Tuesday, September 6, 2011

masa itu emas

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca yang disayangi....

Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari. Sungguh singkat masa itu sebenarnya. Dan wajarlah masa itu di ibarat seperti emas kerana seandainya kita terleka walaupun sejenak kita akan terasa kerugiaannya. Janganlah kita anggap masa itu tidak ada nilainya. Seperti yang sedang aku alami sekarang, cuti selama empat bulan cukup singkat kerana tiada satu pun yang mampu aku kecapi di sepanjang empat bulan ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aku tinggalkan rumah dan tinggalkan sebuah cerita di kampung halaman aku ini. Setelah sekian lama aku bertapa di kampung akhirnya masa telah menjemput aku pulang ke tempat untuk aku menuntut ilmu. Di sini masa dulu, kini dan selamanya tetapi di sana kini dan selamanya. 

Bermulanya semester baru membuatkan semangat aku semakin menggunung untuk kembali. Akan aku temui semua sahabat-sahabat yang sentiasa ada bersamaku. Biarpun masa yang aku ada cuma sementara namun, aku akan gunakan masa itu sebaik mungkin. Entah aku masih punya peluang untuk bersama mereka atau tidak. Andai semester baru nanti merupakan saat-saat terakhir aku bersama mereka aku pasrah dan redha. Yang aku ingin cuba sampaikan aku mohon sejuta maaf disepanjang tempoh perkenalan kita. Setahun lebih bersama merupakan saat terindah bersama mereka. Aku tidak akan pernah lupakan mereka walaupun adakala mereka membenci aku.

Bersama-samalah kita kecapi impian dan harapan kita di sana. Di sanalah sebuah kehidupan di masa akan datang. Janganlah kita leka dan asyik dengan sebuah keindahan hidup sebagai seorang remaja. Haruslah kita sedar bahawa kita seorang mahasiswa dan mahasiswi yang tercipta untuk mengorak langkah pada masa hadapan. Di sana sebuah kemenangan yang perlu kita kecapi. Belajar dari sebuah kegagalan memberikan impak kepada remaja yang bergelar seorang pelajar. Ingatlah, gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selamanya. Bangunlah dan terus meniti hari-hari yang mendatang dengan penuh kecekalan. Semoga kita dapat mengecapi sebuah impian yang selama ini membuku di segenap lubuk hati kita.

MASA ITU EMAS...!!!

Jangan lagi kita leka dan alpa dengan kehidupan ini. Haruslah kita belajar dari sebuah kesilapan untuk meraih sebuah kemenangan.......

No comments:

 
© IeykaShahidan