Sunday, October 14, 2012

Makan Besar !


Yong Tau Fu with sup . . Sedap weh !! Perut aku memang full gila hari khamis yang lepas . Balik dari pasar malam lepak dengan member ramai2 . Makan sampai maghrib then sambung makan lagi lepas isyak sampai dah tak mampu nak makan . Yong tau fu tu last makanan yang aku beli kat pasar malam . Actullay , tak banyak pun aku beli . Just beli laksam , keropok lekor , tau fu fah and yoang tau fu . Laksam tu ada la sejemput . Keropok lekor pulak ada la 4 batang kan . sikit je pun . Tapi disebabkan makan ramai2 rasa macam bahagia dan kenyang bila dah kongsi2 makan . Nikmat semua tu . Lepas nie bila dah grad tak tahu la bila pulak boleh berkongsi segalanya . Time study nie memang indah sangat . Ada kawan2 . Suka duka semua sama2 . Best sangat dapat berkongsi segalanya . Hope friendship ever after . 

Friday, October 12, 2012

Practical Training : The last step !

Eh , dah lama aku tak update blog nie ye . Last update pasal fb . So , means lepas dari kejadian tu aku busykan diri aku dengan kerja-kerja yang lebih berfaedah . Since dari aku deactive my fb tu ada la hamba Allah yang concern about me . Mesej aku bertanyakan tentang diri aku . Nak katakan masalah berat tu tak juga la . But . not everything is clear . Dah okay dah pun . Aku pun dah online aku punya FB semula . Kejap je aku deactive . Active fb tapi dah harang online sekarang nie . Bukan sebab aku masih lagi ada masalah but aku banyak kerja yang perlu diselesaikan .

So , xperlu la nak fikirkan sangat aku tak update blog sebab aku ada masalah . Sebenarnya minggu lepas aku sangat la busy . Ada quiz , ada test dan banyak kerja lain lagi . Salah satu kerja yang aku perlu ambik berat buat laporan akhir latihan industri . Banyak jugak la masa yang ada aku habiskan untuk buat report tu . Mana tak ambik beratnya . Report nie saja dah 30 % dan report nie jugak last bagi aku dan latihan industri . Lepas nie dah tak ada lagi benda-benda yang berkaitan dengan latihan industri dalam hidup aku . Tunggu dapat result jela hujung semester nie . Hope dapat A !

By the way , aku bangga juga la dengan diri aku sebab boleh siap sebelum last day submit . Kalau nak ikutkan pengalaman sebelum nie setiap assignment aku akan buat last minit . Entah la sebab apa semester nie aku mampu buat kerja dan siapkan a day before due of submitting date .Tu la cara yang aku perlu ubah from day by day . Report LI dan buku log LI aku dah selesai . Dah pun submit . And for the first time aku terpaksa habiskan banyak duit aku untuk report . Berkorban demi markah ! Mau tak mahal . Aku print laser semua . Untungnya abang kat kedai tu baik hati . Print laser sebab nak tunjuk gambar sebenar masa aku buat latihan industri dulu .



Finally ! Its finish . And dah submit on 11 October 2012 ! 


 
© IeykaShahidan