Friday, October 19, 2012

Aku Nak Berubah.



Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...



            Umur aku semakin hari semakin meningkat tapi gerak geri, tingkah laku dan pertuturan masih belum mampu aku tingkatkan ke tahap yang lebih matang. Entah kenapa sejak akhir2 nie aku merasakan hidup ini kosong tanpa DIA. Sudah lama terdetik dihati untuk aku berubah ke arah kebaikan tapi ia sekadar niat tapi tidak dari segi perbuatan. Aku sangat perlukan bimbingan dan dorongan untuk menempuh kehidupan yang penuh onak duri ini. Nak berubah nie sumpah bukan suatu perkara yang mudah. Aku pernah cuba untuk berubah sebelum nie tapi hanya sementara. Alhamdulillah. Allah masih sayangkan aku dan membuka ruang di hati untuk aku berubah. 

           "Aku nak berubah". Itulah ayat yang sering aku katakan kepada teman. Adakala aku menangis sendiri mengenang hidup dan masa depan yang akan datang. Telah banyak perkara yang telah aku lakukan sebelum ini. Sedih. Pilu. Banyak kekurangan dan kejahilan terhadap diriku ini. Entah sampai bila aku harus begini. Mungkin aku perlu mematangkan diri dan mencari sebuah ketenangan di dunia dan akhirat. Yela, nak berubah bkan suatu perkara yang mudah. Tapi dengan adanya teman yang sentiasa menyokong dan mendengar isi hati aku disini buatkan aku bersemangat untuk meneruskan niat aku untuk berubah. 



No comments:

 
© IeykaShahidan