Friday, August 17, 2012

Mission Accomplished .


Mission apa yang accomplished nie ? Haa ~ sebenarnya semalam 16 ogos 2012 secara rasminya aku dah pun tamat menjalani practical training selama 2 bulan di makmal kimia DXN pharmaceutical . Hantar report pukul 4 lepas tu terus busykan diri ambik gambar semua . Tak kisah dah dengan bos . Hahaha .



Finally , dah habis jugak . Alam kerja memang lain sangat dengan alam study . Masa practical nie memang banyak benda yang berubah dalam life aku seharian . Biasanya bangun lewat bila dah kerja seawal pagi dah bangun siap nak pergi kerja . Bila malam pulak biasanya tidur lewat bila dah kerja pukul 9 lebih mata aku dah berat mintak pejam je . Tak sempat nak mukadimah atas katil memang awal-awal mata aku pejam rapat . Sebelum nie bukan main susah lagi nak tidur awal . Itu sangat ajaib ! Nak kata penat sangat masa kerja tak pun . Biasa je .

Kerja yang aku buat sepanjang practical nie mostly test air je . Instrument yang aku guna Ion Chromatography dan Hach Program (Uv Spectrometer). Memang simple je pun kerja aku hari-hari sebagai chemist nie. Hari-hari buat benda yang sama je . Bosan tu tak payah cakap la kan . Memang sangat! Huhu . By the way tu la pengalaman pertama aku bekerja . Jadi chemist pulak tu . 

Sebelum nie aku tak pernah mimpi pun nak jadi chemist . Tambah pulak masa zaman sekolah dulu memang aku tak suka pun dengan chemistry . Mungkin dah ditakdirkan agaknya aku nie sebagai chemist . Macam mana result aku sekali pun tetap berpeluang jugak jadi chemist . Bila ditanya lepas grad nanti nak ke kerja dekat DXN . Err ~ Entah la . Mungkin boleh jugak kot kalau sementara . Apa-apa pun kena tengok jugak my future husband aku tu kerja dekat mana . Aku ikut dia je . Dah tak nak jauh dari dia . Seksa ooo ! 

Next entry aku akan share gambar aku dengan kawan-kawan yang lain dan gambar laboratory tempat aku bekerja sebagai chemist selam 2 bulan . Tunggu !!







No comments:

 
© IeykaShahidan