Tuesday, October 25, 2011

bingkisan hatiku~

masih terbayang di ruangan mata
saat indah bersamamu dulu
masih ku ingat janji manismu
bertakhta di hatiku

"Saat ini dan ketika ini aku akui segala yang terjadi mungkin ada hikmahnya. Namun untuk aku melupakan segala yang telah dijalani setelah sekian lama bersama itu amat sukar bagiku. Bukan aku tidak pernah melupakan segalanya tapi ia amatlah menyakitkan. Telah aku cuba berjuta kali untuk menghiraukan saja setiap jenak perasaan yang pernah hadir tika aku bersendirian dan tika aku kesunyian tanpa cinta. Aku sendiri tidak mengerti kenapa dia begitu mudah untuk melupakan aku dan mencari pengganti diriku. Sedangkan aku di sini keseorangan merindui dirinya. Biarlah aku seorang yang tulus menyintaimu walaupun kini kamu bukan lagi milikku. Hanya satu aku pinta, doakanlah kesejahteraan aku di sana kelak seperti mana aku merelakan dikau pergi memilih hati yang lain. Di saat aku melepaskan dikau pergi terseksa jiwa aku menahannya namun aku terpaksa telan pahitnya kerna ini adalah kehendakmu jua. Tiada gunanya lagi sekiranya kita tetap bersama seandainya kau bukan ditakdirkan untuk aku."

Seringkali ku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapi ku tidak mahu
cinta selain dirimu

"Benarlah akan pepatah patah tumbuh hilang berganti kerana ada cinta lain yang sedang menanti aku. Namun, bukannya mudah aku untuk menerima cintanya sebegitu sahaja di saat hatiku masih terluka. Bukannya aku terlalu memilih mahupun terlalu ego untuk melupakan sejarah silam walhal aku tidak mampu untuk menyerahkan rasa sayang dan cinta setelusnya kepada insan lain. Aku juga takut untuk bercinta lagi. Bayangan si dia masih lagi menghantui diriku. Tidakkah nanti aku hanya menyakitkan jiwa dan perasaannya seandainya dia tahu aku masih merindui insan yang lalu yang pernah bertahta di hatiku. Biarlah luka di hati sembuh sepenuhnya untuk aku meneima kehadiran cinta buat sekian kalinya."

mencintai aku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerana rupa
dalam waktu sedu
dalam waktu hiba
ku harapkan dia rela

"Menerima pengganti dirinya bukannya satu kisah yang mudah seperti mengenali abjab ABC mahupun 123. Kepada insan yang mahu berdamping denganku. Sanggupkah dikau menerimaku seadanya. Di setiap kelebihanku, di setiap kekuranganku dan di setiap kelemahanku? Andai saja dikau mampu menerimaku tanpa sebarang syarat ingin saja aku memaksa diriku melupakan setiap yang terjadi dulu hanya kerna dirimu yang bernama kekasih baru. Sebaliknya dikau seakan-akan tidak mampu atau mungkin dikau hanya inginkan aku di saat kau betul-betul memerlukan aku? Aku hanya mampu mengemukakan berjuta persoalan di segenap pemikiran aku namun untuk menjawabnya aku tidak mampu kerana hanya dirimu yang punyai jawapan di sebalik persoalan ini. Akan aku tunggu jawapan darimu walaupun berjuta tahun terpaksa aku tunggu untuk menerima dirimu wahai calon suamiku. Dan kamu mungkin terkejut mengapa aku sanggup menunggu kehadiranmu disisiku. Ini kerana hanya kamu yang akan membuat diriku bahagia disampingmu."



No comments:

 
© IeykaShahidan