Thursday, February 6, 2014

❤ CNY Holiday Day 2

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Assalamualaikum..

Hari kedua CNY, family plan nak pergi picnic. Lepak2 dan makan2. Memandangkan dah lama sangat tak pergi picnic. So pada 1 Feb kitorang siap2 masak semua terus bertolak ke Perlis. Destinasi Bukit Ayer. Take time dalam 45 min dari rumah kitorang. Dekat je meh dengan rumah. 
Location : Hutan Lipur Bukit Ayer, Perlis
Sampai sana dah tengahari. Perut dah tahap kritikal lapar. Makan dulu lepas tu baru la boleh pergi mandi. Rasanya ini kali pertama picnic paling kejap. Selalu kalau berendam dalam air sampai kecut. Sekarang main2 air kejap je lepas tu naik atas tukar pakaian. Mungkin sebab tempat tu terlalu open dan ramai orang agaknya. Nak mandi lama2 pun tak best. Lagipun kitorang ada plan lain lagi lepas picnic. 
 
Ini kolam. Air takde la dalam sangat. Paras pinggang orang dewasa saje. Kawasan nie memang ramai la yang mandi kat sini. Kawasan paling bawah. Dekat atas aku tak pasti macam mana rupanye sebab tak naik atas pun. Setakat lepak mandi kat bawah nie je. Tapi tak mandi la dekat kolam nie. 
Dekat sini la tempat mandinya. Masa kitorang pergi ada la air yang turun dari celahan batu tu. Nampak la air terjunnya. Tapi tak la banyak sangat. Mungkin sebab musim kering sekarang. Air pun tak banyak. Selesai mandi terus naik atas kemas apa yang patut. Tukar pakaian dan go to next destination.
Location : Padang Besar
Shopping time! Haha. Shopping la sangat kan. Padahal takde beli apa pun. Just pergi cuci mata macam tu je. Ada pun beli periuk kukus saja. Nak shopping benda lain waktu cuti sekolah atau public holiday nie memang parok la. Harga melambung tinggi. 
Waktu yang disyorkan untuk pergi Padang Besar seeloknya pergi la waktu weekdays. Isnin sampai Khamis. Harga waktu nie lebih murah dan boleh tawar menawar. Kalau hari lain dorang akan letak harga tinggi lepas tu nak tawar susah sikit. 
Ini arked padang besar. Tempat shopping gitu. Sape yang tak pernah datang nanti boleh la datang shopping dekat sini. Tapi make sure datang time hari bekerja okay untuk harga yang berbaloi. 
Ini plak suasana kat dalam arked. Time aku pergi tu memang sesak. Ramai orang. Dah musim cuti nama pun sure la ramai. Nak jalan pun main selit2 celah orang je. Okay! Time ramai memang aku masuk kejap then lepak je kat luar. Sesak sangat. Nasib la kan takde nak beli apa. 
Okay! Tamat suda cerita CNY HOLIDAY 2014 with my family. Gambar semua aku copy paste dari google je. Haha! Thank you ye. Next Entry --> CNY Holiday Day 1

No comments:

 
© IeykaShahidan