Wednesday, October 3, 2012

Room Sweet Room !

               Ketiadaan roomate aku buatkan aku meroyan seorang diri seketika . Dah la bilik besar duduk sorang pulak . Memang heaven la kan ? Memandangkan semalam kelas aku pukul 8am sampai pukul 9am dan gap sampai pukul 4pm . Buatkan aku hilang arah tujuan seketika . Kalau dulu pantang ada gap sure aku tidur tak sedar diri dah . Tapi semalam lain gila cara aku . Balik dari kelas sampai bilik dalam pukul 9.30am . On laptop online sampai pukul 10.30 lepas tu terus aku basuh baju sampai pukul 11am . Ingat nak rehat ke apa . Boleh pulak aku masuk bilik dan kemas bilik .

               Memang aku tak de arah tujuan seketika semalam . Lepas sesi sapu menyapu aku terus sesi memberus karpet hilangkan habuk . Tak cukup dengan berus aku ketuk karpet aku . Bapak banyak gila habuk ! Habis la bilik aku kena sapu lagi . Kali kedua aku menyapu . Sure la banyak habuk . Dah siap menyapu tetap aku tak puas hati . Terus aku ambil baldi letak sabun sikit dan letak air . Terus aku mop lantai bilik . Mula aku basahkan sikit je . Tapi macam tak puas hati pulak . Apa lagi ! Mop yang basah tu aku dah tak perah terus aku mop je . Perghhh ! Basah macam banjir dah bilik aku . *tak sempat snap gambar untuk bahan bukti* Perkara yang paling tak pernah dibuat orang . Aku mop lantai for second round guna downy . Memang lantai bilik aku lembut macam kain nak letak softener bagai kan ? Gila kan ! Gila-gila pun bilik aku clean dan wangi okay . Kau hado ? Bilik besar macam nie baru la ada selera nak mengemas . Cuba kalau bilik masa aku first year dulu . Confirm sebulan sekali baru nak mengemas . Sekarang boleh dikatakan every week aku kemas dan mop lantai . Clean bilik aku .

               Dan aku jugak dah siapkan border kat dinding bilik aku . Roomate aku mesti suka bila dia balik nanti . Meja study aku pun dah cantik dan tip top sekarang . Dear roomate jangan jeles ye nanti tengok meja study saya yang comel nie . Hehe ! Kalau bilik boleh cat nie mesti lagi best . Memang aku tukar cat jadi warna pink terus . Siap angan2 nak decorate dinding buat wall paper lagi . Tapi apakan daya aku cuba tinggal setahun je nak duduk bilik nie . Dalam setahun nie jugak aku kena nikmati hidup sebagai seorang student unversiti . Tahun depan dah grad ! InsyaAllah !

Here some picture of my room ! sila jangan jeles ~



Meja study yang telah siap deco . .


Ladybird yang menghiasi bilik . . 

No comments:

 
© IeykaShahidan