Monday, October 22, 2012

Niat Kerana Allah.

          Alhamdulillah, sekali lagi aku diberikan kesempatan dan ruang waktu untuk turut serta mendengar kuliah maghrib di surau hari nie. Ya Allah, sebelum nie dalam diri aku kosong sebenarnya tanpa ilmu. Sedih aku kenangkan nasib dan corak hidup yang telah aku lukiskan sepanjang 21 tahun aku mengenal dunia. Aku bersyukur kerana didalam kejahilan diri aku nie, Allah masih sayangkan aku untuk membuka pintu hati aku untuk mengikuti majlis ilmu yang diadakan di surau. Yela, sebelum nie kalau ada sape2 yang ajak pergi mesti akan ada saja alasan yang aku berikan untuk elak dari pergi. Dalam kuliah tu tadi, penceramah menyampaikan tentang niat. Pelbagai jenis niat kita boleh lakukan. Tapi apa yang pasti niat perlulah kerana Allah supaya hidup sentiasa mendapat keberkatanNya. Aku nak ceritakan semula apa yang disampaikan aku sendiri tak tahu nak karang ayat. So, aku terpaksa minta pertolongan google untuk cari apa itu niat. 


Niat merupakan sesuatu yang penting dalam setiap pekerjaan dan amalan seharian kita..dan lebih-lebih lagi apabila kita ingin menjalankan satu-satu ibadah kerana Allah..di dalam mazhab syafi’i niat amalan ibadah yang dilakukan tanpa niat tidak dikira sebagai ibadah..dengan kata lain..sia-sia sahajalah amalan ibadah kita tersebut apabila kita tidak berniat.. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) ada bersabda : 

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى 
( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )

Di dalam kitab Arbain Nawawiyyah ( Hadis 40 ) dimulakan hadis pertama didalam kitab tersebut dengan hadis yang berkaitan dengan niat ini.. jadi disini dapatlah kita lihat bahawa betapa pentingnya kita berniat dengan niat yang betul dan ikhlas ketika melakukan sesuatu pekerjaan agar kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah subhanahuwata’ala. Niat itu tempatnya dalah dalam hati iaitu dengan kata lain kita tidak perlu menzahirkan niat kita kerana niat pada asalnya tempatnya adalah didalam hati kita.. Tetapi disana ada yang mengatakan bahawa niat itu perlulah kita zahirkan atau ucapkan melalui lisan seperti niat solat, puasa dan sebagainya..tetapi kata-kata seperti ini adalah tidak tepat..kita tidak perlu untuk melafazkan niat itu dengan kuat sedangkan tempat asalnya niat tersebut adalah dalam hati kita..hanya kita dan Allah yang mengetahuinya.. 

Bagaimanakah pula cara untuk kita berniat dengan betul dan sempurna serta ikhlas ketika beribadat dan sebagainya.. Di dalam syarah riyadhus salihin ada menyatakan bagaimanakah kaedah untuk kita mencapai niat yang sempurna..di dalam kitab tersebut disebutkan tiga kaedah yang perlu kita ikuti.. 

pertama. berniat bahawa apa yang kita lakukan itu adalah ibadah ” sebagai contoh.. makan nasi.. kita berniat kita makan itu adalah salah satu ibadah kepada Allah yakni kita makan untuk kita teruskan hidup dengan beribadah kepada Allah. 

Kedua. berniat melakukan sesuatu itu hanya kerana Allah bukan selainnya “. sebagai contoh..kita makan dan kita berniat makan kerana Allah.. 

Ketiga. berniat bahawa kita melakukan sesuatu perkara itu kerana melakukan perintah Allah ” sebagai contoh juga..kita makan dan kita berniat mengikut perintah Allah supaya tidak meletakkan diri kita didalam kebinasaan yakni dengan tidak makan kita mungkin akan jatuh sakit dan sebagainya. 

Apa yang kita dapat lihat disini ialah, untuk mencapai niat yang sempurna ( insyaallah ) adalah dengan mengabungkan ketiga-tiga kaedah ini iaitu "kita berniat melakukan sesuatu itu kerana ibadah kerana Allah dan juga kerana mengikuti suruhanNya". Niat ini juga amat penting kerana setiap perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan niat dan Allah akan menghisab kita pada hari akhirat kelak juga mengikut apa yang telah kita niatkan ketika melakukan sesuatu perkara tersebut. Jika baik dan ikhlas niat kita maka insyaallah amalan kita akan diterima dan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah dan begitulah juga sebaliknya.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati aku  terus mencari keberkatanMu ! 

No comments:

 
© IeykaShahidan