Monday, October 24, 2011

disebalik kegagalan~

kegagalan itu bukanlah penamat segalanya...malah, kegagalan itulah yang akan mengajar kita erti sebuah kehidupan sebenar....tanpa kegagalan mungkin kita akan terus lalai dan hanyut dengan kehidupan yang penuh dengan onak ranjau....bukannya sukar untuk kita mengubah dari sebuah kegagalan kepada sebuah kejayaan...yakinlah bahawa kejayaan telah tertulis didalam setiap kehidupan ini sekiranya kita punyai tekad kesabaran dan tidak pernah kenal erti penat lelah mahupun putus asa....yang cuma ada hanyalah semangat juang yang tinggi untuk terus cemerlang....

"no one can excel without efforts and self-confidence"

sangat bermaknakan maksud ayat kat atas nie....memang benar, tiada siapa puan yang mampu berjaya dengan sendiri sekiranya dia tidak melakukan sebarang usaha....mampukah seorang itu berjaya seandainya dia hanya duduk dan goyang kaki di rumah? mampukah seorang itu berjaya sekiranya dia hanya mengharapkan bantuan insan lain tanpa dia berusaha terlebih dahulu? yea~ memang dia akan berjaya....tapi cuma sementara....tak perlulah kita terlalu mengharap kepada insan lain untuk berjaya.....sebolehnya cubalah sedaya upaya kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu sehingga kita mendapat hasilnya...sekiranya hasil yang kita perolehi itu mencapai hasrat dan kehendak kita maka, cemerlanglah kita......

"our mind control our body"

minda kita merupakan peranan penting didalam sebuah kehidupan ini.....seandainya kita menganggap sesuatu pekerjaan itu sukar untuk dilakukan maka, sukarlah ia.....berfikiran positif lebih baik untuk seorang yang berjaya....tak kiralah didalam apa jua keadaan sekali pun.....minda kita mampu untuk mengawal setiap perbuatan......seandainya kita didalam keadaan yang sangat lemah, berfikirlah yang tiada apa pun yang mampu menghalang kelemahan kita...

3 comments:

Anonymous said...

kalau selalu gagal macam mane tu

jalimeow said...

kegagalan punca kejayaan bertambah manis dan bererti buat kita....huhuhu...manisnya kejayaan dek krana kegagalan terdahulu....

ieyka_shahidan said...

@they :kalau kite berusaha xkan la nk gagal kn...

 
© IeykaShahidan