Tuesday, January 28, 2014

❤ Hatyai With Love

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..

Hatyai with love . Okay , ikutkan entry nie aku publishkan tahun lepas lagi . Tapi, memandangkan tahap kerajinan aku nak berblogging agak slow sebulan lepas maka aku pun simpan la dalam draft tu berkurun dan berabad lamanya. Baru update title lepas tu simpan. Nampak benor malasnya. Haha!

DAY 1

Pada 12 Disember 2013, aku dengan family sesaje ubah angin bercuti overseas! Perghhh, overseas kau! Haha. Macam jauh sangat je perginye padahal langkah sempadan je. Rumah aku dengan Thailand nie kiranya sempadan je. Around 30 to 40 min dah sampai kat sempadan thai tu haa. Dekat je kan? 
Aku dengan family bertolak dari rumah dalam pukul 9.30am gitu. Keluar awal sebab nak buat border pass sempadan dulu. Urusan jadi mudah sebabnya abang aku sendiri imigresen. Wahh ! Tak perlu beratur nak berebut buat border. Huntunggg kan? Hehe. Dah siap border so teruskan jela perjalanan sampai ke CTC Bukit Kayu Hitam untuk tukar duit dan tunggu kak long dekat situ. 

United Fairway Sdn Bhd Money Exchanger
Credit to google image :D
Location : CTC Bukit Kayu Hitam Kedah

Location : Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam

Dalam pukul 11 lebih macam tu sampai kat sini cop border pass dulu. Lepas tu baru boleh masuk siam. Welcome to thailand! Dekat sini boleh lagi nak mesej nak call sesape nak bagitau nak masuk siam. Lepas dari sini jangan harap ada line Maxis, Celcom dan sewaktu dengannya. Nak mesej or call jugak boleh tapi make sure credit anda sangat la banyak. Hoho!


Location : Grand Plaza Hotel Hatyai

Ini la hotel aku dengan family menginap selama satu malam. Murah dan bilik pun bosau. Sangat berpatutan la dekat sini. Dan paling best, malam2 ada Night Market depan hotel ni. Nak shopping nak makan pun senang kat kawasan ni. Sebelah hotel nie ada Les Garden Plaza Hotel. Dekat situ ada la McDonald. Tapi tak tahu la halal ke tidak. 

   
Haa, bilik yang besar dan complete la jugak kemudahan yang ada dalam bilik. Kalau dah pergi Thai takde massage memang tak sah. Mane2 ada saje tempat nak massage. Maunye Shiro pun buat lawak massage. Oh Ajak! Opss~ Sory, ajak dah kahwin. Kalau nak massage dalam bilik saje boleh call panggil dorang urut dalam bilik for ladies la kot ada yang nak kan.  


Dah sampai check in hotel, makan nasi lemak yang ditapau khas dari rumah, mandi dan rehat kejap.Lepas tu pukul 3pm waktu Malaysia (2pm Thai), kitorang teruskan perjalanan. Naik benda dalam gambar atas nie. Tuk Tuk ! Oh Alya jadi model. Boleh naik sampai 10 orang atas nie. 600Bath (RM60) for one trip. Ada 4 places yang dia bawa jalan area Hatyai nie. 

Location : Chang Puak Camp (Kem Gajah)

  
Sudah sampai di sini. Tempat pertama lawatan untuk hari pertama nie. Sebelum masuk pastikan buat tarian gajah ala2 Sin Chan ok. Hoho! Lepak sini kejap je, dah puas tengok gajah makan, gajah kencing so boleh la teruskan perjalanan lagi. Next ! 

Location : Cable Car Hatyai

Nak naik ke cable car nie dengan naik Tuk Tuk agak menyeramkan la. Jalan berliku-liku dan berbukit. Ohoiii! Seram hokeyhh~ Tapi, tak perlu risaukan pun sebabnya Tuk Tuk tu dan pick up baik punya. Kalau tak, tak mungkin pemandu dia berani naik sampai atas sana. Sedikit tip for muslim, kalau pergi sini tak payah la naik cable car. Sebab sampai sana takde apa yang menarik selain kuil buddha sahaja! So nak melawat pun dah rasa tak best. Tak percaya? okay tengok gambar bawah. 

 

Gajah nie ada 3 kepala ok. Dasyat tak? Tapi takpe la, dah kepercayaan agama Buddha. Kitorang as Muslim sampai je kat atas nie memang tak tunggu lama la kan. Naik stay kejap turun semula. Tapi still same. Tempat nie memang banyak patung Buddha sebenarnya. So tak best la kan nak jalan pun. Patung Buddha yang warna emas nie dari bawah dah boleh nampak. Besar! Pernah la tengok dalam cerita Thai tapi tak tahu tajuk. Hehe! 

  
Location : Kedai Makan (Lupa nama kedai) hehe 

Dah penat berjalan perut pun sure la lapar. Dalam pukul 7pm waktu Malaysia (6pm Thai) sampai la kat restoran nie. Makan sampai kenyang. Almaklum la dah balik hotel nanti nak cari kedai makan susah la. So bantal makan sampai kenyang ok. Makanan dia boleh tahan sedapnye. Dalam pukul 8pm waktu Malaysia kitorang pun balik la ke hotel. Kalau ikutkan pemandu pelancong tu dia nak bawa jalan lagi. Tapi dah maghrib balik la hotel solat. 

Location : Night Market in front Grand Plaza Hotel

Pukul 9pm, baru turun bawah pergi Night Market depan hotel. Dekat sini nak makan apa semuanya ada. Kecuali Nasi la kan. Pulut ayam paling femes kat siam nie. First time aku makan pulut ayam. So boleh la kan nak makan. Sedap jugak! Dah turun nampak makanan perut yang kenyang pun jadi lapar. Nak shopping benda lain macam xbest sebab kat Kedah pun banyak je. Harga pun lebih kurang so lepak makan-makan jela. Pukul 11pm (Malaysia time) balik bilik dan Zzzz Tido la kan jawabnya. Memang dalam sejarah la tido awal pukul 11.30pm dah tido. 

DAY 2

Seawal jam 7am dah bangun mandi dan siap nak keluar breakfast. Pukul 8am macam biasa naik Tuk Tuk lagi pergi kedai makan. Pulut ayam lagi di waktu pagi. 


Pulut Ayam

Selesai makan balik ke hotel semula dan siap packing barang untuk check out. Next destination Samila Beach Songkhla. 

Location : Samila Beach Songkhla

Lepak sini ambil angin kejap, lepas tu terus g Masjid for solat Zuhur. Dah pukul 2pm kalau tak silap masa tu. Selesai pegi la makan tengahari area sini jugak. Dah lewat masa tu nak makan tengahari pun dah takde lauk la kan jawabnya. So apa yang ada makan jela. Sedap ke tak makan je janji kenyang. 

Location : Floating Market (Klong Hae)

Perghh ! Memang syurga makanan di sini. Yang menarik dorang jual makanan semua atas bot je. Nak makan apa macam2 ada. Halal ada tak halal pun ada. Cacing, cengkerik goreng pun ada ok kat sini. Kalau nak try boleh la. Haha!

 

Nampak tak? Ais Krim Homemade yang sedap. Paling uniknye dorang jual aiskrim dan air dalam bekas yang buat dari tanah liat. Harga murah pulak tu. Cuba kalau kat Malaysia mau kalah Baskin Robin harganya. 


Tu la bekas-bekas dia. Sangat comel. Macam-macam bentuk ada. Nak hello kitty, doraemon, sampan semua ada la. Harga tak payah berkira sangat. Memang murah. Rugi kalau tak beli. Boleh buat kenangan benda nie. Hehe!

Jalan-jalan dekat khlong hae nie sampai malam. Pukul 10pm terus gerak balik. Nak kena sampai dekat pusat imigresen Thailand sebelum pukul 12pm. Kalau lebih pukul 12pm memang tak dapat keluar la sebab gate dah tutup. Alhamdulillah sebelum pukul 12pm dah sampai dan selamat keluar dari Thailand. Da sampai Changlun, terus pergi makan dulu. Makan lagi? Sebabnya lapar nasi. Haha! Sampai rumah dah hampir pukul 2am pun. Penat dan tido! Eceh~ macam aku pulak yang drive. 

Okay, habis cerita Hatyai With Love. Seriously, rindu nak pergi Hatyai lagi. Haa , lupa nak bagitahu. Selepas seminggu kitorang balik dari Hatyai keluar berita Dannok kena bom. Perghh! Nasib baik. Tapi, sehari sebelum kena bom tu aku dengan family ada pergi Dannok. Hoho! Bahaya woo! Tapi apa pun ada masa aku nak pergi lagi. Maybe! InsyaAllah. 


No comments:

 
© IeykaShahidan