Monday, January 16, 2017

❤ Bila Nak Kahwin !

Assalamualaikum . . .

          Image result for kahwin

          Kahwin? Eh bila? Maaf entry ni bukan nak cerita pasal part aku nak kahwin ke apa. Belum tiba masa dia lagi hoii nak kahwin2 ni. Terlalu banyak komitmen lain yang perlu selesaikan dulu sebelum aku kahwin. Cerita dia kat ni sini siapa la yang tak nak kahwin. Tak berlaki tak nak beranak. Semua orang nak. Lain la kalau dah nafsu tu songsang kan. Memang takde la nak ke arah berlaki beranak ni. 
          Bila musim cuti sekolah je mesti la sane sini sibuk nak buat majlis kenduri kahwin bagai. So, rekod aku memang cemerlang la tahun lepas tak pegi pun majlis siapa2 bila musim cuti sekolah. Maaf la kepada kawan2 yang invite ke majlis korang tu, bukan tak nak pergi tapi almaklum la kerja susah nak dapat cuti nak balik kampung tu. 
          Okay, nak mula cerita. Baru2 ni, ada la kawan2 yang sibuk tanya bila nak kahwin. So, aku tak de sentap kalau cuma soalan bila nak kahwin tu. Boleh lagi nak jawab dengan baik. Yang buat sentap ni bila korang2 yang dah kahwin ni seolah2 macam nak hanjingkn orang yang belum kahwin. Choiii! Boleh pulak cakap jangan asyik nak bercinta sangat kahwin cepat. Dan ada yang lagi celaka mulut tu asyik tukar pasangan je bila nak kahwin. 
          Ulang balik! Bukan tak nak kahwin. Semua orang nak termasuk la aku. Tapi, dah belum sampai masa. Belum sampai seru nak kahwin macam mana? Kahwin tu kan rezeki. Sama jugak kalau orang tanya korang2 yang dah kahwin ni bila nak beranak? Korang sentap tak? Tanya isu2 sensitif gitu. So please la respect orang sekeliling. Jangan main hembus je nak cakap apa. Tahu, niat nak bergurau tapi behave la sikit. Dulu, sebelum korang berlaki, berbini orang tanya bila nak kahwin pn sama jugak kan korang sentap. So dah tahu korang punya perasaan tu macam mana jangan la persoalkan. 
          So, pada sape2 yang sibuk sangat nak persoalkan jodoh aku tu apa kata korang doakan je lagi bagus dari nak soal mcam2. Hari2, jangan pernah miss doakan aku cepat kahwin. Bila aku dah kahwin nanti senang aku nak jemput korang datang majlis. Hokeyhhh! RESPECT. 

No comments:

 
© IeykaShahidan