Wednesday, November 27, 2013

❤ Miracle Of Love ❤




Miracle Of Love . ❤ 

Cinta? Datang dalam diri tanpa disedari. Memberikan ketenangan dan menjanjikan kebahagiaan. Walau si dia tak sehebat apa yang di impikan. Walau si dia tak setampan seperti bayangan jejaka tampan khayalan yang selalu di mimpikan. Akan tetapi, sang kekasih tetap juga berjaya menakluk hati dan sentiasa tenang di samping si dia. Ajaib kan? 

Hadir sang cinta tatkala hati berduka dan berikan keriangan. Kembalikan senyuman. Walau ramai sahabat cuba hiburkan hati lara. Walau ramai teman cuba kembalikan senyuman. Akan tetapi hadirnya si dia seakan satu sinar baru dalam kehidupan. Memberi kekuatan. Memberikan semangat. Untuk terus tersenyum ceria.

Itulah ajaibnya cinta! Cinta mampu mengubah kehidupan seseorang. Samada baik mahupun tidak. Kita punya akal waras untuk berfikir kemana hala tuju dan corak cinta yang kita bina. Jangan kerana cinta kita alpa dan bodoh. Jangan kerana cinta kita terkorban dan menjadi mangsa sang jejaka sebagai pemuas nafsu. 

Cinta itu fitrah manusia. Cinta itu suci. Perlu dijaga dan disemai supaya cinta terus mekar indah. Jangan sesekali kita khianati cinta. Jangan sesekali kita dustai cinta. Baik dari perbuatan mahupun percakapan. 

p/s: Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama yang ada padamu, maka hilanglah cintaku padamu..  ❤ 



No comments:

 
© IeykaShahidan