Saturday, October 29, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian....

First sekali, saya sebagai selaku penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk baca blog yang tidak seberapa ini. Hari ini, saya nak bercerita tentang impian. Sudah semestinya setiap insan punyai impian di dalam hidup ini. Kata orang impian itu mestilah tinggi walaupun di luar kemampuan kita. Tidak mustahil kan kalau kita mampu untuk kecapi impian itu walau sesukar mana sekali pun. Dengan semangat yang teguh dan keyakinan yang tinggi kita pasti mampu kecapinya. Janganlah kita hanya mengimpikannya sahaja tanpa sebarang usaha yang dilakukan. Sebaliknya kita perlulah cuba untuk kecapinya sehingga kita berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pepatah ini bermaksud sekiranya kita ingin kan sesuatu itu pelbagai cara kita akan lakukan untuk mendapatkannya. Biarpun pelbagai dugaan yang kita perlu hadapi untuk mendapatkannya. Kerana keinginan yang tinggi kita mesti akan berusaha dengan gigih untuk mendapatkannya. Namun sekiranya kita tidak menginginkannya kita sendiri tidak akan cuba berusaha untuk mendapatkannya. Segalanya terletak pada pangkal hati kita sendiri. Tepuk dada tanya selera. Sering sahaja kita dengar akan pepatah ini. Maksudnya, segalanya terletak di tangan kita sendiri sama ada mahukannya atau ketepikan sahaja impian kita itu.


Usaha tangga kejayaan

Berusahalah dengan gigih tidak kiralah bagaimana cara sekalipun. Dengan usaha yang gigih InsyaAllah kita akan perolehi kejayaan seperti hendaknya. Kejayaan itu tidak akan datang bergolek sekiranya kita tidak berusaha. 

No comments:

 
© IeykaShahidan