Wednesday, January 29, 2014

❤ Penang With Love

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..

Entry kali nie about holiday dekat Penang pulak. Berjalan jela kerja aku ye sepanjang melepak kat rumah ni. Penang ni pun percutian 2 hari 2 malam jugak sebenarnya. Cuti-cuti malaysia di hujung minggu. Plus awal tahun katanya. Hehe!

HARI PERTAMA

Map Penang. Credit to google image.

3 Januari yang lepas, hari jumaat yang indah lagi permai. Ehh, agaknya nak buat novel ke hape dengan mukadimah macam tu. Okay, back to story! After solat jumaat, dalam pukul 4.30pm kitorang siap-siap keluar dari rumah dan bertolak pergi Penang. Perjalanan makan masa 2 jam jugak la dari rumah aku. Ngam2 sampai atas jambatan pukul 6pm lebih macam tu. Traffic pun okay lagi. Kalau pukul 7 keatas memang traffic jam la atas jambatan ni sebab penang masih lagi hari bekerja. Time tu la orang nak balik kerja. Sampai je kat Pulau dalam pukul 7pm macam tu. 

Location: Block A Desa Bistari Apartment

Dah sampai pulau terus la cari apartment nie. Yang abg ipar aku dah book. Nie la view dari tingkat 13. Tinggi okay! Gambar dari balkoni. Sape gayat jangan ikut aku nak photoshot kat atas nie. Hoho! Dari sini nampak la Pulau Jerjak. Dah sampai apartment rehat kejap lepas tu keluar semula pergi makan. Dah lapar! 

Location : Idrus Ikan Bakar

Buka foursquare nak check in tengok tip. Ehemm! Telan air liur tengok tip dari pengunjung dah pernah datang sini. Tapi, nak kata apa pun tak boleh la sebab dah standard la makan ikan bakar nama pun. Mana boleh complain2. Malam nie memang makan besar gila kaw2 punya. Adik la tukang habiskan makanan. Aku dah sememangnya tak rela nak gemukkan badan. Haha! Dah makan kenyang so apa lagi. Balik tido la sambil layan movie dekat TV3. 

HARI KEDUA



Bangun pagi siap2 nak berjalan. Dah siap semua buka pintu depan rumah tengok bawah memang cantik permandangannya. Haha! Penang nama pun. Bukan macam tempat lain ada tanah bosau2. So paham la kan. Malam2 tak nampak sangat so dah siang cerah boleh la aku snap gambar permandangan indah nan permai nie. From 13th floor again! :D


Location : Penang Hill (Bukit Bendera)

For the first time, aku jejak kaki kat sini. Sumpah jakun naik keretapi bukit bendera. Haha! To student, dont forget to bring up your student ID card. Untung! Dapat potongan 50% harga. So, student yang ada Matric card nie bayar RM4 only. Murah kan? Hehe! 


Gambar yang first tu keretapi sekarang. Dah moden pun ada aircond dan sumpah laju! Yang gambar second tu sebelum keretapi sekarang la. Yang merah tu still boleh tengok sebab tersadai kat jalan nak naik atas. Sampai saja puncak, kena mendaki la sikit nak naik. Ala, bukan nye daki teruk pun jalan naik atas sikit je. Nak tau macam mana kena pergi sendiri la ye. Hehe!


Sampai ke destinasi so apa lagi breakfast time! Pukul 10 lebih masa itu ye. Makan pagi dah macam makan tengahari je gayanya. Nasi ayam dan ABC fruit. Seriously sedap ABC dia. Nasi ayam kureng la! Tak kena dengan selera aku. 

Location : Penang Butterfly Farm, Teluk Bahang

Next destination is penang butterfly farm. Tengok rama-rama gitu. Masuk sini fee dia RM20 for adult. Kalau bawak student card dapat la less. Berapa aku tak pasti. Tapi memang sure ada less. So, bawak la student card tu ke mana saja ok. 

 

Rama-rama sini sangat friendly. Main hinggap mana yang dia suka. Syarat kena sweet2 dan manis2 sikit ye. Bagi attraction sikit baru la banyak yang nak hinggap. Hehe! Cantik sangat ciptaan ALLAH ni. Subhanallah! 


Selain rama-rama ada jugak haiwan dan binatang lain. Contohnya ular macam atas nie la. Banyak lagi la binatang lain ada. Cuma aku je malas nak snap banyak2. Nak melihat dan nak snap lagi. Hilang tumpuan nanti. Baik jalan dan tengok je. Tak payah snap. Senang cerita nak suruh korang pergi dan alami pengalaman sendiri. Haha! 

Location : Masjid Terapung Tanjung Bungah

Memandangkan dah masuk waktu zuhur jadi kitorang pun singgah la kejap dekat sini dan buat jamak asar sekali sebelum teruskan perjalanan. Masa Tsunami dulu, masjid nie sikit pun tak terjejas. Buktinya gambar bawah nie. 


Tengok! Memang takde jejas apa pun kan. Sedangkan dekat keliling habis musnah kena ombak Tsunami. Allah Maha Kuasa! Allahu Akbar! Walaupun sekeliling kawasan nie musnah tapi masjid nie tetap utuh dan cantik. 


View dari masjid. Cantiknya air laut dan pantai. I fall in love! Dan dekat sini ada kisah yang mana ada sorang mamat nie konon nak usik aku tunjuk la biawak pantai. Dengan slumber bewak aku pun cakap alahh, dah biasa tengok pun. Kat UMT tempat saya belajar dulu dah banyak. Siap lalu depan mata. Nak plak dekat rumah saya sendiri banyak biawak. Besar2 pulak tu. Kataku padanya! Haha. Serot terus dia. Dan2 cover line cakap, biasa perempuan takut. Ini kalau anak saya tengok dah menjerit lari. Katanya padaku! Dalam hati aku dah ketawa terbahak2 dah. Haha! 

Location : Medan Selera Tanjung Bungah

Disebabkan tengahari tak makan so, lepas solat jalan kaki terus menuju ke sini. Cari makan. Tak jauh pun dengan masjid. Itu pasal jalan kaki je. Makan jela apa yang ada ye. Laksa penang yang tak macam laksa penang. Belasah jela! Janji kenyang. Perut dah kenyang. Badan pun dah penat. Kaki pun dah letih. So decide untuk balik je. Tengok jam pun dah lewat petang. Kalau nak jalan lagi pun takut nanti sampai rumah lewat malam pulak. 


Datang ikut jambatan. So, balik naik feri la. Memang kalau datang penang naik feri la saat di nantikan. Hehe! Dah habis jalan dan pusing area penang. Kembali pulang! Balik singgah rumah mak lang dekat Kampung Setol. Kampung abah masa kecik2 dulu. 

Location : Medan Selera Jam Besar Sungai Petani

Malam, lepas maghrib terus bertolak balik ke kedah semula. Tapi sebelum tu singgah sebentar di Medan Selera Jam Besar dekat Sungai Petani. Kat sini sebelum nie memang selalu dah aku lepak makan-makan dengan kawan2. So makanan memang boleh tahan dan sedap kat sini. Gambar atas nie ambil dari google je. Area dekat sini ada satu medan selera. Kalau tak tahu cari nanti ajak aku baru aku tunjuk jalan. Tapi jangan lupa belanja aku makan pulak ye. Hehe! 

Setel makan, dah kenyang terus balik ke rumah di Megat Dewa! Home sweet Home la katakan. Ponat dan lotih berjalan. One more things, aku migrain lepas balik dari Sungai Petani tu. Muntah bagai semua ada. Dengan jayanya aku abaikan semua SMS dan Call yang masuk dan terus ZZzzz TIDO! 

Impian nak bercuti dekat penang dah tercapai. InsyaAllah, ada masa lepas nie aku nak pergi lagi. Sape nak sponsor aku cakap ye. Hehe! 


No comments:

 
© IeykaShahidan