Sunday, November 17, 2013

❤ Cinta Platonik ❤


"I know we're just friend, but I still smile everytime I see your name come up on my phone" 

Cinta platonik ? Satu hubungan antara lelaki dan perempuan yang hanya dibina atas perhubungan persahabatan tanpa melibatkan hati dan perasaan . Dalam bahasa mudah , tak nak bercouple la alkisahnya la kan . Tapi kata orang lelaki dan perempuan nie tak boleh nak berkawan . Sure akan ada jugak heart feeling kat mana-mana . Okay ! Itu aku tak pasti sejauh mana kebenaran dia . 

For the first time kenal , apa yang pasti aku cuma ingin sebuah persahabatan saja . Not more than that . Tapi makin hari makin aku jadi macam... ARGH ! persetankan perasaan ini . Tak penting sebenarnya untuk dia tahu .

"I love you" . Satu perkataan di mana aku sendiri tak pasti sejauh mana maksud perkatan itu sendiri bagi dia . Katanya kawan ? Tapi mengapa aku perlu rasa cemburu bila terlihat perkataan itu ? Adakah ini CINTA ? Okay ! Aku muak dengan perkataan itu . Cinta ? Haha ! Wujudkah perasaan itu lagi dalam hati aku nie .

"Jangan mudah mengambil hati seseorang jika tidak tahu untuk menjaganya" 


Sila la sila ! Sila pastikan hati itu dah cukup yakin dengan perasaan yang ada baru boleh pergi ke next step . Kalau tak sila jadi join group forever alone buat selamanya . Atau terus kekal dengan Cinta Platonik yang dah tercipta sekian lama . Eh? Lama ke ! 




1 comment:

Nuna Pringia said...

memanglah cinta platonik.. tapi perasaan akan hadir pada bila-bila masa saja. hadir tanpa kita pinta. hadir tanpa kita paksa. hadir tanpada kita sedari. perasaan yang datang secara tiba-tiba tak mungkin akan pergi macam tu saja.. Hati kalau dah suka, tetap suka jugakk.. Tak perlulah nak menafikan.. Perasaan cinta tu semua adalah satu fitrah dalam diri manusia.. Kita tak boleh nak tolak.. buatlah cinta platonik sekali pun.. tapi kalau dah suka? tetap suka juga kan? kan? :) visit me too. Pencarian Sponsor Untuk Topup Giveaway!
http://nunapringiacyunq.blogspot.com/2013/11/pencarian-sponsor-topup-giveaway-by-nuna.html

 
© IeykaShahidan