Monday, February 4, 2013

Hukum Karma ? Wujudkah Dari Sudut Islam .

Assalamualaikum . .  


Hukum karma . Sebelum nie aku ada jugak terdengar hidup kita nie macam karma . Bila aku fikirkan balik sebenarnya karma itu apa . Bila muncul persoalan tu aku pun mula la cari dan selidik serba sedikit mengenai hukum karma nie . Berhari-hari aku baca pelbagai artikel untuk fahamkan apa itu sebenarnya karma . 

Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu . Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan' . Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat , semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini . Cerita Si Tanggang adalah contoh klasik pengaruh Hindu dalam sastera rakyat Melayu pra-Islam .

Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam . Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah . Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita , baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku , bangsawan , drama TV , filem dan lain-lain . Malah , jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam .

Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat , namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan . Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan . Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami , kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga . Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat .

Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu , Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini . Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya . Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa .

Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam . Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan , makanya orang-orang yang baik , malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah . Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma .

Di dalam surah Kahfi diceritakan bahawa Nabi Khaidir membina semula sebuah rumah kepunyaan anak yang hampir roboh . Apabila ditanya oleh Nabi Musa kenapa , Nabi Khaidir menjawab (selepas Nabi Musa malanggar janji untuk tidak bertanya kenapa) bahawa rumah ini kepunyaan anak yatim yang mana di bawahnya ada harta mereka yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang salih . Daripada kisah ini dapat kita simpulkan bahawa jika kita berbuat baik , insyaAllah , kita atau anak kita atau anak kepada anak kita akan menerima kebaikan daripada perbuatan kita dan ini menepati hukum Karma .

Allah juga ada menjelaskan bahawa buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat dalam firman Nya Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Jadi berdasarkan hujah-hujah ini,apakah hukum karma itu memang benar dan wujud di dalam Islam?

No comments:

 
© IeykaShahidan