sekarang pun remaja jugak ok . Masa tu , aku tengah cuti semester 4 bulan . Lama ooo ! Duduk rumah tetiba terfikir apa nak buat nie . Nak keluar cari kerja tak boleh sebab takde transport aka lesen xdo haa ! Berhari2 aku ngadap laptop online sana online sini , tetiba terkeluar ilham nak buat bisnes . So , aku pun mula la cari senarai pemborong .

Dah dapat senarai pemborong semua aku survey pulak harga dan kualiti . Yang paling penting trusted wholesaler la . Takut jugak masa tu . Yela , first time nak buat bisnes . Keluar modal sendiri semua . Aku mula borong shawl . Masa tu semua tengah sibuk pakai pashmina . Aku pun apa lagi ambik kesempatan la kan .

First batch , alhamdulillah semua shawl yang aku borong tu habis dijual . Keuntungan boleh la setakat nak beli KFC . Ohoii ! Lapaq KFC baq hang ! Dah habis 1st batch aku try plak second batch . Borong pashmina dengan chiffon shawl . Kali nie tak sempat pulak nak habis gara2 aku dah naik semester . Aku promote kat member jela sampai licin . Hehe !

Dan sekarang ...

After 3 years , aku dah kembali dengan bisnes nie . Alhamdulillah , aku perbanyakkan pilihan . Ada baju kurung , dress , peplum , shawl . Dengan duit bisnes yang aku dapat tu sekarang aku dah boleh buat lesen motor dan kereta sekali gus . 1k ooo nak buat lesen pun . adoii ! Susah payah jugak la siang malam cari duit . Now , aku paham susah payah cari duit .

❤ Cinta Platonik ❤


"I know we're just friend, but I still smile everytime I see your name come up on my phone" 

Cinta platonik ? Satu hubungan antara lelaki dan perempuan yang hanya dibina atas perhubungan persahabatan tanpa melibatkan hati dan perasaan . Dalam bahasa mudah , tak nak bercouple la alkisahnya la kan . Tapi kata orang lelaki dan perempuan nie tak boleh nak berkawan . Sure akan ada jugak heart feeling kat mana-mana . Okay ! Itu aku tak pasti sejauh mana kebenaran dia . 

For the first time kenal , apa yang pasti aku cuma ingin sebuah persahabatan saja . Not more than that . Tapi makin hari makin aku jadi macam... ARGH ! persetankan perasaan ini . Tak penting sebenarnya untuk dia tahu .

"I love you" . Satu perkataan di mana aku sendiri tak pasti sejauh mana maksud perkatan itu sendiri bagi dia . Katanya kawan ? Tapi mengapa aku perlu rasa cemburu bila terlihat perkataan itu ? Adakah ini CINTA ? Okay ! Aku muak dengan perkataan itu . Cinta ? Haha ! Wujudkah perasaan itu lagi dalam hati aku nie .

"Jangan mudah mengambil hati seseorang jika tidak tahu untuk menjaganya" 


Sila la sila ! Sila pastikan hati itu dah cukup yakin dengan perasaan yang ada baru boleh pergi ke next step . Kalau tak sila jadi join group forever alone buat selamanya . Atau terus kekal dengan Cinta Platonik yang dah tercipta sekian lama . Eh? Lama ke ! 




Friday, November 8, 2013

❤ Move On ❤




"You can't have a better tomorrow if you don't stop thinking about yesterday" 

Move on ? In love . In life . Semua benda perlukan Move on . Sebagai contoh , semalam seorang atlet tersalah langkah dan tersalah target untuk dia kecapi impian . Adakah hari ini dia perlu duduk dalam bilik dan mengenang kesedihan ? Semestinya tidak . Kehidupan sebenar . Seharusnya kita belajar dari sebuah kesilapan . Let move on everybody ! Jadikan hari ini lebih baik dari semalam . 

In contex move on dalam entry nie aku cuma ingin cerita mengenai move on in love . Ala , siapa tak pernah kena dump bila bercinta . Sama ada korang yang dump ex korang ataupun ex korang tu yang dump korang . Sakit bila kena dump tu tak payah cerita la . Sendiri kena sendiri rasa . Tapi sampai bila korang nak ingat si dia yang dah dump korang tu . Hey ! come on la .

Okay , bagus pulak update entry sambil dengar lagu "move on-bruno mars" . Bajet nak ambil feel sangat . 

I'll get out of my own way,
Let you have your way
Cause I realized I'm no good on my own

Pernah dulukala , aku bodohkan diri bila dah frust kena dump dengan first love . Aku tak makan tak minum dan hanya aku buat tidur . tidur . dan tidur . Rasa nak tidur tu tak nak bangun2 dah . Sampai satu tahap aku dah bosan menangis aku keluar dari bayangan ex aku dan cari jalan cerita hidup aku sendiri . Bila sekarang aku ingat balik aku rasa diri aku bodoh tahap bangan abadi . Fuhhh ! Apa aku buat ? Merugikan hidup sendiri je sebenarnya .

Nak move on nie sebenarnya depends pada diri kita sendiri macam mana kita nak handle masalah . Kat sini ada la sikit tip nak move on . Terpulanglah korang nak ikutkan ke tidak . 

  • Lepas putus tu better korang elakkan dulu nak online muka buku , burung biru (twitter) atau sebagainya lagi yang boleh buat korang stalk dan ingat ex korang . *apa kes lagi korang nak stalk?*
  • Seeloknya korang delete la semua sms yang beribu2 dalam inbox tu . Tak perlu la nak bodohkan diri baca balik sms tu . 
  • Its better , to remove gambar kenangan yang korang ambil bersama dan sweet ala gula getah tu . 
  • Kalau ada barang2 yang ex korang kasi tu elok la korang bakar , buang atau sedekah jela pada sesape .
  • Bergaul dengan kawan2 sekepala korang . Dan buat jela apa sahaja yang korang nak buat selagi korang tahu batas dia . Hidup perlu enjoy okay !
  • Masa korang tengah frust tu elakkan diri dengar lagu jiwang2 . Layan jela dangdut tu macam aku nie tiap malam layan lagu dangdut .
Itu jela tip paling mudah bagi aku nak lupakan ex yang dah dump aku . Habis semua aku buang . Korang pun patut cuba try test dengan jayanya . Last words , MOVE ON ! Masih banyak lagi yang menanti korang selain dari ex korang tu . Dah tertulis dekat luh mahfuz sana jodoh kita dengan siapa . So prepare well untuk jumpa someone who much better than your ex .


❤ Rebound Relationship ❤





"Rebound Relationship" . Satu perkara yang kebanyakannya kita buat tanpa kita sedari . Dan aku sendiri baru tahu pasal benda "Rebound Relationship" ini . Tu pun lepas baca novel from "Terfaktab" . Kredit to them .

Bak kata Mr.K selaku penulis bagi tajuk "Rebound Relationship" dalam Kitab Terfaktab #2 , "Rebound Relationship" adalah satu perhubungan yang terjalin dengan pantas selepas salah seorang dari kita baru putus cinta . Benda macam nie biasa jadi untuk orang yang sunyi dan bosan bila dah Forever Alone .

Macam aku sendiri , bila dah putus cinta , frust sampai guling2 atas tilam empuk mula la aku cakap nak tak nak dah bercinta lepas nie . Nak cari suami terus je . Tapi tak pun . Cakap je lebih . Hehe . Biasa orang macam nie akan buat keputusan dalam masa yang singkat . Jumpa mana2 mamat or minah2 cun terus tangkap ajak bercinta, bertunang , menikah . Biasa benda nie jadi pun bila kita cuba nak lupakan orang yang kita tinggal atau meninggalkan kita . Pendek kata nak lupa ex la hoii . 

Serious nak lupa dan nak move on bukan suatu perkara mudah . Macam hari nie putus cinta malam tidur esok tu bangun dah boleh lupa ex . Tak semudah itu okay ! Paling cepat pun ambil masa seminggu lebih nak lupakan . Jalan mudah nak lupa ex cari someone jela yang boleh buat kita happy dan bantu kita lupakan ex . Sebab tu bila ada setengah tu minggu nie putus minggu depan dah keluar dengan awek/pakwe lain . Alasan cuma satu , nak lupakan kisah semalam . Itu je !

Tapi , ada baik dan buruk dia jugak pasal Rebound Relationship nie . Bila dah kita jalinkan hubungan dengan orang baru jangan pulak kita nak orang tu jadi macam ex kita . Cuma terima dan buka pintu hati terima orang baru tu seadanya . Paling utama tak perlu jugak la kita nak beza2kan orang tu dengan ex kita . Kalau asyik duk bezakan dan ingat ex tak guna jugak on relation nie . Baik Forever Alone terus . Biar sakit sensorang . Huahaha ! 

Let enjoy ur life ! Lupakan jela orang yang dah lukakan hati kita . Buka cerita baru dan bagi peluang pada orang yang sayangkan kita . 





Wednesday, October 30, 2013

❤ Bukan Dia Tapi Aku ❤




Berulang kali kau menyakiti..
Berulang kali kau khianati..
Sakit ini cuba fahami..
Ku punya hati bukan tuk disakiti..

Bukan Dia Tapi Aku ? Dah berkali lagu ini aku mainkan . Aku cuba untuk fahamkan apa yang disampaikan . Sedih dan sakit bila dipermainkan . 

"Ku akui sungguh beratnya meninggalkanmu yang dulu pernah ada, Namun harus ku lakukan kerna ini yang terbaik" 

Benar ! Walau hati terluka . Walau hati terasa berat . Namun tetap perlu tabah untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik kita . Mungkin di suatu saat nanti , ada sesuatu yang jauh lebih bermakna yang akan hadir . Tabah dan sabar untuk terima hakikat . Aku tahu sakit kerana cinta itu sangat mendalam lukanya . Aku juga pernah merasakannya . 

Sakit cinta hanya sementara . Berjalanlah kehadapan . Dan cuba cari kehidupan yang selama ini ditinggalkan kerana cinta . Pasti , sesuatu yang indah akan kita temui . Kuat ? Mampukah hati kita kuat setelah disakiti . Mampukah luka dihati kita sembuh . Cuba ! Itu saja yang perlu dilakukan . Memang bukan suatu kerja yang mudah . Tapi jangan mengalah selagi belum mencuba . 




Monday, October 28, 2013

❤ Sandiwara Cinta ❤



Cinta ? Ia hadir tanpa diduga dan tanpa diundang . Tatkala mulut berkata tidak tapi sang hati pula berbicara aku sunyi tanpa cinta . Hati kosong kini berteman pabila sang cinta hadir . Cukup indah dan menggembirakan sang hati yang berduka . Tapi sampai bila ? Mampu ke sang hati terus bahagia . 

Dengan cinta adakala kita bahagia . Dan adakala kita berduka . Sang cinta sering dipersalahkan . Tak semua cinta itu indah hingga ke akhirnya . Itu pasti ! Apabila cinta itu pergi , kini sang hati kembali menyepi . Kesedihan dan kesunyian yang menemani sang hati . 

Sakit ? Sakit kerana permainan sanga cinta itu lumrah sebuah kehidupan . Sebuah lumrah yang mengajar erti sebuah kehidupan . Bersyukur kerana sang hati diberi peluang untuk berasa gembra walau seketika . Kini sang hati meneruskan kehidupan tanpa berteman . 

Hati yang sakit kini dirawat dengan sendiri . Biar kosong , namun sang hati tidak lagi berduka dan sakit . Biar sunyi , namun sang hati tetap mampu tersenyum indah . Andai sang cinta tahu kesakitan sang hati , sudah pasti sang cinta menjaga hati . Namun sudah takdirnya , sang hati harus terima walau sakit . Itu yang pasti dalam cinta ! 


Thursday, October 24, 2013

❤ Tip Mengempiskan Perut Yang Buncit

petua kempiskan perut

Assalamualaikum.. ❤

Perut buncit ? Oh no ! Mesti ramai yang risaukan bila perut makin hari makin jauh kedepan. Lebih2 lagi kaum hawa . Buncit je mula la makan itu makan ini nak kempiskan perut . Nak pakai kebaya cantik2 ala2 ratu kebaya tu pun malu bila nampak perut buncit . Ada banyak sebenarnya cara yang boleh diamalkan untuk kempiskan perut . Bersenam cara paling sihat tapi kalau dah malas sangat boleh la amalkan petua turun temurun ni .

Bahan yang diperlukan : 
  • asam jawa
  • air masak
Cara :
  • Bancuh asam jawa dengan air masak
  • Biarkan semalaman . 
  • Minum setiap pagi .
Note :
  • Jangan minum air asam jawa yg dibancuh dengan ais . Ais boleh menyebabkan perut buncit . Lebih2 lagi kaum hawa . Tak elok minum minuman yang sejuk . Boleh menyebabkan masalah dalaman . 


❤ Kembali Pulang



Assalamualaikum..❤

Kembali pulang ? Aku bagaikan seorang anak sesat yang kembali berjalan pulang . Ecehh ! Ceritera ini bukan untuk ceritakan aku sesat 3 tahun dahulu . Apatah lagi "Kembali Pulang" seperti yang didendangkan oleh "Kangen Band" (lagu feberet iolls :P ). Dan bukan juga kisah dimana cinta bertaut kembali . Ohh Pelisss !

Yang sebonarnya, aku dengan "excited" sekali nak bagitau aku akan kembali activekan blog aku . Ewahh ! Sukenyeee . Sebulan blog ni tak berupdate . Hambekkauu~ Al-maklum la, kesibukan jadi "baby-sitter" dan dalam masa yang sama sibuk uruskan bisnes . Hasilnya, blog yang sanjung aku di anak tirikan . Kesian !

Setelah sebulan tak "update" dan tak aktif , aku dengan gagah lagi perkasa bersengkang mata tak tidur malam design blog ni . Nampak simple dan aku cukup puas hati . Aman sikit mata aku nak buka blog . Kalau edit terlampau nanti bukan setakat blogger lain serabut , tuan blog nie sendiri migrain kalau buka . Hehe .

Errr ~ Apa lagi ye aku nak merepek ? Ter . Ter . Ter . Ok . cukup untuk setakat ni dulu . Esok lusa sambung merepek lain .




Next Entry : Monyet Boleh Bercakap





Tuesday, August 27, 2013

Stay or Keep Away?

Stay? Mampu lagi ke hati aku untuk menanti sesuatu yang belum lagi pasti jadi milikku. Keep Away? Mampu pulak aku melupakan segalanya dengan begitu mudah. Sukar bagi hati ini membuat pilihan. Bukan hati ini tidak lagi mampu bersabar dan bertahan dengan dugaan yang diterima ini tapi, aku tidak punya keyakinan bahwa aku mampu kecapi kebahagiaan. 

Stay? Mampu ke aku bahagia hingga akhir hayat aku sekiranya ku teruskan saja apa yang aku ada. Keep Away? Pastikah aku mampu bahagia sekiranya aku melepaskan apa yang aku ada begitu saja. Pejam mata dan buat keputusan. Begitu mudah baginya memberi dan meluahkan kata. Tapi, hati? Siapa yang pedulikan hati ini. Sakitku ditanggung sendiri. Sedihku diam tanpa kata. 


Bodohkah jika aku terus menanti? Ye, Menanti sesuatu yang aku belum pasti jawapannya. Andai ada jawapannya adakah pasti jawapan itu mampu berikan aku kebahagiaan? Mencari dan aku terus mencari apa yang harus aku lakukan. 

Monday, August 26, 2013

KEBAIKAN SHISEIDO BLACK MASK



Shiseido Black Mask merupakan masker peel off yg digunakan utk menghilangkan blackhead & whitahead. Ia merupakan salah satu hot item selling di dunia kosmetic di Jepun, Hong Kong, Taiwan, Korea, Singapure & Malaysia.


CARA PENGGUNAAN:-
- 1 pack boleh dipakai 2 ~ 3 kali, jgn guna 1 pack sekali pakai, memadai hanya pakai sederhana tebal shja.
- Bersihkan wajah.
- Steam wajah dgn air panas selama sekurang-kurangnya 10 ~ 15 minit. Ini bertujuan utk membesarkan pori-pori & memudahkan pembersihan jeragat.
- Biarkan wajah kering baru sapu mask.
- Tunggu selama 30 minit / hingga mask kering baru tarik mask perlahan-lahan.

KEBAIKAN SHISEIDO BLACK MASK.
- Dapat menghilangkan & mengurangkan blackhead & whitehead & juga kekotoran di wajah.
- Mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kedutan, anti penuaan & mencerahkan wajah.

Dibuat daripada Collagen disertai elemen mineral laut dalam. Masker dengan kandungan nutrisi paling lengkap. Selain mengangkat kulit mati, mencerahkan, menganjalkan kulit wajah yang kendur , detox , meningkatkan kekenyalan , membantu mengurangi jerawat juga efektif memperbaiki jaringan sel kulit yang rosak. Hasil sudah mulai terlihat pada 1X pemakaian masker. Kulit lebih segar, cerah, dan seketika terasa anjal & kenyal.

Perawatan kecantikan menggunakan Lumpur Laut Mati sebagai masker wajah sama dengan memberi asupan makanan 'bergizi' pada kulit yang dapat merawat keindahan kulit. Kelebihan lainnya, semua toksin yang terdapat pada sel kulit akan terangkat, sehingga kulit lebih bersih dan segar sekaligus halus dan anjal.

Masker ini merupakan masker favorit para dokter kulit , karena hasilnya nyata dan langsung tampak dalam 1x perawatan. Biasa disebut oleh mereka sebagai " Masker Pembersih Total " . Perawatan menggunakan masker ini selain mencerahkan & memutihkan kulit , menghilangkan noda bekas jerawat, juga merangsang pembentukan kolagen & elastis pada jaringan kulit , sehingga kulit Anda akan anjal, lembab, kenyal,  pori pori kulit wajah mengecil. Perawatan yang tepat untuk melawan tanda tanda penuaan.

Cara Pemakaian :
- Bersihkan Wajah terlebih dahulu
- Untuk hasil yang maksima steam muka menggunakan wap air 
- Oleskan masker. Hindari daerah sekitar mata, alis, bibir, dan batas rambut
- Gunakan Shiseido Naturgo Mud Mask dengan menggunakan kuas/tangan
(dapat digunakan pada bagian hidung saja ataupun seluruh wajah)
- Tunggu sampai masker mengering kemudian bersihkan dengan cara mengelupaskan masker,Setelah masker mengering (20-30 mInit), tarik masker dari bagian bawah wajah ke atas
- Bilas hingga bersih

BERMINAT??
SMS 0175669493

Friday, August 2, 2013

Setahun Berlalu .


Bila tengok gambar , macam-macam la orang cakap . Eee , seramnya ! Eee , sakitnya ! Eee , erkkk ! Okay , orang yang kena dengan tabah boleh lagi tahan dan senyum walaupun sakit tahap kritikal . Bertahan la sebab malu kalau nangis kat tempat kerja . Jatuh saham ok . haha . No la , tak rasa nak menangis pun masa kena tu . Sebab kena tu dalam keadaan terkejut mana la nak rasa sakit . 
Tapi bila lepas kena tu tengok tangan mula rasa panas dan pedih . Sebenarnya gambar atas tu gambar tangan aku sendiri . Terkena air panas masa buat test "Ammoniacal Nitrogen on Wastewater Treatment" dekat tempat praktikal dulu . Aku tak perasan sebenarnya air dalam instrument tu overload . Bawah nie instrument yang aku pakai . 

Haa , itu la instrument dia . Nak jadikan cerita aku dengan slumber terus cabut yang kelalang panjang tu . Bukan conical flask ye . Yang panjang tu . Dah la air jernih dan overload mana nak nampak dah air tu takat mana . Bila cabut terus melimpah-limpah bagaikan cocoa melimpah ke ladang gandum . Bila dah kena aku terus terkejut dan cepat-cepat cari pili air . Buka air laju2 sebab dah panas dan pedih kat tangan . 
Mula niat nak sembunyi je dari pengetahuan orang . Last-last ada seorang chemist nie, perasan terus dia pergi cari ubat gigi dan bagi aku sapu . Bila sorang dah tahu mula la merebak dan akhirnya manager dapat tahu terus suruh abang chemist pergi bawa aku ke klinik . Aishhh ! Ku sangkakan dapat MC tapi tak pun . MC sendiri je chemist yang incharge aku bagi . Dia tak bagi aku buat kerja tapi aku nak buat jugak sebab bosan . 
Hari-hari pergi kerja ada saja akan tanya keadaan aku . Rasa terjaga seketika masa tu . Ramai yang perihatin . Haha . Dalam masa yang sama ada la yang gurau cakap kurang hantaran , lekat parut kekal . Tapi hasilnya sekarang , takde parut pun kat tangan aku . Tengok takde cacat cela pun kat tangan kanan aku . Alhamdulillah , takde parut . Senangnya je tak nak ada parut , masa luka tak kering lagi jangan makan benda berkicap . Itu saja ! 
Tak sangka masa berlalu kejap sangat . Dah setahun berlalu . Tapi aku rasa macam semalam je benda nie jadi kat aku . Semua tu pengalaman yang aku tak boleh lupakan . Dan dari situ aku belajar baiki kesilapan aku . Harap suatu hari nanti aku berpeluang untuk jadi chemist yang hebat .


Thursday, August 1, 2013

Annual Dinner KKK UMT .

Assalamualaikum . . 

Akibat dah lama sangat tak buka blog . Tetiba malam nie gatai tangan nak buka feedjit Live yang ada kat blog aku nie . Sekali scroll tengok siapa yang view . Sekali amekaww ! Ini yang aku dapat . "ANNUAL DINNER KKK UMT" .

klik to enlarge !

Hai , siapa la yang view nie ye ? Mesti ada motif dia view benda nie . Macam pelik pulak . Dulu rating blog aku naik pun gara-gara tajuk entry tu jugak la . But then , dah lama baru la slow dan tak ramai dah yang view . Yang view blog aku tu dulu rata-rata senior aku course aku sendiri . Alahai , akibat aku buat satu entry yang berkaitan dengan 18 isu berbangkit ala2 kuih bangkit tu . Sekali famous blog aku nie . Adoiii ! Tapi , tak kisah pun . 

Yang kali nie aku takkisah jugak cuma pelik seketika . Tak habis lagi rupanya yang view blog aku semata-mata nak cari tajuk tu . Adehhh ! Mak jemah kembali ke ? Ini baru satu bab . Ada lagi satu bab yang lagi aku terkejut dan terpelik sejenak . Next entry aku cerita . "Ieyka Iksha"

Sunday, July 21, 2013

Welcome to Aurora Collection !


Assalamualaikum . . 

Alhamdulillah , dalam beberapa hari nie bisnes aku berjalan . Ini berkat usaha dan kerajinan aku juga . Sebelum nie , agak malas nak update sebarang stok . Apatah lagi nak ambil order dan promote di facebook . Tapi semalam akibat kerajinan yang melampaui batas dan waktu aku sempat edit barner untuk page aku sendiri . 
Korang boleh la jengahkan diri korang untuk menjamu mata sempena menjelang syawal nie kat page Aurora Collection . Haaa ! page aku sendiri dan sepenuhnya dikendalikan oleh aku seorang sahaja . Sebelum nie banyak ambil order pakai facebook je . Tapi disebabkan aku ada dua facebook so susah la update sini sana . Jadi , aku pun apa lagi wujudkan page nie . 
Sebenarnya page nie dah lama pun aku wujudkan sejak bulan March hari tu lagi . Tapi disebabkan aku nie sibuk dengan study dan segala jenis assignment . So , masa untuk aku update page nie agak terbatas . Maka , aku biarkan page tu tak terjaga dan tak berupdate . Sama la macam blog nie . Hampir sebulan tak update . 

Haa , ini lagi satu facebook aku . Yang nie official untuk aku jalankan aktiviti perniagaan aku . Dah lama aku jalankan perniagaan nie sejak bulan July 2011 lagi . Dah 3 tahun la kan ? Betul ke aku kira nie . Kalau korang rasa susah nak like page bagai korang boleh add FB aku nie : Aurora Collection . Korang boleh inbox aku untuk sebarang pertanyaan .  

Jom like page : Aurora Collection 

or

U can also add my official fb : Aurora Collection

Saturday, July 20, 2013

Mungkin Khilafku .


2.15am / 18 Julai 2013 : whatsapp dari seorang adik kepada kenalan aku membuatkan aku terkelu dan membisu . Hati aku seakan ditoreh dengan pisau yang tajam . Pedih dan sakit . Itu yang aku rasakan disaat cerita tentang "kisah" itu dibangkitkan . Hati mulai teriak kesedihan menanggung azab yang pedih . 

Marah ? Tentunya tidak . Untuk apa aku marah jika memang salah diriku sendiri . Cuma yang pasti aku kesal diperlakukan sedemikian rupa . Namun kesal aku tiada kesudahannya . Bak kata pepatah "Nasi sudah menjadi bubur" . Masa buat tak nak ingat sekali dah kena baru nak mengadah . Sakit sekali ! Tapi takpe , aku terima setiap balasan di atas kekhilafan aku sendiri . 



Menangis ? Mengapa perlu aku menangis ? Bukan dengan tangisan mampu kembalikan kekhilafan aku . Dengan penuh rasa tenang dan sabar , aku cuba berdepan dengan masalah aku dan mencari sebuah kebenaran . Alhamdulillah , akhirnya masalah aku , dia , dan dia telah pun selesai . Dan kini aku merasa tenang .

Aku biarkan saja apa yang mereka ingin katakan dan persoalkan . Aku tak punya kuasa untuk menutup mulut mereka . Yang pasti hanya aku dan dia saja yang tahu kisahnya . Biarlah kisah ini dijadikan pengajaran bagi kami . Jauh disudut hati kecil aku untuk menyimpan dendam dengan apa yang telah mereka lakukan . 


Friday, July 19, 2013

Project .

Assalamualaikum . .


            Bulan 6 yang lepas tamat sudah sesi pembelajaran aku selama 3 tahun di UMT . Dalam suka duka terpahat satu lagi memori dimana aku sendiri tidak menjangkakan bahawa aku mampu untuk berdepan dengan satu projek . For sure , kebanyakan student final year pasti akan berdepan dengan satu project . 

"Identification and Quantification of Heavy Metal in Henna Dye"

            Tuuu dia aku punya tajuk project . Bermula dari minggu pertama aku berada di semester 6 sehinggalah berakhirnya pembentangan akhir projek nie . Masa mula-mula fikir tentang tajuk dan apa yang nak dilakukan banyak jugak la aku cari sana cari sini , bergaduh sana bergaduh sini . Dan akhirnya atas kerjasama Muhammad Nabil akhirnya aku setuju untuk menerima idea yang diberikan oleh beliau pada aku . 

            Alhamdulillah , berkat doa dan restu ibu bapa aku finally aku berjaya siapkan jugak projek nie dalam jangka masa yang telah ditetapkan iaitu kurang dari 5 bulan . Dasyat kan ! Orang lain buat projek ambil masa setahun tapi aku setengah tahun pun tak sampai . Apa pun ini semua hasil kerjasama dan pertolongan labmate aku Nur Hamizah . Dia yang sentiasa bantu aku dalam projek nie . Akhirnya terhasillah projek yang tidak disangkakan ini . 

      First presentation , Miza yang bentangkan . Masa tu kami diberikan tugasan untuk membentangkan mengenai pengenalan projek, kaedah yang digunakan , jadual dan planning kami sepanjang projek ini dijalankan . Ikutkan masa tu kami dah pun siapkan projek kami dan sudah mendapat result . Tapi hasil perbincangan kami berdua , akhirnya kami sepakat untuk tidak memasukkan data sepenuhnya di dalam perbentangan pada kali pertama ini . 

            After first presentation , bermulalah episod menyiapkan thesis . Perghh ! sekali lagi cabaran yang sangat tidak diduga . Thesis satu pengalaman yang sangat luar biasa . Dengan final yang kian menjelang tiba , akhirnya thesis aku tergendala seketika . Aishhh , kena fokus exam dulu la . 

          Lepas saja sehari tamat exam , bermula pula episod pembentangan . Dan kali ini aku pula yang jadi presenter . Uishhh , cuak tu tak payah nak cakap la kan . Penat exam pun belum habis , terpaksa pula berdepan dengan pembentangan akhir nie . Sekali lagi tak tidur malam . Dan hasilnya hormon aku tak stabil . But , alhamdulillah segala pengorbanan aku ternyata tak merugikan . Aku dah buat sehabis baik dan aku harapkan agar result aku semester nie lebih baik dari sebelum nie . Aminnn ~ 


Tuesday, July 16, 2013

In progress !

Assalamualaikum ...❤


Sebelum aku berceloteh panjang mengenai kehidupan aku sebelum aku mendiamkan diri dan menyepikan diri dari berblog nie aku nak buat satu pembaharuan sedikit di blog yang tak berupdate sekian lama nie . Sekarang aku sedang bercuti dan ada banyak masa untuk berblog kembali . Yeayyy ! 

Okay , Stay Tune ye . Nak update blog sebentar . 







Sunday, July 14, 2013

Kosong !

            
Assalamualaikum..



             Wahhh , almost sebulan tak update blog nie dan tak bercerita di sini . Okay , banyak sebenarnya nak bercerita sebelum nie . Tapi memandangkan kesibukan semasa di final semester buatkan aku kekangan waktu untuk update . Mana taknya , dengan assignment yang berlambak , dengan project yang fuhhh , dasyat dia punya impak . Tak tidur malam dibuatnya . Tapi semua tu kenangan . InsyaAllah next entry , aku ceritakan pengalaman sepanjang aku jadi final year student dan aku jugak nak cerita tentang pengalaman aku buat project . Seronok even penat yang melampau .

             Okay , buat masa sekarang ini saja kot aku nak update . Kekeringan idea seketika . Lepas nie aku update cerita yang panjang2 pulak . Stay Tuned ! okay dah jom ke dapur main masak2 untuk berbuka pulak . Krikk ! Krikk !

Monday, June 17, 2013

* untitled*


"sometimes its not the person you miss, but the feeling and the moments you had when you were with them"



Thursday, March 21, 2013

Girlfriend .



They are my friends , my family , my exroomate ! Bila dah mula lepak bersama ada saja cerita yang nak diceritakan . Itulah kami ! Gaduh , merajuk dan kes buli membuli dah jadi makanan kami sepanjang kami sebilik dua tahun lalu . Sekarang hampir 3 tahun tempoh perkenalan kami . Rasa macam baru je masuk UMT . Walaupun , kami sudah tidak lagi tinggal sebilik tapi hubungan kami tidak pernah putus . Cuma yang membezakan sekarang dengan dulu cuma kami tidak lagi tinggal bersama . Masing2 dah ada rumah sewa sendiri dan aku sorang saja yang masih lagi menginap di asrama . Dan apa yang aku harapkan di sini , hubungan persahabatan antara kami tidak akan putus . Dear exroomate , i love u all . 

Nina je takde dalam gambar nie atas sebab dating dengan BF . 

Wednesday, March 13, 2013

No title .

Assalamualaikum . . ❤ 






"Jangan bersedih terhadap pekerjaan yang belum dapat anda selesaikan. Ketahuilah bahawa pekerjaan orang-orang yang besar itu tiada habis-habisnya" 


Lately , banyak pulak kerja nak kena buat . Itulah namanya final semester for the final year . Apa pun , bersabarlah . dah tak lama nak habiskan saki baki yang tinggal . Lepas nie , sibuk dengan kerja pulak . Belajar tak merungut . Buat semua kerja dengan tenang . Itu prinsip aku untuk last semester ini . InsyaAllah !


Thursday, February 7, 2013

♥ La Tahzan Innallaha Ma'ana ♥

Assalamualaikum . . ♥ 




Sedih ? Hati manusia memang tidak pernah lari dari merasakan kesedihan . Sudah jadi lumrah kehidupan sebagai seorang manusia yang punya perasaan . Bila kita di uji dan di timpa musibah , hati kita lemah dan sedih . Walaupun luarannya nampak segalanya baik dan terukir senyuman yang indah . Namun di hati hanya ALLAH yang tahu betapa sedihnya kita pada saat itu . 

Sebelum ini aku pernah di uji dan terasa perit sangat bila perlu berdepan dengan sebuah kepahitan itu setiap masa dan setiap hari . Ye ! Aku mengaku sebelum nie kalau aku di uji aku memang lemah . Aku hanya mampu menangis dan bersedih . Bukan sekejap tapi berhari-hari . Siapa yang kenal rapat tahu betapa sedihnya aku tika dilanda dugaan hidup sedemikian . Ya Allah ! 

"Menangislah sepuas hati sekiranya menangis itu boleh buat awak kuat , tapi kena ingat lepas nie saya tak nak tengok lagi awak sedih dan menangis macam nie . Saya bagi peluang kali nie je untuk awak menangis " 

Ya Allah ! Lemahnya aku bila di uji . Aku cuba kuat . Aku cuba tabah . Tapi bila perkara yang lepas datang singgah di ingatan aku jadi lemah . 

"Awak belum cukup kuat nie . Awak masih lemah . Jadilah seorang wanita yang kuat dan tabah . Banyak lagi dugaan yang awak kena tempuh selepas nie . Ini baru sikit dugaan awak terima ."

Okay ! Aku kena kuat . Aku tak boleh lemah macam nie lagi . Aku kena bangun dan teruskan kehidupan walaupun di uji pelbagai dugaan . Hidup aku masih panjang. InsyaAllah ! Tak mustahil lepas nia akan ada banyak lagi dugaan dan rintangan perlu aku tempuh . Ye ! AKu kena kuat ! Kena tabah ! Tak boleh menangis bila di timpa masalah .

Bagi sesiapa yang bersedih hati,
Bersabarlah wahai sahabat....
ini semua ujian dari Allah,
mungkin disebalik kepedihan dan kesakitan ini,
ada Rahmat yang terselindung..
siapa tahukan??
... ini semua tanda Allah menyayangi kita...
Allah nak bagi bonus....
''Bonus ASA. Amanah saham akhirat''...
Orang yg ditimpa ujian itu tanda mendapat perhatian daripada Allah,
semakin kita redha dgn pemberianNya,
semakin banyaklah pelaburan kita di sana nanti...

♥ La Tahzan Innallaha Ma'ana ♥ 


Kenapa aku perlu kuat ? Kenapa aku kena tabah hadapi dugaan hidup nie ? Kerana dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk  dan tidak mengira waktu dan juga tak kenal siapa kita . Mcm kita sekarang juga , kita nakkan sesuatu kita kenalah usaha untuk dapatkan apa yang kita mahukan . Berusaha selagi mampu dan berdoa supaya apa yang diusahakan diberkati dan dipermudahkan ALLAH . Bersabarlah , Berdoalah dan bertawakal kepada ALLAH . InsyaAllah mesti ada rahmat dan nikmat yang akan kita perolehi disebaliknya . Ingatlah Allah tidak akan menguji seorang hambanya di luar batasan hambanya .


Wassalam . .♥ 

Monday, February 4, 2013

Hukum Karma ? Wujudkah Dari Sudut Islam .

Assalamualaikum . .  


Hukum karma . Sebelum nie aku ada jugak terdengar hidup kita nie macam karma . Bila aku fikirkan balik sebenarnya karma itu apa . Bila muncul persoalan tu aku pun mula la cari dan selidik serba sedikit mengenai hukum karma nie . Berhari-hari aku baca pelbagai artikel untuk fahamkan apa itu sebenarnya karma . 

Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu . Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan' . Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat , semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini . Cerita Si Tanggang adalah contoh klasik pengaruh Hindu dalam sastera rakyat Melayu pra-Islam .

Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam . Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah . Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita , baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku , bangsawan , drama TV , filem dan lain-lain . Malah , jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam .

Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat , namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan . Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan . Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami , kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga . Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat .

Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu , Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini . Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya . Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa .

Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam . Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan , makanya orang-orang yang baik , malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah . Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma .

Di dalam surah Kahfi diceritakan bahawa Nabi Khaidir membina semula sebuah rumah kepunyaan anak yang hampir roboh . Apabila ditanya oleh Nabi Musa kenapa , Nabi Khaidir menjawab (selepas Nabi Musa malanggar janji untuk tidak bertanya kenapa) bahawa rumah ini kepunyaan anak yatim yang mana di bawahnya ada harta mereka yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang salih . Daripada kisah ini dapat kita simpulkan bahawa jika kita berbuat baik , insyaAllah , kita atau anak kita atau anak kepada anak kita akan menerima kebaikan daripada perbuatan kita dan ini menepati hukum Karma .

Allah juga ada menjelaskan bahawa buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat dalam firman Nya Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Jadi berdasarkan hujah-hujah ini,apakah hukum karma itu memang benar dan wujud di dalam Islam?

Thursday, January 31, 2013

Tip Mengurangkan Rambut Gugur . ( Cara Kedua )

Assalamualaikum . . 



Okay sebelum saya dah bagi tip guna isi kulit tembikai . Tapi kali ni saya bagi tip kedua pulak .



Bahan-bahan yang diperlukan :
  • sudu minyak zaitun
  • sudu madu
  • sudu serbuk kayu manis

Cara penggunaan :
  • Campurkan semua bahan sehingga menjadi pes. 
  • Sapukan bahan tersebut pada rambut dan biarkan selama 15 minit. 
  • Basuh dan amalkan sekali seminggu.

Tip Mengurangkan Rambut Gugur . ( Cara Pertama )

Assalamualaikum . . 




Rambut gugur ? Mesti rasa menyampah kan bila sikat je rambut mesti ada je rambut yang gugur . Kalau sikit boleh lagi bertahan kalau dah banyak macam gambar kat atas nie lama-lama botak kepala . Dah kena pergi Yun Nam Hair Care . Dah kena melabur berkoyan-koyan duit kat sana . Kalau yang banyak duit tak tahu nak buat apa boleh la pergi Yun Nam . Kalau yang takde duit macam aku nie berYun Nam Hair Care jela dekat depan tv setiap kali iklan keluar . 

Shampu pulak dah banyak yang tukar-tukar . Hairfall control sangat ! Langsung tak menjadi satu pun kan ? Bertambah fall duit lagi ada la kan . So , sekarang aku nak bagi sedikit petua tradisional yang mungkin berkesan . Bolehlah cuba sendiri dekat rumah . Kalau menjadi Alhamdulillah . 

Bahan yang diperlukan : 
  • Isi kulit tembikai (warna putih)   

Cara mengurangkan rambut gugur :
  • Isi kulit tembikai di tusuk sehingga keluar air . Nak lagi senang korang kisarkan je isi kulit tu macam nak buat jus tembikai tu . Tapi jangan pulak kisar sekali dengan kulit yang hijau tu . Yang putih sikit tu je k .
  • Lepas tu korang ambik air dari isi kulit tembikai tu sapukan ke kepala . 
  • Biarkan untuk beberapa minit . 
  • Bilas dengan air bersih .
  • Lakukan seminggu sekali . 



P/s : Buah tembikai yang kaya dengan vitamin C dan memang digemari semua orang ternyata berkhasiat dan bermanfaat untuk mengatasi rambut gugur.

Senyum Itu Sunnah . .

Assalamualaikum . . 


Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)”. (Hadis Riwayat Muslim)

Pernah tak korang jumpa dengan orang yang kedekut dengan senyuman . Bayangkan korang bukan main lagi senyum dekat dia . Last2 dengan muka kerek dan angguh bin sombongnya dia buat macam tak nampak kita je . Mesti adakan yang berpengalaman macam nie . Fuhhh ~ sumpah rasa macam menyesal senyum kan ? Tapi , jangan marah anggapnya positif mana tahu dia memang betul-betul dia tak perasan yang korang senyum dekat dia .

Itu satu hal , satu lagi keadaan di mana ada orang terjatuh barang dan kita terhegeh-hegeh tolong dia . Tapi , apa yang kita dapat hanya muka yang aduhhh ~ hantu tengok pun kena heart attack . Mati di tempat kejadian . Orang dah tolong bukan dia nak berterima kasih tapi senyum pun tidak . Apakah spesis orang sedemikian ?

Senyum la sikit . Barulah hantu tengok pun tak kena heart attack . Dia lari je sebab malu muka kita cantik bila senyum . Haha ! Memberi senyuman tidak kira kepada siapa pun ketika bertemu mungkin dianggap perkara kecil atau remeh tetapi senyuman ikhlas yang diberikan itu mempunyai nilai sedekah kerana menimbulkan kegembiraan orang lain dan mengeratkan ukhuwah sesama Muslim. Mengukir senyuman adalah kebaikan yang tidak memerlukan modal, namun ganjarannya besar dan begitu memberi kesan positifnya dalam kehidupan bermasyarakat.

Tak rugi apa pun kalau kita senyum dekat orang . Untung lagi ada ! Sebabnya setiap senyuman itu sedekah . Bila kita sedekah dah tentu kita dapat ganjaran pahala kan . Besar ganjarannya .

Wassalam  ~


Wednesday, January 30, 2013

Inna Ma'al 'usri yusra . .

Assalamualaikum. . 


Semalam , chatting dengan nabil . Seorang kawan yang selalu berleter sekiranya aku malas baca buku . Aku malas belajar . Dan akan  membebel tanpa henti sekiranya aku tidak memberi salam apabila menjawab atau membuat panggilan . Setiap hari ada saja benda yang nak dibebelkan dia . Serious ! Tapi , benda tu yang buat aku matang dan baiki setiap kekurangan yang ada dalam diri aku nie . Thanks ! 

Tapi lain sikit semalam . Dah terbalik sedikit sesi membebel yang dijalankan . Start dari awal chatting sampai ke sudah aku yang membebel . Oh ! Adakah simptom datang bulan . Tidak , okay ! Semua nie berlaku sebab semalam dia mintak pendapat tentang nak sambung belajar . Aku bukan tak sokong dia nak sambung belajar tapi aku rasa macam sedikit buang masa . Puas aku cari ayat supaya tak jatuhkan semangat dia semalam . Aku tak nak mental dia down kalau aku tersalah cakap . 

Bla . Bla . Bla . Aku penat dan mengantuk yang teramat sangat ! Tapi , aku gagahkan mata aku dan jari jemari aku beserta akal fikiran aku untuk terus mencari idea untuk memberi nasihat . Totally , mental dia dah mula down dan aku mula perasan tentang tu . Dia pun macam dah bengang sikit dengan aku . Dikatanya aku macam tak bagi semangat . Okay ! Tarik nafas dalam2 kemudian aku pun apa lagi mulakan la speed bebelan aku .

Nak keluarkan segala hadis atau ayat al-quran macam dia bukan dekat aku sebelum nie semestinya aku tidak mampu . Bacaan aku pun tergagap-gagap apatah lagi nak mengeluarkan hadis mahupun ayat al-quran . So , aku gunakan semula kata-kata yang dia pernah nasihati aku sebelum nie diwaktu aku tekanan belajar . Finally , dia kembali bersemangat untuk mencari kerja dan melupakan seketika niat dia untuk sambung belajar .

Apa yang aku cadang supaya dia berusaha untuk mencari kerja , dan bersabar menanti jawapan , dalam masa yang sama aku minta supaya dia tidak berhenti untuk berdoa supaya Allah memudahkan segala urusannya . Aku yakin dia bukan tak mampu untuk mendapat kerja yang hebat . Ini kerana aku lihat karier dia sebelum ini . Dari satu pekerjaan ke satu pekerjaan . Setiap pekerjaan yang pernah dilakukannya sangat hebat . 

Last pekerjaan dia , manager PIZZA ! Manager PIZZA tu ? Tapi dia tak fikir panjang terus berhenti semata-mata nak buat bisnes dengan kawan dia . Sekarang kawan dia sendiri menipu duit dia . Itulah kawan makan kawan namanya . Soal tu biarlah dorang berdua yang selesaikan . Aku tak ambil tahu sangat . Aku cuba kaitkan tindakan dia berhenti kerja dengan situasi dia semalam . Aku cakap dia tak bersabar dan tak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan . Dia paham apa yang aku sampaikan . 

"Janganlah takut dengan kegagalan, tetapi takutlah dengan sikapmu yang suka mengalah sebelum mencuba."

Dan dari apa yang aku boleh kaitkan dengan kisah nabil nie . Kita tak sepatutnya menyerah kalah sebelum kita cuba untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan . Gagal sekali tak bermakna selamanya kita akan gagal , sebaliknya kita perlu terus berusaha untuk pastikan kegagalan kita itu memperolehi kejayaan . Allah tidak suka umatnya yang menyerah kalah sebelum bertarung . Cubalah dan pastikan apa yang kita cubakan itu mendapat hasil yang sangat menguntungkan dan membahagiakan kita . 

Wassalam ~ 

Upload Gambar Untuk Tatapan Umum . Perluke ?

Assalamualaikum . . ♥


*Gambar nie aku ambil dari tweet salah seorang dari followers dalam twitter aku*

Mungkin bagi dia ini satu gurauan atau lawak jenaka . Apa salah ke jika seseorang tu tidak pernah tukar gambar akaun dia walaupun gambar yang digunakan gambar yang sudah berkurun lamanya . Tidak beberapa lama selepas dia tweet terus ditukarnya gambar profile twitter dia . So aku fikir ? *tak habis fikir lagi apa motif dia* . Korang tolong la fikirkan pulak . Ohooo ~

Aku sendiri tak pernah kisah dan peduli dia nak tukar gambar seberapa kerap sekali pun . Tapi perlu ke untuk dia cakap dekat orang yang tak tukar gambar . Yes ! Aku terasa sebabnya aku pun jarang tukar gambar . Buka FB or Twitter tetap gambar yang sama . Sampaikan ada sekali yang cakap kau takde gambar lain ke ? Jawapan aku senang , bukan takde gambar lain . Banyak sangat gambar tapi patut ke aku publish gambar aku pada umum ? *Haaa! fikirkan sendiri patut ke tidak* 

Bukan tak boleh nak letak gambar atau publish gambar tapi korang kena fikirkan semula apa kebaikan dan apa keburukan yang korang dapat bila korang paparkan gambar yang cun dan comel2 tu dekat umum . Zaman sekarang dah macam jenayah siber ada . Ada yang sanggup curi gambar dan buruk2kan nama si pemilik gambar dengan pelbagai ayat-ayat "cinta" yang meloyakan tekak aku . Banyak page dekat facebook tu yang suka curi gambar dan upload semula di page dengan caption yang tidak sepatutnya . Contoh page : Awek Bertudung , Gadis Melayu dan macam2 lagi la . Entah ada ke tidak page berkenaan aku tidak tahu . 

Dan tidak kurang pula yang suka sangat letak gambar yang seksi lagi menyeksakan mata si jejaka tampan idaman wanita nak menatap gambar berkenaan . Gambar perpelukan dan beraksi manja bersama kekasih apatah lagi . *okay! zaman jahiliah aku pernah letak satu gambar dengan pakwe tapi takde sampai tahap yang kritikal* Selepas ditegur aku sedar memang tak sopan bagi seorang perempuan seperti aku letak gambar sedemikian . Maka , aku pun berubah . =)


Bagi kaum aku , kalau kamu nak letak gambar juga, maka letaklah, terpulang kepada kamu . Mungkin kamu ada alasan yang kukuh untuk berbuat sedemikian rupa . Mungkin kamu nampak banyak manfaatnya yang barangkali aku tak nampak . Mungkin dengan kamu meletakkan gambar sedemikian rupa , hidup kamu bahagia dan ceria buat selama – lamanya . Siapa tahu kan ? Mungkin mata aku yang rabun sebab tak nampak kelebihan kamu meletakkan gambar kamu . Siapa aku untuk menghalang kamu untuk berbuat demikian .


“Ceh, suka hati aku lah nak letak gambar aku tak pesbuk aku, bukan pesbuk ko pun. Macam la aku share pesbuk dengan ko. Jangan jadi penyibuk boleh? “

See . Jawapan yang tak matang langsung .

“Memang aku tak matang pun. Kenapa ko sibuk sangat jaga tepi kain orang lain?"

Sekali lagi . Jawapan yang tak matang langsung .


Kalau ini lah jawapan kamu, maka kamu fikirlah sendiri . Pilihan ada ditangan kamu , bukan ditangan aku . Antara syurga dan neraka , itu pun pilihan kamu juga . Bukan pilihan aku .

Kamu tahu kenapa aku berkata begitu ? Sebab kamu saudara aku . Sebab kamu kaum aku , sebab aku sayang dengan kaum aku , sebab kaum aku dikatakan menjadi sumber fitnah , sebab kaum aku lah yang banyak masuk neraka kerana kealpaan dan kebebasan mereka sendiri . Anggaplah ini cara aku muhasabah diri aku juga .

Tetapi percayalah sebagai saudara seislam , marilah kita mengamalkan sikap saling tegur menegur . Menegur dengan harapan ditegur . Menegur untuk kebaikan sesama saudara . Aku tahu setiap manusia mempunyai alasan sama ada untuk berbuat kebaikan atau kejahatan . Wassalam ~




Wednesday, January 23, 2013

Maaf . Ikhlas atau terpaksa?

Assalamualaikum... ♥


               Kita memang mudah untuk lafazkan ungkapan maaf kepada seseorang sekiranya kita rasa bersalah ataupun kita telah melakukan kesilapan . Tapi, ungkapan maaf yang kita lafazkan itu adakah ikhlas yang lahir dari hati ataupun kita terpaksa untuk memohon maaf kepada seseorang . Apa yang ada di hati kita mana la orang lain tahu . Samada ikhlas mahupun terpaksa hanya kita saja yang dapat mengetahuinya . Kan ? 

"Awak , saya mohon maaf segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan . Andai terkasar bahasa atau dah buat hati awak tersinggung harap awak dapat maafkan ?"  

               Okay ! Ungkapan itu masih tersegar indah dalam ingatan aku . Bukan maksud untuk aku mengungkit apa yang telah terjadi . Tapi , sampai bila harus aku termakan hati dan terasa hati dengan karenah beberapa orang yang ada di sekeliling aku . Bukan sekali dia dan dia memohon maaf tapi bila dikirakan sudah berkali . Secara berdepan dan ada secara WHATSAPP . 

               Aku ikhlas untuk memaafkan apa yang telah mereka lakukan . Biarpun aku baru saja mengenali mereka tapi sudah cukup untuk aku mengenali hati mereka walaupun tidaklah sepenuhnya . Aku gembira punyai kawan seperti mereka . Tapi entahlah sampai bila hubungan aku dan mereka akan terus sebegini . Dimanakah penghujungnya ? Mungkin di semester baru kita masih lagi berkawan atau di semester baru nanti tiada lagi ungkawan kawan diantara kita . Aku terima apa sahaja keputusan yang mereka akan ambil nanti .

               Biarpun hati ini disakiti tapi aku akan tetap mendiamkan diri dan sentiasa maafkan mereka . Walaupun aku tahu mereka semakin hari semakin lupa persahabatan yang sekian lama terjalin . Samada mereka ikhlas memohon maaf terhadap aku tempoh hari atau pun tidak aku biarkan hati mereka yang menjawabnya . Dan biarlah mereka yang menilainya sendiri . 


Sunday, January 13, 2013

Tip Memutihkan Bawah Lengan



Assalamualaikum . .

Dah lama tak update tip dalam blog nie . Entah mood apa la agaknya hari rajin pulak nak update tip kat korang semua . Okay ! Bawah lengan atau nama kasarnya ketiak . Hehe ! Biasanya kulit jadi gelap disebabkan selalu bercukur . Almaklum la dah baligh mesti ada benda-benda yang sepatutnya tumbuh . *malu nak sebut* hoho ! Kalau yang rajin cabut tu kurangla gelap . Yang biasa cukur mesti kulit jadi gelap . Jangan salahkan deodorant yang korang pakai . Deodorant tak salah mana pun sebenarnya .

Tapi , jangan risau sebab ada cara nak putihkan balik kulit tu . Kulit gelap tu bukan asal kulit kita sebab tu boleh je dan ada cara nak putihkan . Kalau dah sememangnya kulit gelap memang xboleh la nak putihkan lagi . Mohon jangan terasa . Ini kenyataan ! Cara nie dapat dari petua orang lama-lama . Kalau korang pakai deodorant yang konon cakap boleh putihkan kulit pun belum tentu putih lagi . Tapi cara orang tua-tua ada juga yang mujarab . Cubalah praktik kan petua nie :




Bahan-bahan :

  • Limau nipis
  • Kapur sirih


Cara Memutihkan Bawah Lengan : 

  • Perahkan beberapa buah limau nipis .
  • Campurkan dengan sedikit kapur sirih . Kemudian sapu di bawah lengan .
  • Biarkan selama 15 - 30 minit . Kemudian basuh sehingga bersih menggunakan air yang bersih .




p/s : Amalkan setiap hari untuk hasil yang lebih berkesan . Selamat mencuba .



Baca seterusnya . 

Monday, January 7, 2013

Deleted and Removed




Assalamualaikum . . 

Agak macam banyak masa pulak aku nie time2 tengah exam nie kan ? Sedangkan pukul 3pm nanti ada paper sekarang sempat lagi update blog . Memang nak kena sound budak nie . Aishh ! Jangan salah sangka . Aku baru lepas menelaah buku AKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1974 yang aku sendiri tak paham kenapa aku kena belajar subjek nie . Huaaa~ 

DELETE ??
REMOVE ?? 

Back to our topic . DELETED AND REMOVED ! Apa sebenarnya nie ? Sebelum nie entry aku berlambak-lambak yang agak tak berapa nak matang dalam blog nie . So , sekarang masa untuk aku tapis semua dan segala jenis entry yang sudah atau sedang atau bakal aku postkan dalam blog nie untuk tatapan umum . Aikk ? Sudah berubah ke CIK IEYKA ? Yes ! I am . *Jawab dengan penuh riak dan takburnya* . Astagfirullahalazim ! 

Seperti yang telah aku azamkan untuk tahun nie . Maka episod untuk melakukan perubahan pun sudah berlaku . Walaupun tidak secara menyeluruh tapi perlahan-lahan la noh . Dari hari ke hari InsyaAllah aku akan cuba untuk mematangkan diri aku baik dari segi percakapan mahupun dari segi penulisan . Ini bukan sebab umur beb ! Tapi dah sampai kot masa untuk aku kembali ke jalan yang benar dan mencari keredhaan ALLAH . Ajal kita tidak tahu bila akan sampai . Entah esok atau lusa . Kalau niat je nak berubah tapi tak melakukan tak guna juga . Ye dop ?

Samada korang perasan atau tidak banyak la juga entry dalam blog nie yang sudah pun aku delete . Tapi , mungkin ada lagi yang tertinggal dalam blog nie aku tak delete . Later on aku cek lagi . Almaklum lah nak cek satu persatu entry dalam blog yang asalnya ada hampir 400 nie bukan mudah . Ambil masa yang panjang . Memandangkan sekarang tengah exam lagi la tidak kuasa aku untuk membukanya satu persatu . Err ! Ayat tak boleh nak skema lagi ke ? 

Okay . Cukup sampai sini dulu . Esok sambung delete and remove lagi ! InsyaAllah ~ Sekarang tiba masa untuk tidur ! 



Sunday, January 6, 2013

Lelaki Soleh Hanya Tenang Menanti

[26] “ Perempuan-perempuan yang keji  untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji; dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. ” 
Al-Quran Surah An-nur ayat 26 : 24

“Women impure are for men impure and men impure are for women impure; and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honourable.”
Holy Quran Surah an-Nur verse 26 : Chapter 24

“ Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji; dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. ”
Al-Quran Surah An-nur ayat 26 : 24

Kita hanya mampu merancang yang akan menentukan segalanya hanyalah ALLAH . Tak perlu mencari seorang yang baik jika diri sendiri pun hanyut entah ke mana hala tujunya . Persiapkanlah diri menjadi yang terbaik supaya kelak dikurniakan insan yang baik . Bila aku fikirkan , layakkah aku untuk mendapat pasangan yang baik . Dan bagaimana pula zuriat aku nanti . Perangai siapakah yang akan mereka warisi . Sangat risau bila fikirkannya .

Lelaki mana yang inginkan seorang isteri yang tidak baik . Tanyalah siapa pun semua nak pasangan yang baik . Baik lelaki mahupun perempuan . Tapi , cukup baikkah kita untuk dapatkan pasangan yang baik itu ? Hurmm , nilailah diri sendiri sejauh mana iman dan sejauh mana pegangan kita . Untuk sesiapa yang yang ingin carikan pasangan dan ingin mengetahui bahawa pasangannya itu baik mahupun tidak cuba baca dan fikirkan apa yang betulnya mengenai ayat di bawah nie .

"Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGI MANA DIA belum bernikah denganmu.
Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat nasuha."
Kalau pasangan kita seperti di atas wajar lagikah kita bertahan ? Belum ada ikatan yang sah sudah pandai kan ? Fikir dan renungkan ! Peringatan juga pada diri sendiri .





Wednesday, January 2, 2013

I trust You !


kadang-kadang apa yang kita mintak kita tak dapat . 
Tapi , kita jangan salahkan takdir sebaliknya kita renung kembali apa sebenarnya yang belum kita lakukan untuk mendapat apa yang kita inginkan . 

Kadang-kadang kita tidak pernah pinta untuk mendapatkan sesuatu tapi kita dapat dengan mudah .
Namun , kita bongkak dan riak dengan apa yang kita perolehi . Kita tak tahu erti bersyukur . Seharusnya kita sedar bahawa DIA masih sayangkan kita dan memberi ruang untuk kita merasakan kebesaran dan nikmat yang DIA kurniakan .

Apa pun kita dapat mahupun tidak dapat kita perlu bersyukur . Mungkin hari ini rezeki kita murah mana tahu keesokannya . Hidup di dunia hanya sementara . Apa yang diberikan olehNYA ada sebab yang tertentu yang cuma DIA saja tahu . Ingatlah , hari tak selalu indah dan langit tak selalunya cerah . 






Tuesday, January 1, 2013

2013 : Dunia Baru .


Happy New Year ! 


Alhamdulillah , sekarang dah pun masuk tahun 2013 . Bermakna makin meningkat la umur kita seperti mana bumi yang semakin lanjut usianya . Usia bumi nie aku tak tahu la pulak berapa . Umur aku sendiri ingat la . InsyaAllah jika dipanjangkan usia bulan 4 nanti genap la 22 tahun usia aku . Wahhh~ Dah dewasa ! 

Bila masuk je tahun baru mesti ramai yang fikir azam baru . Dah menjadi kewajipan agaknya . Aku tak ingat sebelum ini aku ada azam ke tidak setiap tahun . Rasa macam tak je . Okay ! Azam tahun nie aku nak hadiah PORSCHE untuk birthday aku . *blink blink* . Bertuah kalau dapat . Tak masuk lagi 2013 orang semua sibuk update status la tweet la pasal azam tahun baru . Aku? Aku? Masih fikir apa azam aku . EH? 

So now , dah masuk tahun baru . Aku dah nampak apa benda yang aku nak capai untuk tahun nie . Antaranya :

  • Nak tamatkan belajar dan konvo sesama kawan yang lain .
  • Nak dapatkan kerja setelah tamat belajar .
  • Nak kumpul duit berkoyan-koyan dalam akaun bank yang banyak2 tu untuk beli kereta beli rumah dan ada life sendiri .
  • Nak balas jasa mama dengan abah aku yang dah banyak melabur duit untuk aku belajar . uhukkk! *sentap bila sebut pasal parent*
  • Nak solat 5 waktu sehari semalam tanpa tinggal kecuali pada masa2 yang tertentu .
  • Nak amalkan baca Al-quran setiap hari .
  • Nak ubah cara hidup aku yang selama nie entah tak tentu arah .
  • Nak ubah penampilan ke arah yang lebih baik dan sopan . *Dah mula pun dari penghujung 2012 yang lepas*




 
© IeykaShahidan