Sunday, June 17, 2012

Aib !!


"Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri"


Kau ada bukti ke apa ke kau tetap tiada "hak" sebarkan mengatakan sesuatu kekejian atau keburukan orang lain.



            Tenang rasa bila baca ayat dekat atas ini . Sebenarnya ini ayat copy pasta je pun . Normal la kan ? Hehehe . Baru-baru ini ada la seorang hamba Allah ini , kononnya nak menyamar . Dan dia guna la Facebook si indon aweknya tu . But the end , kantoi la pulak kan ? Yang peliknya kenapa dia nak busukkan nama aku guna Facebook awek indon dia tu ? Kenapa tak guna je Facebook dia sendiri . Kalau dah berani sangat kan ? Ini tak . Dia gunakan facebook awek indon dia tu untuk maki aku dan cerita satu dunia pasal aku . Kononnya nak menjatuhkan maruah aku dekat satu dunia . Hmm , biar pun hati aku sakit dengan apa yang dia buat tapi aku tak akan delete komen yang dia post dekat facebook tu . Biarlah satu dunia nak pandang hina dan jijik dekat aku pun . For me , Allah sentiasa ada dengan aku . Dan pada Allah juga aku bermohon untuk tabahkan hati aku menempuhi dugaan ini . Aku sendiri tahu Allah tidak akan berikan ujian mahupun dugaan sekiranya makhluk atau hambanya tidak mampu untuk bertahan . Hakikat yang aku nampak dugaan itu juga sebagai tanda Allah masih sayangkan aku dan mahu aku sentiasa tabah dan bersabar .


            Dalam minggu final exam ini , bermacam dugaan yang aku hadapi . Dugaan yang paling mencabar minda pasal kejadian semalam la . Ala , yang pasal hamba Allah sebarkan cerita untuk aibkan aku tu . Kebetulan hari itu aku ada paper . Memang malang juga la setengah jam sebelum exam mula dia sebarkan cerita tu . Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku masa tu . Paling buat aku bertambah sakit hati bila aku dengan hamba Allah nie satu tempat exam . Damn ! Serious menggigil satu badan aku masa nak pergi dewan exam . Nampak pulak si dia nie depan pintu masuk dewan lagi la buat aku pandang dia kecik besar je . Kalau tak ramai orang rasa dah lama aku bagi penampar je . Tapi , alhamdulillah aku masih mampu bersabar . Masuk exam pulak lagi sekali tempat aku direct je terus nampak dia . Kiranya aku dengan dia sebaris je . Pandang tepi memang sah-sah la nampak muka dia .  Adoiii ! Memang mencabar .

            Dalam masa satu jam , aku jawab semua soalan ! Fuhh ~ lega juga rasa bila aku boleh keluar dewan awal sebelum masa tamat . Masa sebenar 2 jam tapi disebabkan hati yang tengah sakit malas pula aku nak tunggu lama-lama dalam dewan tu . Elok siap je terus aku keluar dan balik bilik . Untungnya soalan untuk paper tu memang betul-betul naik apa yang aku baca . Sah-sah la aku boleh jawab . Cuma dua tiga soalan jela kot aku macam ingat-ingat tapi lupa . Ngee ~ Aku rasa macam tak pergi jawab exam je sebab kejap sangat . Roomate aku sendiri pun hairan . Cepatnya dah balik . Hehe ~ Maklum la hati tengah panas jawab dengan penuh yakin dan  laju jela . Tak sempat dah nak berangan macam biasanya aku buat tiap kali exam . Adehhh ! Terkantoi plak . hehe .

            Dengan apa yang dah jadi dekat aku semalam , aku hanya mampu senyum dan berdoa supaya Allah buka pintu hatinya untuk bertaubat . Ini pun kali pertama dia aibkan aku . Tapi dah banyak kali sejak dua tahun yang lepas lagi . Satu persatu dia buat dekat aku . Tapi entahlah kenapa selama ini aku boleh bersabar dengan dia . Mungkin ada hikmahnya kan ? Tak pe , sekarang ini mungkin dia seronok boleh malukan aku suatu hari nanti dapat la balasannya .


Doa orang yang teraniaya
1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah. 
ATAU .......
2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. "Juga mujarab. 
ATAU .....
3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.
         
            Harap orang yang aku maksudkan ini sedarlah apa yang dah dia lakukan pada aku . Hidup nie umpama roda . Sekarang mungkin aku yang kena mana tahu suatu hari nanti dia pulak kan . Aku tak nak la menyumpah bagai . Biar Allah je yang balas setiap perbuatan dia tu . Kononnya dia cakap aku tak berubah . Tapi , aku rasa dia pun sama jugak tak berubahnya . Lagi teruk ada la . Kalau dia ada akal yang waras dan pemikiran yang matang sure dia tak akan buat aku macam ini . Kan ? Dah banyak kali dia buat . Nanti pasti dia akan mintak maaf lepas dia dah puas malukan aku . Tak pe ! Aku maafkan . Tapi nanti dekat akhirat pandai-pandai la menjawab ye .

Sekian !!

            
     


No comments:

 
© IeykaShahidan