Saturday, October 20, 2012

Tahajjud



"Kita buat solat tahajjud ye pagi nanti". 

Aku mendiam seribu bahasa. Selama nie aku memang tak pernah nak buat solat tahajjud pun. Dan bila ada kawan datang bilik dan ajak untuk buat solat tahajjud aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku tak mengiakan dan tidak untuk katakan tak nak. 

"Korang nak bangun pukul berapa, aku nak set alarm nie".

Dalam pukul 1 lebih aku tanyakan kawan aku untuk set alarm supaya mudah untuk bangun bila tiba masanya. Pukul 4.45am telah aku setkan waktunya di phone aku. Tapi mata aku masih segar menonton cerita yang ada dalam laptop ini. Masa berjalan dengan pantas. Pukul 4 baru aku tidur. 

Pukul 4.45am. Phone aku berdering menandakan masa yang telah disetkan telah tiba. Tapi, aku mengabaikannya seketika. Disebabkan kawan aku beria nak buat tahajjud aku gagahkan diri untuk bangun dan kejutkan dia yang kebetulan tidur di bilik aku. Aku bangun menuju ke toilet dan masuk ke bilik aku terus sambung tidur. Ya Allah, jahilnya diri aku! Aku telah melepaskan peluang yang ada. 

Iman yang ada di hati masih belum kuat untuk melawan nafsu dan hasutan syaitan di pagi hari. Bersalah pula bila aku dah lepaskan peluang yang ada untuk mendekatkan diri padaNYA. Aku dapat rasakan yang kawan aku pasti sedih dengan sikap aku yang tidak menghiraukan ajakan dia untuk bersama-sama membuat tahajjud. Aku lebih utamakan tidur. Jahatnya!  

Ya Allah, ampunkan hambamu ini. Aku bermohon supaya suatu hari aku mampu untuk menjadi seorang muslimah yangs sejati dan patuh dengan arahanmu. Aku akan cuba untuk perbaiki diri aku sedikit demi sedikit kerana kita bukanlah yang TERBAIK. Tapi sekurang-kurangnya kita mencuba untuk jadi yang LEBIH BAIK ;)

No comments:

 
© IeykaShahidan