Tuesday, August 21, 2012

Hari Raya !

Assalamualaikum . .

Hari ini dah masuk raya ketiga . Tapi aku belum lagi ucap selamat hari raya kat readers blog aku nie kan . Aishh ~ sungguh tak patut ! Okay , sempena hari raya nie aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua readers yang yang singgah mahupun yang follow blog aku nie .


Raya tahun nie bagi aku memang terindah . All my brother and sister berkumpul masa first day raya . Riuh rendah dengan anak sedara aku memang boleh buat rumah aku meletup . Nasib la rumah aku nie agak lapang untuk dorang nie main cak-cak boom boom sesama sendiri . Kalau la rumah aku nie macam jelapang padi sebelah rumah aku nie memang dah runtuh . Haha .
Paling menakjubkan benda yang aku buat tahun nie aku pergi beraya sampai ke alor star . Memang giler la jugak kerja aku buat . Plus dengan lesen tak de . Aku belasah pergi beraya sampai sana . Then , balik dari alor star terus singgah kat gunung keriang tengok orang dating . First time aku jejak kaki kat sana . Aishh~ tak sangka macam tu tempat dia . Apa-apa pun thanx jugak to my friend since sekolah rendah sanggup teman aku .
Raya kedua sesi aku beraya dengan family pulak . Seharian beraya di penang rumah sedara mara . Sampai rumah kat kedah je da dekat pukul 12 malam . Memang letih melampaui batas la . Tapi sampai rumah bukan reti nak tidur . Online sambil mesej dengan buah pinggang aku lagi . Pukul 2 baru tidur . 


No comments:

 
© IeykaShahidan